Mami+Walid=Naufal

Showing posts with label breastfeeding journey. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding journey. Show all posts

Friday, November 25, 2011

NauFaL iS cuRRenTLy 5 MonThs~

hello hello~

hehehehe *gelak dulu* rasa macam kelakar ada, macam tebiat pun ada...ah, tapi ada aku kesah..??? sebabnya tak penah-penah aku menaip entry pasal milestone si Naufal ni, tapi tetibe arini rasa macam nak menaip la pulak...sebab hari ni Naufal da masuk 5 bulan..yeay~!!!

sekejap je kan da 5 bulan...rasanya macam baru lagi pegang dia yang kecik halus bebenor masa baru lahir dulu...macam baru lagi dok berpantang tapi macam tak pantang sangat kat kampung...rasa macam baru lagi nangis-nangis sedey-sedey masuk keja and anta dia ke umah MakLong...rupanya da 5 bulan da anak bujang ai   *ceh..baru 5 bulan da panggil anak bujang...over tau mummy~*

so..nak la jugak share sket milestone Naufal sempena dia 5 bulan ni...kira borong abesla ye daripada 1 bulan sampai skang...hehehehe

  • setat pandai meniarap masa umo dia 3bulan setengah...dalam 2 minggu lepas anta ke umah babysitter nye..agaknya sebab keliling dia sume nye baby yang da pandai merangkak, memanjat dan berdiri maka wujud ketakpuashatian di situ...
  • pantang shaja diagah, akan ditayanglah gusi yang takde gigi itu...sangat suka ketawa walaupun kekadang takde keluar suara pun...dan sangatlah peramah ngan orang...pantang ada orang agah, senyum kemain lagi

  • sudah pandai pegang botol susu sendiri walaupun selalunya lagi suka melekat dengan mummy berbanding minum guna botol sambil baring kat bawah...tapi setakat ni Naufal takde masalah untuk minum guna botol -- of coz la susu mummy walaupun guna botol --

     
  • telah selamat dibotakkan pada hari raya aidilfitri yang lepas..yang sedey nye rambut dia masih lagi halus-halus manja gitu...takde lebat pun padahal masa lahir dulu lagi la jarang rambutnya..tapi suka sangat muka dia masa botak camni

  • keinginan untuk makan adalah sangat terlampau membuak-buak ye...dan disebabkan ini da banyak kali mummy dipaksa mendengar diberi ceramah percuma oleh opah Naufal yang suruh mummy bagi dia makan...in fact, mummy dah test pun bagi Naufal makan puree kentang ngan carrot..tapi seminggu je bertahan pastu dia takmo sudah...akan disambung bila dia dah 6 bulan nanti
  • tapi lau kat kedai makan, selagi mulut dia tak disuap mula la dia keluarkan suara dia yang sangat lunak merdu itu...huhuhu...encik Hasben la yang suka bagi Naufal cuba rasa macam-macam..lau ikut mummy memang idak le~

  • hobi adalah suka bermain dengan stereng kereta...pantang masuk kereta, itu la yang sibuk nak dicapainya dulu...encik Hasben memang suka bagi dia pegang-pegang stereng tu tapi lepas tu bergaduhla nak suruh dia lepas...padan muka, sape suh bagi...

     
  • dan ini adalah aktiviti kegemaran si kecik Naufal ni ye...memula dia akan bergelak-gelak ketawa sambil masukkan jari-jemarinya dalam mulut..lepas tu mulala sesi angkat-angkat kaki...then --- zupp!!! terus je masukkan kaki dalam mulut..kalau pakai stokin, dia tarik dulu stokin sampai tercabut, then baru masukkan dalam mulut...haih~
  • ops...ini bukan bermakna Naufal mau adik lagi ye...sebab dia pun masih dalam tahap adik...hehehe...ini mungkin disebabkan beliau baru menyedari yang beliau mempunyai sepasang kaki...hehehehe

