Mami+Walid=Naufal

Wednesday, March 2, 2011

:: My 25th WeEks~ ::

alhamdulillah..sedar tak sedar, da masuk minggu ke 25 da sekarang ni...kesihatan masih di tahap yang memuaskan...maksudnya takde la mabuk-mabuk terlampau or mengidam menda-menda yang pelik...memang sejak awal dapat tahu ada si kecik dalam perut ni, hari-hari aku doa...minta supaya janganlah ditarik nikmat kesihatan itu dari aku...dan janganlah sampai aku mengidam dan menyusahkan encik Hasben...so, alhamdulillah...

Masuk minggu ke 25 ni...ramai lah orang yang dah mula bertanya itu-ini...perut pun da mula nampak la...*walaupun sebenarnya b4 pregnant pun da buncit jugak...huhuhuhu*...boleh dikatakan semua baju-baju aku dalam almari tu dah tak selesa untuk dipakai..pakai tu boleh, tapi aku tak berapa suka kalau terlalu melekat kat badan...tak selesa la...dijadikan citer, aku cuma ada 2,3 helai sahaja baju yang sesuai dipakai oleh ibu-ibu mengandung...memang hajat di hati tu nak menambah koleksi, tapi apakan daya..masa belum ada untuk memenuhinya...*eceh...alasan~*

My Pregnancy: 25 Weeks
agaknye..begitulah rupa si kecik kat dalam perut ni...cuma kedudukan dia tu, tak tau la macamane...sebab bila malam-malam nengok tivi kat umah tu terasa dia bergerak...nampakla perut ni beralun-alun ha...kejap dok camtu, kejap dok camni...si kecik ni suka nak berpusing-pusing la, bergolek-golek la...kadang-kadang bile encik Hasben cakap ngan dia sambil dekatkan telinga kat perut ni --- dusyum~!!! --- kena tendang la pulak...kecik-kecik dalam perut lagi da pandai nak bergusti ngan walid ye..???hehehehe...kalau la lelaki, alamat nye memang menjadi superhero la dalam umah ni nanti...lau pompuan pulak, agaknya mesti jadi yang ala-ala ganas je..hehehe...takpela, asalkan kamu sihat je dalam perut mummy ni...

ada orang tanya kat aku -- "kau takde ke instinct ke apa ke...yang rasa-rasa apa jantina baby kau ni..??"...jawapannya...haruslah ada...tapi itu cuma instinct + harapan je...tak nak la bagitau sesapa atau sibuk-sibuk nak luahkan...kena tunggu dan lihat dulu...sama ada instinct aku ni tepat atau pun tidak...kalau tepat, alhamdulillah..kalau tidak, mungkin aku je yang lebih dipengaruhi emosi...hehehehe...


Info ni..aku dapat daripada website yang hampir setiap hari aku rujuk --- .http://www.babycenter.com/ ---..semata-mata untuk menambah pengetahuan...maklumlah, walaupun si kecik ni baru 25 minggu, tapi sebenarnya ada lebih kurang 3 bulan je lagi aku nak prepare diri aku, encik Hasben dan family untuk kehadiran dia...jadi, kenala rajin sket kan...walaupun kadang-kadang memang takde masa langsung, tapi sekurang-kurangnya setiap kali bangun and sebelum tido aku bersembang jap ngan si kecik ni...dia ni kalau malam susah betul nak suh tido..time malam tula dia paling aktif...nak bergolek la, nak berenang la, nak melompat la...macam-macam...hehehehe...tapi kalau pagi tu, senang je bangun...dengar je doa pagi tu, mulala terasa dia bergerak...^_^

misi minggu ini ---> kalau boleh, nak lengkapkan pencarian barang-barang dalam baby list tu...and kalau sempat nak jugak pegi Jusco...beli baju kat Scarlet Maternity tu...murah, tapi selesa yang amat untuk aku...berbaloi-baloi....hehehehe...*ops..ini bukan iklan celcom hokey~*


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::