hello hello~
okeyla korang...sebenarnya daripada hari isnin tu, aku mau stori-mori pasal seseorang...yang aku rindu jugak, selain daripada Mrs. Roy ni....orang ni adalah seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku lebih kurang 14 tahun yang lalu...lama kan..??masa tu umo aku baru masuk tingkatan 1 *cepat..amik kalkulator...ye, aku da berusia sekarang...huhuhuh*
seseorang ni adalah orang yang sangat aku sayang...orang yang membantu aku berasa lengkap dalam hidup...for all this while, sebagai anak sulung...aku selalu mengimpikan seorang abang ataupun kakak...sebab aku tengok kawan-kawan aku yang ada abang or kakak ni, hidup dorang gembira...dorang ada tempat untuk merujuk kalau ada masalah atau pertanyaan...dan kehadiran dia, mengubah segala-galanya dalam hidup aku...
masa tingkatan 1 dulu, aku dok hostel..mak ayah aku kata sebab aku anak sulung aku kena belajar jaga diri-sendiri...sebab nanti aku akan kena jaga adik-badik aku pulak...so, aku dok la hostel...dan ada la sorang akak ni bagitau yang dia nak jadikan aku adik angkat dia...masa tu, aku tak tau apa perasaan aku...yela, memang selama ni aku impikan ada sorang kakak tapi disebabkan aku ni terlalu la nerd nye...aku tak tau nak respond apa kat akak tu...
sampaila satu hari, akak tu nak jumpa aku..itulah first time aku bercakap ngan dia..tak jauh pun jumpa..kat meja batu depan bilik aku je...hehehehe...kalau diingatkan, memang takleh blah...macam first date ngan boyfriend je...sebab macam malu-malu gitu...tapi, time tu barula aku tau...rupanya akak ni anak bongsu, jadi dia juga menginginkan seorang adik...masa tu, aku rasa bertuah sangat sebab dalam ramai-ramai orang dia pilih aku untuk dijadikan saudara...^_^
dalam tak sedar, aku sebenarnya banyak kali melukakan hati dan perasaan kakak angkat aku ni...kadang-kadang aku rapat sangat dengan kakak senior lain, sampaikan kakak angkat aku ni terasa...aku tau dia jauh hati..mungkin sebab dia rasa aku lebihkan orang lain berbanding dia..tapi masa tu aku bengap...aku tak faham apa yang dia rasa...dan dia, masih lagi sayangkan aku sebagai adik..
masuk tingkatan 4, kakak angkat aku da habis SPM...dan aku pulak, da pindah ke KL...memula aku ingat kitorang akan lost contact..tapi tak...aku cuma hantar surat sekali je kat dia *time ni mana ada henpon lagi*...dan dia balas...dan sejak tu kitorang selalu berhubung dengan surat...dia cerita macam-macam pasal dia kat kolej dia, dan aku cerita pasal aku kat sekolah baru...dan aku masih rasa lengkap dengan seorang kakak macam dia....
habis SPM, masuk matriks dan akhirnya ke UKM...masa di UKM kami berhubung semula...dan itulah kali pertama aku bersua muka dengan dia setelah hampir 5 tahun tak berjumpa...dan dia, masih seperti dulu...masih seorang kakak yang penyayang, baik hati dan sangat menghargai...masa tu, dia dah ada boyfriend...tapi entah kat mana salahnya, aku terlalu inginkan dia dan boyfriend dia tu terus bersama...sedangkan beberapa kali dia bagitau aku yang dorang dah tak serasi...masa tu la, aku buat kesilapan yang paling bodoh dalam hidup aku...
aku mula jadi bengap...yang terlampau bengap...aku percayakan setiap kata-kata boyfriend dia tu, sampai aku tak pernah fikir yang kakak aku tak mungkin menipu aku...dalam masa yang sama, kakak aku ada kawan lain..yang lebih dia selesa, yang lebih dia senangi...tapi aku cuma nak dia terus ngan boyfriend dia yang sekarang ni...dan sampai satu masa, dorang bergaduh besar...malah sebabnya adalah aku...susah aku nak terangkan, tapi aku tau..puncanya adalah aku...sebab aku tak pernah cuba memahami kakak aku, sebab aku tak pernah cuba mngerti...dan aku tau, dia terlalu kecewa dengan aku...
sejak tu..dia tak pernah hubungi aku...semua surat, panggilan aku, satu pun dia tak jawab...mungkin terlalu dalam kelukaan yang aku sebabkan...aku sedar, tapi dah terlalu lambat untuk aku kesalkan...kakak, maafkan aku...
dan aku mula mencari...aku tak pernah tukar nombor henpon, sebab aku takut kalau-kalau orang yang aku cari selama ni akan cuba menghubungi aku lagi...bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...kami semakin jauh..tapi tak pernah sekali pun aku lupa, untuk mendoakan setiap kebahagiaan dia..dan supaya dilembutkan hatinya, dibukakan hatinya untuk memberi peluang kepada aku...sekurang-kurangnya peluang untuk aku meminta maaf...
dan tanggal 8 Mac 2011...aku google namanya...mungkin terlalu rindu, atau terlalu ingin bertemu...tersirap darah aku bila nama dia keluar dalam carian aku...sebagai salah seorang penama dalam kertas kajian yang dibuat untuk projek sekolahnya...benarkah dia...???
dan aku terus mencari sekolah yang dimaksudkan..terus aku call, semata-mata untuk bertanyakan adakah benar dia yang aku cari selama ni...dan jawapan yang aku dapat benar-benar menghilangkan satu beban di bahu aku...benar, dialah Nazuha Mohd Satar...dialah kakak angkat yang aku cari-cari selama ni...tanpa aku sedar, air mata aku mengalir...bermacam-macam perasaan aku masa tu...tapi jauh di sudut hati aku, aku takut...takut kalau-kalau dia masih berkecil hati dengan aku...takut kalau-kalau masih ada kecewanya pada aku...dan aku cari dia di FB, jumpa...dalam gementar aku add dia...dalam pada itu, aku berdoa...semoga dia masih sudi menerima aku...
pagi tadi, aku dapat balasan mesej nya di FB..betapa dia berbesar hati bertemu semula dengan aku...dan aku, pastinya gembira...namun kesal kerana terlalu banyak perbuatan aku yang melukakan hati nya..tetap juga dia mahu menerima aku...Tuhan, aku terlalu rindu dia...dia terlalu baik, terlalu berharga untuk ku...dan Tuhan, berikan dia kekuatan...untuk memaafkan setiap salahku...dan berikan kami peluang...untuk kembali bersaudara..sebab, sesungguhnya hidup aku tak lengkap tanpa hadirnya...hadirnya dia, kakak ku...
gambar yang aku ambil dari FB nya...terlalu rindu rasanya, melihat wajah ini...
MooD :: teramat hepi..bercampur gementar...hargailah orang yang korang sayang...
No comments:
Post a Comment