  • bermula bulan ini jugak dia dah mula simptom-simptom stranger anxiety...huhuhu...teramatla manja mahu melekat dengan mummy sahaja...kalau dia da mula menangis, encik Hasben pujuk pun dia dah tak mo...nasib baikla encik Hasbenku itu kretip, ada je menda dia wat untuk tarik perhatian budak tecik ni sementara mummy menunaikan panggilan alam apa-apa yang patut...
  • anta kat BS pun sama jugak..bila mummy letak je atas tilam n mau bangun, terus je dia nangis-nangis..bila mummy dok balik barula dia diam, senyum-senyum...pandai da si tecik ni...belum pandai nak jalan lagi, lau tak mau ada yang berkejar-kejar kat umah BS kang...


dan itula sahaja setakat ini...dia dah tau siapa nama dia..lau orang panggil nama dia, laju je dia menoleh..hehe..belum pernah demam dengan teruk setakat ni, just panas sket-sket je..bila tuam ngan tuala basah cepat je kebah...

mummy jugak masih rajin dan perlu untuk mengepam setiap masa terluang untuk bekalkan si tecik ni makanan yang berkhasiat -- susu mummy la tu..alhamdulillah...lama da tak campur FM, last masa Naufal 2 bulan dulu...insya Allah diberi kemampuan sampai Naufal umo 2 tahun nanti...

*gamba ihsan incik gugel*

dan skang da upgrade ke Medele FreeStyle...aci tak update skali ngan Naufal punya milestone?? hehehe...alhamdulillah...nak kata susu meriah melampau-lampau tu idakle..tapi masih ada rezeki Naufal sehingga ke hari ini...reason nak upgrade sebab nak cepat dan mudah je...hehehe...dan sebab FS ni mahal maka motivasi untuk mengepam adalah lebih tinggi...

till then~

Thursday, September 29, 2011

MooD :: HapPy~!!!

hello hello~

untuk pertama kalinya sekali pump dapat 4.5 oz...hokey~ tak banyak...tapi aku peduli ape..aku happy jugak...hahahahaha...

gambar aku amik kt google je -- sebab takde kamera nak snap

terus rasa bersemangat untuk bf-kan Naufal..insya Allah sampai umo dia 2 tahun atau sampai bebila dia mau...hehehe...before ni aku ada cite macamane sedihnye bila pump cuma dapat tutup dasar botol je..nak dapatkan 10z pun punye la payah..boleh refer entri ni...sebab tula bila dapat sekali banyak macam ni, aku happy...harap-harap untuk sesi mengepam yang seterusnya akan bertambahla jugak...amin~

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air kepada kaumnya, maka Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itudua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman) : " Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

dan jugak rasa happy sangat sebab tadi MakLong Naufal sms...bagitau yang Naufal dah pandai balikkan badan dia lepas meniarap...baru 3 ari blaja meniarap, da pandai balikkan badan..bagus la anak mummy ni...alhamdulillah ya Allah~ kau kurniakan dia pengetahuan dan kebijakan...hehehe...and dia da jarang nak tido sebab asek nak meniarap and balikkan badan je...tapi MakLong dia cakap, setiap kali dia buat camtu setiap kali tu la dia gelak-gelak..hehehe...gelak takpe, jangan nages suda...

okey...perlu memberi laluan kepada kerja-kerja ku...HRMIS ni sampai bila takleh nak log in...???

till then~

Tuesday, September 27, 2011

SiKiT-SiKiT LaMa-LaMa JaDi buKiT~

hello hello~

wah..ini juga entry yang sudah lama tertangguh...lagipun sebelum save dalam phone saja, jadinya tak dapat nak meng'edit' draf tu..gamba2 pulak sumenye dalam phone..ni baru berkesempatan nak tampal kat sini...sebenarnya, perjalanan penyusuan --- breastfeeding journey -- aku untuk Naufal takdela semeriah orang lain...cuma yang paling best masa 1st time boleh bfkan Naufal tu, dia dah pandai nak latch on..aku ingatkan memang sume baby memang camtu..rupa-rupanya ada jugak baby yang tak pandai nak latch on and kita kena ajar dia menyusu...alhamdulillah, dipermudahkan aku akan urusan yang satu itu..lagi pulak, aku kan bersalin czer..mungkin sebab tu dipermudahkan sedikit urusan yang lainnya untuk aku kan...alhamdulillah~

