Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Thursday, September 29, 2011

MooD :: HapPy~!!!

hello hello~

untuk pertama kalinya sekali pump dapat 4.5 oz...hokey~ tak banyak...tapi aku peduli ape..aku happy jugak...hahahahaha...

gambar aku amik kt google je -- sebab takde kamera nak snap

terus rasa bersemangat untuk bf-kan Naufal..insya Allah sampai umo dia 2 tahun atau sampai bebila dia mau...hehehe...before ni aku ada cite macamane sedihnye bila pump cuma dapat tutup dasar botol je..nak dapatkan 10z pun punye la payah..boleh refer entri ni...sebab tula bila dapat sekali banyak macam ni, aku happy...harap-harap untuk sesi mengepam yang seterusnya akan bertambahla jugak...amin~

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air kepada kaumnya, maka Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itudua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman) : " Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

dan jugak rasa happy sangat sebab tadi MakLong Naufal sms...bagitau yang Naufal dah pandai balikkan badan dia lepas meniarap...baru 3 ari blaja meniarap, da pandai balikkan badan..bagus la anak mummy ni...alhamdulillah ya Allah~ kau kurniakan dia pengetahuan dan kebijakan...hehehe...and dia da jarang nak tido sebab asek nak meniarap and balikkan badan je...tapi MakLong dia cakap, setiap kali dia buat camtu setiap kali tu la dia gelak-gelak..hehehe...gelak takpe, jangan nages suda...

okey...perlu memberi laluan kepada kerja-kerja ku...HRMIS ni sampai bila takleh nak log in...???

till then~

Wednesday, September 28, 2011

:: Cloth Diaper @ CD ::

hello hello~

entry yang sudah lama mau ditaip tapi kemalasan melanda takde masa...hehehe...sejak Naufal masuk 2 bulan aritu, kami sudah tidak memasukkan item - membeli pampers - dalam bajet bulanan...hehehe...sebabnya Naufal sudah mula memakai cloth diaper @ CD secara rasminya...sebelum-sebelum ni, kekadang je pakaikan sebab saja nak test saiz kot-kot la Naufal terlebih gemuk atau CD terlebih besar..itupun sekali je sehari..so, masuk 2 bulan Naufal sudah fully ber-CD...*tahniah untuk mummy sebab terpaksa merajinkan diri untuk membasuh CD Naufal*

parcel CD pertama yang sampai depan pintu umah

CD peringkat pertama telah selamat sampai sebelum Naufal keluar lagi...ada aku citer dalam entry - sini - ...CD QQbaby plain color...ada 10keping semuanya...2keping aku tak ingat letak kat mana sebab dah lama sangat tak mengemas umah, sampai skang ni tiada berjumpa..maka yang ada dalam simpanan skang hanya 8 keping sahaja...semuanya disertakan dengan 2 insert...

Naufal masa umo sebulan lebih -- cubaan memakai CD -- nampak sedikit gedobosh di situ

CD fasa kedua pulak sampai masa Naufal dekat-dekat nak masuk umo 2 bulan..kali ni aku beli dari opismate aku je, brand Baby Mia...disebabkan yang sedia ada tinggal 8 keping, aku tambah la lagi 10 keping...murah je beli kat dia ni, sebab dia beli in bulk..sekali beli, 50 keping...so harga jatuh la jadi RM18 je sekeping...very the best deal kan..?? buat masa ni, mummy boleh beli CD yang tak-baper-nak-mahal-sangat jela untuk Naufal..tunggula ada rezeki lebih bolehla mummy belikan CD yang harga berpuluh-puluh-dekat-beratus-ratus-RM untuk kamu...hehehehe..


masa ni da 2 bulan lebey -- nampak sedikit fit la dengan CD tu --

jadi buat masa ni, ada 18 keping semuanya koleksi CD Naufal..memang tak cukup pun, jadi encik Hasben sila lah tambahkan ye...sehari Naufal akan pakai dalam 6-7 helai...4 helai sepanjang siang sebab dihantar ke rumah pengasuh...dan 2 keping lagi sepanjang malam -- dengan 2 inserts -- jad untuk 18 keping tu, maksimum 3 hari je boleh bertahan...jadi, setiap 2 hari mummy terpaksa merajinkan diri untuk membasuh dan menjemur baju dan CD Naufal...eh, baju pun macam rotate je dalam satu minggu tu...mungkin kena beli baju baru pulak... 


