Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Thursday, April 7, 2011

:: UppEr ResPiRaToRy TraCT iNFecTioN ::

hello hello~

minggu yang agak lembab untuk aku..bukan lembab sebab hujan slalu turun ye..tapi lembab yang dalam kata lainnya --- produktiviti adalah agak rendah...huhuhuh...tambah-tambah lagi bile tak sihat ni...smalam da berulang kali bersin tak henti-henti *sakit woo bersin tak henti-henti ni...bergegar rasanya si kecik kat dalam perut ni*...aku terus je bagitau encik Hasben...dia pun terus la ajak aku p klinik..memula ingat nak p KK Putrajaya je, tapi memikirkan ketaklaratan aku, encik Hasben kata baik terus pegi az Zahrah je...so, ke Bangi la kita...
alangkah bestnya kalau dapat baring di katil skang ni~

tak lama pun menunggu..almaklumlah, klinik swasta kan...isi borang panel, dan terus masuk bilik doktor...doktor yang menunggu pun doktor pompuan...alhamdulillah...terus la dia check2 nafas, tekak, suhu, macam biasala...*macam la korang tak biasa pegi klinik lau tak sihat kan???* then dia ajak la berbual...

Doc: awak ni keja dalam aircond ke??

Aku: yelah, doc...mana nak cari opis kerajaan yang takde aircond skang ni...

Doc: makan ubat ni sehari skali..kalau lepas 5 hari tak elok jugak, kena datang follow up ye..takut ada infection pulak...lagi pulak awak ni pregnant...

Aku: okay Doc..thanks..

Doc: oh ye...hari ni saya bagi awak MC...nanti amik ubat kat farmasi..

Aku: MC?? okay, thanks again Doc.

keluar, amik ubat kat farmasi dapatla surat MC sekali...dalam surat tu tulis aku dijangkiti URTI atau Upper Respiratory Tract Infection...bahasa mudahnya --- selsema la...aku tak mintak pun hokey~ doktor yang nak bagi..mungkin dia rasa aku patut rehat sekejap daripada terus memerap dalam aircond kot..hehehe...alhamdulillah...encik Hasben anta balik umah, terus je aku baring dan terlelap...sampai kul 1...rupanya encik Hasben pun terlelap sama kat sofa...kesian dia..kena anta aku p klinik, kena anta aku balik umah...pastu nak kena ulang balik opis...nasib baik la boss encik Hasben adalah orang yang sangat memahami..maka nya dia tidak dikata apa-apa...hehehe...

dan hari ni, aku masuk opis semula...tapi motivasi adalah sangat down...sebab nye selsema masih berleluasa *aku bawak sekotak tisu pegi opis arini hokey~*...kepala adalah sangat berat dan berpusing-pusing...badan jugak adalah sangat sengal dan sakit-sakit...hope aku boleh bertahan hingga ke petang..amin~

oh ye..ada tak aku bagitau yang kaki aku da mula membengkak...???huhuhuhu...sangat seksa jugak rupanya bila kaki dah mula bengkak ni...aku pun macam biasala, mengadu kat encik Hasben...atas dasar keprihatinan dan kasih sayang, encik Hasben telah membelikan aku ebene Bio-Ray Foot Massage Socks...beli kat watson je..
inila rupa stokin tu..aku beli yang kaler itam..ikutkan kalau for women yang kaler beige tu tapi aku tak berkenan la kaler tu...

memula macam was-was jugak nak pakai, tapi memikirkan memang elok pun pakai stokin kalau sejuk kan..so, aku pun terai je la...dan alhamdulillah, masuk hari ketiga aku pakai bengkak kat kaki pun da surut...dan takdela bangun tido tu rasa sakit-sakit sangat kaki..terutamanya bahagian tumit dan buku lali...thanks cayang~

oh ye...aku jugak dah ada insurans n saving...alhamdulillah...cuma satu je yang belum aku buat lagi --- bukak simpanan emas...insya Allah, ada masa, ada rezeki memang aku nak buat...entry lain kali la ye aku cite pasal simpanan emas ni...camne nak bukak, and apa kelebihan dia...sebab kepala da semakin memberat ni..mungkin aku patut makan ubat dan tido..?? *sayangnya boss ku tidak seperti boss encik Hasben*

till then~
aaaachoooo~!!!!!!!!! sorry~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::