Mami+Walid=Naufal

Showing posts with label BabyMia CD. Show all posts
Showing posts with label BabyMia CD. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

:: Cloth Diaper @ CD ::

hello hello~

entry yang sudah lama mau ditaip tapi kemalasan melanda takde masa...hehehe...sejak Naufal masuk 2 bulan aritu, kami sudah tidak memasukkan item - membeli pampers - dalam bajet bulanan...hehehe...sebabnya Naufal sudah mula memakai cloth diaper @ CD secara rasminya...sebelum-sebelum ni, kekadang je pakaikan sebab saja nak test saiz kot-kot la Naufal terlebih gemuk atau CD terlebih besar..itupun sekali je sehari..so, masuk 2 bulan Naufal sudah fully ber-CD...*tahniah untuk mummy sebab terpaksa merajinkan diri untuk membasuh CD Naufal*

parcel CD pertama yang sampai depan pintu umah

CD peringkat pertama telah selamat sampai sebelum Naufal keluar lagi...ada aku citer dalam entry - sini - ...CD QQbaby plain color...ada 10keping semuanya...2keping aku tak ingat letak kat mana sebab dah lama sangat tak mengemas umah, sampai skang ni tiada berjumpa..maka yang ada dalam simpanan skang hanya 8 keping sahaja...semuanya disertakan dengan 2 insert...

Naufal masa umo sebulan lebih -- cubaan memakai CD -- nampak sedikit gedobosh di situ

CD fasa kedua pulak sampai masa Naufal dekat-dekat nak masuk umo 2 bulan..kali ni aku beli dari opismate aku je, brand Baby Mia...disebabkan yang sedia ada tinggal 8 keping, aku tambah la lagi 10 keping...murah je beli kat dia ni, sebab dia beli in bulk..sekali beli, 50 keping...so harga jatuh la jadi RM18 je sekeping...very the best deal kan..?? buat masa ni, mummy boleh beli CD yang tak-baper-nak-mahal-sangat jela untuk Naufal..tunggula ada rezeki lebih bolehla mummy belikan CD yang harga berpuluh-puluh-dekat-beratus-ratus-RM untuk kamu...hehehehe..


masa ni da 2 bulan lebey -- nampak sedikit fit la dengan CD tu --

jadi buat masa ni, ada 18 keping semuanya koleksi CD Naufal..memang tak cukup pun, jadi encik Hasben sila lah tambahkan ye...sehari Naufal akan pakai dalam 6-7 helai...4 helai sepanjang siang sebab dihantar ke rumah pengasuh...dan 2 keping lagi sepanjang malam -- dengan 2 inserts -- jad untuk 18 keping tu, maksimum 3 hari je boleh bertahan...jadi, setiap 2 hari mummy terpaksa merajinkan diri untuk membasuh dan menjemur baju dan CD Naufal...eh, baju pun macam rotate je dalam satu minggu tu...mungkin kena beli baju baru pulak... 


 
koleksi CD Naufal setelah dibasuh kesemuanya..kecuali 1 Naufal pakai, dan 1 lagi baru dimasukkan ke dalam bakul untuk dicuci

ada orang tanya -- susah tak pakai CD..?? jawapannya sangat subjektif...terpulang...maksud terpulang tu -- terpulang pada kemampuan kita...kemampuan kita untuk membeli, mengurus, membasuh, menjemur, bla bla bla...aku ni bukan orang yang rajin ye *ni cakap betul punye* jadi masa mula-mula pakai CD ni aku memang rasa sangat leceh, lagi-lagi bila Naufal poo poo...sebab nak kena jirus, then baru leh masukkan dalam mesin basuh..tapi bila da lebih sebulan pakai ni, alhamdulillah aku da makin rajin pandai nak uruskan CD ni...kesan kotor tu memang senang tanggal, lagi-lagi bila direct jemur bawah sunlight..dan alhamdulillah, aku dan encik Hasben da takyah pening-pening nak pikir bajet untuk beli pampers setiap bulan...yela, Naufal ni kalau pakai pampers -- 2 minggu mau abes seplastik saiz M yang 80 keping tu...

