Mami+Walid=Naufal

Showing posts with label medela fs. Show all posts
Showing posts with label medela fs. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Adik Naufal:: Update Barang-barang Baby No. 2

Salam semua~

sekarang, misi meng'update' barang-barang adik baby pulak...kali ni memang tak banyak menda nak beli pun..so, beli awal-awal jela..nanti-nanti kalau nak tambah pun boleh...dan bolehla nak berehat-rehat...cuma nya sebelum siap membasuh, menjemur, melipat dan menyimpan masih belum boleh dikira selesai la kan...hehehehe....

Barang adik Baby ::
  • Baju newborn lengan panjang  4 pasang

  • ngam-ngam je 4 pasang..tp sepasang je newborn, lagi 3 pasang tu 0-3 bulan punya...kat belah tepi tu ada seluar panjang 3 helai, untuk pakai dengan rompers etc nanti..

    harga dalam RM10-RM15 sepasang..

  • baju newborn lengan pendek         4 pasang
  • sama jugak --  ngam-ngam je 4 pasang...kedekut ke mami ni?? 3helai baju dengan seluar panjang/3 suku dan sepasang skirt dengan seluar kecik...hehehehe

    harga sepasang antara RM8 - RM15
  • baju lubang-lubang   4 pasang 
    • lagi kedekut -- takde beli pun ha...borong sekali dengan baju lengan panjang (sepasang) & baju lengan pendek (sepasang)...tak taula kot ujung-ujung nanti nak beli jugak kan...hehehehe
  • Rompers                     4 pasang
yang ni macam terlebey sudaaa....hehehehe...rompers minnie saiz 0-3 bulan (dapat free bip tu)..

harga untuk satu set ni RM35

dan jugak carters rompers 5 helai saiz 3 bulan...untuk saiz 6 bulan pun ada tapi biar lah simpan dulu dalam plastik dia..lambat lagi nak pakai kan...

yang ni mami tengok kat GM pun kalau beli sepekt-sepeket harga dalam RM35++ jugak...tp mami beli ni dengan harga RM28 sepeket..

  • Barut adik baby         12 helai
7 je masuk dalam gamba...4 saiz besar, 3 saiz kecik...ada lagi 3 helai besar & 4 helai kecik tak masuk gambar...kain guna material cotton flannel yang berkurun kat dalam almari takde buat apa...

harga...?? tak tau la nak kata...1m kain cotton flannel tu mami boleh dapat lebih kurang 6-8 helai barut -- material flannel belah luar dan dalam --

tambahan 2 helai barut velcro --cubaan pertama -- untuk adik baby...saje cuba-cuba nak tengok camne gayanya menjahit barut velcro ni..

  • Stokin        12 pasang  
    haaa --- kan da cakap yang naufal punya adik boleh pakai...cuma lagi nak kena basuh bersih-bersih bagi nampak macam baru je..tak sangka naufal dulu dalam hati ada taman jambu


  • Mitten & booties      12 pasang 
    tak sampai pun 12 pasang...cuma ada 6 pasang sahaja...maybe nak kena tambah sket la nanti ujung-ujung...kalau rajin membasuh dan menjemur cukup je ni kot sebenarnya, tapi....

    harga dalam RM7++ sepasang..untuk yang 2 badik depan tu harga dalam RM4++ je...

  • Bedung     4 helai         

  • 2 helai je baru -- yang biru tu Naufal punya lama...mami tambah sehelai...maybe nak kena tambah lagi 2 helai kot...walid, jom pegi carik kain...
  • Kasut
    • 2 pasang (takkan nak pakai kasut abang Naufal pulak kan)

    ngam-ngam 2 pasang..cukupla kan..kecik-kecik bukan pakai kasut sangat pun..ini pun beli sebab sepasang tu RM14 je..hehehehe


  • Botol Susu
    • masa Naufal dulu pakai avent, jadi adik baby pun plan nak beli Avent jugak
    • Avent Natural 2 botol
beli 1 set terus sebab ada berus sekali...kalau beli asing, sebotol 4oz je dekat RM80...yang ni beli starter set -- 2 botol 4oz, 2 botol 9oz, berus botol dan puting -- baru RM140...

