Mami+Walid=Naufal

Friday, March 4, 2011

:: mY HaPpY FRiDaY~ ::

Today is Friday...and aku tau, mostly orang *lebih-lebih lagi yang bekerja* adalah amat menanti-nantikan ketibaan hari yang penuh barokah ini...termasuklah aku...hehehe...tapi Jumaat kali ni boleh dikatakan amat membahagiakan aku ^_^...bukan sebab malam tadi malam Jumaat hokey~ tapi disebabkan beberapa perkhabaran gumbira yang aku terima pada hari Jumaat yang mulia ini....*eceh~*

khabar gumbira yang pertama ---> cek pertama aku dari Nuffnang telah selamat sampai...

*ye tuan-puan...aku kini menetap di Putrajaya*

alhamdulillah, walaupun takdela banyak macam blogger-blogger feymes yang lain tapi adalah something kan..??? bolehla jugak nak wat shopping di Jusco ujung minggu ini....tak banyak, tapi ada...yang sangat banyak adalah terima kasih dan penghargaan untuk mereka-mereka yang datang melawat atau menyinggah dan sudi meng'klik' banner iklan di sini...anda semua adalah yang paling hebat di dunia...dan insya Allah di akhirat juga...

*amaun takyah tunjukla kan...lau banyak aku tunjuk hokey..^_^*

hasil daripada cek ini akan aku simpankan dalam akaun si kecik nanti...encik Hasben kata, tak sangka blogger pemalas hapdet macam aku pun leh ada earning dari blog....*huhuhu~ kecik hati ai tau*...tapi pada aku...bukan aku yang membantu menambah simpanan si kecik ini tapi anda semua...semoga Tuhan membalas setiap kebaikan anda itu...

khabar gumbira yang kedua ---> baki pembayaran bagi akaun Maxis aku adalah negatif...*ha..???tak pahamla..ce cite..ce cite...*...sebenarnya macam ni...pagi tadi aku da log in ke akaun maxis aku untuk membayar bil..almaklumla aku ni pelupa sket bab-bab membayar bil henpon dan berukband ni...ditakuti henpon tetibe takleh pakai, sementara teringat tu aku pun laju-lajula nak check kat maxis...skali, hambik ko~!!~ baki akaun aku adalah negatif..???

*wah..seronotnye ada baki negatif dalam akaun...*

bile check-check balik rupanya bulan lepas aku terbayar dua kali untuk statement yang sama...maka setelah ditolak statement untuk bulan ni, masih ada lagi negatif seratus++ dalam akaun...alhamdulillah...maksudnya bulan ni dan bulan depan tak payah la aku nak membayar bil henpon...boleh tambah lagi saving untuk si kecik...^_^...hepi uols..maunye tak hepi....

khabar gumbira yang ketiga dan seterusnya ---> yang ini aku belum dapat lagi...tapi penah ada pakar motivasi beritau...bila saja satu-satu hari itu dimulakan dengan positif, insya Allah kita akan menerima yang lebih positif sehinggalah hari itu berakhir...dan esok, sudah tentunya akan jadi lebih baik dari hari ini...heheheh ^_^

MooD :: adalah sangat baik -- alhamdulillah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::