 
koleksi CD Naufal setelah dibasuh kesemuanya..kecuali 1 Naufal pakai, dan 1 lagi baru dimasukkan ke dalam bakul untuk dicuci

ada orang tanya -- susah tak pakai CD..?? jawapannya sangat subjektif...terpulang...maksud terpulang tu -- terpulang pada kemampuan kita...kemampuan kita untuk membeli, mengurus, membasuh, menjemur, bla bla bla...aku ni bukan orang yang rajin ye *ni cakap betul punye* jadi masa mula-mula pakai CD ni aku memang rasa sangat leceh, lagi-lagi bila Naufal poo poo...sebab nak kena jirus, then baru leh masukkan dalam mesin basuh..tapi bila da lebih sebulan pakai ni, alhamdulillah aku da makin rajin pandai nak uruskan CD ni...kesan kotor tu memang senang tanggal, lagi-lagi bila direct jemur bawah sunlight..dan alhamdulillah, aku dan encik Hasben da takyah pening-pening nak pikir bajet untuk beli pampers setiap bulan...yela, Naufal ni kalau pakai pampers -- 2 minggu mau abes seplastik saiz M yang 80 keping tu...

semua CD Naufal adalah yang jenis All-in-One One-Size pocket diaper *thanks to Anis sebab betulkan..Mama Izz ni lagi expert lau bab CD ni* maksudnya boleh laraskan dari saiz S ke M ke L...dan aku suka design yang button..setakat ni ada 1 je yang jenis velcro..ini pun ikut orang jugak..kalau nak yang menyerupai pampers and lebih mudah -- pilihla yang velcro..sebab senang, boleh zap zap saja..aku suka yang button sebab design dia nampak cute je..tapi sejak Naufal suka bergolek-golek ni, tercabar jugakla skill nak pakaikan dia CD tu..hehehe...

Naufal 3 bulan 1 minggu -- tak suka pakai seluar da --

kesimpulannya...da macam karangan la pulak..pemakaian CD ni bergantung pada individu...susah bagi oranglain, tak semestinya susah untuk semua orang...dan mudah bagi orang lain tak semestinya mudah bagi semua orang...untuk permulaan, memang rasa berat..sebab CD ni pun harganya boleh tahan jugak kan..tapi, alang-alang lepas raya ni, bebudak comey macam Naufal ni sure dapat duit raya kan..memangla nak simpan dalam akaun, tapi kalau guna sikit untuk keperluan dia apa salahnya kan...ni pun aku ada beli sikit lagi tambahan CD untuk Naufal -- guna duit raya Naufal -- tapi belum dapat lagi..maybe esok lusa dapatla ni...hehehe...

p/s: aku bukan eco-friendly sangat sebab nak pakai CD ni semua..tp secara tak langsung, adala jugak aku menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat kan...hehehehe

till then~

:: updated ::

CD terbaru Naufal sudah selamat diterima semalam...sangat bersemangat nak basuh tapi disebabkan da penat sangat sampai rasa malas ampaian da penuh maka ditangguhkan sehingga hujung minggu...

7 keping tambahan -- dengan 2 keping wetbag untuk dihantar ke umah pengasuh

kali ni beli yang jenis minky...kain dia gebu-gebu manja gitu...hehehe...aku suka yang corak celoreng-celoreng macam askar tu...encik Hasben pulak suka yang corak zirafah tu...comel betul corak-corak CD ni..tapi takkanla sebab nak tayang kecomelan CD tu nak biarkan Naufal tak pakai seluar ye tak...?? cukupla comel kitorang tengok masa nak tukarkan CD...hehehehe...

p/s/s: CD yang ni pun ada hip snap button tu...elokla untuk kekalkan CD pada kedudukan yang selesa...boleh membantu mencegah kebocoran juga..hehehe...

till then~

Tuesday, September 27, 2011

SiKiT-SiKiT LaMa-LaMa JaDi buKiT~

hello hello~

wah..ini juga entry yang sudah lama tertangguh...lagipun sebelum save dalam phone saja, jadinya tak dapat nak meng'edit' draf tu..gamba2 pulak sumenye dalam phone..ni baru berkesempatan nak tampal kat sini...sebenarnya, perjalanan penyusuan --- breastfeeding journey -- aku untuk Naufal takdela semeriah orang lain...cuma yang paling best masa 1st time boleh bfkan Naufal tu, dia dah pandai nak latch on..aku ingatkan memang sume baby memang camtu..rupa-rupanya ada jugak baby yang tak pandai nak latch on and kita kena ajar dia menyusu...alhamdulillah, dipermudahkan aku akan urusan yang satu itu..lagi pulak, aku kan bersalin czer..mungkin sebab tu dipermudahkan sedikit urusan yang lainnya untuk aku kan...alhamdulillah~

masa tu aku tak penah pikir -- susu cukup ke x?? -- yang aku tau, bila Naufal menangis je, aku bagi dia menyusu...tak kisahla bape kali and bape lama sekalipun dia nak melekap kat aku..lagipun sonok weh..pas 2 tahun, baru aku dapat rasa pegang baby sendiri...hehehehe...and masa tu aku memang cetek ilmu pasal bf ni...
Naufal on his 1st day -- windunye masa ni~

