Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Wednesday, September 28, 2011

:: Cloth Diaper @ CD ::

hello hello~

entry yang sudah lama mau ditaip tapi kemalasan melanda takde masa...hehehe...sejak Naufal masuk 2 bulan aritu, kami sudah tidak memasukkan item - membeli pampers - dalam bajet bulanan...hehehe...sebabnya Naufal sudah mula memakai cloth diaper @ CD secara rasminya...sebelum-sebelum ni, kekadang je pakaikan sebab saja nak test saiz kot-kot la Naufal terlebih gemuk atau CD terlebih besar..itupun sekali je sehari..so, masuk 2 bulan Naufal sudah fully ber-CD...*tahniah untuk mummy sebab terpaksa merajinkan diri untuk membasuh CD Naufal*

parcel CD pertama yang sampai depan pintu umah

CD peringkat pertama telah selamat sampai sebelum Naufal keluar lagi...ada aku citer dalam entry - sini - ...CD QQbaby plain color...ada 10keping semuanya...2keping aku tak ingat letak kat mana sebab dah lama sangat tak mengemas umah, sampai skang ni tiada berjumpa..maka yang ada dalam simpanan skang hanya 8 keping sahaja...semuanya disertakan dengan 2 insert...

Naufal masa umo sebulan lebih -- cubaan memakai CD -- nampak sedikit gedobosh di situ

CD fasa kedua pulak sampai masa Naufal dekat-dekat nak masuk umo 2 bulan..kali ni aku beli dari opismate aku je, brand Baby Mia...disebabkan yang sedia ada tinggal 8 keping, aku tambah la lagi 10 keping...murah je beli kat dia ni, sebab dia beli in bulk..sekali beli, 50 keping...so harga jatuh la jadi RM18 je sekeping...very the best deal kan..?? buat masa ni, mummy boleh beli CD yang tak-baper-nak-mahal-sangat jela untuk Naufal..tunggula ada rezeki lebih bolehla mummy belikan CD yang harga berpuluh-puluh-dekat-beratus-ratus-RM untuk kamu...hehehehe..


masa ni da 2 bulan lebey -- nampak sedikit fit la dengan CD tu --

jadi buat masa ni, ada 18 keping semuanya koleksi CD Naufal..memang tak cukup pun, jadi encik Hasben sila lah tambahkan ye...sehari Naufal akan pakai dalam 6-7 helai...4 helai sepanjang siang sebab dihantar ke rumah pengasuh...dan 2 keping lagi sepanjang malam -- dengan 2 inserts -- jad untuk 18 keping tu, maksimum 3 hari je boleh bertahan...jadi, setiap 2 hari mummy terpaksa merajinkan diri untuk membasuh dan menjemur baju dan CD Naufal...eh, baju pun macam rotate je dalam satu minggu tu...mungkin kena beli baju baru pulak... 


 
koleksi CD Naufal setelah dibasuh kesemuanya..kecuali 1 Naufal pakai, dan 1 lagi baru dimasukkan ke dalam bakul untuk dicuci

ada orang tanya -- susah tak pakai CD..?? jawapannya sangat subjektif...terpulang...maksud terpulang tu -- terpulang pada kemampuan kita...kemampuan kita untuk membeli, mengurus, membasuh, menjemur, bla bla bla...aku ni bukan orang yang rajin ye *ni cakap betul punye* jadi masa mula-mula pakai CD ni aku memang rasa sangat leceh, lagi-lagi bila Naufal poo poo...sebab nak kena jirus, then baru leh masukkan dalam mesin basuh..tapi bila da lebih sebulan pakai ni, alhamdulillah aku da makin rajin pandai nak uruskan CD ni...kesan kotor tu memang senang tanggal, lagi-lagi bila direct jemur bawah sunlight..dan alhamdulillah, aku dan encik Hasben da takyah pening-pening nak pikir bajet untuk beli pampers setiap bulan...yela, Naufal ni kalau pakai pampers -- 2 minggu mau abes seplastik saiz M yang 80 keping tu...

