ye puan-puan...bertemu kita dalam segmen ketuk-ketuk...*ye..tiru sket daripada yang kat tibi tu ye*...menu kita pada kali ini ialah SimPLe ToaST...sebenarnya da lama da try buat resepi ni...tapi baru ter'rajin' nak letak dalam blog..huhuhuh...sangat bersimpati pada diri sendiri...hokey la...kita sambung dengan segmen masak-memasak kita ye puan-puan...
cara penyediaan SimPLe ToaST ini adalah sangat mudah...dan teramatlah mudah...
Bahan-bahan:
Roti -- aku gunakan roti Gardenia saja
Telur
sedikit garam
sedikit lada untuk penambah perisa
Cara membuatnya:
1. lubangkan di tengah-tengah roti itu..hanya sebelah sahaja ye..dalam kes ini, saya cuma menggunakan gelas untuk membentuk bulatan yang santek~
2. susun sebelah roti -- yang telah disapu marjerin/planta -- di atas dulang pembakar..dan letakkan roti yang telah dilubangkan tadi di atasnya...kemudian pecahkan telur ke dalam lubang yang telah dibuat dan letakkan sedikit garam dan lada...
3. susun roti-roti yang telah selesai digodek-godek dalam ketuhar pembakar...suhu, terpulang pada anda..setakat mana anda mahukan roti anda dibakar...*yang bulat-bulat tu adalah rencam-rencam yang diperoleh dari langkah 1 ye puan-puan*
4. angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda --- samada anda mahukan telur itu separuh masak atau masak penuh--- saya memilih untuk dipasangkan bersama sedikit salad dan sosej black pepper keluaran ayamas...juga side dish adalah baked bean dan sedikit sos cili + mayonis thousand island...
resepi ini adalah sangat sesuai untuk mereka-mereka yang bekerja atau kesuntukan waktu untuk menyediakan hidangan buat keluarga...mudah, murah dan berkhasiat...jumpa lagi di segmen yang akan datang~
No comments:
Post a Comment