daripada anniversary ticker kat atas tu rupanya da 2 tahun, 2 bulan dan 2 hari aku menjadi wifey kepada encik Hasben..hehehe....kitorang berkawan da dekat 6 tahun rupanya...siapa sangka kan...??daripada cuma kawan satu kumpulan untuk projek semester, sekarang ni kitorang dah jadi rakan kongsi dalam hidup sepanjang hayat...insya Allah...dan sepanjang 6 tahun dan jugak 2 tahun, 2 bulan, 2 hari ni macam-macam yang dah jadi...tapi alhamdulillah, Tuhan berkati penyatuan janji dan hati kami....insya Allah akan ada sehingga yang ke sejuta...hehehehe...
walaupun si kecik ni lambat sket hadir dalam idup kami, tapi kami tetap bersyukur~
aku ngan encik Hasben kenal masa sama-sama belajar kat UKM dulu...sebelum kena satu kumpulan ngan dia, siyes aku tak penah pasan pun dia...huhuhuh...lagi pulak aku bukan la jenis yang suka bercampur dengan mana-mana group kat fakulti aku tu...aku cuma berempat je la -- aku, As, Ckin ngan Sha -- ke mena-mana pun kitorang berempat jela...dan kadang-kadang kitorang melibatkan Kak Nurul sama...Kak Nurul ni pun kebetulan kenal dia sebab satu group masa subjek kat fakulti lain..pastu terus jadik member kamceng...hehehehe...
dijadikan citer...masa sem 1 tahun 3 tu kitorang amik subjek ekonomi pelancongan...pensyarahnya adalah timbalan dekan fakulti kitorang, maka dia adalah agak bizi...jadi untuk mengganti masa yang dia tak dapat bagi kuliah tu dia suh la kitorang buat kertas kerja...dan kumpulan ditentukan oleh dia sendiri...kalau tak, for sure la aku akan berkumpulan dengan kengkawan aku yang berempat itu sahaja...dan kitorang pulak takde sorang pun yang dapat satu kumpulan yang sama...masa tula aku kenal encik Hasben ni...jarang sangat senyum dia ni, tapi masa first time aku tegur dia, dia senyum kat aku --- manis...hehehehe...
start masa tu jugakla kitorang berkawan...dan rajinla jugak kitorang bermesej-mesej..hehehe...biasanya mesej pun pasal paperwork kitorang tu jela...dia pun takdela pulak penah tackle aku ke apa, jadi nya aku cuma anggap dia macam bebudak fakulti yang lain jela...tapi ada satu ari tu, dia ajak aku study sesama kat library...huhuhuh...nerveous punya pasal, aku ajak la kawan baik aku -- Ayu -- temankan...dia pun okey je nampaknya ngan Ayu...so, lepas tu agak berlarutan la kitorang punya agenda untuk study sesama kat library...kalau ikut Kak Nurul -- nak pegi buat iklan sunsilk ke??? --- hampeh je Kak Nurul...huhuhuh...
dan entah macamana...dalam tak sedar kitorang semakin rapat...sampaila lepas raya tu, dia ajak aku keluar...dan tempat pertama yang kitorang pegi adalah Aquaria, KLCC...hehehehe...dan bermula lah episod baru dalam kehidupan kitorang...dan aku, sangat bersyukur sebab dipertemukan dengan dia...macam-macam menda yang jadi sepanjang kitorang berkawan...tak kurang jugak dugaan yang datang, yang menguji kesabaran dan kesetiaan kitorang...tapi alhamdulillah, dia tetap setia...dan tetap mencinta...mungkin aku ada berjumpa dengan orang yang lebih baik dari dia, lebih berjaya dari dia, lebih macam-macam dari dia...tapi semua orang tu takkan boleh cintakan aku macamana dia...
sebab tu...dalam 2 tahun, 2 bulan, 2 hari aku jadi wife dia...aku terlalu bersyukur...macamana dia layan aku dulu, 6 tahun lepas...samala macamana dia layan aku sekarang...malah lebih baik, dan lebih mesra lagi...kerenah aku yang tak penah abes, tak penah jemu dia layankan...permintaan aku yang tak penah sedikit, tak sekali dia ungkit....bersyukur teramat sangat aku dijodohkan dengan dia...semoga ikatan ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya....
buat encik Hasben...terima kasih atas segalanya..
1 comment:
sweet entry..wala!
mabelous der..siyes very touvhing..i loike!!naper la xder button "like" ek..kalau x msT kita org pertama like kat entry ko nih...
Post a Comment