Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Saturday, April 9, 2011

:: kaLaU bErPaCaRaN ::

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)

Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah


hello hello~

pelik ke korang...?? nape tetibe aku start entry kali ni dengan lagu pulak ek..hehehe...saje je sebenarnya...aku rasa mana-mana aku pegi, ramai orang yang nyanyi lagu ni...dan aku tengok pulak, kebanyakannya adalah remaja ataupun orang-orang muda...yang most of them ni, memang sedang berpacaran...cuma, janganla cuma tau nyanyi je...harap-harap bolehla menghayati lirik lagu ni sekali...

kenapa aku tetibe macam emo pulak ye..??ntahla...sebab siang tadi aku pegi kenduri...ye, sedara aku kawen...sangat-sangat mengejut hokey~ *sebelum tu, entry ni bukanla untuk memalukan mana-mana pihak atau menyinggung perasaan sesetengah orang...cuma, aku rasa..sebagai sedara, sebagai manusia, aku rasa terpanggil untuk menyuarakan isu ni* untuk korang yang membaca dan katakan la ada kenal dengan sesapa jugak yang terlibat dalam entry ni, aku mintak sangat-sangat..jangan terlalu cepat menghakimi...dan tak payahla nak sambung cerita ni ke sana-sini...budi baik korang, Tuhan je boleh balas...

anak makcik aku kawen -- alhamdulillah~ memang daripada dulu lagi aku rasa dorang patut dikawenkan...bukan apa, sebab kalau da kemana-mana tu berdua aje..boleh dikatakan 24/7 bersama-sama...memang da masuk syarat wajib kawen kan..??ditakuti kalau dibiarkan lama-lama nanti berlaku perkara-perkara yang kita tak ingini...dan akhirnya, terbukti sudah...semalam, lepas selesai majlis akad nikah sume, makcik aku pun bercerita la kat korang...aku tabik jugak makcik aku ni....awal-awal lagi dia kata, biarla dia malu...biarla orang tau...sampai bila nak berahsia, sampai bila nak sorok...biar kan orang tau supaya jadi pengajaran untuk yang lain...

jauh dalam hati aku, aku terkilan...sebab pengantin lelaki umurnya baru masuk 20 tahun -- sebaya dengan adik aku yang tengah berhempas-pulas nak exam kat politeknik -- dan yang pengantin perempuannya pulak baru nak masuk umur 18 tahun....alangkah muda nya lagi dorang ni...tapi itula, darah muda ni kita tak tau apa yang bakal berlaku kan...dan yang sangat bernasib baiknya, bapa si pengantin perempuan ni adalah orang yang mempunyai sedikit kuasa...dengan kuasa itula, dia mendapatkan kerja untuk kedua-dua anak dan menantu dan menyediakan rumah untuk keperluan mereka...aku tak dapat bayangkan --- kasihnya seorang ayah...walaupun aku pasti, hati dia pasti hancur dengan perbuatan anak dia, tapi dia masih bersusah payah menyediakan semua keperluannya...dan melihat betapa si ayah cuba berwajah tenang dan gembira, hati aku menangis....Tuhan, peliharalah keluarga kami yang lain daripada menghancurkan hati insan yang tersayang...

aku tak banyak komen sepanjang majlis tu *sebagaimana aku selalunya suka komen macam-macam pasal satu-satu majlis*...encik Hasben jugak nampaknya lebih banyak berdiam...mungkin dia jugak rasa apa yang aku rasa...dengan status dia yang bakal bergelar ayah tu, aku rasa mungkin dia sebanyak-banyaknya berdoa agar Tuhan pelihara keluarga kami nanti...insya Allah~

cuma...aku terkilan...bila isu itu dibincangkan di kalangan mereka yang lebih berusia -- yang pada aku, lebih banyak makan garam, kata orang melayu -- reaksi dorang agak memeranjatkan aku....ada yang kata -- kenapa tak bagitau awal-awal, boleh jugak carik ubat untuk buang benih tu...ada jugak yang kata -- kenapa tak jumpa doktor?? dan banyak lagi reaksi yang mahukan si kecik yang tak berdosa itu dilenyapkan...sekali lagi aku terfikir, walaupun pengantin berdua tu terlalu muda -- pada aku -- tapi sekurang-kurangnya mereka dikurniakan hati dan perasaan...dorang takde pikir untuk lenyapkan si kecik yang tak berdosa tu...kenapa nak tambah dosa lagi lepas buat satu dosa..??betul tak...?? dan itula perkara yang lebih membuat aku terkilan...bukan sebab kesalahan yang dibuat oleh kedua pengantin tapi pemikiran mereka yang lebih berusia, yang pastinya akan dijadikan tempat rujukan oleh kami yang lebih muda...

entahla...aku cuma doakan yang terbaik untuk mereka...dan untuk kamu-kamu di luar sana...kadang-kadang bila berpacaran ni, mesti nak dapatkan restu mak ayah kan...dan kadang-kadang mak ayah jugak terlalu memberikan sepenuh kepercayaan dan sepenuh kebebasan untuk kamu-kamu berpacaran...jadi, seeloknya adakan batasan dalam berpacaran...barulah mendapat restu Yang Maha Kuasa...wallahua'lam...

till then~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::