Mami+Walid=Naufal

Showing posts with label SyedNaufalalJunid. Show all posts
Showing posts with label SyedNaufalalJunid. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

1 Entry Per Day Challenge: Day 1

DaY 01: A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself


:: A ReCeNt Picture of Me ::

for the time being, inilah gambar aku yang terkini...gambar diambil masa bawak naufal pegi tengok movie cite Ribbit *agak kurang best tapi lenkali la cite* hehehehe...rasa kecik sket berbanding lepas bersalin Naufal dulu..berat currently masih bermula dengan angka 6..target nak angka 5 je tapi macam sayup-sayup je lagi...huhuhuhu...

:: 15 InTeResTiNg FacTs aBouT Me ::
  1. aku suka makan -- interesting kan...??sebab ada orang yang sibuk berdiet -- aku boleh makan sepanjang masa asalkan bukan makan nasik...
  2. aku boleh tulis novel berdasarkan pengalaman sendiri ataupun orang lain -- cuma kelemahannya di sini adalah kadang-kadang aku ketandusan idea untuk menyambung atau mereka kesudahannya ---
  3. aku takkan puas minum kalau air tu tak sejuk atau tak berais -- well, mungkin agak kurang baik tapi itulah hakikatnya ---
  4. aku suka sangat main games -- tak kesahla games apa...biasanya aku main games yahoo..dan aku boleh tak makan tak minum bila da main games ---
  5. cuma tau main Harvest Moon: Boy & Girl sahaja di PSP -- banyak games dalam PSP tu tapi yang aku reti main cumalah HM dan jugak poker sahaja ---
  6. sangat berbakat untuk membuat kad ucapan DIY --- hobi ni sejak sekolah lagi sebenarnya..dulu aku penah buat kad, buat album, buat bookmark gunakan pelbagai jenis kertas dan hiasan --- tapi dah lama sangat tak buat 
  7. aku adalah a good listener --- aku selalu dengar masalah orang walaupun aku tak mampu bagi pandangan banyak-banyak...sebab aku tau kebanyakan orang yang memerlukan aku mendengar masalah dorang bukannya nak sangat pun pendapat aku ---
  8. aku ada instinct yang sangat kuat --- ini aku tak tau dapat daripada siapa...tapi biasanya sixth sense aku berkenaan sesuatu perkara adalah menghampiri tepat ---
  9. aku cepat kesian kat orang --- tak kesahla sape pun orang tu...tapi biasanya aku takkan sampai hati tengok orang tua yang meniaga..aku penah menangis sebab beratur kat belakang sorang pakcik ni masa kat ATM...maybe dia nak check gaji dia atau pe, tapi aku tau apa yang tertera kat skrin ATM tu tak menyenangkan hati dia daripada riak wajah dia..and masa tu jugak dia mengeluh bila jawab panggilan daripada anak dia *agaknya* sebab apa yang dia mampu kata masa tu cuma "takpe..nanti abah belikan ye" *damn...aku da menangis lagi sekarang*
  10. aku suka buat encik Hasben marah kat aku --- kenapa agaknya ye? kurang perhatian ke aku ni? hehehe...entahla...aku memang suka menduga dia..malah kadang-kadang aku sengaja cari pasal dengan dia...tapi dia tu cool je ---
  11. ibu jari tangan kiri aku tak macam ibu jari tangan kanan aku --- hahahaha...macam hampeh kan...tapi betul tau...ibu jari tangan kiri aku takleh nak buat sign 'bagus' macam biasa..sebab masa kecik dulu, aku penah 'ter'potong urat kat bawah ibu jari tu guna pisau cukur...pastu agaknya ligamen dia da putus..tu yang tak sama macam ibu jari tangan kanan tu ---
  12. aku suka duduk katak --- sape-sape yang tak tau macamane rupa duduk katak tu, balik nanti tanya mak ye...tak kisahla bila, kat mana or buat apa..aku selesa duduk katak tu sebab aku rasa itula yang paling rileks dan paling stabil ---
  13. aku penah kantoikan cikgu sekolah dengan surat cinta --- ni hanya orang tertentu sahaja yang tau ye..hakikatnya aku buat macam tu sebab cikgu tu adalah cikgu lelaki yang muda dan sangat perasan macamla semua budak pompuan kat sekolah tu suka kat dia..tapi lepas SPM aku da mintak maaf dah kat dia ---
  14. aku pernah bercinta dengan kawan baik sendiri --- kelakar kan? tapi perasaannya adalah amat janggal sekali...aku hilang sorang kawan baik, aku hilang tempat mengadu segala menda bila dia jadi bf aku...tapi sayangnya, lepas tak jadi bf pun kitorang tak dapat jadik macam asal ---
  15. aku adalah aku --- setiap orang adalah menarik sebagai dirinya sendiri...macam tu jugak yang aku rasa tentang diri aku...kalaula aku tak macam aku, apa bezanya aku dengan oranglain? dan apa menariknya aku berbanding oranglain...kan?? ---
tu dia~ lengkaplah sudah cabaran untuk hari ini...hehehehe...

till then~

p/s: cubaan menyambung semula 30 days challenge -- 1 entry per day...