semua CD Naufal adalah yang jenis All-in-One One-Size pocket diaper *thanks to Anis sebab betulkan..Mama Izz ni lagi expert lau bab CD ni* maksudnya boleh laraskan dari saiz S ke M ke L...dan aku suka design yang button..setakat ni ada 1 je yang jenis velcro..ini pun ikut orang jugak..kalau nak yang menyerupai pampers and lebih mudah -- pilihla yang velcro..sebab senang, boleh zap zap saja..aku suka yang button sebab design dia nampak cute je..tapi sejak Naufal suka bergolek-golek ni, tercabar jugakla skill nak pakaikan dia CD tu..hehehe...

Naufal 3 bulan 1 minggu -- tak suka pakai seluar da --

kesimpulannya...da macam karangan la pulak..pemakaian CD ni bergantung pada individu...susah bagi oranglain, tak semestinya susah untuk semua orang...dan mudah bagi orang lain tak semestinya mudah bagi semua orang...untuk permulaan, memang rasa berat..sebab CD ni pun harganya boleh tahan jugak kan..tapi, alang-alang lepas raya ni, bebudak comey macam Naufal ni sure dapat duit raya kan..memangla nak simpan dalam akaun, tapi kalau guna sikit untuk keperluan dia apa salahnya kan...ni pun aku ada beli sikit lagi tambahan CD untuk Naufal -- guna duit raya Naufal -- tapi belum dapat lagi..maybe esok lusa dapatla ni...hehehe...

p/s: aku bukan eco-friendly sangat sebab nak pakai CD ni semua..tp secara tak langsung, adala jugak aku menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat kan...hehehehe

till then~

:: updated ::

CD terbaru Naufal sudah selamat diterima semalam...sangat bersemangat nak basuh tapi disebabkan da penat sangat sampai rasa malas ampaian da penuh maka ditangguhkan sehingga hujung minggu...

7 keping tambahan -- dengan 2 keping wetbag untuk dihantar ke umah pengasuh

kali ni beli yang jenis minky...kain dia gebu-gebu manja gitu...hehehe...aku suka yang corak celoreng-celoreng macam askar tu...encik Hasben pulak suka yang corak zirafah tu...comel betul corak-corak CD ni..tapi takkanla sebab nak tayang kecomelan CD tu nak biarkan Naufal tak pakai seluar ye tak...?? cukupla comel kitorang tengok masa nak tukarkan CD...hehehehe...

p/s/s: CD yang ni pun ada hip snap button tu...elokla untuk kekalkan CD pada kedudukan yang selesa...boleh membantu mencegah kebocoran juga..hehehe...

till then~

Wednesday, May 25, 2011

cLoTh DiaPeRs a.k.a CD

hello hello~

mood hari ni adalah sangat hepi...heheheh...bukan sebab si kecik dah nak keluar ye, tapi sebab da plan sume keja yang perlu disiapkan arini...dan disebabkan dah siap-siap buat plan maka sempat jugak la dimasukkan aktiviti berblogging sebagai salah satu item...hehehehe....*sowi ye boss...tak lama da saya nak mengelat kat opis ni*

semalam ada ceciter pasal CD kan...dan hari ni macam terasa nak wat sket entry lak...walaupun aku sebenarnya takde lagi pengalaman menggunakan CD ni...maybe aku cuma leh citer berdasarkan pengalaman kengkawan dan orang sekeliling aku sahaja...jadikla tu kan...selain menambah pengetahuan, boleh jugak aku berkongsi ngan sesape yang membaca ni...huhuhu....antara kengkawan aku yang pakai CD ni *korang leh klik nama untuk refer pada blog dorang...dan dorang memang banyak jugak citer pasal CD ni...* adalah:




dan disebabkan aku adalah antara orang yang baru-baru nak belajar pasal CD ni, lau ada salah silap tu mohon maaf la ye...dan mintakla diperbetulkan...huhuhu....rupenya one of staff aku kat opis ni adalah pengedar CD jenama BabyMia..uish~ takyah susah-susah dah nak carik sana-sini...dia siap bagi aku katalog sekali ngan contoh CD lagi...hehehehe...