  • Belian Tambahan
  • beli 2 helai -- 1 untuk Naufal, dan 1 untuk adik...beli di Fabolous Mom..masa ni promo, sehelai RM5.90 je...

    too cute too handle -- beli jugak baju jalan 2 pasang sbb berkenan dengan corak dia tu...yang ni mahal sket, dalam RM17 sepasang...

    hooded jumper untuk adik baby -- walaupun biru, tapi sangat manis nampaknya...harga rasanya RM15++ kot...

    dan of course, untuk buah hati saya yang pertama sampai bila-bila -- baju pocoyo untuk Naufal...kali ni beli kaler kuning dengan gambar Pato...naufal suka sangat ni tau...baju kalau ada brand ni memang mahal la sket kan...kemeja ni harganya RM21++ kalau tak salah mami...

Barang Mami nak jugak masuk senarai ::
  • Storage bottles & Plastic Storages
    • MLO 2oz 
    • Jingle Jungle 5oz  8 botol 
    • Autumz storage 3 kotak
    • Jingle Jungle 2 kotak 
    autumz storage je tak masuk dalam gambar...semuanya sudah siap, tinggal nak basuh dan sterilkan je..dalam pantang maybe spare MLO 2 oz tu dengan 1kotak plastic storages

  • Ice pack        - MLO 3 keping
  • done, beli di enjoybreastfeed -- gamba ihsan incik gugel sebab malas nak bukak kotak --

  • Set berpantang
    • Set berpantang NR..nak try yang ni pulak sebab tak banyak nak kena makan..masa Naufal dulu pakai Mustika Ratu..melambak betul menda nak kena makan...


  • Bengkung         2 set untuk siang & malam
  • yang ni dapat sekali masa beli set bersalin NR tu..bengkung bertali..

    yang ni dah lama beli tapi tak dapat pakai sebab lepas 3 bulan pakai aritu terus dapat adik baby...hope dapat membantu masa dalam pantang nanti...

banyak jugak barang ye walaupun anak kedua...walaupun recycle, tapi nak kena basuh semua lagi..lepas tu nak kena susun elok2 dalam bekas supaya senang nak bawak balik kampung untuk berpantang nanti...beg untuk pergi hospital pun mami takde buat pun lagi...alahai, hospital mana nak pergi pun mami dengan walid belum decide lagi ni...huhuhuh...

kalau ikut pengalaman mami, Hospital Serdang tu ok je..cuma walid agak berat hati sebab kita tak boleh nak pilih doktor...maka, walid suh mami survey pakej-pakej bersalin kat hospital yang boleh pilih dan memang confirm akan dapat bersalin dengan doktor yang dipilih...setakat ni, mami cuma tau Hospital Az Zahrah jela sebab check up kat situ...itupun tak tanya lagi pakej bersalin untuk bilik seorang macam mana rate dia...

nanti lepas mami survey pakej-pakej tu, insya Allah bolehlah kongsikan kat sini...

till then, doakan yang baik-baik ye untuk mami ngan adik Naufal...doakan yang baik-baik untuk walid dan Naufal jugak...

Friday, November 25, 2011

NauFaL iS cuRRenTLy 5 MonThs~

hello hello~

hehehehe *gelak dulu* rasa macam kelakar ada, macam tebiat pun ada...ah, tapi ada aku kesah..??? sebabnya tak penah-penah aku menaip entry pasal milestone si Naufal ni, tapi tetibe arini rasa macam nak menaip la pulak...sebab hari ni Naufal da masuk 5 bulan..yeay~!!!

sekejap je kan da 5 bulan...rasanya macam baru lagi pegang dia yang kecik halus bebenor masa baru lahir dulu...macam baru lagi dok berpantang tapi macam tak pantang sangat kat kampung...rasa macam baru lagi nangis-nangis sedey-sedey masuk keja and anta dia ke umah MakLong...rupanya da 5 bulan da anak bujang ai   *ceh..baru 5 bulan da panggil anak bujang...over tau mummy~*

so..nak la jugak share sket milestone Naufal sempena dia 5 bulan ni...kira borong abesla ye daripada 1 bulan sampai skang...hehehehe

  • setat pandai meniarap masa umo dia 3bulan setengah...dalam 2 minggu lepas anta ke umah babysitter nye..agaknya sebab keliling dia sume nye baby yang da pandai merangkak, memanjat dan berdiri maka wujud ketakpuashatian di situ...
  • pantang shaja diagah, akan ditayanglah gusi yang takde gigi itu...sangat suka ketawa walaupun kekadang takde keluar suara pun...dan sangatlah peramah ngan orang...pantang ada orang agah, senyum kemain lagi

