I've tried and failed at many things in life but I will NEVER stop giving 100% at being the best mom I can be
Showing posts with label adik Naufal. Show all posts
Showing posts with label adik Naufal. Show all posts
Friday, January 2, 2015
Selamat UlangTahun yg Pertama, Nauha Zulaikha ♡♡♡
Waktu2 macam ni -- setahun yg lepas -- sambil tgk tv, sambil layan abg #SyedNaufal, sambil tengok jam...
Dalam jam 3pagi, ajak walid pergi azzahrah..duduk kt labour room sampai jam 7.30 pagi..walid ngan abg tido kat sofa kat tempat menunggu..
Jam 8.07 pagi, lahirlah puteri sulung mami, Sharifah #NauhaZulaikha bt Syed Fahmi Syed Shahrom...alhamdulillah, dgn berat 3.4kg -- walaupun takde rupa mcm berat 3.4kg -- adik begitu sempurna pada kami..pagi Jumaat yg penuh berkat, bertambahlah amanah mami dan walid...
Makde Nadzira Miskiman yang sampai dulu, semangat nak jumpa BFF baru..lps tu baru opah Yong Miskiman ngan atok Miskiman Wahidan sampai..skali dgn paman Aran Azim Wak Man acik Nashriq Azim Miskiman ucu Fisha Miskiman ngan kakak akisy..pakngah Seken Nazarul xdapat dtg sbb kerja..
Macam baru sangat rasanya..esok pagi adik dah genap setahun..mcm abg, mami masih lagi tgk adik mcm baby baru lahir..mami sayang adik, mcm mami sayang abg..semoga adik jadi anak yang baik, solehah dan manis sentiasa..
Terima kasih Allah,
Atas amanah, anugerah,
Yang paling indah ini...
Selamat ulangtahun pertama adik,
Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan di bawah keberkatan Ilahi..
Labels:
adik Naufal,
azzahrah bangi,
mami membebel,
mood rindu,
NauhaZulaikha
Tuesday, October 21, 2014
1 Entry Per Day Challenge: Day 1
DaY 01: A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
:: A ReCeNt Picture of Me ::
for the time being, inilah gambar aku yang terkini...gambar diambil masa bawak naufal pegi tengok movie cite Ribbit *agak kurang best tapi lenkali la cite* hehehehe...rasa kecik sket berbanding lepas bersalin Naufal dulu..berat currently masih bermula dengan angka 6..target nak angka 5 je tapi macam sayup-sayup je lagi...huhuhuhu...
:: 15 InTeResTiNg FacTs aBouT Me ::
- aku suka makan -- interesting kan...??sebab ada orang yang sibuk berdiet -- aku boleh makan sepanjang masa asalkan bukan makan nasik...
- aku boleh tulis novel berdasarkan pengalaman sendiri ataupun orang lain -- cuma kelemahannya di sini adalah kadang-kadang aku ketandusan idea untuk menyambung atau mereka kesudahannya ---
- aku takkan puas minum kalau air tu tak sejuk atau tak berais -- well, mungkin agak kurang baik tapi itulah hakikatnya ---
- aku suka sangat main games -- tak kesahla games apa...biasanya aku main games yahoo..dan aku boleh tak makan tak minum bila da main games ---
- cuma tau main Harvest Moon: Boy & Girl sahaja di PSP -- banyak games dalam PSP tu tapi yang aku reti main cumalah HM dan jugak poker sahaja ---
- sangat berbakat untuk membuat kad ucapan DIY --- hobi ni sejak sekolah lagi sebenarnya..dulu aku penah buat kad, buat album, buat bookmark gunakan pelbagai jenis kertas dan hiasan --- tapi dah lama sangat tak buat
- aku adalah a good listener --- aku selalu dengar masalah orang walaupun aku tak mampu bagi pandangan banyak-banyak...sebab aku tau kebanyakan orang yang memerlukan aku mendengar masalah dorang bukannya nak sangat pun pendapat aku ---
- aku ada instinct yang sangat kuat --- ini aku tak tau dapat daripada siapa...tapi biasanya sixth sense aku berkenaan sesuatu perkara adalah menghampiri tepat ---
- aku cepat kesian kat orang --- tak kesahla sape pun orang tu...tapi biasanya aku takkan sampai hati tengok orang tua yang meniaga..aku penah menangis sebab beratur kat belakang sorang pakcik ni masa kat ATM...maybe dia nak check gaji dia atau pe, tapi aku tau apa yang tertera kat skrin ATM tu tak menyenangkan hati dia daripada riak wajah dia..and masa tu jugak dia mengeluh bila jawab panggilan daripada anak dia *agaknya* sebab apa yang dia mampu kata masa tu cuma "takpe..nanti abah belikan ye" *damn...aku da menangis lagi sekarang*
- aku suka buat encik Hasben marah kat aku --- kenapa agaknya ye? kurang perhatian ke aku ni? hehehe...entahla...aku memang suka menduga dia..malah kadang-kadang aku sengaja cari pasal dengan dia...tapi dia tu cool je ---
- ibu jari tangan kiri aku tak macam ibu jari tangan kanan aku --- hahahaha...macam hampeh kan...tapi betul tau...ibu jari tangan kiri aku takleh nak buat sign 'bagus' macam biasa..sebab masa kecik dulu, aku penah 'ter'potong urat kat bawah ibu jari tu guna pisau cukur...pastu agaknya ligamen dia da putus..tu yang tak sama macam ibu jari tangan kanan tu ---
- aku suka duduk katak --- sape-sape yang tak tau macamane rupa duduk katak tu, balik nanti tanya mak ye...tak kisahla bila, kat mana or buat apa..aku selesa duduk katak tu sebab aku rasa itula yang paling rileks dan paling stabil ---
- aku penah kantoikan cikgu sekolah dengan surat cinta --- ni hanya orang tertentu sahaja yang tau ye..hakikatnya aku buat macam tu sebab cikgu tu adalah cikgu lelaki yang muda dan sangat perasan macamla semua budak pompuan kat sekolah tu suka kat dia..tapi lepas SPM aku da mintak maaf dah kat dia ---
- aku pernah bercinta dengan kawan baik sendiri --- kelakar kan? tapi perasaannya adalah amat janggal sekali...aku hilang sorang kawan baik, aku hilang tempat mengadu segala menda bila dia jadi bf aku...tapi sayangnya, lepas tak jadi bf pun kitorang tak dapat jadik macam asal ---
- aku adalah aku --- setiap orang adalah menarik sebagai dirinya sendiri...macam tu jugak yang aku rasa tentang diri aku...kalaula aku tak macam aku, apa bezanya aku dengan oranglain? dan apa menariknya aku berbanding oranglain...kan?? ---
tu dia~ lengkaplah sudah cabaran untuk hari ini...hehehehe...
till then~
p/s: cubaan menyambung semula 30 days challenge -- 1 entry per day...
p/s: cubaan menyambung semula 30 days challenge -- 1 entry per day...
