hello hello~
hari cuti yang seronok...sure sume orang pun sama kan..??heheheh...sebenarnya awal-awal lagi da plan, hari ni nak ajak encik Hasben ke Moms Little Ones kat Seri Kembangan tu..cadangan asalnya adalah untuk meng'collect' breastpump yang sudah ditempah..dan encik Hasben pun bersetuju...maka selepas bersolat kami pun ke destinasi yang dituju...
inilah pakej yang aku order kat MLO ni..spectra-3 breastpump
sampai di MLO masa ujan tengah lebat selebat-lebatnya...tapi malas nak menyusahkan encik Hasben amik payung segala, aku redah je ujan tu..rasa macho je berjalan dalam hujan...hehehehe...dan masa kitorang sampai tu kebetulan adala sorang customer kat situ...rupanya dia ni ada problem ngan Spectra-3 dia..ish, aku dah tak senang duduk dah..almaklumlah, aku pun sebenarnya order Spectra-3 jugak...jadi sambil-sambil membelek barang-barang baby kat situ kitorang pun memasang telinga la dengar apa yang dorang tu bualkan...
encik Hasben memang awal-awal lagi tak bape setuju dengan pilihan aku ni..rupanya dia pun ada survey jugak pasal breastpump ni...*tak sangka ai tau~* pada pendapat dia, dia nak aku beli Medela je..sebab ramai wife kengkawan dia rekemen, and dia review daripada internet..ikutkan hajat di hati memangla aku nak beli Medela tu...cuma kena la berpadanan dengan poket ni kan...hukhukhuk~
yang ini jugak menjadi pilihan *hanya jika masih ada promo*
tapi masa dok dengar akak tu berbual ngan pekedai tu, aku jadik serba salah la pulak kan..sebab Spectra-3 ni 6bulan je warranty nye..pastu kena bayar lebih pulak..medela ni 1year warranty...and jarang la pulak dengan complaint daripada medela user ni...lepas bincang-bincang balik ngan encik Hasben, dia still rasa better kalau aku amik medela than Spectra-3...actually aku nak amik Spectra-3 tu sebab dia leh buat double pumping..tapi kalau ikutkan sama je, double or single pumping..depends on kita punya effort je kan...medela ni convenience sebab dia boleh guna electric or battery...dan memang jauh lebih ringan nak banding ngan Spectra-3...
then si pekedai tu pun bagitau la..kalau rasa macam ragu-ragu lagi, better tunggu next week...aku ngan encik Hasben pun macam blur la kan..ada apa dengan next week..??*ceh...da macam tajuk filem pulak*...rupanya dia kata next week ada Motherhood Expo kat Mid Valley Exhibition Centre...terus la encik Hasben kata -- takpela lau camtu..kitorang pegi survey kat expo dulu la ---
dan akhirnya kami pun balik ke rumah...takde la collect apa-apa..tapi MLO ada bagitau banyak jugak baby store yang join ekspo ni nanti..takpela, minggu depan saja la kita tengok semula ye baby...uish~ ni yang tak sabar nak tunggu minggu depan ni...heheheh...
No comments:
Post a Comment