Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Tuesday, December 6, 2011

3 rasa

Bubur nasi

.

.

.

.

.

Steamed carrot

.

.

.

.

.

.

Steamed fish

.

.

.

.

.

.

Naufal's first meal~!!!


Semangkuk dia abeskan..tak sempat mummy nak tumpang rasa..pas mkn terus lena..


Pasni kena blaja masak memacam jenis bubur nasi pulak la..


Ok bai~


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, December 1, 2011

wordless thursday

Bole?


See those eyelashes ------ wordless..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 25, 2011

NauFaL iS cuRRenTLy 5 MonThs~

hello hello~

hehehehe *gelak dulu* rasa macam kelakar ada, macam tebiat pun ada...ah, tapi ada aku kesah..??? sebabnya tak penah-penah aku menaip entry pasal milestone si Naufal ni, tapi tetibe arini rasa macam nak menaip la pulak...sebab hari ni Naufal da masuk 5 bulan..yeay~!!!

sekejap je kan da 5 bulan...rasanya macam baru lagi pegang dia yang kecik halus bebenor masa baru lahir dulu...macam baru lagi dok berpantang tapi macam tak pantang sangat kat kampung...rasa macam baru lagi nangis-nangis sedey-sedey masuk keja and anta dia ke umah MakLong...rupanya da 5 bulan da anak bujang ai   *ceh..baru 5 bulan da panggil anak bujang...over tau mummy~*

so..nak la jugak share sket milestone Naufal sempena dia 5 bulan ni...kira borong abesla ye daripada 1 bulan sampai skang...hehehehe

  • setat pandai meniarap masa umo dia 3bulan setengah...dalam 2 minggu lepas anta ke umah babysitter nye..agaknya sebab keliling dia sume nye baby yang da pandai merangkak, memanjat dan berdiri maka wujud ketakpuashatian di situ...
  • pantang shaja diagah, akan ditayanglah gusi yang takde gigi itu...sangat suka ketawa walaupun kekadang takde keluar suara pun...dan sangatlah peramah ngan orang...pantang ada orang agah, senyum kemain lagi

  • sudah pandai pegang botol susu sendiri walaupun selalunya lagi suka melekat dengan mummy berbanding minum guna botol sambil baring kat bawah...tapi setakat ni Naufal takde masalah untuk minum guna botol -- of coz la susu mummy walaupun guna botol --

     
  • telah selamat dibotakkan pada hari raya aidilfitri yang lepas..yang sedey nye rambut dia masih lagi halus-halus manja gitu...takde lebat pun padahal masa lahir dulu lagi la jarang rambutnya..tapi suka sangat muka dia masa botak camni

  • keinginan untuk makan adalah sangat terlampau membuak-buak ye...dan disebabkan ini da banyak kali mummy dipaksa mendengar diberi ceramah percuma oleh opah Naufal yang suruh mummy bagi dia makan...in fact, mummy dah test pun bagi Naufal makan puree kentang ngan carrot..tapi seminggu je bertahan pastu dia takmo sudah...akan disambung bila dia dah 6 bulan nanti
  • tapi lau kat kedai makan, selagi mulut dia tak disuap mula la dia keluarkan suara dia yang sangat lunak merdu itu...huhuhu...encik Hasben la yang suka bagi Naufal cuba rasa macam-macam..lau ikut mummy memang idak le~

  • hobi adalah suka bermain dengan stereng kereta...pantang masuk kereta, itu la yang sibuk nak dicapainya dulu...encik Hasben memang suka bagi dia pegang-pegang stereng tu tapi lepas tu bergaduhla nak suruh dia lepas...padan muka, sape suh bagi...

     
  • dan ini adalah aktiviti kegemaran si kecik Naufal ni ye...memula dia akan bergelak-gelak ketawa sambil masukkan jari-jemarinya dalam mulut..lepas tu mulala sesi angkat-angkat kaki...then --- zupp!!! terus je masukkan kaki dalam mulut..kalau pakai stokin, dia tarik dulu stokin sampai tercabut, then baru masukkan dalam mulut...haih~
  • ops...ini bukan bermakna Naufal mau adik lagi ye...sebab dia pun masih dalam tahap adik...hehehe...ini mungkin disebabkan beliau baru menyedari yang beliau mempunyai sepasang kaki...hehehehe

