I've tried and failed at many things in life but I will NEVER stop giving 100% at being the best mom I can be
Showing posts with label NauhaZulaikha. Show all posts
Showing posts with label NauhaZulaikha. Show all posts
Friday, January 2, 2015
Selamat UlangTahun yg Pertama, Nauha Zulaikha ♡♡♡
Waktu2 macam ni -- setahun yg lepas -- sambil tgk tv, sambil layan abg #SyedNaufal, sambil tengok jam...
Dalam jam 3pagi, ajak walid pergi azzahrah..duduk kt labour room sampai jam 7.30 pagi..walid ngan abg tido kat sofa kat tempat menunggu..
Jam 8.07 pagi, lahirlah puteri sulung mami, Sharifah #NauhaZulaikha bt Syed Fahmi Syed Shahrom...alhamdulillah, dgn berat 3.4kg -- walaupun takde rupa mcm berat 3.4kg -- adik begitu sempurna pada kami..pagi Jumaat yg penuh berkat, bertambahlah amanah mami dan walid...
Makde Nadzira Miskiman yang sampai dulu, semangat nak jumpa BFF baru..lps tu baru opah Yong Miskiman ngan atok Miskiman Wahidan sampai..skali dgn paman Aran Azim Wak Man acik Nashriq Azim Miskiman ucu Fisha Miskiman ngan kakak akisy..pakngah Seken Nazarul xdapat dtg sbb kerja..
Macam baru sangat rasanya..esok pagi adik dah genap setahun..mcm abg, mami masih lagi tgk adik mcm baby baru lahir..mami sayang adik, mcm mami sayang abg..semoga adik jadi anak yang baik, solehah dan manis sentiasa..
Terima kasih Allah,
Atas amanah, anugerah,
Yang paling indah ini...
Selamat ulangtahun pertama adik,
Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan di bawah keberkatan Ilahi..
Labels:
adik Naufal,
azzahrah bangi,
mami membebel,
mood rindu,
NauhaZulaikha
Thursday, October 23, 2014
Sharifah Nauha Zulaikha
Salam...
Sekian lama -- barulah mami nak membebel pasal adik Nauha kat sini...anak perempuan sulung mami, anak kedua dalam keluarga kecik mami...dijangka lahir pada 31 Disember 2013 tapi sebab syok sangat duduk dalam perut maka 3 Januari 2014 baru dia keluar...
Sh. Nauha Zulaikha -- mami punya new gff
sebelum bersalinkan adik Nauha, hati mami rasa tak tenang...sebab asyik fikir macam mana kalau mami tak mampu sayang dan jaga dia macam mami jaga abg Naufal dulu tapi sebenarnya yang patut mami risaukan ialah macam mana mami nak jaga abg Naufal macam sebelum mami ada adik Nauha...sebab bila ada adik Nauha mami lebih banyak habiskan masa dan berikan perhatian pada adik Nauha...tapi ketahuilah abg Naufal yang mami tetap sayangkan Naufal..tak pernah kurang, lebih lagi ada...
meow meow~
masa mula-mula Walid memang dah plan nak letak nama Zulaikha...dia suka sangat dengan nama tu katanya -- mungkin sama macam mami suka sangat nama Yusuf -- dan mami minta supaya ada satu lagi nama untuk adik..cadangan masa tu adalah Nuha ataupun Naurah...dua nama ni memang mami suka sangat...satu lagi mami suka nama Nawwal atau Auni...tak lebih suka yang dua tadi...(ish, berbelit-belit dah mami bebel)..dan selepas bincang tak bincang sangatlah, Walid pergi daftarkan nama adik...masa tu mami ingatkan nama adik Naurah Zulaikha, sekali masa balik mami tengok dalam surat beranak rupanya Nauha Zulaikha...sedap pulak kan...hehehehe...
walaupun susah nak senyum, tetap posing kalau ada kamera
perangai yang agak berbeza dengan abg Naufal...adik lagi susah nak senyum, nak bersembang pun jarang...lebih tahu berdikari dan mata adik lagi besar.heheheheh...sangat comel, sama macam abg Naufal masa baby dulu...syukur sangat atas anugerah paling indah ni...seorang lelaki dan seorang perempuan...baby seterusnya kena hold dulu bagi mami betul-betul boleh manage kerja, housewirk, Walid dan askar berdua ni..hehehehe...
