Mami+Walid=Naufal

Monday, November 24, 2008

.::. SELAMAT PAGI CINTA .::.


SeLamaT paGi ciNTa

filem yang aku nanti2kan tayangannya di pawagam..kenapa..??erm, maybe sebab ada fazura (my fav actress)..hehehe..




SELAMAT PAGI CINTA (SPC) menceritakan dua kisah cinta yang mempunyai cerita dan pengajaran masing2..kisah cinta Azam (Que Haidar) dan Suci (Amani) yang dipisahkan oleh salah faham dan darjat..juga kisah cinta Ilham (Pierre) dan Julia (Fazura) yang terjadi atas dasar percaya pada takdir..

AZAM & SUCI ~ secara keseluruhannya kisah Azam & Suci tak banyak beza dengan drama atau kisah2 cinta yang kita slalu tengok kat tv ataupun kat cinema..Azam, sorang lelaki yang kehilangan ibubapa sejak kecil, menjaga datuk yang sudah tua..jatuh hati pada Suci, gadis yang mempunyai segala2nya - keluarga yang kaya, pelajaran yg bagus...stereotaip cite cinta, Azam & Suci akhirnya bercinta..tp disebabkan Azam bekerja sambil belajar, dia terpaksa memungkiri setiap janjinya pada Suci..jalan cite nye mudah..dua kali Azam mungkir janji - satu sebab dia kena keja lebih masa, satu lagi sebab atuk dia kemalangan..Suci anggapkan dia ngan Azam tak serasi..kali kedua Azam mungkir janji, Suci ditemukan dengan Yusri (Erry Putra) dalam satu perjumpaan oleh keluarganya..

ILHAM & JULIA~ really sad..jalan citer dia mmg a lil bit sad..tp lebih sedih sebab pelakon sebagus Fazura & Pierre Andre tak dapat menonjolkan kebagusan mutu lakonan dorang..citer dorg ni pun simple..pertemuan kat kedai buku, dua2 nak beli novel yang sama berlanjut dgn belanja minum kat gerai n main roller blade sesama..so sweet sebab dorg dua ni nampak natural je bile berlakon..then macam biasa, Ilham mintak no phone tp Julia kata disebabkan dorg baru kenal maka dia takleh bg nombor phone..tp dia kata lau takdir da tentukan dorg berjumpa, dia akan bg nombor phone...dijadikan cite berjumpa la lagi dorg ni n Julia pun bg la no phone dia..tetibe angin lalu n kertas tu basah kena air - ilangla 3nombor kat blkg..so satu malam tu Ilham ni cuba sume nombor yg mungkin tp cant reach Julia..

pastu dorg ni jumpa lagi n Ilham kata maybe dorg ada jodoh n ajak Julia kawen..pas satu adegan yg mengikat dorg pecaye pada takdir, dorg pun kawen..idup ngan bahagia..one day day Ilham tau dia takleh idup lama lagi..n satu malam tu dia sakit, terus masuk spital n sok nye meninggal..Julia terus idup sensorg n menolak cinta lain yg hadir dalam idup dia...oh ye..tetiap pg, bukak2 mata je Ilham akan cakap "SELAMAT PAGI CINTA" pd Julia..(maybe tajuk dia amik sempena ni kot..tataw)

~ Kelemahan kisah cinta Azam & Suci ~

sorry ek lau komen ni spoil mo0d sesape..tak banyak pengolahan dalam watak Azam, Suci & Yusry..ok..contohnye watak Azam..dia ni digambarkan sorg yang minat seni - ada satu scene dia pegang pamplete "Bachelor in Music"..dengan biola yg dibawak ke hulu ke hilir..tp nampaknya menda tu tak meninggalkan kesan yg mendalam pada penonton..yela, selain scene Azam bacakan puisi ciptaan dia kat Suci time nak anta Suci balik umah (ada ala2 Ada Apa Dengan Cinta)..sekali je dia men biola - time kat dewan teater b4 Suci kawen ngan Yusry..watak Yusry jugak tak diolah LANGSUNG...ok, as a watak antagonis bagi kisah cinta Azam & Suci, sepatutnya watak Yusry digarap dengan lebih baik..Yusry cuma muncul dalam DUA scene, cuma menyebut DUA patah perkataan SAHAJA...1st, time mula2 jumpa Suci, dia sebut "yusry"..2nd time dia nampak Suci tgh nangis, peluk Azam n dia jerit "Suci!!"..sian gak kat Erry Putra ni...