  • bermula bulan ini jugak dia dah mula simptom-simptom stranger anxiety...huhuhu...teramatla manja mahu melekat dengan mummy sahaja...kalau dia da mula menangis, encik Hasben pujuk pun dia dah tak mo...nasib baikla encik Hasbenku itu kretip, ada je menda dia wat untuk tarik perhatian budak tecik ni sementara mummy menunaikan panggilan alam apa-apa yang patut...
  • anta kat BS pun sama jugak..bila mummy letak je atas tilam n mau bangun, terus je dia nangis-nangis..bila mummy dok balik barula dia diam, senyum-senyum...pandai da si tecik ni...belum pandai nak jalan lagi, lau tak mau ada yang berkejar-kejar kat umah BS kang...


dan itula sahaja setakat ini...dia dah tau siapa nama dia..lau orang panggil nama dia, laju je dia menoleh..hehe..belum pernah demam dengan teruk setakat ni, just panas sket-sket je..bila tuam ngan tuala basah cepat je kebah...

mummy jugak masih rajin dan perlu untuk mengepam setiap masa terluang untuk bekalkan si tecik ni makanan yang berkhasiat -- susu mummy la tu..alhamdulillah...lama da tak campur FM, last masa Naufal 2 bulan dulu...insya Allah diberi kemampuan sampai Naufal umo 2 tahun nanti...

*gamba ihsan incik gugel*

dan skang da upgrade ke Medele FreeStyle...aci tak update skali ngan Naufal punya milestone?? hehehe...alhamdulillah...nak kata susu meriah melampau-lampau tu idakle..tapi masih ada rezeki Naufal sehingga ke hari ini...reason nak upgrade sebab nak cepat dan mudah je...hehehe...dan sebab FS ni mahal maka motivasi untuk mengepam adalah lebih tinggi...

till then~

my LoVeLy...

Wordless Friday...


Bole?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 9, 2011

SpecTra 3 uNTuK diJuaL~!!!! -- SOLD!

 hello hello~

wah...setelah sekian lama menyepi sebab takde mood nak menaip akhirnya aku menaip jugak...hehehe...ada ke yang dok tertunggu entry daripada aku ni...ceh..perasan...huahuahuahua~

sebenarnya entry kali ni just nak pomot kan breastpump ni....nak letgo sebab da upgrade ke breastpump yang baru...di samping mengekalkan penggunaan medela swing ku yang sangat-sangat berjasa...muahxxx....

okeh...aku nak let go breastpump Spectra 3 ni...beli masa bulan 9 yang lalu sebab desperate nak pakai yang double pumping, then bila ada duit lebih terus je aku sambar pump yang menjadi idaman kalbu...then rasa sayang la pulak sebab baru sebulan je pakai pump ni...tu yang aku ingat nak letgo je...aku beli masa tu full set skali ngan extra breastshield adalah dalam RM388 macam tu la...so, ditolak dengan susut nilainya, aku nak let go s3 ni dalam RM330 sahaja (termasuk postage)...ada tak sesape yang berminat?? meh aku letak gambar sket...

Spectra 3 dengan 2 breastshield -- bolehla nak buat double pumping

motor pump -- kotak pun cantik lagi tau

aku bagi breastshield baru sbb takkan nak jual yang aku da pakai kan

tengok...warranty pun ada banyak bulan lagi -- rasanya s3 ni warranty setahun lau xsalah

so..lau korang berminat, or ada kengkawan yang berminat sila-sila la email aku ye di nadmisz210@gmail.com...lau yang ada no phone aku tu leh je sms aku...ataupun yang ada kenal aku kat FB leh PM aku jugak k...

oh ye, kalau ada orang yang nak tau samada hasil menggunakan medela swing, s3 ataupun pump terbaru ku tu ada beza atau tidak --- jawapan aku, SAMA je meyh~ cuma bila guna double pumping ni menjimatkan masa la kalau pump time keja kan berbanding single...sila ingat ye, jenama pump bukan penentu-ukur penghasilan susu untuk si manja...yang penting adalah konsep demand & supply tu sendiri...

okey...itu saja entry buat kali ini...

till then~

Friday, November 4, 2011

mY HaPpiesT MoMenT~

hello hello~

just wanna share about my happiest moments...being honest, the most happy moments was the time i gave birth to my lovely son -- Naufal...but then, the happiest moment was when we spent time together as a little family...we have so much fun together, and i can't wait to go for a holiday, together...


see how much my son enjoy our moment together..??