nampak tak mata sape lagi besau..??hehehehe
abg Naufal, adik Nauha,
mami sayang sangat kamu berdua
kamu berdua adalah penyokong jiwa mami, penguat semangat mami, penawar luka mami
segala-galanya untuk mami
Walid,
terima kasih
sebab membuatkan mami rasa lengkap
dengan cinta walid, dengan kasih sayang anak-anak
Allah
hanya Engkau mengerti
hanya Engkau memahami
terima kasih ya Allah
Tuesday, October 21, 2014
1 Entry Per Day Challenge: Day 1
DaY 01: A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
:: A ReCeNt Picture of Me ::
for the time being, inilah gambar aku yang terkini...gambar diambil masa bawak naufal pegi tengok movie cite Ribbit *agak kurang best tapi lenkali la cite* hehehehe...rasa kecik sket berbanding lepas bersalin Naufal dulu..berat currently masih bermula dengan angka 6..target nak angka 5 je tapi macam sayup-sayup je lagi...huhuhuhu...
:: 15 InTeResTiNg FacTs aBouT Me ::
- aku suka makan -- interesting kan...??sebab ada orang yang sibuk berdiet -- aku boleh makan sepanjang masa asalkan bukan makan nasik...
- aku boleh tulis novel berdasarkan pengalaman sendiri ataupun orang lain -- cuma kelemahannya di sini adalah kadang-kadang aku ketandusan idea untuk menyambung atau mereka kesudahannya ---
- aku takkan puas minum kalau air tu tak sejuk atau tak berais -- well, mungkin agak kurang baik tapi itulah hakikatnya ---
- aku suka sangat main games -- tak kesahla games apa...biasanya aku main games yahoo..dan aku boleh tak makan tak minum bila da main games ---
- cuma tau main Harvest Moon: Boy & Girl sahaja di PSP -- banyak games dalam PSP tu tapi yang aku reti main cumalah HM dan jugak poker sahaja ---
- sangat berbakat untuk membuat kad ucapan DIY --- hobi ni sejak sekolah lagi sebenarnya..dulu aku penah buat kad, buat album, buat bookmark gunakan pelbagai jenis kertas dan hiasan --- tapi dah lama sangat tak buat
- aku adalah a good listener --- aku selalu dengar masalah orang walaupun aku tak mampu bagi pandangan banyak-banyak...sebab aku tau kebanyakan orang yang memerlukan aku mendengar masalah dorang bukannya nak sangat pun pendapat aku ---
- aku ada instinct yang sangat kuat --- ini aku tak tau dapat daripada siapa...tapi biasanya sixth sense aku berkenaan sesuatu perkara adalah menghampiri tepat ---
- aku cepat kesian kat orang --- tak kesahla sape pun orang tu...tapi biasanya aku takkan sampai hati tengok orang tua yang meniaga..aku penah menangis sebab beratur kat belakang sorang pakcik ni masa kat ATM...maybe dia nak check gaji dia atau pe, tapi aku tau apa yang tertera kat skrin ATM tu tak menyenangkan hati dia daripada riak wajah dia..and masa tu jugak dia mengeluh bila jawab panggilan daripada anak dia *agaknya* sebab apa yang dia mampu kata masa tu cuma "takpe..nanti abah belikan ye" *damn...aku da menangis lagi sekarang*
- aku suka buat encik Hasben marah kat aku --- kenapa agaknya ye? kurang perhatian ke aku ni? hehehe...entahla...aku memang suka menduga dia..malah kadang-kadang aku sengaja cari pasal dengan dia...tapi dia tu cool je ---
- ibu jari tangan kiri aku tak macam ibu jari tangan kanan aku --- hahahaha...macam hampeh kan...tapi betul tau...ibu jari tangan kiri aku takleh nak buat sign 'bagus' macam biasa..sebab masa kecik dulu, aku penah 'ter'potong urat kat bawah ibu jari tu guna pisau cukur...pastu agaknya ligamen dia da putus..tu yang tak sama macam ibu jari tangan kanan tu ---
- aku suka duduk katak --- sape-sape yang tak tau macamane rupa duduk katak tu, balik nanti tanya mak ye...tak kisahla bila, kat mana or buat apa..aku selesa duduk katak tu sebab aku rasa itula yang paling rileks dan paling stabil ---
- aku penah kantoikan cikgu sekolah dengan surat cinta --- ni hanya orang tertentu sahaja yang tau ye..hakikatnya aku buat macam tu sebab cikgu tu adalah cikgu lelaki yang muda dan sangat perasan macamla semua budak pompuan kat sekolah tu suka kat dia..tapi lepas SPM aku da mintak maaf dah kat dia ---
- aku pernah bercinta dengan kawan baik sendiri --- kelakar kan? tapi perasaannya adalah amat janggal sekali...aku hilang sorang kawan baik, aku hilang tempat mengadu segala menda bila dia jadi bf aku...tapi sayangnya, lepas tak jadi bf pun kitorang tak dapat jadik macam asal ---
- aku adalah aku --- setiap orang adalah menarik sebagai dirinya sendiri...macam tu jugak yang aku rasa tentang diri aku...kalaula aku tak macam aku, apa bezanya aku dengan oranglain? dan apa menariknya aku berbanding oranglain...kan?? ---
tu dia~ lengkaplah sudah cabaran untuk hari ini...hehehehe...