Saturday, October 11, 2014

Projek Baju Adik

Salam semua

Sebenarnya mami takde idea and takde mood nak menulis..mami dah lama berenti buat benda-benda yang mami minat dan suka sejak jadi mami ni..

Mami dah lama tak menulis novel pendek mami...mami dah lama tak buat any craft yang sebelum2 ni mami suka sangat...mami dah lama tak pegang mesin jahit mami walaupun dalam kepala ada macam-macam menda yang mami nak jahit...kadang-kadang bukan mami taknak buat tapi selalunya masa mami nak buat, masa tu la abd Naufal ngan adik Nauha perlukan mami..dan kadang-kadang bila dorang dah tido mami pulak yang dah penat...huhuhuhu...

Baru-baru ni dengan ditemani tangis manja abg Naufal ngan adik Nauha sempat juga mami jahitkan seluar ngan gaun untuk abg dan adik..

Gaun adik -- first trial

Seluar -- pinggang terkecil so dedua jadi hakmilik adik

tapi ukuran seluar terkecil pulak untuk abang..jd kedua2 seluar mami bagi kat adik..untuk abang lain kali la mami buat lain..hehehe...sorry abang...

Okeyla adik dah start merengek...till then...

Tuesday, October 7, 2014

Chicken Pox

Salam semua..

Mami datang lagi..bersiaran dari rumah je kali ni..sebab adik Nauha kena chicken pox..mami pun dapat sakit mata pulak..maka cutila menjaga mata sendiri dan adik yg kurang sihat..

Adik Nauha (9bln) & abg Naufal (5bln)


Perasan ada biji-biji berair masa hari Khamis aritu..malam tu bawakla dia pegi azzahrah bangi..tapi doc kata bukan chicken pox..dia kata alergi ke apa ntah..memang dia confident betulla bukan chicken pox..just bagi sterimar sebab adik selsema sikit ngan calamine lotion je masa tu..and dia dengan confident nya cakap takde masalah kalau nak hantar ke taska..sebab kan dia doc maka mami dengan berat hati terima jela kan..

Esok paginya makin banyak biji-biji yang naik..tawakal jela sebab doc kata bukan kan..hari Sabtu before balik kampung kitorg ke azzahrah balik sebab mata mami da bengkak..doc tu kata adik memang kena chicken pox..dia suggest nak bagi anti-viral untuk adik..dan sebab badan adik panas dia advise untuk masukkan ubat punggung jugak..

Berhari raya dengan sakit mata dan adik yang kena chicken pox memang sedih..sebab nak jumpa sedara-mara tapi takut terbagi virus pulak kan..adik pulak kejap2 nangis..tido malam pun tak lena..kesian sangat dia..kesian jugak kat mami sebab takleh tido lena jugak..semalam balik rumah adik tido lena betul lepas maghrib sampai tgh malam..letih agaknya..harini dah start balik kejap-kejap menangis..tak boleh berenggang langsung..

Abg Naufal dulu kena chicken pox masa umo 5bulan..tp abg mmg betul kuat sebab dia tak merengek pun..adik ni kuat merengek jugak..maybe sebab dia pun da besar sket kan..da 9bulan kan..takpela..kurang-kurang tak risau dah kena chicken pox lepas ni..

Lagipun sakit kan penghapus dosa kecil..semoga dosa kami semua diampunkan Allah..dan kami semua diberi kekuatan untuk menempuhi segala dugaan ini..

Lain kali cerita lagi...

Thursday, October 2, 2014

Pencarian Tadika Naufal dan Nursery Nauha

Salam,

Mami datang lagi...

berkurun lamanya tak menulis blog ni..daripada Nauha mula lahir sampai dia dah masuk sembilan bulan hari ni...sembilan bulan dah..??? erm...okey, nanti mami start update -- backdate cerita-ceriti sebelum2 ni ok..

nak berkisah pasal pencarian tadika untuk abg Naufal...almaklumlah tahun depan dia dah masuk 4 tahun..dia pun nampaknya dah boring duduk kat rumah MakLong...rasanya macam baru je lagi berat hati sedey2 emo2 nak antar dia duduk ngan MakLong..sekarang da nak masuk 4 tahun umur dia...cepatnya masa berlalu...

dijadikan berita cerita, lama dah mami survey2 tadika ni..macam2 jenis dan nama tadika ada kat Putrajaya ni..yuran mahal, murah...separuh hari, sehari penuh...playschool, playdates...semuanya ada..dalam masa yang sama mami pun tanya2 jugak kawan2 mami yang ada anak sebaya Naufal ni...so kitorang pun bertukar2 pandapat pendapat dan pandangan...