antara contoh corak yang ada dalam range CD BabyMia

secara ringkasnya, CD BabyMia ni adalah lampin moden jenis berpoket dan datang dalam satu saiz sahaja *means boleh di adjust mengikut saiz baby samada S, M atau L* so, kalau da namanya CD tu tentula boleh dipakai dan dibasuh dan dipakai semula...agak menjimatkan sebab kalau disposable diapers tu kena beli setiap kali abes stok...dengan CD ni insya Allah kalau dah cukup stok, boleh recycle yang itu saja la..modal awal memang mahal jugak la...tapi untuk jangkamasa panjang aku rasa memang berbaloi...ada jugak jenama CD yang mahal harganya, tapi untuk permulaan aku cuba yang sederhana sahaja...bila dah betul-betul okay, dan si kecik pun comfortable insya Allah akan diluaskan lagi pelaburan tu...hehehehe....

sambung balik pasal CD BabyMia ni..untuk lapisan luar dia ada 2 jenis la :: Minkee dan PUL :: minkee ni dia macam velvet sket kot tapi kalau PUL ni pulak jenis yang waterproof tu...so, aku agak berkenan dengan PUL type la..tapi ada jugak aku order yang minkee tu, sebab macam gebu-gebu gitu...hehehe...untuk lapisan dalam pulak, BabyMia ni gunakan microfleece...dan aku dapat tau yang microfleece ni adalah salah satu komponen yang membantu pembersihan CD dapat dilakukan dengan mudah dan cepat kering...insert dia pulak menggunakan microfiber...dan ini membantu proses penyerapan dan memudahkan pencucian...rasanya lebih kurang je kot dengan CD daripada jenama-jenama lain...hehehe...dan CD ni memerlukan detergen khas untuk mengelakkan kualitinya merosot...yang paling kerap dicadangkan kat aku adalah jenama Pureen...tapi ada jugak jenama-jenama lain yang boleh digunakan..yang penting takleh ada softener kot...
Pureen H-A-D 
Bum Genius CD Detergent
Lunacare CD & Laundry Detergent

sebenarnya, pemilihan untuk menggunakan CD ni bergantung jugak pada individu tu...memang la, kena amik masa sket untuk cuci CD ni...tapi dari apa yang diceritakan pada aku, bukan susah mana pun nak cucinya...alirkan dengan air paip then soak kejap ngan detergent tu pastu letak dalam mesin basuh je...untuk CD tu memang direkemen untuk dimasukkan dalam laundry bag before letak dalam washer...untuk insert dia takpe...ini adalah untuk memelihara struktur CD dan butang-butang dia tu...erm, tak jauh beza pun dengan buat laundry kita tetiap ari tu kan...tapi ada jugak a few of kengkawan aku yang memang belum guna CD ni sebab kesuntukan masa...yela, kena amik kira jugak kan...sebab bukan semua orang ada kelapangan dan keupayaan yang sama...

encik Hasben telah memberi green light untuk aku mencuba pemakaian CD ni nanti...aku try sket dulu, kalau si kecik okey barula aku teruskan...tapi rasanya kalau menda ni tak memudaratkan, takkan la dia tak okey pulak kan...hehehe...lagi pulak, bukan ke semua mak ayah dalam dunia ni nak kan yang terbaik untuk anak-anak dorang...??? samala macam aku jugak...dan aku rasa encik Hasben pun sure macam tu jugak...semangat betul la aku ni....dan semoga aku dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang cukup untuk menguruskan semuanya nanti...insya Allah, amin~

till then~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::