Saturday, October 11, 2014
Projek Baju Adik
Salam semua
Sebenarnya mami takde idea and takde mood nak menulis..mami dah lama berenti buat benda-benda yang mami minat dan suka sejak jadi mami ni..
Mami dah lama tak menulis novel pendek mami...mami dah lama tak buat any craft yang sebelum2 ni mami suka sangat...mami dah lama tak pegang mesin jahit mami walaupun dalam kepala ada macam-macam menda yang mami nak jahit...kadang-kadang bukan mami taknak buat tapi selalunya masa mami nak buat, masa tu la abd Naufal ngan adik Nauha perlukan mami..dan kadang-kadang bila dorang dah tido mami pulak yang dah penat...huhuhuhu...
Baru-baru ni dengan ditemani tangis manja abg Naufal ngan adik Nauha sempat juga mami jahitkan seluar ngan gaun untuk abg dan adik..
Gaun adik -- first trial
Seluar -- pinggang terkecil so dedua jadi hakmilik adik
tapi ukuran seluar terkecil pulak untuk abang..jd kedua2 seluar mami bagi kat adik..untuk abang lain kali la mami buat lain..hehehe...sorry abang...
Okeyla adik dah start merengek...till then...
Labels:
adik Naufal,
aRt 'N' hoBbiEs,
cotton,
DIY,
dress budak,
mami suka,
NauhaZulaikha,
owlies,
seluar budak,
SyedNaufalalJunid
Tuesday, October 7, 2014
Chicken Pox
Salam semua..
Mami datang lagi..bersiaran dari rumah je kali ni..sebab adik Nauha kena chicken pox..mami pun dapat sakit mata pulak..maka cutila menjaga mata sendiri dan adik yg kurang sihat..
Adik Nauha (9bln) & abg Naufal (5bln)
Perasan ada biji-biji berair masa hari Khamis aritu..malam tu bawakla dia pegi azzahrah bangi..tapi doc kata bukan chicken pox..dia kata alergi ke apa ntah..memang dia confident betulla bukan chicken pox..just bagi sterimar sebab adik selsema sikit ngan calamine lotion je masa tu..and dia dengan confident nya cakap takde masalah kalau nak hantar ke taska..sebab kan dia doc maka mami dengan berat hati terima jela kan..
Esok paginya makin banyak biji-biji yang naik..tawakal jela sebab doc kata bukan kan..hari Sabtu before balik kampung kitorg ke azzahrah balik sebab mata mami da bengkak..doc tu kata adik memang kena chicken pox..dia suggest nak bagi anti-viral untuk adik..dan sebab badan adik panas dia advise untuk masukkan ubat punggung jugak..
Berhari raya dengan sakit mata dan adik yang kena chicken pox memang sedih..sebab nak jumpa sedara-mara tapi takut terbagi virus pulak kan..adik pulak kejap2 nangis..tido malam pun tak lena..kesian sangat dia..kesian jugak kat mami sebab takleh tido lena jugak..semalam balik rumah adik tido lena betul lepas maghrib sampai tgh malam..letih agaknya..harini dah start balik kejap-kejap menangis..tak boleh berenggang langsung..
Abg Naufal dulu kena chicken pox masa umo 5bulan..tp abg mmg betul kuat sebab dia tak merengek pun..adik ni kuat merengek jugak..maybe sebab dia pun da besar sket kan..da 9bulan kan..takpela..kurang-kurang tak risau dah kena chicken pox lepas ni..
Lagipun sakit kan penghapus dosa kecil..semoga dosa kami semua diampunkan Allah..dan kami semua diberi kekuatan untuk menempuhi segala dugaan ini..
Lain kali cerita lagi...
Thursday, October 2, 2014
Pencarian Tadika Naufal dan Nursery Nauha
Salam,
Mami datang lagi...
berkurun lamanya tak menulis blog ni..daripada Nauha mula lahir sampai dia dah masuk sembilan bulan hari ni...sembilan bulan dah..??? erm...okey, nanti mami start update -- backdate cerita-ceriti sebelum2 ni ok..
nak berkisah pasal pencarian tadika untuk abg Naufal...almaklumlah tahun depan dia dah masuk 4 tahun..dia pun nampaknya dah boring duduk kat rumah MakLong...rasanya macam baru je lagi berat hati sedey2 emo2 nak antar dia duduk ngan MakLong..sekarang da nak masuk 4 tahun umur dia...cepatnya masa berlalu...
dijadikan berita cerita, lama dah mami survey2 tadika ni..macam2 jenis dan nama tadika ada kat Putrajaya ni..yuran mahal, murah...separuh hari, sehari penuh...playschool, playdates...semuanya ada..dalam masa yang sama mami pun tanya2 jugak kawan2 mami yang ada anak sebaya Naufal ni...so kitorang pun bertukar2 pandapat pendapat dan pandangan...