balik umah, aku terus bf kan Naufal..dan aku takde pikir pun lagi pasal nak buat stok EBM untuk aku da mula keja nanti...terlalu seronok agaknya bf kan dia terus, takdela aku pandang pun breastpump yang ada elok simpan dalam beg tu..hehehe...sampaila satu hari, breast membengkak dan keras macam batu...aduyai~ memang sakit betul...kena siram air pun sakit -- apatah lagi nak sua ke Naufal suh dia minum...so, aku try la pump -- hampeh, bertambah sakit adala...tula aku cakap, aku kurang tau pasal bf ni kan...so, aku just tuam je la ngan tuala panas..takde pump pun...then bila aku try-try pump tak penahnya dapat banyak..kekadang tu buat tutup dasar botol je...and masa tu aku give up -- malas la nak pump...bukan dapat apa pun..biar je Naufal minum terus, lagi senang...

pastu, Naufal kena masuk wad pulak sebab kena jaundice..lagila tensen aku masa tu...setiap kali Naufal minum, baju memang basah sebab susu mengalir macam tu je..memang dah tak pikir nak pump -- sebab da pikir bukan dapat banyak pun lau pump -- so, aku just biarkan je...and malam 1st kat hospital tu, aku bancuh FM untuk Naufal -- sebab nurse kata kalau bagi FM, baby cepat poo poo..so kuning dia cepat turun -- aku buatla..semuanya untuk Naufal cepat-cepat keluar dari hospital...tapi Naufal tak nak minum FM..aku bancuk 3 botol, 1 botol je dia minum...itupun tak sampai 2 oz...tapi aku bf dia jugak bila tak tahan dia menangis sampai ilang-ilang suara..alhamdulillah, esoknya dia dah boleh balik...

sian anak mummy -- lepas semalaman menangis + menjerit barulah dia tido

balik umah, mula la sume makcik-makcik termasukla mak aku membebel...katanya mungkin Naufal ni tak cukup susu -- so, tambahla susu formula...aku pulak sebab tak ada ilmu sangat -- pump pun keluar angin je yang banyak -- setuju la dengan cadangan dorang...jadi Naufal mula aku bagi FM...tapi dalam masa yang sama aku masih jugak cuba mengepam walaupun aku tau akan kecewa bila tengok hasilnya...lepas sebulan, aku cuba pump dan kali ni dah nampak sket hasil...walaupun tak banyak, tapi aku seronok sangat sebab sebelum ni kalau pump dapa tutup dasar botol je...terus je aku MMS kat encik Hasben..encik Hasben kata -- okla tu..nanti lelama bertambah la...

inilah kali pertama aku dapat 1oz sekali pump...eksaited walaupun tak banyak sangat

habis pantang tu, aku balik Putrajaya..kononnya sebab kesian encik Hasben tinggal sensorang padahal ntah-ntah dia lagi seronok sebab takde orang nak membebel itu ini...so, aku try pump lagi dan lagi...tapi memang tak banyak la..paling banyak pun 1 oz je..sangat sikit kan...??tapi aku pikir mungkin sebab Naufal sangat kuat menyusu, sebab tula bila pump dah tak banyak yang dapat...masa tu jugak aku mula join group Kump. Ibu Menyusukan (KIM) kat FB..memang banyak sangat yang aku tak tau rupanya...dan melalui situ la aku mula belajar macam-macam...masa ni masih lagi bagi FM kat Naufal...tapi dah tukar pulak dari Anmum ke Enfalac A+...dan Naufal hanya minum 2.5 oz x 2 kali sehari...yang lain-lain masih bf lagi...bila Naufal masuk 2 bulan, aku cuba kurangkan bagi dia minum FM...daripada 2 kali, jadi sekali je..dan seminggu lepas tu aku stop terus bagi dia FM...dan takde la pulak aku tengok dia bermasalah -- tak cukup kenyang, tak cukup tido -- semuanya okey saja...alhamdulillah~

masa ni aku pump da bertambah sikit -- tapi masih tak dapat cecah 2oz

sepanjang bulan puasa tu aku cuba buat stok EBM sebab lepas raya nak mula kerja dah...memang mencabar betulla, sebab Naufal memang azalinya kuat minum...ditambah pulak rasa lapar terlampau everytime lepas bf kan dia...bila lepas pump, bergandalah rasa penat + lapar tu...tapi aku tahankan jugak, sebab aku takut sangat aku takde EBM nak bekalkan dia untuk tinggal ngan pengasuh nanti...kekadang 2,3 kali pump barulah aku dapat kumpulakn 1 botol untuk sekali minum...masa ni dia minum sekali 2 oz lebih kurang...