and this is my fav picture along the day

great huh, sharing all the good time we had together..?? for top of that, i really love to get some new gadget to capture more of our  happy moments...

i wish to share a lot more of our happy moments soon~

till then~

Tuesday, November 1, 2011

mY DeaR WareHoUse SaLe -- Lagi~

hello hello~

ari sabtu lepas, kitorang telah bertolak ke My Dear Warehouse Sale lagi sekali...sebelum bersalin dulu dah penah soping da --> kat entri ini -- so, bile tau ada sale lagi, laju-laju la kami pegi ke sana...kali ni pegi bertiga la pulak...hehehe...

misi utama adalah untuk mencari walker untuk si kecik Naufal...ini disebabkan sebabnya Naufal skang ni da takmo duduk lelama...baring lelama apatah lagi...dia lagi suka kalau dapat berdiri dan melonjak-lonjak...dan dalah sangat mengada-ngada sebab kalau kitorang tak layan dia, maka dia akan melontarkan vokal yang sangat padu sampai bingit satu umah...huh~

disebabkan dah namanya pun sale kan, maka mata mummy pun mula la melilau sana-sini mencarik apa lagi yang nak beli untuk merabakkan poket walid menambahkan koleksi encik Naufal ni...dan macam biasala memang mummy takkan lepas peluang membeli baju untuk Naufal..hehehe...apa je yang Naufal dapat sempena misi kali ini...???

beli overall ni satu lagi untuk Naufal - RM20 selai
beli jugak rompers yang kiut ni, lgpun Naufal xde lagi baju kaler ijau - RM10 selai


niat di ati memang nak sangat2 beli kasut ni, tp tunggula Naufal pandai menapak dulu - RM20 sepasang

dan walker untuk my cayang ni - RM95 je..normal price RM155

itulah sahaja yang mampu sempat disambar oleh mummy untuk Naufal kali ni...balik tu cakap kat encik Hasben -- bile ek last kita soping untuk kite?? encik Hasben bantai gelak je...kecik ati ai tau..takpela, sekarang ni memang apape Naufal je datang dulu...nak beli pape pun slalu beli untuk Naufal je..hehehe...nanti2 Naufal da besar, da ada keja bagus2, lehla blanje mummy ngan walid pulak kan...heheheh

walker tu pun jap je Naufal naik...dalam 5 minit camtu je, sebab dia ni tak nak da duduk or baring sensorang dah skang..asik la nak suh orang pegang sambil berdiri kan dia...itulah tujuan sebenar membeli walker ni...punya banyak mainan kat walker dia tu, nampaknya jari-jemari dia jugak yang paling best nak buat main...haih~

okeyla...len kali cite lagi...

till then~



Thursday, October 27, 2011

My Dear WaRehoUse SaLe

boleh tengok kat website dia ---> KLIK SINI

cadang nak pegi cari walker untuk Naufal

kalau korang rasa nak soping leh la pegi..lau x soping barang, soping tingkap pun boleh...hehehehe

okey bai~

p/s: saje nak hapdet blog je pun...

Tuesday, October 18, 2011

SaPe NaK PercuTiaN PERCUMA~!!!



korang sume nak tak percutian percuma??
senang je..
klik je kat ---> SINI
nanti diorang wat cabutan...
manala tau ada rezeki kan..??
hehehehe

Monday, October 17, 2011

SaYa SuDaH 4 buLaN~

Salam semua..

Mummy lama sangat mengelat kan?
Sowi la..mummy bizi..
Naufal tolong mummy tulis kali ni..
Skang Naufal da 4 bulan..
Gusi da mula gatal-gatal, rasa macam nak makan je..
Tapi mummy xbagi..mummy kata kena tunggu 2 bulan lagi...
Isk isk...
Tapi masa ni Naufal hepi sangat...
Cer teka Naufal ada kat mana..???
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 7, 2011

NaK JaDi HoUseWiFe boLeH TiDaK...???

"Seorang isteri yang tidak bekerja -- menjadi surirumah -- maka, segala hutang dan tanggungannya akan menjadi tanggungjawab si suami -- Radio IKIM

Isteri: Sayang...boleh tak kalau saya nak jadi housewife?

Suami: Eh...?? Tetibe...

Hehehehe...bestnye kan dengar macam tu...dan bertambah best kalau jadi kenyataan...tapi alangkah...disebabkan skang ni menetap di rumah kuarters yang didaftarkan atas nama si isteri, dan masing-masing suami-isteri belum beli rumah kat mana-mana lagi, maka...