antara calon2 tadika yang terpilih ialah:
- Cendekiawan Educare
- Tadika Vonad
- Little Caliph (Tadika Alaf Baru)
- Laman Cerdik
- Genius Aulad
- Tadika Arina
- Alam Ria Kids (IlhamPutra)
banyak kan senarai tadika kat putrajaya ni...tadika KEMAS ngan PASTI ada terpilih jugak tapi dorang lebih utamakan pengambilan untuk 5 ngan 6 tahun...hari Isnin aritu mami pun paksa ajak walid cuti untuk round tengok tadika2 ni dan pilih untuk Naufal...dalam masa yang sama boleh cari nursery untuk adik Nauha sekali...nursery pun banyak kat sini, cuma kita selesa dengan tak je la..
antara nursery yang terpilih adalah:
- Mama Mia Nursery
- Taska Bijak Cerdik
- Taska Sinaran
- Laman Cerdik
- Cendekiawan Educare
- Taska Vonad
- Tiny Thumbs
- Tadika Integrasi Presint14
- Pengasuh - tak ingat nama taska tapi di Fasa 12
ok, nanti mami sambung stori mori k..dan tadika/nursery mana yang mami ngan walid pilih untuk dua beradik ni..till then~
Wednesday, October 30, 2013
Wordless Wednesday:: Luna Mint~!!!
hari ni banyak kerja, jadi mami buat post Wordless Wednesday sahaja la ye..ada lagi 6jam nak balik kampung jumpa Naufal comey...
cubaan ber Luna -- suka sangat material flowy nih..tapi nampak gumuk la..nak kena diet ni....huhuhuhuh
Naufal yang sangat gwiyomi sambil berbaju oren...geram sangat tengok dia ni...
ok doakan yang baik-baik untuk kami semua ye...
Monday, October 28, 2013
Adik Naufal:: Update Barang-barang Baby No. 2
Salam semua~
sekarang, misi meng'update' barang-barang adik baby pulak...kali ni memang tak banyak menda nak beli pun..so, beli awal-awal jela..nanti-nanti kalau nak tambah pun boleh...dan bolehla nak berehat-rehat...cuma nya sebelum siap membasuh, menjemur, melipat dan menyimpan masih belum boleh dikira selesai la kan...hehehehe....
Barang adik Baby ::
- Baju newborn lengan panjang 4 pasang
- baju newborn lengan pendek 4 pasang
ngam-ngam je 4 pasang..tp sepasang je newborn, lagi 3 pasang tu 0-3 bulan punya...kat belah tepi tu ada seluar panjang 3 helai, untuk pakai dengan rompers etc nanti..
harga dalam RM10-RM15 sepasang..
-
sama jugak -- ngam-ngam je 4 pasang...
kedekut ke mami ni??3helai baju dengan seluar panjang/3 suku dan sepasang skirt dengan seluar kecik...heheheheharga sepasang antara RM8 - RM15
- baju lubang-lubang 4 pasang
lagi kedekut -- takde beli pun ha...borong sekali dengan baju lengan panjang (sepasang) & baju lengan pendek (sepasang)...tak taula kot ujung-ujung nanti nak beli jugak kan...hehehehe
- Rompers 4 pasang
yang ni macam terlebey sudaaa....hehehehe...rompers minnie saiz 0-3 bulan (dapat free bip tu)..
harga untuk satu set ni RM35
dan jugak carters rompers 5 helai saiz 3 bulan...untuk saiz 6 bulan pun ada tapi biar lah simpan dulu dalam plastik dia..lambat lagi nak pakai kan...
yang ni mami tengok kat GM pun kalau beli sepekt-sepeket harga dalam RM35++ jugak...tp mami beli ni dengan harga RM28 sepeket..
- Barut adik baby 12 helai
7 je masuk dalam gamba...4 saiz besar, 3 saiz kecik...ada lagi 3 helai besar & 4 helai kecik tak masuk gambar...kain guna material cotton flannel yang berkurun kat dalam almari takde buat apa...
harga...?? tak tau la nak kata...1m kain cotton flannel tu mami boleh dapat lebih kurang 6-8 helai barut -- material flannel belah luar dan dalam --
tambahan 2 helai barut velcro --cubaan pertama -- untuk adik baby...saje cuba-cuba nak tengok camne gayanya menjahit barut velcro ni..
- Stokin 12 pasang
- Mitten & booties 12 pasang
haaa --- kan da cakap yang naufal punya adik boleh pakai...cuma lagi nak kena basuh bersih-bersih bagi nampak macam baru je..tak sangka naufal dulu dalam hati ada taman jambu
- Bedung 4 helai
tak sampai pun 12 pasang...cuma ada 6 pasang sahaja...maybe nak kena tambah sket la nanti ujung-ujung...kalau rajin membasuh dan menjemur cukup je ni kot sebenarnya, tapi....
harga dalam RM7++ sepasang..untuk yang 2 badik depan tu harga dalam RM4++ je...
2 helai je baru -- yang biru tu Naufal punya lama...mami tambah sehelai...maybe nak kena tambah lagi 2 helai kot...walid, jom pegi carik kain...
- Kasut
- 2 pasang (takkan nak pakai kasut abang Naufal pulak kan)
- Botol Susu
- masa Naufal dulu pakai avent, jadi adik baby pun plan nak beli Avent jugak
- Avent Natural 2 botol
ngam-ngam 2 pasang..cukupla kan..kecik-kecik bukan pakai kasut sangat pun..ini pun beli sebab sepasang tu RM14 je..hehehehe
beli 1 set terus sebab ada berus sekali...kalau beli asing, sebotol 4oz je dekat RM80...yang ni beli starter set -- 2 botol 4oz, 2 botol 9oz, berus botol dan puting -- baru RM140...
- Belian Tambahan
beli 2 helai -- 1 untuk Naufal, dan 1 untuk adik...beli di Fabolous Mom..masa ni promo, sehelai RM5.90 je...
too cute too handle -- beli jugak baju jalan 2 pasang sbb berkenan dengan corak dia tu...yang ni mahal sket, dalam RM17 sepasang...
hooded jumper untuk adik baby -- walaupun biru, tapi sangat manis nampaknya...harga rasanya RM15++ kot...
dan of course, untuk buah hati saya yang pertama sampai bila-bila -- baju pocoyo untuk Naufal...kali ni beli kaler kuning dengan gambar Pato...naufal suka sangat ni tau...baju kalau ada brand ni memang mahal la sket kan...kemeja ni harganya RM21++ kalau tak salah mami...
