hello hello~
hari ni nak bersembang sket pasal persiapan barang-barang si kecik ni...hehehe...daripada list baby's stuff tu, setakat ni da ada 4menda yang alhamdulillah, lengkap & hampir lengkap sudah semuanya...jadi..aku ingat nak citer pasal yang barang-barang untuk mummy dulula ye..sebab barang-barang untuk si kecik tu cadangnya nak amik gambar dulu baru citer kat sini...hehehehe
For Mummy *nakla jugak kan~*
1. Mama bag
My Dear Mama Bag --- beg ni aku beli masa warehouse kat My Dear before ni..harga asal dia dalam RM55.90 tapi aku beli kat sale tu dalam RM39.90 je...nak kata besar sangat tu, takde la jugak...tapi bolehla setakat nak sumbat barang-barang mummy + baby dalam tu...aku suka dia punya material dan yang penting, banyak poket...hehehe...then dapat skali multipurpose pouch (yang transparent tu) ngan diaper change punya lapik..quite convenience untuk travel...*encik Hasben nak jugak beli beg transformers tu..senang dia nak bawak sebab dia takmo bawak beg ladies macam ni*
2. Set bersalin
3. Breastpump
Medela Swing Breastpump
Medela Swing Package -- Breastpump +Citystyle Bag + Storage Bottles
Medela Swing Package --- pakej ni aku beli masa pegi MotherHood Expo kat Mid Valley aritu...harga semasa expo termasuk percuma 8botol EBM storage adalah RM849.00...sebelum-sebelum ni pun memang ada jugak aku survey pasal Swing ni...and of course pasal Freestyle tu..tapi disebabkan harga Freestyle tu masih di luar kemampuan aku *buat masa ni* maka aku stick dengan keputusan aku untuk pakai Swing sahaja...sebelum tu, aku ada jugak survey pasal Spectra-3 tapi lepas ada beberapa negatif review, encik Hasben telah mengarahkan supaya aku melupakan sahaja Spectra-3 itu...huhuhuh...sebenarnya ikut orang jugak...ada yang ok dengan Spectra, ada yang tak..maybe ada jugak yang ok dengan Medela, dan ada yang tak...apepun...Swing ni betul-betul menyemarakkan semangat aku untuk breasfeed si kecik ni...insya Allah sampai umur dia 2tahun...
4. Nipple cream
Medela PureLan 100 Nipple Cream --- nipple cream ni aku beli kay MyBBStore *macam yang korang nampak kat label harga tula* hehehe....aku beli yang tiub 37gram terus...sebab aku baca kat website Medela, nipple cream ni bukan sahaja untuk nipple kita tapi jugak boleh guna untuk si kecik...kalau bibir or kulit dia macam kering or pecah-pecah, boleh apply krim ni jugak ye...aku beli dengan harga RM49.00...sebenarnya ni memang harga standard untuk krim ni...kalau nak yang tiub kecik 7gram pun ada..harga dia RM29.00...kalau nak dapat less, kenala rajin survey website yang ada buat sale...heheheh...
5. Breast pads
Fiffy Deluxe Disposable Breast Pads (30 pcs) --- yang ni pulak aku beli kat Manjaku Bangi...masa ni sebenarnya saja-saja je nak tengok-tengok barang yang ada kat Manjaku...tapi entahla, agaknya ter;over' eksaited kot..encik Hasben pun terus je amik bakul, dan kitorang pun berubah niat daripada men'survey' kepada membeli...hehehehe...tapi takpela, sebab memang berbaloi-baloi *masa tu Manjaku tengah buat sale* ...memula aku cari brand lain untuk breast pads ni, tapi pekedai tu recommend gunakan brand ni...so, aku pun okay sajala...lagipun disposable je kan...kalau yang washable tu kenala jugak membelek betul-betul...jadinya, untuk menda ni aku beli dengan harga RM18.90 sahaja...
6. Maternity pads
Pureen Madame Maternity Pads --- yang ni memang aku sengaja beli brand Pureen...sebab setiap kali aku tanya encik Google pasal maternity pads, yang ni jela yang dia bagitau...silapnya, aku cuma beli sepeket sahaja...itupun yang 10 keping...berdasarkan nasihat daripada kengkawan sekeliling, dorang kata better beli yang peket 20 keping tu...huhuhuh....lepas ni kena la beli lagi nampaknya...kang takde stok pulak masa nak guna, kan ke jadi masalah....masa ni aku beli kat Jusco BabyFair...untuk pek yang 10 keping tu aku beli dengan harga RM6.55...
7. Maternity panties
Fabulous Mom Disposable Maternity Panties --- ini pulak aku beli kat Manjaku Bangi...masa yang sama la aku syoping barang-barang si kecik kat sana...setakat ni, sume kedai aku ngan encik Hasben cuma pegi sekali je...takde lagi mana-mana kedai yang kitorang berulang pegi...hehehehe...masa ni, cuma brand ini sahaja yang ada...dan aku rasa, cukup la tu kan...kang banyak-banyak brand aku pulak yang pening nak pilih yang mana *padahal panties je kot*....heheheh...satu pek ni ada 5keping...saiz pulak paling kecik L dan paling besar....erm, aku tak pastila pulak...untuk satu pek ni harga dia RM5.90...
8. Nursing bra
--- baru je order secara online --- maybe minggu depan baru sampai kot
9. Beg hospital
Beg Hospital --- kemungkinan besar aku just gunakan mama bag tadi tu saja...dan kalau tak cukup mungkin akan ditampung dengan beg transformers kepunyaan encik Hasben...dan ada jugak kengkawan aku yang bagitau suh bawak breastpump sekali ke hospital..sebabnya hospital memang ada provide breastpump kalau nak guna, cumanya kena bergilir-gilir dengan ibu-ibu lain la pulak...takpela...nanti aku packing siap-siap dalam citystyle beg tu sekali...kalau perlu, baru bawak masuk...kalau tak, just prepare jela kat dalam keta...heheheh
ini sahaja buat kali ini....nantikan sambungan entry ni ye...
till then~
2 comments:
nad, nursing bra order kat mana???
nad, nursing bra order kat mana???
Post a Comment