semua CD Naufal adalah yang jenis All-in-One One-Size pocket diaper *thanks to Anis sebab betulkan..Mama Izz ni lagi expert lau bab CD ni* maksudnya boleh laraskan dari saiz S ke M ke L...dan aku suka design yang button..setakat ni ada 1 je yang jenis velcro..ini pun ikut orang jugak..kalau nak yang menyerupai pampers and lebih mudah -- pilihla yang velcro..sebab senang, boleh zap zap saja..aku suka yang button sebab design dia nampak cute je..tapi sejak Naufal suka bergolek-golek ni, tercabar jugakla skill nak pakaikan dia CD tu..hehehe...

Naufal 3 bulan 1 minggu -- tak suka pakai seluar da --

kesimpulannya...da macam karangan la pulak..pemakaian CD ni bergantung pada individu...susah bagi oranglain, tak semestinya susah untuk semua orang...dan mudah bagi orang lain tak semestinya mudah bagi semua orang...untuk permulaan, memang rasa berat..sebab CD ni pun harganya boleh tahan jugak kan..tapi, alang-alang lepas raya ni, bebudak comey macam Naufal ni sure dapat duit raya kan..memangla nak simpan dalam akaun, tapi kalau guna sikit untuk keperluan dia apa salahnya kan...ni pun aku ada beli sikit lagi tambahan CD untuk Naufal -- guna duit raya Naufal -- tapi belum dapat lagi..maybe esok lusa dapatla ni...hehehe...

p/s: aku bukan eco-friendly sangat sebab nak pakai CD ni semua..tp secara tak langsung, adala jugak aku menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat kan...hehehehe

till then~

:: updated ::

CD terbaru Naufal sudah selamat diterima semalam...sangat bersemangat nak basuh tapi disebabkan da penat sangat sampai rasa malas ampaian da penuh maka ditangguhkan sehingga hujung minggu...

7 keping tambahan -- dengan 2 keping wetbag untuk dihantar ke umah pengasuh

kali ni beli yang jenis minky...kain dia gebu-gebu manja gitu...hehehe...aku suka yang corak celoreng-celoreng macam askar tu...encik Hasben pulak suka yang corak zirafah tu...comel betul corak-corak CD ni..tapi takkanla sebab nak tayang kecomelan CD tu nak biarkan Naufal tak pakai seluar ye tak...?? cukupla comel kitorang tengok masa nak tukarkan CD...hehehehe...

p/s/s: CD yang ni pun ada hip snap button tu...elokla untuk kekalkan CD pada kedudukan yang selesa...boleh membantu mencegah kebocoran juga..hehehe...

till then~

4 comments:

Anis said...

congrats nad. dh berjaya fully CDing naufal.

but nak btulkan sikit la. jenis yg nad pakaikan naufal bukan la All-in-One, tp pocket diaper. yg bole laras S,M,L tu... term nya One Size. confius masa type kot. hehe.

lg 1 nk suggest, kalau naufal dh besar & nad nk tambah CD stash, make sure yg ada hip snap button (to prevent wing droop). bila dh lasak, kalau xde tu, mmg confirm bocor. anis tgk yg nad beli 1st batch tu ada the hip snap button. elok la mcm tu. anis beli semua xde, nasib pandai tambah sendiri. hehe

Nia_alJunid said...

anis::
hehehe..one size ek..owh, salah la tu..main taip je..hehe..thanks betulkan ye..

cd naufal ada jugak yang takde hip snap tu..tp mostly nye ada la..betul jugak, yg takde tu kekdg bocor jugak..nak kena tambah sendiri la nanti ni..thanks again ek~

Alham said...

dah beli jugak dalam 11 keping...bila baby 2 bulan nanti baru nak start terai...kalau sesuai baru bak beli tambah...

Nia_alJunid said...

alham: terai la ye..memula agak leceh sket tp lelama okeh je..chaiyo~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::