- Storage bottles & Plastic Storages
- MLO 2oz
- Jingle Jungle 5oz 8 botol
- Autumz storage 3 kotak
- Jingle Jungle 2 kotak
autumz storage je tak masuk dalam gambar...semuanya sudah siap, tinggal nak basuh dan sterilkan je..dalam pantang maybe spare MLO 2 oz tu dengan 1kotak plastic storages
- Ice pack - MLO 3 keping
- Set berpantang
-
Set berpantang NR..nak try yang ni pulak sebab tak banyak nak kena makan..masa Naufal dulu pakai Mustika Ratu..melambak betul menda nak kena makan...
- Bengkung 2 set untuk siang & malam
done, beli di enjoybreastfeed -- gamba ihsan incik gugel sebab malas nak bukak kotak --
yang ni dapat sekali masa beli set bersalin NR tu..bengkung bertali..
yang ni dah lama beli tapi tak dapat pakai sebab lepas 3 bulan pakai aritu terus dapat adik baby...hope dapat membantu masa dalam pantang nanti...
banyak jugak barang ye walaupun anak kedua...walaupun recycle, tapi nak kena basuh semua lagi..lepas tu nak kena susun elok2 dalam bekas supaya senang nak bawak balik kampung untuk berpantang nanti...beg untuk pergi hospital pun mami takde buat pun lagi...alahai, hospital mana nak pergi pun mami dengan walid belum decide lagi ni...huhuhuh...
kalau ikut pengalaman mami, Hospital Serdang tu ok je..cuma walid agak berat hati sebab kita tak boleh nak pilih doktor...maka, walid suh mami survey pakej-pakej bersalin kat hospital yang boleh pilih dan memang confirm akan dapat bersalin dengan doktor yang dipilih...setakat ni, mami cuma tau Hospital Az Zahrah jela sebab check up kat situ...itupun tak tanya lagi pakej bersalin untuk bilik seorang macam mana rate dia...
nanti lepas mami survey pakej-pakej tu, insya Allah bolehlah kongsikan kat sini...
till then, doakan yang baik-baik ye untuk mami ngan adik Naufal...doakan yang baik-baik untuk walid dan Naufal jugak...
Thursday, October 24, 2013
Adik Naufal:: Perihal HB~
Salam...
Alhamdulillah, dalam diam-diam dah masuk minggu ke 30 adik Naufal ni...dan alhamdulillah jugak, setakat ni mami masih takde masalah apa-apa...kalau nak dibandingkan masa mengandungkan Naufal dulu, kali ni mami sangat kurang mengalami cramp malam-malam or pagi-pagi hari...kaki dan tangan pun alhamdulillah takdelah bengkak sangat...masih boleh pakai kasut bertutup dengan high heel lagi...hehehe...cuma mami tak pakai la sebab tak selesa dan tak nak kena marah dengan walid doktor...
alkisahnya, pagi tadi mami ke KK untuk check up bulanan...dan perkara yang paling membuat mami nervous adalah samada HB mami naik atau turun lagi...dan macam teka-teki teka-tekuk pulak la...tapi yang tak bestnye, nurse yang ambil darah untuk check HB kali ni dah men spoil kan mood mami...sebab dia cucuk tu rasa sakit sangat...terus je mami gosok-gosok sket tempat cucuk tu depan dia, sebagai tanda protes...hope dia pahamla teknik dia ambil darah tu salah...sebab ada nurse yang ambil darah, tapi mami takde rasa sangat pun dia cucuk jarum tu...huhuhuh...nak nanges...dahla menci jarum....
pastu mami pun cepat-cepatla scan kad kat kaunter tu...macam biasa mami akan check up dengan nurse kat bilik 11...ada sorang nurse kat bilik 11 tu sangat baik -- pada mami la...dia jarang marah atau komplen, biasanya dia akan bagi nasihat dan kata-kata semangat...tapi hari ni mami dapat dengan nurse lain, bukan dengan nurse yang baik tu...nurse ni nampak je HB mami drop dari masa ke masa terus komplen..terus bising-bising kenapa jadi macam ni...kalau la mami tau kenapa, kan senang.... *sigh*
kadar HB normal yang diperlukan oleh semua orang
pastu dia bagitau la risiko HB low ni...semua yang negatif...bertambah-tambah emo la mami..dahla sakit kena cucuk tadi..pastu nak kena serap aura negatif nurse ni pulak...balik-balik ulang cakap pasal baby boleh meninggal dalam perut, boleh keguguran la..okey, mungkin menda ni memang betul...memang risiko kalau HB rendah...tapi agak-agak patut ke asik ulang menda tu sepanjang check up..?? patutnya bagi la semangat ke, nasihat ke..bukan cuma bagi negative result or consequences je...!!! ha..dah keluar tanda seru..kan mami dah cakap dia buat mami emo...huh~!!
lepas check tu, kena tunggu kejap sebab result HB belum dapat lagi...ini satu kelemahan paling besar yang mami tengok wujud kat klinik ni...masa mengandung Naufal dulu, result HB takde la selama ni nak siap..bukan apa, kadang-kadang kalau kita pergi KK sebelum 8.30, dalam pukul 9 atau 10 dah siap da...bolehla nak masuk opis dah...tapi sekarang sebab nak tunggu result HB kadang-kadang amik masa sampai pukul 11 ke atas...kan membuang masa tu...
alhamdulillah, lepas bebel-bebel bersyukur pulak result HB mami dah meningkat daripada 9.4 kepada 10.0...walaupun peningkatan yang kecik, tapi mami bersyukur sangat sebab meningkat...mami berazam nak tingkatkan balik sampai at least 11.6 sebelum bersalin...ini hasil setiap pagi telan sebiji Iberet Folic dengan jus oren la ni...Vita Lea mami makan sebelum makan malam, tapi kadang-kadang dah makan baru mami teringat yang Vita Lea belum makan lagi...kuang kuang kuang...tapi sekarang ni walid pun tumpang sekali makan Vita Lea setiap pagi dan malam...hehehe..Naufal tumpang makan Vitamin C jela...
makanan tambahan yang diperlukan untuk meningkatkan kadar HB
eh, baru tau hari ni The Pop Look ada launch kaler-kaler terbaru Luna...cantik-cantik jugak la..hehehe...adeh, adakah disebabkan pembawakan baby girl maka mami macam bersemangat lain macam nak shopping baju ngan tudung sekarang ni...??? huhuhuhu...lepas ni nak kena puasa membeli baju bajan dan tudung tadang...
