Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Monday, May 30, 2011

TiMe FLiEs FasT~

hello hello~

lama jugak tak mengupdate kan...sebab cuti jadinye adalah sangat malas untuk ber blogging...*dan sekarang adalah sangat malas untuk bekerja* huhuhuhu....kalau diikutkan ati, memang nak je amik cuti 2minggu terus...kenapa 2 minggu...??sebab adalah lagi 13 hari untuk menunggu si kecik ni keluar...heheheh...tapi sebenarnya cuti lama-lama dan hanya duduk di rumah juga adalah sangat membosankan...macam minggu lepas, cuti 2 hari tapi duduk saja kat umah...sakit satu badan rasanya...huhuhuh...tapi nak wat camne, nak keja memang da takde mood langsung ni...lagi pulak minggu ni da disusun segala macam mesyuarat yang kena dihadiri...lagi la malas rasanya...

so, marilah memujuk hati dengan peristiwa-peristiwa yang best berlaku sepanjang hari yang tidak mengupdate...hari khamis dan sabtu, berulang la kami ke Secret Recipe...heheheh...bukan aku yang mengidamnya, tapi encik Hasben yang kempunan nak makan Mozarella Baked Fish kat SR tu...tapi kesian, dua-dua kali pegi dua-dua kali tak dapat nak makan...alasannya, oven dorang rosak...ceh~ sian encik Hasben...nantila aku bakar je kat umah...huhuhu....

chocolate ice blended & spaghetti meatballs untuk mummy and baby...

White coffee & chicken ape ntah for encik Hasben...

our dessert -- berry choc cheese cake *agak manis jugak ni*

kali kedua pegi, encik Hasben berbesar harapan untuk menikmati Mozarella Baked Fish tapi oven masih rosak..sian dia, dan dia cuma order menu lunch biasa saja...grilled chicken mushroom...aku lak order black pepper chicken grill...desert adalah cake kegemaran encik Hasben -- chocolate banana....dan adalah malas untuk mengambik gambar masa tu...hehehehe...lagi pulak, masa tu kaki, badan, pinggang, perut sume nye sakit...maka selepas makan terus ajak encik Hasben balik bertapa di umah....huhuhuh....

hari Ahad juga takde apa-apa yang menarik...disebabkan cuti duduk di rumah sahaja maka perlula keluar berjalan kan...nanti kaki membengkak pulak...dan disebabkan itu, encik Hasben pun mengajak aku ke Himpunan Sejuta Belia tu...sebenarnya nak pegi tengok gerai jual buku-buku je...tapi jalan punya jalan, kitorang sempat la layan persembahan band PDRM...sempat jugak menambah pengetahuan kat pameran polis dan askar...sempat jugak melawat kenderaan-kenderaan besar milik angkatan tentera *siap ada toileh dan shower bergerak upenye dorang ni* dan takde apa-apa yang menarik sangat la pun...kebanyakan barang-barang dijual pada harga yang mahal...terlalu banyak acara hiburan yang melalaikan...terlalu banyak pembaziran digalakkan *make up keta la, tambah gadget itu ini la* dan memang takde apa sangat la pun...

balik dari tu, terus flat kat umah...cadang nak pegi kenduri join mak ngan ayah pun tak jadi da sebab kaki da sakit yang terlampau...makanya terus tertido sampai petang...nasib baik perut adalah tidak selesa, maka terpaksa jugak bangun...dan tersedar yang belum zuhur lagi...kalau tak, terlajak la kitorang berdua ni...huhuhuh...sepanjang petang sehingga malam semalam, perut adalah sangat-sangat tidak selesa...kadang-kadang mengeras yang sampai cramp kaki...kadang-kadang sakit macam nak ke toilet tapi takde apa nak dilabur...dan kadang-kadang rasa memberat yang teramat sangat...tidur malam jugak adalah sangat tidak lena sekarang...huhuhuh....sekarang pun rasa tak sedap perut -- menyebabkan bertambah takde mood kat opis...

CD untuk si kecik dah sampai...

hari Jumaat aritu jugak, CD untuk si kecik ni da sampai...tapi masih dalam beg lagi..belum lagi mahu dibasuh atau dipengapa-apakan...lagipun belum nak pakai pun lagi...maybe selepas pantang nanti baru start pakaikan dia CD...comey kan...love the colours~!!

:: updated :: upenye ada jugak 2,3 orang yang tanya mana aku beli CD ni...huhuhuh..lupa pulak nak tolong pomot...aku beli dari website ni --> Adelia Damia Shoppe...so, untuk sesape yang nak survey tu leh la jenguk kat blog dia ye...

till then~

2 comments:

Aisha said...

Ko beli cd qqbaby ni kt mn net?

Nia_alJunid said...

sha..
beli kat http://adeliadamia.blogspot.com/ tryla tengok lau berkenan...kaler dia cantik la..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::