Mami+Walid=Naufal

Wednesday, May 25, 2011

cLoTh DiaPeRs a.k.a CD

hello hello~

mood hari ni adalah sangat hepi...heheheh...bukan sebab si kecik dah nak keluar ye, tapi sebab da plan sume keja yang perlu disiapkan arini...dan disebabkan dah siap-siap buat plan maka sempat jugak la dimasukkan aktiviti berblogging sebagai salah satu item...hehehehe....*sowi ye boss...tak lama da saya nak mengelat kat opis ni*

semalam ada ceciter pasal CD kan...dan hari ni macam terasa nak wat sket entry lak...walaupun aku sebenarnya takde lagi pengalaman menggunakan CD ni...maybe aku cuma leh citer berdasarkan pengalaman kengkawan dan orang sekeliling aku sahaja...jadikla tu kan...selain menambah pengetahuan, boleh jugak aku berkongsi ngan sesape yang membaca ni...huhuhu....antara kengkawan aku yang pakai CD ni *korang leh klik nama untuk refer pada blog dorang...dan dorang memang banyak jugak citer pasal CD ni...* adalah:




dan disebabkan aku adalah antara orang yang baru-baru nak belajar pasal CD ni, lau ada salah silap tu mohon maaf la ye...dan mintakla diperbetulkan...huhuhu....rupenya one of staff aku kat opis ni adalah pengedar CD jenama BabyMia..uish~ takyah susah-susah dah nak carik sana-sini...dia siap bagi aku katalog sekali ngan contoh CD lagi...hehehehe...

antara contoh corak yang ada dalam range CD BabyMia

secara ringkasnya, CD BabyMia ni adalah lampin moden jenis berpoket dan datang dalam satu saiz sahaja *means boleh di adjust mengikut saiz baby samada S, M atau L* so, kalau da namanya CD tu tentula boleh dipakai dan dibasuh dan dipakai semula...agak menjimatkan sebab kalau disposable diapers tu kena beli setiap kali abes stok...dengan CD ni insya Allah kalau dah cukup stok, boleh recycle yang itu saja la..modal awal memang mahal jugak la...tapi untuk jangkamasa panjang aku rasa memang berbaloi...ada jugak jenama CD yang mahal harganya, tapi untuk permulaan aku cuba yang sederhana sahaja...bila dah betul-betul okay, dan si kecik pun comfortable insya Allah akan diluaskan lagi pelaburan tu...hehehehe....

sambung balik pasal CD BabyMia ni..untuk lapisan luar dia ada 2 jenis la :: Minkee dan PUL :: minkee ni dia macam velvet sket kot tapi kalau PUL ni pulak jenis yang waterproof tu...so, aku agak berkenan dengan PUL type la..tapi ada jugak aku order yang minkee tu, sebab macam gebu-gebu gitu...hehehe...untuk lapisan dalam pulak, BabyMia ni gunakan microfleece...dan aku dapat tau yang microfleece ni adalah salah satu komponen yang membantu pembersihan CD dapat dilakukan dengan mudah dan cepat kering...insert dia pulak menggunakan microfiber...dan ini membantu proses penyerapan dan memudahkan pencucian...rasanya lebih kurang je kot dengan CD daripada jenama-jenama lain...hehehe...dan CD ni memerlukan detergen khas untuk mengelakkan kualitinya merosot...yang paling kerap dicadangkan kat aku adalah jenama Pureen...tapi ada jugak jenama-jenama lain yang boleh digunakan..yang penting takleh ada softener kot...
Pureen H-A-D 
Bum Genius CD Detergent
Lunacare CD & Laundry Detergent

sebenarnya, pemilihan untuk menggunakan CD ni bergantung jugak pada individu tu...memang la, kena amik masa sket untuk cuci CD ni...tapi dari apa yang diceritakan pada aku, bukan susah mana pun nak cucinya...alirkan dengan air paip then soak kejap ngan detergent tu pastu letak dalam mesin basuh je...untuk CD tu memang direkemen untuk dimasukkan dalam laundry bag before letak dalam washer...untuk insert dia takpe...ini adalah untuk memelihara struktur CD dan butang-butang dia tu...erm, tak jauh beza pun dengan buat laundry kita tetiap ari tu kan...tapi ada jugak a few of kengkawan aku yang memang belum guna CD ni sebab kesuntukan masa...yela, kena amik kira jugak kan...sebab bukan semua orang ada kelapangan dan keupayaan yang sama...

encik Hasben telah memberi green light untuk aku mencuba pemakaian CD ni nanti...aku try sket dulu, kalau si kecik okey barula aku teruskan...tapi rasanya kalau menda ni tak memudaratkan, takkan la dia tak okey pulak kan...hehehe...lagi pulak, bukan ke semua mak ayah dalam dunia ni nak kan yang terbaik untuk anak-anak dorang...??? samala macam aku jugak...dan aku rasa encik Hasben pun sure macam tu jugak...semangat betul la aku ni....dan semoga aku dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang cukup untuk menguruskan semuanya nanti...insya Allah, amin~

till then~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::