Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Monday, October 21, 2013

Mami Bebel:: Menda penting ngan tak penting..???

Salam...

tetibe mood membebel mami dah sampai..maka mami layankan jela, sementara mata berpinar-pinar menengok skrin pc ni daripada pgi tadi...

apa yang penting...dan apa yang tak penting..???

menda ni bukan fix -- siap ada skema jawapan bagai...tapi penting atau tak penting tu bergantung kepada seseorang...dan juga situasi...atau mungkin juga status perhubungan...betul tak...bagi sesetengah orang, mungkin satu-satu menda tu penting tapi sebaliknya bagi orang yang lain...

contohnya: SMS tanya "Dah makan ke belum..???"



agak-agak penting tak menda ni..?? untuk ibu-ibu atau bapa-bapa, mungkin menda ni penting..sebab dorang nak pastikan anak dorang dah makan ke belum...atau takde duit nak makan tapi tebal muka nak minta duit...tapi sebenarnya ibu-ibu atau bapa-bapa cuma nak bertanya khabar si anak yang dah lama sangat tak telefon..atau mungkin juga cuma tahu missed call minta si ibu bapa telefon semula...

untuk kekasih-kekasih jugak, menda ni penting...sebab konon-konon nak take care dekat kekasih hati, sedang lapar kah atau sudah kenyang kah...padahal kadang-kadang nak jadi modal untuk ajak berbual..atau mungkin jugak jadi alasan untuk keluar...

untuk suami isteri...bergantung agaknya...mungkin ada yang rasa penting, konon-konon untuk menunjukkan yang masih ada rasa ambil berat...atau mungkin saja untuk merancang menu malam ini, atau mungkin jugak merancang nak pergi makan di mana pula kali ini...mungkin jugak ada yang rasa tak penting..sebab, ala, benda remeh macam itu pun nak kena bagitau ke..??? -- ini mungkin kes terlupa, masa bercinta dulu boleh berperang besar kalau SMS bertanyakan "Dah makan ke belum?" tidak berjawab...

pendek kata...menda penting atau tak penting ni, bergantung kepada seseorang...kepada situasi..tapi yang lebih banyak nye mami tengok, bergantung kepada status seseorang tu...

erm, apala yang mami membebel ni...sebenarnya, mami tengah lapar...dan mami tengah pening nak pikir, nak masak apa malam ni ye..???kihkihkih~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::