masa tu aku tak penah pikir -- susu cukup ke x?? -- yang aku tau, bila Naufal menangis je, aku bagi dia menyusu...tak kisahla bape kali and bape lama sekalipun dia nak melekap kat aku..lagipun sonok weh..pas 2 tahun, baru aku dapat rasa pegang baby sendiri...hehehehe...and masa tu aku memang cetek ilmu pasal bf ni...
Naufal on his 1st day -- windunye masa ni~

balik umah, aku terus bf kan Naufal..dan aku takde pikir pun lagi pasal nak buat stok EBM untuk aku da mula keja nanti...terlalu seronok agaknya bf kan dia terus, takdela aku pandang pun breastpump yang ada elok simpan dalam beg tu..hehehe...sampaila satu hari, breast membengkak dan keras macam batu...aduyai~ memang sakit betul...kena siram air pun sakit -- apatah lagi nak sua ke Naufal suh dia minum...so, aku try la pump -- hampeh, bertambah sakit adala...tula aku cakap, aku kurang tau pasal bf ni kan...so, aku just tuam je la ngan tuala panas..takde pump pun...then bila aku try-try pump tak penahnya dapat banyak..kekadang tu buat tutup dasar botol je...and masa tu aku give up -- malas la nak pump...bukan dapat apa pun..biar je Naufal minum terus, lagi senang...

pastu, Naufal kena masuk wad pulak sebab kena jaundice..lagila tensen aku masa tu...setiap kali Naufal minum, baju memang basah sebab susu mengalir macam tu je..memang dah tak pikir nak pump -- sebab da pikir bukan dapat banyak pun lau pump -- so, aku just biarkan je...and malam 1st kat hospital tu, aku bancuh FM untuk Naufal -- sebab nurse kata kalau bagi FM, baby cepat poo poo..so kuning dia cepat turun -- aku buatla..semuanya untuk Naufal cepat-cepat keluar dari hospital...tapi Naufal tak nak minum FM..aku bancuk 3 botol, 1 botol je dia minum...itupun tak sampai 2 oz...tapi aku bf dia jugak bila tak tahan dia menangis sampai ilang-ilang suara..alhamdulillah, esoknya dia dah boleh balik...

sian anak mummy -- lepas semalaman menangis + menjerit barulah dia tido

balik umah, mula la sume makcik-makcik termasukla mak aku membebel...katanya mungkin Naufal ni tak cukup susu -- so, tambahla susu formula...aku pulak sebab tak ada ilmu sangat -- pump pun keluar angin je yang banyak -- setuju la dengan cadangan dorang...jadi Naufal mula aku bagi FM...tapi dalam masa yang sama aku masih jugak cuba mengepam walaupun aku tau akan kecewa bila tengok hasilnya...lepas sebulan, aku cuba pump dan kali ni dah nampak sket hasil...walaupun tak banyak, tapi aku seronok sangat sebab sebelum ni kalau pump dapa tutup dasar botol je...terus je aku MMS kat encik Hasben..encik Hasben kata -- okla tu..nanti lelama bertambah la...

inilah kali pertama aku dapat 1oz sekali pump...eksaited walaupun tak banyak sangat

habis pantang tu, aku balik Putrajaya..kononnya sebab kesian encik Hasben tinggal sensorang padahal ntah-ntah dia lagi seronok sebab takde orang nak membebel itu ini...so, aku try pump lagi dan lagi...tapi memang tak banyak la..paling banyak pun 1 oz je..sangat sikit kan...??tapi aku pikir mungkin sebab Naufal sangat kuat menyusu, sebab tula bila pump dah tak banyak yang dapat...masa tu jugak aku mula join group Kump. Ibu Menyusukan (KIM) kat FB..memang banyak sangat yang aku tak tau rupanya...dan melalui situ la aku mula belajar macam-macam...masa ni masih lagi bagi FM kat Naufal...tapi dah tukar pulak dari Anmum ke Enfalac A+...dan Naufal hanya minum 2.5 oz x 2 kali sehari...yang lain-lain masih bf lagi...bila Naufal masuk 2 bulan, aku cuba kurangkan bagi dia minum FM...daripada 2 kali, jadi sekali je..dan seminggu lepas tu aku stop terus bagi dia FM...dan takde la pulak aku tengok dia bermasalah -- tak cukup kenyang, tak cukup tido -- semuanya okey saja...alhamdulillah~