Suami: Kerja la dulu yang...nanti kita nak dok kat mana?

Hmpffftfttt~

p/s: Pak Najib...sila lah bagi berita gembira dan yang menyenangkan petang ini ye~

Wednesday, October 5, 2011

sYuKuR~

hello hello~

waaa..setelah beberapa hari membizikan diri, barulah datang mood nak menulis blog ni..hehehe...erm..seperti beberapa orang yang sedia maklum, semalam baby comey Naufal telah dipaksa dibawa ke opis mummy sebab MakLong dia tak berapa sihat dan minta EL cuti...disebabkan masa dia call tu aku ngan encik Hasben sudah dalam perjalanan, maka memang malas la rasa nak patah balik rumah..dan setelah bergumbira memikir-mikir yang takde mesyuarat, aku cadangkan supaya Naufal ikutla mummy bekerja..encik Hasben meng-okey-kan saja sebab dia pun dah lambat untuk pegi mesyuarat...

dan bertapa lah Naufal di bawah meja kerja mummy semalam...kesian kan...??nasib baik memang ada playmat dia dalam beg...so aku bentang jela playmat tu kat bawah meja ni...dahla sebab memang nak anta dia ke pengasuh, maka hanya berbaju lengan pendek sahajala anakanda ku itu...kesian dia, dahla opis ni macam Kutub Utara Kutub Selatan antartika sejuknya...

baju nila Naufal pakai pegi opis mummy semalam...

rupa-rupanya aku kena pegi perhimpunan la pulak pagi tu..terpaksa la mengepos Naufal ke aras 2 untuk dijaga oleh kakak ilya dan ummi aressa...tengah-tengah perhimpunan, dapat alert yang Naufal da mula menangis..keluar je la terus amik dia dari ummi aressa..elok je aku dukung, dia terus diam..tapi sian nengok mata da berair-air da...bawak naik atas, bagi minum jap terus dia tido...tapi bila letak kat playmat tu dia terjaga pulak...agaknya tak biasa + sejuk kot...dahla takde bawak kain bedung semua..last-last aku bedung ngan kot aku ni...pastu ikat kat kaki dia...terus lena...sempat lagi aku pegi discussion sume, dia elok je tido...selimut pulak dengan shawl aku ni...last2 mummy yang sejuk mengigil-gigil sebab takde kain da nak balut badan...huhuhuh...takpela, asalkan Naufal selesa...

rindunya nak tengok dia buat mulut muncung tu -- Naufal 1 bulan --

dan tidola si comey Naufal tu dari kul 10 sampai kul 2...dia bangun jap, bagi minum then dia macam nak tido balik...tapi nak meniarap jugak...last2 mummy bagi can la...tukarkan CD, baju sume then letak je kat playmat...meniarap la dulu, memain sume...nanti kena bedung balik ye...hehehe...petang tu dalam kul 2.30 tu dia tido balik -- lepas dibedung -- tapi jap je..dalam kul4 tu dia dah bangun and tak nak da tido...so, aku letak je dia atas riba and sambung buat keja...okey je..takdela dia meragam ke, mengamuk ke, menangis jerit-jerit ke...alhamdulillah~ boss pun macam tak kisah sangat..maybe sebab Naufal memang sangat behave kot...
cian anak mummy..penat ye~

petang tu balik umah sambung main ngan walid dia pulak..lepas maghrib, mula la merengek nak tido..bagi minum susu sume, terus je tido...nampak macam letih sangat muka dia time tido tu...kesian betul...sayu je rasanya...tido tak bape nak lena, tapi bila ditepuk-tepuk dia tido balik...sampaila ke pagi tadi...bangun-bangun tido dok bergolek-golek...tukar baju and CD sume, dia ajak sembang pulak...layan jela, sambil gelak-gelak lagi...hehehe...geram betul Naufal ni, buat mummy rasa nak bawak pegi opis lagi je...

ada sorang akak ni cakap --- bertuahla ada anak macam Naufal...tak banyak kerenah dan sangat baik perangainya...alhamdulillah~ semoga Naufal akan terus membesar menjadi anak yang baik dan soleh...insya Allah...