Luna Maxi Dress TPL dengan warna-warna baru...mengancam kan...???
tapi....erm, cannot resist...help~!!!
Labels:
adik Naufal,
HB,
Iberet Folic,
Luna maxi dress,
The PopLook,
VitaLea Shaklee
Sunday, October 20, 2013
Adik Naufal:: Projek DIY Barut Baby
Salam semua~
Entry yang dah lama dok dalam draf sebab menunggu mood rajin nak mengambik gambo...hehehehe...alkisahnya, kat umah tu adalah beberapa keping cotton flannel...cadang nak buat macam-macam tapi satu apa pun tak jadi...last-last memandangkan masa kemas-kemas barang Naufal dulu terperasan barut Naufal cuma ada 4 keping saje...jadi bermula lah idea mami nak jahitkan barut untuk adik baby...sebenarnya pattern sume dah berkurun ada, daripada zaman Naufal dok dalam perut...sampai turn adik Naufal barulah sampai mood rajin tu...ohoi, bahaya betul...
jadi mami pun buat ukuran suka hati mengikut ukuran barut lama Naufal...lepas tu adjust sesuka hati dan potong..hehehe...dah siap potong semua barulah terperasan yang tali untuk ikat barut tu takde beli pun lagi...maka terbengkalai la sekejap projek barut adik baby...
misi menggunting dan mengambik gambo
lepas dah beli tali semua, barulah bersemangat nak menggunting dan menjahit...makanya, siaplah sudah 7 keping barut adik baby dengan warna-warna ceria..sebab bukan mami keluar cari kain untuk buat barut ni, guna apa sahaja kain yang ada kat umah je...tapi okla, nampak comel je..hehehe...mami buat 2 saiz, 1 saiz kecik sikit (lebar 5") dan satu lagi saiz besar sikit (lebar 6") sebab manala tau macam Naufal dulu, badan dia panjang..kalau pakai yang kecik tarik ke atas, nampak perut...tarik ke bawah nampak dada..tak full cover..nanti masuk angin kan ke susah...
7 helai barut adik baby batch pertama
lepas tu, ada kawan mami nampak gambar barut yang mami post kat FB..dia request untuk jahitkan barut tapi nak yang jenis velcro punya..jadi, mami pun try-try la jahit barut velcro untuk adik baby sebagai prektis..dapatlah 2 keping barut velcro dalam masa 1 jam...okla tu kan...hehehehe...pun 2 saiz, 1 saiz each...
first time jahit barut velcro...tengok pun jarang jadi main belasah je ni
sambil-sambil tu, sempat jugak mami jahitkan sehelai kain bedung untuk adik baby jugak...sebab Naufal punya dulu dah ada sehelai...lain-lain maybe mami gunakan lampin kain je la nanti...tapi kot-kot la mami ter rajin, maybe mami pergi cari kain dan jahitkan extra kain bedung untuk adik baby...hehehehe...
yang biru tu Naufal punya lama...mami tambahkan satu yang pink..kain sama dengan buat barut adik baby
mami rasa lepas ni mami nak cuba jahit mitten ngan booties pulak guna material cotton flannel ni..tapi nak tunggu sampai peringkat tu, tak tau la berapa lama...ke nak tunggu ada adik baru pulak ganti tempat adik baby dalam perut mami nanti...eh...??? heheheheheh....
satu lagi projek yang masih terbengkalai adalah quilt adik baby...mami baru siap cantumkan kain dengan batting je..nak jahit keliling tu belum sampai seru lagi..hope dalam masa terdekat ni sampaila seru...kang takde tilam pulak adik baby nanti...lagi pulak, sarung bantal sume memang takde buat lagi...erm, usahkan sarung bantal, bantal pun mami tak cari lagi...adeh~
lee min ho mami -- muka tak mandi lagi ni...peneman setia setiap kali mami menggunting dan menjahit
okla, nak membebel itu je pepagi ni...lenkali cerita lagi...
doakan yang terbaik untuk mami ngan adik baby...jangan lupe doakan yang sama buat Naufal ngan walid jugak...
till then~
Labels:
adik Naufal,
barut bayi,
bedung bayi,
DIY,
mami membebel,
quilt
Friday, October 18, 2013
Adik Naufal:: 3D 4D Scan
Salam semua~
Disebabkan hari ni rehat panjang, maka mami pun nak membebel la kat sini...hehehehe...ni nak citer pasal cerita yang dah suam-suam dekat nak basi sebenarnya...nak citer pasal appointment scan 3D 4D adik Naufal la...
Dikisahkan, masa minggu ke 26 hari tu mami, walid ngan Naufal telah ke Puchong untuk menjalani sesi suaikenal scan adik baby...appointment mami jam 3, maka kami berjalan-jalan la dulu ke Aeon Big berdekatan klinik ni...oh ye, mami book appointment ni melalui online saje...tarikh appointment biasanya dikeluarkan bagi tempoh 2minggu je, so kena booking seminggu awal la kiranya...kalau tak paham, pegila baca sendiri dalam website tu...hehehe...
boleh klik kat website ni -- 3D 4D Scan Malaysia
dalam pukul 3 petang tu, nama mami pun dipanggil..berdoyon-doyonla dengan Naufal ngan walid masuk dalam bilik tu..eksaited jugak, walaupun tak eksaited melampau masa scan Naufal dulu...hehehehe...lepas tu cik sonographer tu pun check perut mami...scan punya scan, adik baby ni terlampau la malu nye..langsung tak nak tunjuk muka dia..asik la dia tutup ngan tangan comei dia tu..lepas tu kejap-kejap meniarap...adeh, susah betul nak tengok muka ni...Naufal sibuk dok layan upin ipin, buat tak kisah je...masa nampak kejap tu, panggil la dia suruh tengok..dia pun tengok sekejap lepas tu sambung ngan upin ipin dia...