masa ni aku pump da bertambah sikit -- tapi masih tak dapat cecah 2oz

sepanjang bulan puasa tu aku cuba buat stok EBM sebab lepas raya nak mula kerja dah...memang mencabar betulla, sebab Naufal memang azalinya kuat minum...ditambah pulak rasa lapar terlampau everytime lepas bf kan dia...bila lepas pump, bergandalah rasa penat + lapar tu...tapi aku tahankan jugak, sebab aku takut sangat aku takde EBM nak bekalkan dia untuk tinggal ngan pengasuh nanti...kekadang 2,3 kali pump barulah aku dapat kumpulakn 1 botol untuk sekali minum...masa ni dia minum sekali 2 oz lebih kurang...






1st time pump and dapat 2oz lebih sket -- hepi terlampau hokey masa ni~

dan daripada sikit-sikit tula aku kumpulkan stok EBM...memang ada masa yang aku pump hari ni, cukup-cukup untuk esok..tapi alhamdulillah, setakat ni aku masih berjaya menyusukan Naufal sepenuhnya...sebenarnya, memang aku ada stenbai kan FM kat umah pengasuh Naufal, tapi sampai tarikh entry ni ditaip FM tu masih tak berusik sebab stok EBM yang aku bekalkan setiap hari cukup untuk Naufal minum...alhamdulillah...expired je FM ni, mungkin takyah nak beli lagi kot...hehehe...jimat duit kan...bolehla encik Hasben belanja aku gelang 2,3 urat kat Habib nanti...

masuk 3 bulan, Naufal masih lagi minum dalam 2.5 - 3 oz susu...sebab penah test bagi lebih tapi sayang je dia tak abiskan...so, setakat ni dia minum 4 botol je waktu siang...aku bekalkan 2 botol 3 oz + 2 botol 2.5 oz...sebelum pegi, bf kan dia dulu...and balik keja amik dia, bf kan jugak...malam macam biasala dia akan bangun menyusu...time mood dia okey, dia cuma bangun 3 kali je..time mood dia tak hokey, dia nak kena dipeluk saja dan mesti pastikan bila dia buka mulut saja boleh suakan terus bagi dia bf..hehehe...kesian encik Hasben ai..asik Naufal je kena peluk kan...



inila stock EBM yang ada setakat ke hari ni...alhamdulillah~

sikit je kan stok EBM aku...?? tak dan nak masuk kat freezer, letak kat fridge atas je -- peti ais aku, yang bahagian beku kat bawah -- sebabnya tahan paling lama 2 hari je, pastu kena bawak keluar dah..hehehe...tapi bersyukur la jugak...sekurang-kurangnya adalah rezeki Naufal kan...jadi, untuk setiap botol tu aku isi dalam 2.5 - 3 oz setiap satu..lau tak cukup, tambahla hasil daripada sesi mengepam seterusnya...kekadang jeles tengok oranglain punya stok EBM..ada pulak yang sekali pump sampai >10 oz...tapi bak kata encik Hasben -- bersyukurlah daripada tak ada langsung -- 

sonok tengok oranglain punya stok EBM-- boleh bukak kedai...hehehe

aku harap, biarla susah macam ni pun -- sekali pump tak cukup pun untuk sekali minum -- tapi diberkatkan dan terus dikurniakan aku rezeki untuk Naufal ni...nak dapatlan stok kat atas tu, tetiap hari + tetiap malam aku pump lepas Naufal tido -- nak bangun pump kul 3 pagi masih belum berjaya lagi -- tapi setiap kali lepas pump tu, aku bersyukur dengan apa yang diberikan...doakan lah dipermudahkan urusan penyusuan aku ni...dan doakanlah aku diberi kesempatan dan kemampuan itu untuk terus menyusukan Naufal..insya Allah sampai umur dia 2 tahun...