Naufal sayang...
Jadi anak yang baik dan soleh ye
Yang cintakan Allah & Rasul
Yang kasihkan mummy & walid

Till then~

Thursday, September 29, 2011

MooD :: HapPy~!!!

hello hello~

untuk pertama kalinya sekali pump dapat 4.5 oz...hokey~ tak banyak...tapi aku peduli ape..aku happy jugak...hahahahaha...

gambar aku amik kt google je -- sebab takde kamera nak snap

terus rasa bersemangat untuk bf-kan Naufal..insya Allah sampai umo dia 2 tahun atau sampai bebila dia mau...hehehe...before ni aku ada cite macamane sedihnye bila pump cuma dapat tutup dasar botol je..nak dapatkan 10z pun punye la payah..boleh refer entri ni...sebab tula bila dapat sekali banyak macam ni, aku happy...harap-harap untuk sesi mengepam yang seterusnya akan bertambahla jugak...amin~

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air kepada kaumnya, maka Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itudua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman) : " Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

dan jugak rasa happy sangat sebab tadi MakLong Naufal sms...bagitau yang Naufal dah pandai balikkan badan dia lepas meniarap...baru 3 ari blaja meniarap, da pandai balikkan badan..bagus la anak mummy ni...alhamdulillah ya Allah~ kau kurniakan dia pengetahuan dan kebijakan...hehehe...and dia da jarang nak tido sebab asek nak meniarap and balikkan badan je...tapi MakLong dia cakap, setiap kali dia buat camtu setiap kali tu la dia gelak-gelak..hehehe...gelak takpe, jangan nages suda...

okey...perlu memberi laluan kepada kerja-kerja ku...HRMIS ni sampai bila takleh nak log in...???

till then~

Wednesday, September 28, 2011

:: Cloth Diaper @ CD ::

hello hello~

entry yang sudah lama mau ditaip tapi kemalasan melanda takde masa...hehehe...sejak Naufal masuk 2 bulan aritu, kami sudah tidak memasukkan item - membeli pampers - dalam bajet bulanan...hehehe...sebabnya Naufal sudah mula memakai cloth diaper @ CD secara rasminya...sebelum-sebelum ni, kekadang je pakaikan sebab saja nak test saiz kot-kot la Naufal terlebih gemuk atau CD terlebih besar..itupun sekali je sehari..so, masuk 2 bulan Naufal sudah fully ber-CD...*tahniah untuk mummy sebab terpaksa merajinkan diri untuk membasuh CD Naufal*

parcel CD pertama yang sampai depan pintu umah

CD peringkat pertama telah selamat sampai sebelum Naufal keluar lagi...ada aku citer dalam entry - sini - ...CD QQbaby plain color...ada 10keping semuanya...2keping aku tak ingat letak kat mana sebab dah lama sangat tak mengemas umah, sampai skang ni tiada berjumpa..maka yang ada dalam simpanan skang hanya 8 keping sahaja...semuanya disertakan dengan 2 insert...

Naufal masa umo sebulan lebih -- cubaan memakai CD -- nampak sedikit gedobosh di situ

CD fasa kedua pulak sampai masa Naufal dekat-dekat nak masuk umo 2 bulan..kali ni aku beli dari opismate aku je, brand Baby Mia...disebabkan yang sedia ada tinggal 8 keping, aku tambah la lagi 10 keping...murah je beli kat dia ni, sebab dia beli in bulk..sekali beli, 50 keping...so harga jatuh la jadi RM18 je sekeping...very the best deal kan..?? buat masa ni, mummy boleh beli CD yang tak-baper-nak-mahal-sangat jela untuk Naufal..tunggula ada rezeki lebih bolehla mummy belikan CD yang harga berpuluh-puluh-dekat-beratus-ratus-RM untuk kamu...hehehehe..


masa ni da 2 bulan lebey -- nampak sedikit fit la dengan CD tu --

jadi buat masa ni, ada 18 keping semuanya koleksi CD Naufal..memang tak cukup pun, jadi encik Hasben sila lah tambahkan ye...sehari Naufal akan pakai dalam 6-7 helai...4 helai sepanjang siang sebab dihantar ke rumah pengasuh...dan 2 keping lagi sepanjang malam -- dengan 2 inserts -- jad untuk 18 keping tu, maksimum 3 hari je boleh bertahan...jadi, setiap 2 hari mummy terpaksa merajinkan diri untuk membasuh dan menjemur baju dan CD Naufal...eh, baju pun macam rotate je dalam satu minggu tu...mungkin kena beli baju baru pulak... 


