Mami+Walid=Naufal

Thursday, March 10, 2011

:: MeNaBuNg aMaLaN MuLia 2 ::

hello hello~

semalam aku dan encik Hasben telah ke Maybank untuk urusan pembayaran segala bil-bil yang tertunggak...huhuhu...niat asala memang nak bayar on time tapi apakan daya...kita hanya merancang...*ceh..sempat lagi memikir alasan tu*..di kesempatan itu, aku pun meng'update' akaun ASB yang baru 2 minggu lepas aku jumpa buku nya...huhuhuh...sangat sikit pendapatan ASB aku tahun ni...nampak sangat pemalas nak menyimpan kat situ...takpe, azam baru untuk si kecik..mummy akan selalu update ASB itu untuk kamu ye..dan selepas kami berumur 6 bulan insya Allah mummy akan buatkan satu buku khas untuk kamu...
ini adalah tahun pertama aku mempunyai buku ASB..sikit je pendapatan aku kan..??ini adalah pendapatan paling rendah yang aku pernah dapat daripada ASB...kiranya busuk-busuk pun adalah jugak RM13++ kan...nak tunggu free-free dapat dari oranglen memang idakle...alhamdulillah, jadilah daripada takde langsung...betul...??
ini pulak adalah pendapatan paling tinggi pernah aku dapat bersama ASB...*ye...aku tau idakle tinggi mana*...masa ni memang terasa la jugak banyaknya..mungkin masa ni aku da mula bekerja dan opis aku berdepan je dengan bank...maka urusan jual-beli ASB ni selalu aku jalankan pada 2008...orang kata kalau akaun kita aktif, lagi banyak pendapatan kita dapat..betul atau tak, aku pun tak tau...huhuhuhu.....

bagi tahun 2010 pulak, pendapatan ASB aku kembali seperti tahun pertama aku bukak akaun ngan ASB...huhuhu...sangat lah sikit kan...sebenarnya buku ASB ni aku missplaced for over a year...jadinya, memang aku tak menjalankan urusan jual-beli ASB dengan aktif...lagi pulak, sikit je simpanan aku masa ni...tak boleh jadi macam ni kan...aku kena pertambahkan usaha untuk menambah simpanan mulai hari ni...*hoyeh hoyeh~!!!*

sebenarnya menyimpan ada banyak kelebihannya...yela, selain untuk kegunaan masa depan *atau waktu-waktu sesak*..simpanan kita la yang membantu bank ataupun institusi kewangan untuk menjana pendapatan..untungnya adalah untuk kedua-dua pihak...jadi, menabungla untuk kebaikan bersama...

sehingga berjumpa lagi~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::