antara calon2 tadika yang terpilih ialah:
  • Cendekiawan Educare
  • Tadika Vonad
  • Little Caliph (Tadika Alaf Baru)
  • Laman Cerdik
  • Genius Aulad
  • Tadika Arina
  • Alam Ria Kids (IlhamPutra)


banyak kan senarai tadika kat putrajaya ni...tadika KEMAS ngan PASTI ada terpilih jugak tapi dorang lebih utamakan pengambilan untuk 5 ngan 6 tahun...hari Isnin aritu mami pun paksa ajak walid cuti untuk round tengok tadika2 ni dan pilih untuk Naufal...dalam masa yang sama boleh cari nursery untuk adik Nauha sekali...nursery pun banyak kat sini, cuma kita selesa dengan tak je la..

antara nursery yang terpilih adalah:
  • Mama Mia Nursery
  • Taska Bijak Cerdik
  • Taska Sinaran
  • Laman Cerdik
  • Cendekiawan Educare
  • Taska Vonad
  • Tiny Thumbs
  • Tadika Integrasi Presint14
  • Pengasuh - tak ingat nama taska tapi di Fasa 12


ok, nanti mami sambung stori mori k..dan tadika/nursery mana yang mami ngan walid pilih untuk dua beradik ni..till then~

Wednesday, October 30, 2013

Wordless Wednesday:: Luna Mint~!!!

hari ni banyak kerja, jadi mami buat post Wordless Wednesday sahaja la ye..ada lagi 6jam nak balik kampung jumpa Naufal comey...

cubaan ber Luna -- suka sangat material flowy nih..tapi nampak gumuk la..nak kena diet ni....huhuhuhuh

Naufal yang sangat gwiyomi sambil berbaju oren...geram sangat tengok dia ni...

ok doakan yang baik-baik untuk kami semua ye...


Friday, October 25, 2013

Online Shopping:: Haley Pink Batch Baru~!!

Salam Jumaat semua~

hari ni mami sengaja berbaju warna ceria untuk menceriakan hati mami...sebab esok encik walid nak outstation  tinggalkan mami dengan Naufal..huhuhu...eh, tak boleh nanges...nanti tak comel dah kak ton mami...hehehe...

baju yang mami beli dari The Pop Look ari selasa lepas dah sampai..dan kaler-kaler dia semua cantik-cantik..ala-ala pastel gitu...sampai je terus mami test...alhamdulillah, baju kali ni datang dengan inner yang lebih tebal dan berat..jadi mami tak perlu risau baju ni jarang walaupun dalam kaler soft...dan lebih labuh berbanding baju mami yang sedia ada...labuh tangan pun lebih panjang berbanding baju lama...ngam-ngam sampai kat pergelangan tangan...yang penting mesti longgar dan labuh melepas punggung...so, semua ciri-ciri ni telah dipenuhi oleh Haley Chiffon Blouse batch terbaru ni...good works, TPL team..hehehe...

Haley Blouse Pink saiz XL, skirt Pandorea saiz L, tudung Aleesya Ariani saiz L -- motip kena letak saiz..nak tunjuk mami da mengembang...hahahhah

cubaan pertama mami untuk ber colour blocking harini...harap-harap takdela nampak pelik sangat...tapi kalau tengok baju bajan yang sedia di colour block kan kat kedai-kedai macam cantik je..padahal kalau buat sendiri rasa macam pelik...hehehe...

erm..tak tau la kalau-kalau sebab pembawakan adik Baby ni buat mata mami asik berkenan kaler-kaler soft or pastel macam ni...mami rasa macam cantek sangat...baju tu la, mami sama je...keseluruhannya, mami berpuas hati dengan pembelian kali ni...mana-mana baju yang mami rasa dah ketat sikit dengan mami ataupun tak labuh ke bawah punggung akan mami jualkan balik..walid, murni tak niat mami tu..hehehe...

nombor B-206...agak-agak bertuah tak nombor ni...???

dan baju untuk StatsRun esok mami dah ambil...actually baju ni untuk peserta-peserta yang akan lari 10km..tapi mami daftar jugak sebab macam rugi la event jabatan sendiri tapi mami takde apa-apa token...jadi, esok mami dan Naufal akan ikut kategori Fun Run saje..lari 3km...tapi jangan la expect mami nak lari pulak..maybe mami cuma akan jalan-jalan makan angin saje...hehehe...atau pun jalan-jalan naik angin kalau Naufal tiba-tiba buat perangai...tapi, mami tau Naufal kan good boy...sure dia takkan buat perangai punya...hehehe...

Naufal punya rambut dah panjang..dah macam anak jepun pulak mami tengok..nak kena potong rambut tu, macam gegirl pun ada dah...

jomla, amalkan gaya hidup sihat...eh, tiba-tiba je..mentang-mentang nak StatsRun esok kan..heheheh...

okla, cukup-cukup membebel...hari Jumaat yang penuh barokah ni tak elok membebel banyak-banyak...hehehe...doakan yang baik-baik untuk mami, walid, Naufal dan adik baby ye...

p/s: walid...nanti mami rindu...macam mana....?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::