hello hello~
kepantasan meng'update' adalah semakin kurang lately...harap maaf atas kesulitan yang berlaku...kepenatan masih bersisa..harap-harap hujung minggu ni dapatla berehat dengan aman di rumah...atau di mana-mana, tak kisahlah...lebih baik kalau dapat berehat di tepian pantai, atau di kesejukan sungai...boleh juga kalau di celah deruan air terjun....hehehehehe...demand la pulak ye tak..???
alhamdulillah...sudah masuk 30 minggu aku ke hulu ke hilir membawak si kecik ni...dah macam-macam perkara yang kitorang buat, dah macam-macam menda yang kitorang lalui....dan alhamdulillah jugak...semua tu berjaya kami hadapai dan tempuhi bersama...ditambah dengan sokongan encik Hasben yang sangat tak terhingga....*fuh~ da macam ucapan kemenangan anugerah pulak*
wah~ sudah sebesar ini kamu ye baby~
tak sangka kan..semakin cepat si kecik ni bertumbuh...kalau ikutkan perbandingannya, da sebesar kubis da...susah nak imagine macam mana ada si kecik sebesar kubis ni dalam perut aku..hehehe...tapi alhamdulillah, asalkan dia sihat aku takkan komplen apa-apa...
kedudukan dia mungkin macam ni kat dalam tu...
nampak tak macam mana ruang semakin sempit untuk dia..tapi aku pun tak taula..sama ada perut aku ni besar ataupun si kecik tu mungkin kecik je..sebab aku dapat rasakan yang dia berpusing-pusing di setiap masa dan ketika...hehehe...sangat ajaib kan..??dulu, aku selalu impikan ada jantung yang berdenyut dalam diri aku, selain jantung aku sendiri...sekarang, jantung si kecik ni da terasa kuatnya berdegup dalam diri aku...dan sangat ajaib jugak...setiap kali tengok kat cermin, aku terfikir...betapa besarnya kuasa Tuhan...bukan saja Dia mampu mengubah fizikal dan emosi aku, dengan wujudnya si kecik ni dalam diri aku...aku jugak mampu merasai setiap gelombang-gelombang yang terhasil bila saja si kecik ni bergerak...malah kadang-kadang bila aku sengaja cuit-cuit perut ni, laju je dia bertindak-balas...kejap kanan, kejap kiri...terasa kaki dia, tangan dia, siku dia, punggung dia...kadang-kadang kepala dia pun dapat aku usap dengan jelas...subhanallah~
cadangan aktiviti pada minggu ini...
aku masih blur dengan prosedur-prosedur hospital dan bercuti ni...mungkin da sampai masanya untuk aku mula buat semua tu...encik Hasben kena la jugak mula mencari mana hospital yang dia nak daftarkan aku ngan baby nanti...hehehe...kelas ante-natal jugak aku belum hadir lagi...sebabnya aku tak jumpa lagi kelas yang dekat dan sesuai...sebenarnya aku cuma nak belajar macam mana nak handling baby, choosing pain medication, and menda-menda kecik yang kadang-kadang kita rasa mudah..tapi boleh merisikokan baby...nanti la..insya Allah, ada masa lagi...dan aku jugak nak enjoy masa-masa terakhir dengan si kecik masih dalam perut ni...sebab lepas ni bila dia da keluar sure aku akan rindukan masa-masa ni...hehehe...
masuk minggu ni, aku da mula rasa kaki aku membengkak...especially kat area buku lali tu...time semayang, lebih-lebih lagi masa duduk antara dua sujud and tahiyat tu betul-betul aku rasa kaki aku da bengkak...kena mencari petua untuk melegakan kebengkakan kaki ni la nampaknya...sebab rasanya kalau dibiarkan mungkin akan jadi lebih teruk pulak...nanti susah pulak nak berjalan, nak naik tangga semua...huhuhu...
oh ye..segala macam tips berkenaan conceiving, pregnancy and baby care masih belum sempat aku siapkan untuk di'publish'...insya Allah hujung minggu ni, akan punya kesempatan untuk aku teruskan impian aku yang satu itu...hehehe...
till then~
No comments:
Post a Comment