kadang-kadang aku diilhamkan dengan banyak idea, namun ada masa sebaliknya...begitulah lumrah alam dan manusia...disebabkan itu, aku juga telah mewujudkan blog untuk aku curah dan kumpul semua idea dan pengalaman itu untuk aku kongsi bersama sesiapa yang sudi...
ini adalah blog pertama aku dalam dunia berblogging ni...dengan blog ni la aku belaja macam mana nk menulis entry dan segala-galanya...blog ni aku buat memula tu cuma untuk saje suka-suka...saje untuk aku luahkan semua yang aku rasa dan tak mampu aku luahkan dengan kata-kata...aku memang seorang yang amat berat untuk berkomunikasi...apatah lagi tentang perasaan aku, dan dengan orang yang aku kurang rapat...jalan terbaik yang aku terfikir ialah dengan menulis...untuk yang melawat blog aku ni, aku ucapakan bebanyak terima kasih~!!!
ini adalah blog kedua yang aku wujudkan selepas My BiTTeR-sWeeT LiFe...tujuan asalnya adalah untuk berkongsi semua idea-idea yang aku ada dengan sesiapa sahaja yang sudi..tapi nampaknya ada jugak bercampur-aduk ngan pengalaman idup + kawan-kawan + lain-lain...harap maaf la ye...tapi aku jugak amat berterimakasih kepada semua yang sudi singgah + follow blog ni...tanpa anda semua, sape la aku...
daripada title nye sahaja sudah dapat diagak kan...blog ini aku wujudkan untuk menulis semua memoir perjalanan aku dari sekolah sampaila sekarang...dan aku rasa mungkin blog ni akan mengambil masa yang sangat lama untuk siap diupdate...sebab aku perlu memikirkan dan mengolah semula setiap kejadian dalam hidup aku, untuk aku terjemahkan dalam penulisan...kebanyakan situasi-situasi yang berlaku adalah yang sebenar-benarnya berlaku dalam hidup...cuma untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak, ada beberapa situasi yang terpaksa aku olah semula...tapi, memoir ini adalah memori paling berharga buat aku...
cerita adalah berilhamkan daripada pengalaman seorang teman yang aku olahkan mengikut cara aku sendiri...sebenarnya mungkin cerita ni akan stereotaip untuk sesetengah orang...tapi hakikatnya inilah yang sering berlaku dalam kehidupan insan-insan di sekeliling kita...aku olahkan supaya ia tidak terlalu berat dan mampu memberi pengajaran dan peringatan kepada semua -- termasuklah diri aku sendiri...alhamdulillah...untuk semua yang ada meninggalkan komen dan cadangan, aku sangat menghargainya..dan ini adalah satu-satunya e-novel aku yang takde pulak aku wujudkan blog sendiri...tapi anda boleh mengikutinya dalam blog BiLa PeNa BicaRa...
cerita terbaru yang tetibe terlintas di fikiran aku...so aku cuba menterjemahkannya dalam bentuk penulisan...sebenarnya idea untuk cerita ni datang masa aku berkali-kali layan lagu "The Phantom of The Opera" tu...aku suka sangat lagu tu, dan idea tu masuk macam tu je..tapi mungkin disebabkan idea tu datang secara tetiba, maka aku terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk melengkapkannya...jalan ceritanya ada, cuma pengakhirannya yang membuatkan aku buntu sekarang...tapi insya Allah aku akan cuba sebaik mungkin...