kalau korang nak share ilmu bf ni ngan aku, amat-amatlah aku galakkan...thanks in advance k..

till then~
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 13, 2011

My 2nd BreastPump~

hello hello~

sudah 3 bulan kan...?? maksudnya sudah 3 bulan aku bergelar mummy...sudah 3 bulan aku berusaha menyusukan Naufal..dan sudah sampai waktu untuk masuk opis balik dan hantar Naufal ke BS..huhuhuhu~

my breastfeeding journey adalah sangat biasa-biasa je..sebabnya aku terlalu syok susukan Naufal -- df -- sampai aku takde wat stock untuk bawak ke pengasuh...huhuhu...hampeh je kan...tapi alhamdulillah aku manage to susukan dia sampai hari ni...walaupun ada turun naiknya -- which is aku pernah bagi Naufal minum formula milk jugak -- tapi, at least aku sudah dan masih mencuba yang terbaik kan..??kekadang aku terasa jugak bila ada orang macam pelekehkan ibu-ibu yang bagi FM kat anak-anak dorang...sebab semua orang ada reason masing-masing...cuma sejak Naufal check up 2 bulan dia da berhenti minum FM..tapi sikit-sikit la kan...dan alhamdulillah, sampai sekarang dia dah tak amik FM..cuma memang encik Hasben beli jugak susu anmum tu..tapi aku letak je kat dapur..ada jugak bagi kat bs sket tapi bs kata Naufal cuma minum EBM je, dan takyah topup FM pun...alhamdulillah~

for the time being, aku pakai Medela Swing...sangat teruja hokey masa memula nak pakai pam tu..tapi masa dalam pantang dulu, aku tak reti sangat nak pakai...lagi pulak, internet pun takde kat kampung...leceh sket pakai phone nak google semua tu...jadinya aku cuma start pakai lepas pantang je..itupun production susu adalah sangat sikit..kadang2 pam x sampai 1 oz je...memula memang rasa macam nak give up..tapi keep thinking, kena positif barula susu banyak...so, cuba lagi..dan lagi..dan lagi...daripada tak sampai 1 oz dapatla 2 oz setiap kali pam..sket je, takdela meriah macam oranglain...tapi alhamdulillah, ada jugak untuk si Naufal yang comey...sikit2 pun simpan je dalam freezer..


my Medela Swing yang sangat membantu dalam perjalanan ini

bila masuk keja, sekali pam boleh dapat 3oz..alhamdulillah, lagi sekali..tapi disebabkan pakai Swing, kena amik masa sketla sebab dia single pump...then terpikir nak invest for another pump yang leh wat double pumping...memang takde pikir lainla, cuma aim Spectra 3 saja...sebab da ramai yang pakai n feedback ok..ada sutvey gak yang unimom tu tapi ntahla, agaknya da memang terpikat ngan S3 kot..terusla order..2hari je da sampai..hehehehe...1st time pakai macam terkial2 la sket...maklumla pam baru..hahahaha...2nd time pakai, terus dapat 3oz...alhamdulillah...so, sekarang ni kat opis pakai S3 saja..jimat masa sebab terus double pumping...and senyap je, takde bunyi pun -- sama jugak ngan Swing, senyap je -- 


S3 with extra breastshield for double pumping -- my new assistant for this journey --

Ya Allah, semoga dipermudahkan urusan penyusuan aku...dan semoga aku dianugerahkan susu yang cukup untuk Naufal sampai dia umo 2 tahun...dan kalau ditakdirkan hajat aku tak kesampaian pun, sekurang-kurangnya aku tak menyesal sebab aku tau aku dah usaha sebaik-baiknya untuk dia..insya Allah...amin~

till then~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::