hello hello~
wah~ ada 10 hari lagi ye yang bakal ditempuhi bersama perut yang besar ini...dan selepas itu, insya Allah akan rindu lah aku pada semua keadaaan ini...huhuhuh...sayu pulak rasanya....tapi, asalkan si kecik ni keluar dengan sihat, sempurna dan selamat itupun dah lebih dari cukup untuk aku...insya Allah...dan ketika menaip entry ini, si kecik yang daripada tadi dok diam je *sampai aku risau dan siap mengadu kat encik Hasben sebab dia takmo bergerak* dah memulakan aktiviti hariannya...senak pulak rasa nya perut ni...huhuhu....
dan dengan countdown 10 hari lagi ni, aku pun tak tau nak buat apa dah...semua barang si kecik yang sepatutnya di bawa balik kampung dah pun aku siapkan aritu...letak setempat siap-siap supaya memudahkan encik Hasben untuk mengangkut masuk ke kereta dan dibawa balik...hehehe...cuma beg hospital je yang masih dalam keadaan 90% lengkap...semuanya sebab aku mengelat nak masukkan baju, sweater, kain batik kat dalam tu...and tadi, akak opis aku pesan siapkan awal-awal baju, pampers, bedung, sarung tangan & kaki skali ngan minyak baby dalam satu bekas...sebab biasanya lau masuk labour room nurse akan minta sume tu...so, aku tak expect la encik Hasben nak menyelongkar beg hospital tu mencari sume menda tu kan...hehehehe....
10 hari lagi....lama lagi ke atau da dekat ye..??sebab takde tanda-tanda pulak si kecik ni nak keluar dah...jadi nye aku macam konfius je...encik Hasben lak beriya-iya sangat dah nak si kecik ni keluar..*aku pon sama la jugak kan* hehehehe...tapi ntahla...bersedia ke aku nak tinggalkan encik Hasben sensorang kat sini...??? bersedia ke aku nak melalui semua sakit jerih perih melahirkan si kecik ni...??? bersedia ke aku untuk menjadi seorang ibu...??? erm~ insya Allah...aku tau, aku takkan dikurniakan anugerah ni kalau Tuhan rasa aku tak mampu...kan..^_^
wah~ apa ada dalam plastik tu..???
2 balang coklat la~!!! *plus 1 balang lagi masih dok dalam plastik beg*
hahahahaha...tadi tengahari boss ngan sorang akak opis aku ni pegi ke kilang Beryl's yang kat Serdang tu...nak membeli coklat katanya...bila di offer kat aku, aku pun apa lagi...terus bukak website, carik coklat yang berkenan dan order saja...hehehehe...*ops~ harap tak lupa bayar balik duit akak tu...huhuhuhu* aku pilih almond milk chocolate saja sebab aku tak makan sangat kacang lain or kismis tu...dan satu balang lagi --> assorted milk chocolate tu cadang nak buat adiah besday kat adik bongsu aku sabtu ni...insya Allah kalau si kecik ni belum nak keluar lagi...hehehehehe....
okeyla...doakan kesihatan aku dan si kecik ni ye...insya Allah ada 10 hari lagi yang bakal kami lalui bersama...selepas itu, kami akan tetap bersama tapi dalam 2 jasad yang berbeza...doakan jugak aku dikuatkan hati dan ditabahkan minda menghadapai perjuangan yang paling bermakna bagi seorang isteri dan seorang mummy-to-be...semoga segalanya akan dipermudahkan dan diberkati serta selamat akhirnya..insya Allah...
till then~
p/s: ada misi penting hari ini...adakah akan berjaya..?? kita tunggu dan lihat ^_^
No comments:
Post a Comment