ending dia (sori spoil lagik) pun pada aku tak bagus..bukan sebab dorg tak dapat bersama, tp macam tu je..Suci terus kawen ngan Yusry, Azam pegi ngan biolanye jumpa atuk dia cakap "pengorbanan utk cinta itu adalah lebih baik"..that's it..the end..tetibe da dua tahun kemudian..tak pulak diceritakan Azam da jadi pe pastu..macamane ngan Suci & Yusry..semua tu tak diolah..pengarah macam nak tamatkan terus kisah tu..bile ending dia camtu je, aku ada pendapat yg kisah Azam & Suci ni lau takyah dimasukkan dalam filem ni pon tak pe..

~ Kelemahan kisah cinta Ilham & Julia ~

still pengolahan watak yg jadik kelemahan kisah ni..sampai abes cite aku tataw Julia ni keja ape, Ilham ni keja ape..dorg ni berkawen tp takde lak tunjuk keluarga atau kawan2 dorg..unless sorg housemate Julia (yg hilang terus lepas Julia kawen)..then ada satu part tunjuk yg Julia ni minat melukis - sebab umah sewa dia penuh ngan lukisan dia..tp nape lepas tu minat dia tu tak dikembangkan dalam perjalanan watak dia..yela, lau aku ni minat melukis, tetibe kehilangan org yg paling rapat ngan aku, aku akan habiskan masa2 tanpa dia dgn melukis gambar dia, gambar kenangan kami bersama..ceh..lau aku jadik Julia la..hehehehe

Ilham tak diceritakan sakit ape..cuma tau sakit dia tu buley membawa maut - buktinya dia mati tak lama pastu..tp still, blur sket..then dlm sipnosis yg aku baca kat website, media cetak kata Ilham menghilangkan diri utk pegi berubat tp takde lak tunjuk dalam movie ni..tatawla masa da tak cukup ke apa ke, tp aku rasa cite ni tak end sepenuhnya..hukhukhuk

watak Ilham ngan Julia ni bagus lau dikembangkan atau diolah dengan baik..sayang rasanya bakat pelakon2 SPC ni macam disia2kan...

keseluruhannya, kelemahan yang sangat nyata dalam citer ni - pengolahan watak..walaupun aku tak reti belakon, apelagi nak mengarah, tp sebagai penonton, aku rasa we expect more than that..n lau cite tu juz ada watak Ilham & Julia je pun da cukup - lau betul2 dia kupas kehidupan dua watak ni..sayang rasanya..aku anggapkan filem ni bagus, tp tak dapat mencapai tahap kepuasan tontonan yg aku harapkan...

tp maybe disebabkan pengarah dia pun "masih ijau" lagi, aku rasa percubaan dia bagus..cuma watak tu kena nampak lebih idup..sebab dalam movie kite nak tengok kehidupan watak tu secara keseluruhannya, bukan sekadar perjalanan cinta dorang..

contohnya macam filem CINTA...walaupun ada 5 kisah cinta, tp kehidupan setiap watak tu diolah dengan begitu baik..sebab tu CINTA masih filem teragung dalam movie life aku...hehehehe

oh ye..congrates pada jurumekap yg mebuatkan pelakon2 nampak sangat cantik, sangat sweet dalam movie ni.. ;-)


p/s: sume kat atas ni juz pandangan aku sebagai sorg penonton..lain org, lain pendapat..ye tak..??ni juz pandangan yg aku nak kongsi je..hehehehe..no war, peace..!!!!

2 comments:

~ida~ said...

rajin betul ko mengkomen citer ek..aku mula2 nak pg tgk..tp mcm xjadik je..haha..nak g tgk madagascar pn xsmpat2 lg

Mami Naufal said...

oit..best je cite nih..tp macam ada yg tak abes je la..hikhikhik

madagascar ek..??nak aku komen gak ke..??hahahahaha..best..madagascar mmg best...pegila tengok..

aku nak tunggu teater PGL lak Feb 2009 nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::