 
koleksi CD Naufal setelah dibasuh kesemuanya..kecuali 1 Naufal pakai, dan 1 lagi baru dimasukkan ke dalam bakul untuk dicuci

ada orang tanya -- susah tak pakai CD..?? jawapannya sangat subjektif...terpulang...maksud terpulang tu -- terpulang pada kemampuan kita...kemampuan kita untuk membeli, mengurus, membasuh, menjemur, bla bla bla...aku ni bukan orang yang rajin ye *ni cakap betul punye* jadi masa mula-mula pakai CD ni aku memang rasa sangat leceh, lagi-lagi bila Naufal poo poo...sebab nak kena jirus, then baru leh masukkan dalam mesin basuh..tapi bila da lebih sebulan pakai ni, alhamdulillah aku da makin rajin pandai nak uruskan CD ni...kesan kotor tu memang senang tanggal, lagi-lagi bila direct jemur bawah sunlight..dan alhamdulillah, aku dan encik Hasben da takyah pening-pening nak pikir bajet untuk beli pampers setiap bulan...yela, Naufal ni kalau pakai pampers -- 2 minggu mau abes seplastik saiz M yang 80 keping tu...

semua CD Naufal adalah yang jenis All-in-One One-Size pocket diaper *thanks to Anis sebab betulkan..Mama Izz ni lagi expert lau bab CD ni* maksudnya boleh laraskan dari saiz S ke M ke L...dan aku suka design yang button..setakat ni ada 1 je yang jenis velcro..ini pun ikut orang jugak..kalau nak yang menyerupai pampers and lebih mudah -- pilihla yang velcro..sebab senang, boleh zap zap saja..aku suka yang button sebab design dia nampak cute je..tapi sejak Naufal suka bergolek-golek ni, tercabar jugakla skill nak pakaikan dia CD tu..hehehe...

Naufal 3 bulan 1 minggu -- tak suka pakai seluar da --

kesimpulannya...da macam karangan la pulak..pemakaian CD ni bergantung pada individu...susah bagi oranglain, tak semestinya susah untuk semua orang...dan mudah bagi orang lain tak semestinya mudah bagi semua orang...untuk permulaan, memang rasa berat..sebab CD ni pun harganya boleh tahan jugak kan..tapi, alang-alang lepas raya ni, bebudak comey macam Naufal ni sure dapat duit raya kan..memangla nak simpan dalam akaun, tapi kalau guna sikit untuk keperluan dia apa salahnya kan...ni pun aku ada beli sikit lagi tambahan CD untuk Naufal -- guna duit raya Naufal -- tapi belum dapat lagi..maybe esok lusa dapatla ni...hehehe...

p/s: aku bukan eco-friendly sangat sebab nak pakai CD ni semua..tp secara tak langsung, adala jugak aku menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat kan...hehehehe

till then~

:: updated ::

CD terbaru Naufal sudah selamat diterima semalam...sangat bersemangat nak basuh tapi disebabkan da penat sangat sampai rasa malas ampaian da penuh maka ditangguhkan sehingga hujung minggu...

7 keping tambahan -- dengan 2 keping wetbag untuk dihantar ke umah pengasuh

kali ni beli yang jenis minky...kain dia gebu-gebu manja gitu...hehehe...aku suka yang corak celoreng-celoreng macam askar tu...encik Hasben pulak suka yang corak zirafah tu...comel betul corak-corak CD ni..tapi takkanla sebab nak tayang kecomelan CD tu nak biarkan Naufal tak pakai seluar ye tak...?? cukupla comel kitorang tengok masa nak tukarkan CD...hehehehe...

p/s/s: CD yang ni pun ada hip snap button tu...elokla untuk kekalkan CD pada kedudukan yang selesa...boleh membantu mencegah kebocoran juga..hehehe...