tapi cik sonographer tu tak puas hati sebab tak dapat ambil gambar penuh muka adik baby...maka dia suh mami pegi jalan-jalan dulu...dan datang balik dalam 15 minit camtu la...jadi, kitorang pun jalan la kat area berdekatan situ...sempatlah Naufal pergi kedai mainan dan beli raket badminton yang dah lama dimimpikan diimpikan...lepas tu sibukla pulak dia dok main raket tu...adeh, Naufal...Naufal...
kemain lagi Naufal dapat mainan baru...
lepas 15 minit tu, scan balik...adik baby masih jugak tak nak tunjuk muka..dia dok tutup ngan tangan dia..dan kejap-kejap memang meniarap je...last-last jenuh jugakla nak pujuk, barulah dia turunkan tangan dia..nampak macam kecik sikit berbanding Naufal dulu...muka nampak kecik comey je...tapi berat lebih banyak daripada Naufal...kaki sama panjang macam kaki Naufal jugak..dan alhamdulillah, setakat ni masih lagi dikenalpastikan sebagai gegirl...hehehehe...senyum je walid masa cik sonographer tu bagitau ini memang nampak jelas gegirl ni...Naufal..?? sibuk dengan raket dia je la..takde amik pusing pun...
gambar eksklusif adik baby buat tatapan pembaca blog mami...hehehehe...gambar bawah tu, dengan tangan dengan kaki sekali nak masuk dalam gambar..choi~
jadi, mami dah boleh beli baju adik baby dengan senang hati...nampaknya pregnant kali ni memang tak banyak membeli barang...cuma baju bajan je la..biasala, nak jugak bagi adik baby pakai baju baru..rompers memang banyak recycle yang Naufal punya, sebab kain tahan dan masih elok lagi kan...tapi ada jugak membeli yang baru....gown yang comey-comey yang kalau tengok memang takleh tahan rasa nak beli tu takdela beli pun lagi..maybe kena tunggu adik baby besar sikit baru beli...hehehehe...over betul mami ni...
jadi, kalau ada mama - mami - ibu - emak - to be yang nak buat 3D 4D scan ni, memang mami rekemenkan la tempat ni...insya Allah memang mudah...kalau lepas scan berkali-kali memang tak nampak jugak muka baby, takde bayaran akan dikenakan...sebab tu la dia dok ulang scan kot...hehehe...lepas scan tu, dia akan burn kan semua gamba ngan video baby dalam CD...total kena bayar RM120...dah naik sikit harganya...masa Naufal dulu cuma RM90 je..tapi, memang sangat murah lah kalau nak compare buat scan dekat klinik or hospital swasta...
dah nak masuk 30 minggu dah adik baby ni...rasanya macam kejap sangat dapat tau mami pregnant...pejam celik pejam celik tinggal 10 minggu je lagi, insya Allah...cuma mami tengah nak ajar Naufal yang dia tu nak jadi abang dah, bakal ada adik...lepas ni tak bolehla nak manja sangat..tapi, budak kecik macam tu...apa la yang dia faham kan...harap-harap lepas adik baby lahir nanti, Naufal bolehla faham sikit-sikit kalau tak banyak pun...
adik baby, senyum sikit kat kawan-kawan mami ni...
okla, mami dah kering air liur nak membebel ni..lain kali la mami sambung ye...jangan lupe, doakan yang baik-baik aje untuk mami ngan adik baby...jugak untuk walid ngan Naufal...
till then~
Thursday, October 17, 2013
Minggu ke 28:: Perihal HB dan MGTT
Salam semua~!!
Kali ni mami nak membebel pasal MGTT ngan HB semasa mengandung ni...aritu mami macam pelik je sebab tak kena buat MGTT pun lagi padahal dah nak masuk minggu ke 27...sekali rupanya, minggu ke 28 barulah mami kena buat MGTT...bagi ibu-ibu confirm dah tau MGTT ni apa kan...tapi bagi yang tak tau mami dengan baik hatinya bagitau, MGTT ni sebenarnya untuk menguji samada kita ada kencing masin manis masa mengandung ataupun tak...
gambar ihsan incik gugel -- MGTT test
maka, hari Khamis minggu lepas (10/10/13) mami pun menyerah diri kat KK Putrajaya untuk minum air gula..dalam hati macam-macam rasa sebab pregnant kali ni memang mami kurang minum air manis berbanding masa pregnant Naufal dulu...tapi, disebabkan menda ni prosedur maka mami layankan ajela...sampai KK dalam pukul 8 lebih macam tu sebab pegi anta Naufal kat umah MakLong dia dulu..lepas letak buku dan melayan perasaan, nama mami pun dipanggil dan disuruh pegi buat urin test dan terus ke makmal untuk amik darah...
menunggu lebih kurang sejam depan makmal sebab lembab ramai sangat orang, barulah nama mami dipanggil untuk amik darah..dan acara kemuncak hari itu ialah --- minum air gula...adeh..bayangkan, 75g glukos dilarutkan dalam cuma 200ml air...berpeluh jugakla mami menengokkan cawan-cawan berisi air gula berwarna purple tu...walaupun purple tu kaler feveret mami, tapi air gula tu sangat mengundang rasa loya di tekak mami...nak tak nak, mami baca Bismillah dan teguk pelan-pelan air gula tu..memang lazat berkrim betul rasanya...huhuhuhu...lepas tu nurse pun suruh mami tunggu kat luar, lepas 2 jam dia akan panggil nama mami balik...masa tu mami dah mula rasa pening and loya-loya..jadi mami amik keputusan untuk balik rumah tido berehat...
