Mami+Walid=Naufal

Sunday, March 20, 2011

:: mY PaRcEL iS HeRe - PaRt.1 ::

hello hello~

terlambat banyak la pulak nak update pasal first parcel yang aku terima untuk si kecik ni...hehehehe....sebenarnya ini adalah disebabkan pengaruh seorang member yang dah pun bergelar mama kepada putera kesayangannya...dalam blog dia banyak la dia cite tentang usaha-usaha dia dalam membesarkan si putera supaya menjadi lebih bijak dan berilmu...dan salah satu cara yang dia guna ialah memperkenalkan si putera dengan bahan bacaan bermula usia baby lagi...

aku pulak jadi sangat tertarik dengan pendekatan dia tu...betul jugak...dulu masa aku kecik-kecik, mak ngan ayah aku selalu mendedahkan aku dengan buku...tak kisahla buku apa...kadang-kadang ayah akan baca suratkhabar sambil meriba aku...dia baca kuat-kuat, biar aku dengar...walaupun aku bukannya paham pun...tapi secara tak langsung, mungkin minda aku mampu menerima rangsangan pembelajaran tu...sebab tu masa umur aku 4 tahun aku dah mula lancar membaca...dan ayah aku masih menggalakkan aku belajar...contohnya dia akan suruh aku bacakan dia suratkhabar dari muka depan sampai abes..mana-mana perkataan yang aku tak tau, dia akan tolong aku eja bersama-sama...aku ingat lagi dulu aku paling susah eja n baca perkataan "professor"...tapi setiap kali ada perkataan tu, aku ngan ayah akan sama-sama mengeja kuat-kuat...hehehehe....

sejak umur 4 tahun tu, aku mula mengeja dan membaca apa-apa saja...buku, suratkhabar, signboard, nama jalan, poster, nama bangunan, semuanya la...lepas mengeja dan membaca tu, kalau ada apa-apa yang aku musykil, mula la aku bertanya itu ini...sampaikan sepanjang jalan balik kampung dari klang ke taiping aku akan mengeja, membaca dan bertanya apa saja yang aku nampak sepanjang jalan....hehehehe...sure mak ayah aku pening kan...???

then bila masuk tadika umur 5 tahun...aku dan mula membaca buku yang banyak tulisan...sebab buku-buku kat tadika tu banyak yang satu mukasurat cuma ada 1,2 ayat je...dekat setahun, kebanyakan buku yang ada kat situ aku dah baca berulang-ulang kali...naik umur 6 tahun, aku jadi tukang baca buku cerita setiap kali waktu rehat...sebab masa tu aku sorang je yang paling lancar membaca...itulah berkat ayah aku ajar + paksa aku mengeja dan membaca suratkhabar setiap hari dulu...alhamdulillah....

dan aku berazam -- insya Allah -- aku akan cuba pendekatan yang sama dalam mengajar anak-anak aku nanti...kenalkan dia dengan buku, dengan bahan bacaan...dan galakkan dia untuk belajar...belajar ni bukan daripada buku saja kan...banyak lagi menda/perkara sekeliling kita yang sebenarnya mampu merangsang pembelajaran...untuk langkah pertama, for sure la dengan menggalakkan perkembangan otaknya dengan pengambilan susu yang berkhasiat...setakat ni aku consume Anmum Materna...

dan langkah kedua, encik Hasben mula merangsang minda si kecik ni dengan alunan zikrullah dan muzik-muzik klasik...setiap pagi dan petang, encik Hasben akan pastikan si kecik ni didengarkan dengan alunan zikrullah atau ayat-ayat suci alQuran..dan sebelah malam pulak, dengarkan dia dengan muzik klasik yang telah dikaji mampu merangsang perkembangan minda baby...

dan seterusnya, aku telah mengorder toy book secara online untuk si kecik...boleh dijadikan bantal peluk, barang permainan dan secara tak langsungnya langkah awal pendedahan si kecik kepada bahan bacaan...mungkin orang akan kata -- ala, baby tu kecik lagi...bukannya dia paham apa-apa --- terpulangla...tapi setau aku minda dia dah mula berkembang sejak dia dalam kandungan lagi...lagipun aku cuma berusaha dan mencuba sehabis baik...selebihnya aku serahkan pada Yang Maha Kuasa...Dia lebih tahu kan...???

inilah dia toy book pertama untuk si kecik...Ellee & Raffee akan menunggu kamu ye baby~

mungkin sebab si kecik ni adalah permata hati yang pertama, maka kami memang berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan dia yang terbaik...tapi aku harap -- insya Allah -- untuk permata-permata hati kami yang seterusnya, kami akan tetap berusaha memberikan mereka yang terbaik juga...sebab si kecik ni adalah anugerah pinjaman Allah yang WAJIB kami hargai...dipinjamkan untuk membuktikan kebesaran dan kasihnya Dia pada kami...dipinjamkan untuk menjadikan kami lebih bertanggungjawab dan lebih memngingatiNya...dan dipinjamkan untuk kami bentuk dan pimpin supaya menjadi khalifah di jalanNya...jadi semoga kami turut dipinjamkan kekuatan dan ketabahan dalam memenuhi tuntutan ini...insya Allah~

till then~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::