till then~

Tuesday, September 27, 2011

SiKiT-SiKiT LaMa-LaMa JaDi buKiT~

hello hello~

wah..ini juga entry yang sudah lama tertangguh...lagipun sebelum save dalam phone saja, jadinya tak dapat nak meng'edit' draf tu..gamba2 pulak sumenye dalam phone..ni baru berkesempatan nak tampal kat sini...sebenarnya, perjalanan penyusuan --- breastfeeding journey -- aku untuk Naufal takdela semeriah orang lain...cuma yang paling best masa 1st time boleh bfkan Naufal tu, dia dah pandai nak latch on..aku ingatkan memang sume baby memang camtu..rupa-rupanya ada jugak baby yang tak pandai nak latch on and kita kena ajar dia menyusu...alhamdulillah, dipermudahkan aku akan urusan yang satu itu..lagi pulak, aku kan bersalin czer..mungkin sebab tu dipermudahkan sedikit urusan yang lainnya untuk aku kan...alhamdulillah~

masa tu aku tak penah pikir -- susu cukup ke x?? -- yang aku tau, bila Naufal menangis je, aku bagi dia menyusu...tak kisahla bape kali and bape lama sekalipun dia nak melekap kat aku..lagipun sonok weh..pas 2 tahun, baru aku dapat rasa pegang baby sendiri...hehehehe...and masa tu aku memang cetek ilmu pasal bf ni...
Naufal on his 1st day -- windunye masa ni~

balik umah, aku terus bf kan Naufal..dan aku takde pikir pun lagi pasal nak buat stok EBM untuk aku da mula keja nanti...terlalu seronok agaknya bf kan dia terus, takdela aku pandang pun breastpump yang ada elok simpan dalam beg tu..hehehe...sampaila satu hari, breast membengkak dan keras macam batu...aduyai~ memang sakit betul...kena siram air pun sakit -- apatah lagi nak sua ke Naufal suh dia minum...so, aku try la pump -- hampeh, bertambah sakit adala...tula aku cakap, aku kurang tau pasal bf ni kan...so, aku just tuam je la ngan tuala panas..takde pump pun...then bila aku try-try pump tak penahnya dapat banyak..kekadang tu buat tutup dasar botol je...and masa tu aku give up -- malas la nak pump...bukan dapat apa pun..biar je Naufal minum terus, lagi senang...

pastu, Naufal kena masuk wad pulak sebab kena jaundice..lagila tensen aku masa tu...setiap kali Naufal minum, baju memang basah sebab susu mengalir macam tu je..memang dah tak pikir nak pump -- sebab da pikir bukan dapat banyak pun lau pump -- so, aku just biarkan je...and malam 1st kat hospital tu, aku bancuh FM untuk Naufal -- sebab nurse kata kalau bagi FM, baby cepat poo poo..so kuning dia cepat turun -- aku buatla..semuanya untuk Naufal cepat-cepat keluar dari hospital...tapi Naufal tak nak minum FM..aku bancuk 3 botol, 1 botol je dia minum...itupun tak sampai 2 oz...tapi aku bf dia jugak bila tak tahan dia menangis sampai ilang-ilang suara..alhamdulillah, esoknya dia dah boleh balik...

sian anak mummy -- lepas semalaman menangis + menjerit barulah dia tido

balik umah, mula la sume makcik-makcik termasukla mak aku membebel...katanya mungkin Naufal ni tak cukup susu -- so, tambahla susu formula...aku pulak sebab tak ada ilmu sangat -- pump pun keluar angin je yang banyak -- setuju la dengan cadangan dorang...jadi Naufal mula aku bagi FM...tapi dalam masa yang sama aku masih jugak cuba mengepam walaupun aku tau akan kecewa bila tengok hasilnya...lepas sebulan, aku cuba pump dan kali ni dah nampak sket hasil...walaupun tak banyak, tapi aku seronok sangat sebab sebelum ni kalau pump dapa tutup dasar botol je...terus je aku MMS kat encik Hasben..encik Hasben kata -- okla tu..nanti lelama bertambah la...

inilah kali pertama aku dapat 1oz sekali pump...eksaited walaupun tak banyak sangat

habis pantang tu, aku balik Putrajaya..kononnya sebab kesian encik Hasben tinggal sensorang padahal ntah-ntah dia lagi seronok sebab takde orang nak membebel itu ini...so, aku try pump lagi dan lagi...tapi memang tak banyak la..paling banyak pun 1 oz je..sangat sikit kan...??tapi aku pikir mungkin sebab Naufal sangat kuat menyusu, sebab tula bila pump dah tak banyak yang dapat...masa tu jugak aku mula join group Kump. Ibu Menyusukan (KIM) kat FB..memang banyak sangat yang aku tak tau rupanya...dan melalui situ la aku mula belajar macam-macam...masa ni masih lagi bagi FM kat Naufal...tapi dah tukar pulak dari Anmum ke Enfalac A+...dan Naufal hanya minum 2.5 oz x 2 kali sehari...yang lain-lain masih bf lagi...bila Naufal masuk 2 bulan, aku cuba kurangkan bagi dia minum FM...daripada 2 kali, jadi sekali je..dan seminggu lepas tu aku stop terus bagi dia FM...dan takde la pulak aku tengok dia bermasalah -- tak cukup kenyang, tak cukup tido -- semuanya okey saja...alhamdulillah~