lepas 2 jam mami pun menggagahkan diri ke KK semula..baru duduk 5 minit nama mami pun dipanggil..terus masuk dan redha je la kena amik darah lagi sekali...lepas tu boleh scan kad untuk pemeriksaan selanjutnya...nurse tu advice mami untuk pergi makan dulu baru scan kad..tapi memandangkan masa tu dah nak pukul 12 maka mami terus je scan kad untuk pemeriksaan...sebab nanti lambat pulak mami nak masuk opis kan...sekejap je tunggu, nombor pun naik...keputusan ujian MGTT confirm-confirm la belum dapat kan...yang dapat cuma result HB mami sahaja...alangkah sedihnye mami sebab HB kali ni drop lebih teruk lagi ke paras 9.4 saje...rasa nak menangis pun ada jugak...agaknya sebab mami ada ter skip makan ubat dan tak berapa selera sangat nak makan nasik kot...maka mami redha jela...dalam hati risau jugak, sebab setau mami kalau HB rendah ni risiko jugak pada adik baby...maka mami pun berazam untuk tidak skip makan ubat dan nasik lagi lepas ni...
disebabkan HB low, nurse minta mami jumpa doktor dulu..maka menunggu lagi setengah jam dan masuk lah bilik 12 untuk jumpa doktor...doktor pun tukarkan ubat mami kepada Iberet Folic...
besar gedabak tau ubat ni, tapi pejam mata je lah makan...
buat masa ni, mami makan Iberet Folic ni sebelum sarapan pagi, dan makan Vita Lea Shaklee sebelum makan malam...hasilnya, kena tunggu next check up mami...agaknya kalau lepas ni HB masih drop mungkin mami perlu order besi waja sekilo dua pulak la nampaknya...result MGTT petang tu nurse akan call dan bagitau mami...
vita lea shaklee...cubaan menambah darah juga...
petang tu, nurse pun call dan bacakan result MGTT mami...alhamdulillah, memang nampaknya mami takde menghidap kencing manis semasa mengandung...Fasting Blood Glucose mami adalah 4.26mmol/L dan OGTT (Bacaan selepas 2jam minum air gula) adalah 6.88mmol/L sahaja...kedua-duanya berada di tahap normal...eh, macam mana nak baca..?? jap mami kongsikan kat sini...
Fasting Blood Glucose (ni yang kita kena posa daripada 10.00
malam sehari sebelum amik darah)
Bacaan
|
|
3.9 – 5.5 mmol/L
|
Normal
|
5.6 – 6.9 mmol/L
|
Berisiko mendapat diabetes
|
7.0mmol/L ke atas
|
Diabetes
|
Oral Glucose Tolerance Test (lepas 2 jam minum air gula)
Bacaan
|
|
7.8 mmol/L ke
bawah
|
Normal
|
7.8 – 11.1 mmol/L
|
Berisiko mendapat diabetes
|
11.1mmol/L ke atas
|
Diabetes
|
sekarang ni mami tengah berusaha untuk menambahkan HB mami...harap-harap mami berjaya...next time mami cerita membebel panjang lebar pasal HB pulak ye...
till then...doakan yang baik-baik untuk mami ngan adik baby ye..juga buat walid ngan Naufal..
Labels:
adik Naufal,
HB,
Iberet Folic,
MGTT test,
VitaLea Shaklee
Tuesday, October 1, 2013
Misi Membeli Barang-barang Adik Naufal~
Salam semua~
Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke 27 adik Naufal ni ha...setakat ni semuanya ok, cuma HB mami saje yang tak ok...masalah yang sama sejak pregnant Naufal dulu...
Misi membeli barang-barang adik baby adalah sangat selow melow ye kali ni...sebab maybe banyak barang yang tak payah nak kena survey dan beli lagi kan...cuma baju-baju jela yang nak kena beli...sebab Naufal kan sedia maklum-kecik je orang nya...maka baju-baju dia dulu banyak yang dah dipakai sehingga lusuh...lagi-lagi baju basahan masa umur 0-3 bulan...sampai yang dah naik reput pun ada...huhuhuh...
jadi mami adalah sangat tidak sampai hati nak turunkan kat adik baby...maka, mami cadang untuk baju-baju basahan semua kena lah beli yang lain...mitten pun nampaknya memang kena beli lain sebab masa Naufal dulu tak banyak pun mami beli...dan memang nampak dah season in the sun...cuma stokin je mami tak payah beli sebab stokin Naufal memang banyak sangat...lagipun dulu-dulu mami tak pernah kisah Naufal pakai stokin kaler apa...bila belek-belek balik, banyak jugak stokin Naufal yang adik baby boleh pakai...kaler ala-ala jambu gitu...hehehehe...
cer tengok stokin Naufal tu kaler apa...heheheh~
jadi, mami nak kena buat list sikit la apa barang-barang yang mami perlu nak beli untuk adik baby...maybe tak perlu banyak tapi nak jugakla beli kan..hehehehe...
Barang adik Baby ::
- Baju newborn lengan panjang
- 4 pasang
- baju newborn lengan pendek
- 4 pasang
- baju lubang-lubang
- 4 pasang
- Rompers
-
4 pasangdone, 1 set 3bulan + 1 set 6 bulan - Barut adik baby
- Naufal punya yang lama, ada lagi 4 helai, mami cadang nak jahit lagi dalam 8 helai
- Stokin
12 pasangtakpayah beli, pakai Naufal punya- Mitten & booties
12 pasangdone, 10 pasang- Bedung
- Naufal punya ada 2 helai, mami cadang nak jahit lagi 2 helai
- Napkin
- 1 set (yang ni kena beli baru sebab Naufal punya da lusuh sangat)
- Tuala mandi
- 2 helai (tuala boleh kongsi tak dengan abang Naufal punya???)
