Mami+Walid=Naufal

Showing posts with label BabySitter. Show all posts
Showing posts with label BabySitter. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

Pencarian Tadika Naufal dan Nursery Nauha

Salam,

Mami datang lagi...

berkurun lamanya tak menulis blog ni..daripada Nauha mula lahir sampai dia dah masuk sembilan bulan hari ni...sembilan bulan dah..??? erm...okey, nanti mami start update -- backdate cerita-ceriti sebelum2 ni ok..

nak berkisah pasal pencarian tadika untuk abg Naufal...almaklumlah tahun depan dia dah masuk 4 tahun..dia pun nampaknya dah boring duduk kat rumah MakLong...rasanya macam baru je lagi berat hati sedey2 emo2 nak antar dia duduk ngan MakLong..sekarang da nak masuk 4 tahun umur dia...cepatnya masa berlalu...

dijadikan berita cerita, lama dah mami survey2 tadika ni..macam2 jenis dan nama tadika ada kat Putrajaya ni..yuran mahal, murah...separuh hari, sehari penuh...playschool, playdates...semuanya ada..dalam masa yang sama mami pun tanya2 jugak kawan2 mami yang ada anak sebaya Naufal ni...so kitorang pun bertukar2 pandapat pendapat dan pandangan...

antara calon2 tadika yang terpilih ialah:
  • Cendekiawan Educare
  • Tadika Vonad
  • Little Caliph (Tadika Alaf Baru)
  • Laman Cerdik
  • Genius Aulad
  • Tadika Arina
  • Alam Ria Kids (IlhamPutra)


banyak kan senarai tadika kat putrajaya ni...tadika KEMAS ngan PASTI ada terpilih jugak tapi dorang lebih utamakan pengambilan untuk 5 ngan 6 tahun...hari Isnin aritu mami pun paksa ajak walid cuti untuk round tengok tadika2 ni dan pilih untuk Naufal...dalam masa yang sama boleh cari nursery untuk adik Nauha sekali...nursery pun banyak kat sini, cuma kita selesa dengan tak je la..

antara nursery yang terpilih adalah:
  • Mama Mia Nursery
  • Taska Bijak Cerdik
  • Taska Sinaran
  • Laman Cerdik
  • Cendekiawan Educare
  • Taska Vonad
  • Tiny Thumbs
  • Tadika Integrasi Presint14
  • Pengasuh - tak ingat nama taska tapi di Fasa 12


ok, nanti mami sambung stori mori k..dan tadika/nursery mana yang mami ngan walid pilih untuk dua beradik ni..till then~

Wednesday, September 14, 2011

Naufal and Baby Sitter

hello hello~

setelah bercuti 3 bulan, akhirnya kembali bekerja..huhuh..takde da bangun pagi bersembang dengan Naufal..takde dah lari cepat-cepat dari dapur bila dengar Naufal menangis...sebab Naufal sekarang da duduk ngan Mak Long -- panggilan untuk babysitter Naufal -- dia time mummy pegi keja..huhuhu~

:: First Day ::

masa nak tinggalkan dia aritu, rasa berat sangat...yela, macam-macam risau kan...risau kalau dia meragam...risau kalau dia takmo minum susu dalam botol...risau kalau dia nangis2 carik mummy -- pasan -- dia...risau kalau bs takleh sabar nak layan kerenah dia yang manja tu...macam-macam risau la..tapi macam slalu aku cakap -- everytime aku tengok muka dia, risau itu ini, dia akan senyum...dan hilang sume rasa risau tu...hehehe...dia dok senyum-senyum sepanjang jalan dalam keta nak anta ke bs tu..sampai umah bs pun dia still senyum2, still main2...reda la rasa risau and berat ati aku tu...bs adalah sms aku 2,3 kali just to confirm jadual and attitude Naufal...and alhamdulillah, semuanya okey saja...except dia masih nak manja, nak kena sentiasa ada orang around him...cuma dia takmo sangat minum botol...bs kata dia cuma gigit2 puting botol tu tapi refuse to minum..

balik keja amik dia rasa macam ringan sket...xtau la kot aku je yang emo...tp terus je dia nak nyusu..dalam keta jugak bagi minum..hehehe...layan main2, sembang2 jap..then dia tido..tapi agak tak bape lena la malam tu..encik Hasben kata -- takpe, dia baru lagi rasa siang dok umah lain, malam dok umah lain -- so, takpela..cuma macam sedey sebab tak banyak masa layan dia main, sembang macam selalu...


:: Day Two ::

masa nak keluar umah tu, Naufal tido lagi...tapi skang ni dia da paham bunyi keta..so, masuk je keta dia bukak mata...aku pegang tangan dia, and pujuk2 dia tido balik..sepanjang jalan dia tido sambil pegang jari aku..sampai je bawah apt umah bs dia pun bangun..sembang2, senyum2...pandai Naufal ni, takmo mummy rasa susah ati nak tinggal dia kan...so, masa anta kt bs tu Naufal masih lagi senyum2...pas peluk cium dia, terus p opis..arini bs takde lak sms...agaknya da okla kot si Naufal tu...

balik keja petang tu, barula bs bagitau...upenye Naufal kembung perut pagi tadi..tapi masa salin CD dia dalam kul 5 lebih tu ok lagi..siap sapu minyak telon lagi..agaknya lepas tu la kot..tapi nasib bek la bs ni pandai jaga baby, dia sapu minyak, urut2 bagi angin keluar..pas kentut n sendawa tu barula Naufal sambung sembang2 n gelak2 kata bs nye..alhamdulillah...arini dia nak da minum pakai botol tapi tak banyak pun minum..xsampai pun 9oz dia minum...??? tapi dia banyak tido n main saja..malam tu, sementara masak utk encik Hasben berbuka minta dia bagikan Naufal minum botol..cepat je habis 3 oz..alhamdulillah...da makin pandai anak mummy ni..lepas isyak, df kejap then dia pun tido...terjaga jap, tepuk2 then tido balik..sampaila ke pagi, just sulam susu jela...


:: Day Three ::

which is today...kul 6.30 baru dia bangun...senyum2, sembang2 ngan walid nye..mummy dok ke hulu ke hilir siapkan bekal susu dia, bekal pam mummy sume...sepanjang jalan ke umah bs, dok menyusu dalam keta..tapi kejap2 dia berenti, senyum2..geram betul..rasa nak cubit2 je si comey tu..hehehe...sampai umah bs, letak dia atas comforter dia..terus main2, golek2 badan...hehehe..so far, bs takde call lak..and harap2 semuanya okey...setiap ari rasa tak saba nak buat 2 menda -- 1. nak pam susu 2. nak balik amik Naufal --

2 hero yang membuatkan aku mengira setiap minit yang berlalu -- oh ye, muka Naufal sangat precious macam tu -- geram sangat tengok...

till then~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::