  • sudah pandai pegang botol susu sendiri walaupun selalunya lagi suka melekat dengan mummy berbanding minum guna botol sambil baring kat bawah...tapi setakat ni Naufal takde masalah untuk minum guna botol -- of coz la susu mummy walaupun guna botol --

     
  • telah selamat dibotakkan pada hari raya aidilfitri yang lepas..yang sedey nye rambut dia masih lagi halus-halus manja gitu...takde lebat pun padahal masa lahir dulu lagi la jarang rambutnya..tapi suka sangat muka dia masa botak camni

  • keinginan untuk makan adalah sangat terlampau membuak-buak ye...dan disebabkan ini da banyak kali mummy dipaksa mendengar diberi ceramah percuma oleh opah Naufal yang suruh mummy bagi dia makan...in fact, mummy dah test pun bagi Naufal makan puree kentang ngan carrot..tapi seminggu je bertahan pastu dia takmo sudah...akan disambung bila dia dah 6 bulan nanti
  • tapi lau kat kedai makan, selagi mulut dia tak disuap mula la dia keluarkan suara dia yang sangat lunak merdu itu...huhuhu...encik Hasben la yang suka bagi Naufal cuba rasa macam-macam..lau ikut mummy memang idak le~

  • hobi adalah suka bermain dengan stereng kereta...pantang masuk kereta, itu la yang sibuk nak dicapainya dulu...encik Hasben memang suka bagi dia pegang-pegang stereng tu tapi lepas tu bergaduhla nak suruh dia lepas...padan muka, sape suh bagi...

     
  • dan ini adalah aktiviti kegemaran si kecik Naufal ni ye...memula dia akan bergelak-gelak ketawa sambil masukkan jari-jemarinya dalam mulut..lepas tu mulala sesi angkat-angkat kaki...then --- zupp!!! terus je masukkan kaki dalam mulut..kalau pakai stokin, dia tarik dulu stokin sampai tercabut, then baru masukkan dalam mulut...haih~
  • ops...ini bukan bermakna Naufal mau adik lagi ye...sebab dia pun masih dalam tahap adik...hehehe...ini mungkin disebabkan beliau baru menyedari yang beliau mempunyai sepasang kaki...hehehehe

  • bermula bulan ini jugak dia dah mula simptom-simptom stranger anxiety...huhuhu...teramatla manja mahu melekat dengan mummy sahaja...kalau dia da mula menangis, encik Hasben pujuk pun dia dah tak mo...nasib baikla encik Hasbenku itu kretip, ada je menda dia wat untuk tarik perhatian budak tecik ni sementara mummy menunaikan panggilan alam apa-apa yang patut...
  • anta kat BS pun sama jugak..bila mummy letak je atas tilam n mau bangun, terus je dia nangis-nangis..bila mummy dok balik barula dia diam, senyum-senyum...pandai da si tecik ni...belum pandai nak jalan lagi, lau tak mau ada yang berkejar-kejar kat umah BS kang...


dan itula sahaja setakat ini...dia dah tau siapa nama dia..lau orang panggil nama dia, laju je dia menoleh..hehe..belum pernah demam dengan teruk setakat ni, just panas sket-sket je..bila tuam ngan tuala basah cepat je kebah...

mummy jugak masih rajin dan perlu untuk mengepam setiap masa terluang untuk bekalkan si tecik ni makanan yang berkhasiat -- susu mummy la tu..alhamdulillah...lama da tak campur FM, last masa Naufal 2 bulan dulu...insya Allah diberi kemampuan sampai Naufal umo 2 tahun nanti...

*gamba ihsan incik gugel*

dan skang da upgrade ke Medele FreeStyle...aci tak update skali ngan Naufal punya milestone?? hehehe...alhamdulillah...nak kata susu meriah melampau-lampau tu idakle..tapi masih ada rezeki Naufal sehingga ke hari ini...reason nak upgrade sebab nak cepat dan mudah je...hehehe...dan sebab FS ni mahal maka motivasi untuk mengepam adalah lebih tinggi...

till then~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::