Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Friday, June 24, 2011

MaSuK 2 miNggU sUdaH

Hello hello~

sedar tak sedar masuk 2 minggu da aku jadi mummy Naufal..sekejap je kan..??teringat masa jumaat 2 minggu lepas..masa aku mula rasa sakit tu..hehehe...

Petang tu dalam lepas asar camtu aku da start rasa sakit perut..tp xde la sakit pinggang sume...and setiap kali aku pegi toilet mmg xde turun apape tanda pun..so aku takdela bagitau encik Hasben sebab nanti sure dia risau..siap ajak dia pegi pasar malam lagi petang tu..rasa macam nak makan jagung rebus la pulak..heheh...encik Hasben sampai umah lewat sket masa tu..dalam masa tunggu dia tu ada masanya aku rasa xleh da nak duduk or baring sebab sakit perut..tapi masih lagi rasa macam takde pe...

Then pegila pasar malam..jalan slow je bila rasa sakit..sempat jugak jeling jam nk tengok bape selang masa sakit tu..sebenarnya masa tu adalah dalam 5 minit sekali..tapi tak jugak expect apape..pusing jugak 2 round pasar tu..siap beli rojak singapore lagi..hehe..then masa maghrib tu takde da rasa sakit sangat..elok je solat n makan sume..

Start rasa balik masa tengok maharaja lawak..sakit makin lama and makin kerap..sempat lagi buka FB chatting..tanya tu ini kt kengkawan aku..pasal tanda nak bersalin la..dan rasanya macam mostly memang akan turun tanda or sakit pinggang or belakang..aku ni sakit perut je...bila da kerap sangat keluar masuk toilet encik Hasben pun jadi risau..aku bagitau yang aku just sakit perut je, takde pape...sampaila abis maharaja lawak tu..time tu aku da takleh duduk or baring da..aku berdiri and jalan sket2 bagi ilang rasa sakit tu..tapi mmg takleh tahan dah..encik Hasben terus suh tukar baju, and dia pun sama tukar baju..sambil aku siap-siap tu dia pun dok angkut beg bawak masuk keta..dan ke hospital putrajaya la kami...

Rupanya itula dia contraction..manala aku tau kan..check ctg sume, dorang kata kena admit..tp sebab takde bed kena transfer ke kajang..encik Hasben request untuk ke serdang..sepanjang jalan tu aku cuba tahan sakit sebab bila aku tunjuk yang aku sakit, aku pasan encik Hasben pecut keta lebih laju dari biasa..punyala jauh rasanya nak sampai ke serdang tu padahal takdela jauh mana sebenarnya..huhuhu...then menunggu la kat serdang pulak..contraction makin kuat..sampaikan dorang bagi painkiller pun takde beza dah..encik Hasben setia je tunggu kat lobi..aku suh dia balik dulu sebab nak kena tunggu lagi 4 jam untuk check..memula dia nak balik tapi pastu dia mesej bgtau yang dia tido kat kereta je..pukul 4.30 pagi tu aku rasa water bag aku pecah..terus bagitau nurse and dorang kata air tu da warna hijau..maksudnya baby da berak dalam perut dan aku baru dilated for 2cm only..so, doktor takut apape jadi kat baby and amik keputusan untuk czer..terus la mesej encik Hasben and dia terus naik..pass barang sume and minta maaf kat dia..dia senyum je, cium dahi aku dan bagitau yang semuanya akan ok..

Lepas doktor cucuk bius tu mmg aku tak rasa apape da..disebabkan bius separuh badan je, dorang halang la muka aku daripada tgk apa yang dorang nak buat..so aku cuma leh rasa and dengar je apa yang dorang buat..aku rasa masa dorng keluarkan Naufal dari perut tu, terus terasa kosong betul..dan dengar je suara dia menangis, aku pun rasa nak menangis..rasa macam tak percaya..nurse tunjukkan baby kat aku, minta confirmkan jantina baby dan suh aku cium muka dia..masa tu memang rasa bersyukur sangat...then dia bagitau nak bagi baby kat encik Hasben untuk diazankan..encik Hasben kata sepanjang diazankan tu, Naufal buka mata..hehe..

Dua jam lepas tu baru aku ditolak masuk wad dan letakkan Naufal dekat aku..first time aku pegang dia, peluk dia dan susukan dia..tak sangka..akhirnya aku jumpa jugak dengan si kecik yang aku kandung selama ni..alhamdulillah..dan senyuman encik Hasben adalah yang paling manis masa tu..alhamdulillah..subhanallah ya Allah...

Till then~
Published with Blogger-droid v1.7.2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::