till then~
p/s: cubaan menyambung semula 30 days challenge -- 1 entry per day...
p/s: cubaan menyambung semula 30 days challenge -- 1 entry per day...
Saturday, October 11, 2014
Projek Baju Adik
Salam semua
Sebenarnya mami takde idea and takde mood nak menulis..mami dah lama berenti buat benda-benda yang mami minat dan suka sejak jadi mami ni..
Mami dah lama tak menulis novel pendek mami...mami dah lama tak buat any craft yang sebelum2 ni mami suka sangat...mami dah lama tak pegang mesin jahit mami walaupun dalam kepala ada macam-macam menda yang mami nak jahit...kadang-kadang bukan mami taknak buat tapi selalunya masa mami nak buat, masa tu la abd Naufal ngan adik Nauha perlukan mami..dan kadang-kadang bila dorang dah tido mami pulak yang dah penat...huhuhuhu...
Baru-baru ni dengan ditemani tangis manja abg Naufal ngan adik Nauha sempat juga mami jahitkan seluar ngan gaun untuk abg dan adik..
Gaun adik -- first trial
Seluar -- pinggang terkecil so dedua jadi hakmilik adik
tapi ukuran seluar terkecil pulak untuk abang..jd kedua2 seluar mami bagi kat adik..untuk abang lain kali la mami buat lain..hehehe...sorry abang...
Okeyla adik dah start merengek...till then...
Labels:
adik Naufal,
aRt 'N' hoBbiEs,
cotton,
DIY,
dress budak,
mami suka,
NauhaZulaikha,
owlies,
seluar budak,
SyedNaufalalJunid
Tuesday, October 7, 2014
Chicken Pox
Salam semua..
Mami datang lagi..bersiaran dari rumah je kali ni..sebab adik Nauha kena chicken pox..mami pun dapat sakit mata pulak..maka cutila menjaga mata sendiri dan adik yg kurang sihat..
Adik Nauha (9bln) & abg Naufal (5bln)
Perasan ada biji-biji berair masa hari Khamis aritu..malam tu bawakla dia pegi azzahrah bangi..tapi doc kata bukan chicken pox..dia kata alergi ke apa ntah..memang dia confident betulla bukan chicken pox..just bagi sterimar sebab adik selsema sikit ngan calamine lotion je masa tu..and dia dengan confident nya cakap takde masalah kalau nak hantar ke taska..sebab kan dia doc maka mami dengan berat hati terima jela kan..
Esok paginya makin banyak biji-biji yang naik..tawakal jela sebab doc kata bukan kan..hari Sabtu before balik kampung kitorg ke azzahrah balik sebab mata mami da bengkak..doc tu kata adik memang kena chicken pox..dia suggest nak bagi anti-viral untuk adik..dan sebab badan adik panas dia advise untuk masukkan ubat punggung jugak..
Berhari raya dengan sakit mata dan adik yang kena chicken pox memang sedih..sebab nak jumpa sedara-mara tapi takut terbagi virus pulak kan..adik pulak kejap2 nangis..tido malam pun tak lena..kesian sangat dia..kesian jugak kat mami sebab takleh tido lena jugak..semalam balik rumah adik tido lena betul lepas maghrib sampai tgh malam..letih agaknya..harini dah start balik kejap-kejap menangis..tak boleh berenggang langsung..
Abg Naufal dulu kena chicken pox masa umo 5bulan..tp abg mmg betul kuat sebab dia tak merengek pun..adik ni kuat merengek jugak..maybe sebab dia pun da besar sket kan..da 9bulan kan..takpela..kurang-kurang tak risau dah kena chicken pox lepas ni..
Lagipun sakit kan penghapus dosa kecil..semoga dosa kami semua diampunkan Allah..dan kami semua diberi kekuatan untuk menempuhi segala dugaan ini..
Lain kali cerita lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)