masa ni aku pump da bertambah sikit -- tapi masih tak dapat cecah 2oz

sepanjang bulan puasa tu aku cuba buat stok EBM sebab lepas raya nak mula kerja dah...memang mencabar betulla, sebab Naufal memang azalinya kuat minum...ditambah pulak rasa lapar terlampau everytime lepas bf kan dia...bila lepas pump, bergandalah rasa penat + lapar tu...tapi aku tahankan jugak, sebab aku takut sangat aku takde EBM nak bekalkan dia untuk tinggal ngan pengasuh nanti...kekadang 2,3 kali pump barulah aku dapat kumpulakn 1 botol untuk sekali minum...masa ni dia minum sekali 2 oz lebih kurang...






1st time pump and dapat 2oz lebih sket -- hepi terlampau hokey masa ni~

dan daripada sikit-sikit tula aku kumpulkan stok EBM...memang ada masa yang aku pump hari ni, cukup-cukup untuk esok..tapi alhamdulillah, setakat ni aku masih berjaya menyusukan Naufal sepenuhnya...sebenarnya, memang aku ada stenbai kan FM kat umah pengasuh Naufal, tapi sampai tarikh entry ni ditaip FM tu masih tak berusik sebab stok EBM yang aku bekalkan setiap hari cukup untuk Naufal minum...alhamdulillah...expired je FM ni, mungkin takyah nak beli lagi kot...hehehe...jimat duit kan...bolehla encik Hasben belanja aku gelang 2,3 urat kat Habib nanti...

masuk 3 bulan, Naufal masih lagi minum dalam 2.5 - 3 oz susu...sebab penah test bagi lebih tapi sayang je dia tak abiskan...so, setakat ni dia minum 4 botol je waktu siang...aku bekalkan 2 botol 3 oz + 2 botol 2.5 oz...sebelum pegi, bf kan dia dulu...and balik keja amik dia, bf kan jugak...malam macam biasala dia akan bangun menyusu...time mood dia okey, dia cuma bangun 3 kali je..time mood dia tak hokey, dia nak kena dipeluk saja dan mesti pastikan bila dia buka mulut saja boleh suakan terus bagi dia bf..hehehe...kesian encik Hasben ai..asik Naufal je kena peluk kan...



inila stock EBM yang ada setakat ke hari ni...alhamdulillah~

sikit je kan stok EBM aku...?? tak dan nak masuk kat freezer, letak kat fridge atas je -- peti ais aku, yang bahagian beku kat bawah -- sebabnya tahan paling lama 2 hari je, pastu kena bawak keluar dah..hehehe...tapi bersyukur la jugak...sekurang-kurangnya adalah rezeki Naufal kan...jadi, untuk setiap botol tu aku isi dalam 2.5 - 3 oz setiap satu..lau tak cukup, tambahla hasil daripada sesi mengepam seterusnya...kekadang jeles tengok oranglain punya stok EBM..ada pulak yang sekali pump sampai >10 oz...tapi bak kata encik Hasben -- bersyukurlah daripada tak ada langsung -- 

sonok tengok oranglain punya stok EBM-- boleh bukak kedai...hehehe

aku harap, biarla susah macam ni pun -- sekali pump tak cukup pun untuk sekali minum -- tapi diberkatkan dan terus dikurniakan aku rezeki untuk Naufal ni...nak dapatlan stok kat atas tu, tetiap hari + tetiap malam aku pump lepas Naufal tido -- nak bangun pump kul 3 pagi masih belum berjaya lagi -- tapi setiap kali lepas pump tu, aku bersyukur dengan apa yang diberikan...doakan lah dipermudahkan urusan penyusuan aku ni...dan doakanlah aku diberi kesempatan dan kemampuan itu untuk terus menyusukan Naufal..insya Allah sampai umur dia 2 tahun...

kalau korang nak share ilmu bf ni ngan aku, amat-amatlah aku galakkan...thanks in advance k..

till then~
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::