- Wet Tissues
- Pampers saiz newborn/saiz S
- Kasut
- 2 pasang (takkan nak pakai kasut abang Naufal pulak kan)
Tilam + Bantal + Selimut- Semua ni recycle yang Naufal punya (tapi mami plan nak jahit 1 comforter untuk adik Baby)
Kelambu- Pun recycle Naufal punya (Naufal pakai sekali je dulu masa baby)
Buaian + Rocker- Buaian dengan rocker pun masih elok lagi...awal2 takmau ajar dulu pakai menda ni
- Toiletries
- tengah pikir nak beli set lain (Buds/Sebamed) atau nak share je dengan Naufal
- buat masa ni Naufal pakai - Pureen head-to-toe, Earth Mama Angel Baby bottom balm, bedak merah Agnesia, Minyak bayi AmWay
- Botol Susu
- masa Naufal dulu pakai avent, jadi adik baby pun plan nak beli Avent jugak
- Avent Natural 2 botol
Stroller- pakai yang Naufal punya
- Car Seat
- kena basuh lapik tempat duduk tu
- Breast pump
- Medela FS nak kena basuh dan sterile balik
- Unimom Mezzo basuh dan sterile jugak
- Storage bottles
MLO 2oz -- untuk storage susu awal2done, boleh basuh dan sterilize- Bumble Bee -- 8 botol untuk hantar rumah pengasuh...kali ni taknak beli storage bottles banyak2 macam masa Naufal dulu
- Plastic Storage
- Autumz storage 3 kotak
Jingle Jungle 2 kotakdone, beli di enjoybreastfeed- Cooler bag
- MLO -- kena basuh dan keringkan (bawak ke opis)
- Medela -- kena basuh dan keringkan (bawak ke opis)
- Autumz -- kena basuh dan keringkan (bawak ke rumah pengasuh)
- Ice pack
MLO 3 kepingdone, beli di enjoybreastfeed- Set berpantang
-
kali ni nak pakai set NR --- lepas timbang2 antara NR, Amway ngan Tanameradone, dah sampai tapi belum bukak kotak - Bengkung
Bengkung bertalidone, 1 helai masa pantang Naufal dulu (nak kena cari dalam stor), 1 helai dapat masa beli set pantang NR- my PB nak kena basuh dan keringkan
- Tungku
- 1 unit -- xsure lagi nak tungku moden or nak cari tungku besi/batu
- maternity pads
banyak jugak barang ye walaupun anak kedua...walaupun recycle, tapi nak kena basuh semua lagi..lepas tu nak kena susun elok2 dalam bekas supaya senang nak bawak balik kampung untuk berpantang nanti...beg untuk pergi hospital pun mami takde buat pun lagi...alahai, hospital mana nak pergi pun mami dengan walid belum decide lagi ni...huhuhuh...
kalau ikut pengalaman mami, Hospital Serdang tu ok je..cuma walid agak berat hati sebab kita tak boleh nak pilih doktor...maka, walid suh mami survey pakej-pakej bersalin kat hospital yang boleh pilih dan memang confirm akan dapat bersalin dengan doktor yang dipilih...setakat ni, mami cuma tau Hospital Az Zahrah jela sebab check up kat situ...itupun tak tanya lagi pakej bersalin untuk bilik seorang macam mana rate dia...
nanti lepas mami survey pakej-pakej tu, insya Allah bolehlah kongsikan kat sini...
till then, doakan yang baik-baik ye untuk mami ngan adik Naufal...doakan yang baik-baik untuk walid dan Naufal jugak...
Labels:
adik Naufal,
mami membebel,
pReGNaNcY,
wishlist
Wednesday, July 31, 2013
Adik Naufal :: 18 weeks - another 22 weeks to go~!!!
Salam semua~
punyelah lama mami tak menulis kan..mami banyak sangat kerja buat masa ni..ini pun sebab dah terlalu bosan and rasa nak sangat merapu menulis kat sini...hehehe...
insya Allah dalam hujung tahun atau pun awal tahun depan, Naufal akan jadi Abang Long..!!! eksaited tak mami...sebenarnya takdela eksaited macam masa tau pregnant kan Naufal dulu, tapi seronoknya sama je..hehehehe...agaknya sebab sekarang ni dok sibuk melayan kan Naufal kan..dulu, dok mengulit perut jela..hhehehe...
Alhamdulillah, rezeki yang sangat tidak mami sangka...sesungguhnya Tuhan tu lebih mengetahui kan...Naufal sekarang da 2 tahun 1 bulan...tapi masih bercakap bahasa ayam itik, bahasa pocoyo...hehehe...tapi banyak jugakla perkataan yang keluar dari mulut dia yang mami boleh faham...cuma kadang-kadang bila sampai masa dia meragam memang mami boleh ilang sabar dibuatnya...agaknya sebab orang sekeliling dok kata, nanti dah ada adik Naufal dah tak boleh manja-manja...
Naufal janganla risau, Naufal masih lagi boleh manja-manja dengan mami...sampai bila-bila pun masih boleh...takut-takut nanti Naufal je yang tak nak...hehehehe...
buat masa ni, mami sudah 18 minggu membawa adik Naufal ke mana-mana...naufal masih tak faham lagi bila mami kata Naufal nak jadi abang...tapi kadang-kadang bila dia main sorang-sorang, mami tanya "Naufal nak adik tak? nanti boleh main sama-sama." laju je dia jawab "Nak!"...bijak betul abang Naufal ni..hehehe...

gamba ihsan incik gugel
semalam mami ngan Naufal dah pegi tengok adik baby...Alhamdulillah, doktor kata adik membesar dengan baik..semua anggota badan nampak sempurna, insya Allah...cuma mami tak sempat nak telek betul-betul gamba adik sebab Naufal dah menangis-nangis tengok doktor pegang mami..dia tak bagi la tu...takpela, bulan depan kita jumpa adik lagi ye..
setakat ni mami pun tak tau adik Naufal ni lelaki ke perempuan ke..asalkan dia sihat, sudahlah...ada orang kata bagus dapat adik perempuan, sebab nanti ada sepasang..ada jugak kata bagus dapat adik lelaki sebab nanti boleh geng ngan Naufal..tapi bagi mami, asalkan adik membesar dan lahir dengan sihat dan selamat, mami dah bersyukur sangat..hehehe...doakan mami dengan adik Naufal ye...
okla, mami nak kena sambung kerja ni..
sembang lain kali pulak la ye...
Subscribe to:
Posts (Atom)