1st time pump and dapat 2oz lebih sket -- hepi terlampau hokey masa ni~

dan daripada sikit-sikit tula aku kumpulkan stok EBM...memang ada masa yang aku pump hari ni, cukup-cukup untuk esok..tapi alhamdulillah, setakat ni aku masih berjaya menyusukan Naufal sepenuhnya...sebenarnya, memang aku ada stenbai kan FM kat umah pengasuh Naufal, tapi sampai tarikh entry ni ditaip FM tu masih tak berusik sebab stok EBM yang aku bekalkan setiap hari cukup untuk Naufal minum...alhamdulillah...expired je FM ni, mungkin takyah nak beli lagi kot...hehehe...jimat duit kan...bolehla encik Hasben belanja aku gelang 2,3 urat kat Habib nanti...

masuk 3 bulan, Naufal masih lagi minum dalam 2.5 - 3 oz susu...sebab penah test bagi lebih tapi sayang je dia tak abiskan...so, setakat ni dia minum 4 botol je waktu siang...aku bekalkan 2 botol 3 oz + 2 botol 2.5 oz...sebelum pegi, bf kan dia dulu...and balik keja amik dia, bf kan jugak...malam macam biasala dia akan bangun menyusu...time mood dia okey, dia cuma bangun 3 kali je..time mood dia tak hokey, dia nak kena dipeluk saja dan mesti pastikan bila dia buka mulut saja boleh suakan terus bagi dia bf..hehehe...kesian encik Hasben ai..asik Naufal je kena peluk kan...



inila stock EBM yang ada setakat ke hari ni...alhamdulillah~

sikit je kan stok EBM aku...?? tak dan nak masuk kat freezer, letak kat fridge atas je -- peti ais aku, yang bahagian beku kat bawah -- sebabnya tahan paling lama 2 hari je, pastu kena bawak keluar dah..hehehe...tapi bersyukur la jugak...sekurang-kurangnya adalah rezeki Naufal kan...jadi, untuk setiap botol tu aku isi dalam 2.5 - 3 oz setiap satu..lau tak cukup, tambahla hasil daripada sesi mengepam seterusnya...kekadang jeles tengok oranglain punya stok EBM..ada pulak yang sekali pump sampai >10 oz...tapi bak kata encik Hasben -- bersyukurlah daripada tak ada langsung -- 

sonok tengok oranglain punya stok EBM-- boleh bukak kedai...hehehe

aku harap, biarla susah macam ni pun -- sekali pump tak cukup pun untuk sekali minum -- tapi diberkatkan dan terus dikurniakan aku rezeki untuk Naufal ni...nak dapatlan stok kat atas tu, tetiap hari + tetiap malam aku pump lepas Naufal tido -- nak bangun pump kul 3 pagi masih belum berjaya lagi -- tapi setiap kali lepas pump tu, aku bersyukur dengan apa yang diberikan...doakan lah dipermudahkan urusan penyusuan aku ni...dan doakanlah aku diberi kesempatan dan kemampuan itu untuk terus menyusukan Naufal..insya Allah sampai umur dia 2 tahun...

kalau korang nak share ilmu bf ni ngan aku, amat-amatlah aku galakkan...thanks in advance k..

till then~
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 26, 2011

Rindu si Budak iNi~


haih~
rindunye kat si dia ni
cepatla jarum jam tu cecah ke 5.30
nak jumpa dia
nak peluk-cium
nak dengar dia ketawa

--- rindu~!!!

Tuesday, September 20, 2011

B is For...???

hello hello~

aduih...macamane nak ilangkan mood malas nak melanda semenjak 2 menjak ni ye..??nak bekerja pun malas..nak mengupdate blog pun malas...lagi-lagi pulak skang ni hp kesayangan aku tu ada problem lak..bateri dia kot yang bermasalah, asek nak restart je kejanya..penat dibuatnya..last-last pakai henpon cap ayam yang takde kamera ni...slalunye aku update blog nak letak gambar-gambar kan...sebab tu bertambah malas *leh ke guna alasan ni untuk malas update blog??* 

eh..tajuk entri tu macam lari je ngan content para atas ni kan...hehehe...macam teka-teki lak ek..b is for..??

B is for Baby -- B is for Ball

B is for Boy

comel kan gamba cupcakes tu..hehehe...carik kat internet saja...Naufal is a B Baby..hehe...dan sekarang secara rasminya Naufal juga telah B --- Botak...hehehe

inila dia si Botak yang comey..suka buat mata bulat macam tu bile tengok kamera

alkisahnya dia telah dibotakkan pada hari Sabtu lepas...bersekali dengan akikah dan open house di rumah opah dan atok Naufal...kengkawan memang tak ramai yang datang -- but really thanks a lot untuk yang sudi jugak datang -- tapi sedara-mara pun da ramai kan...sampai pukul 3 pagi kitorang mengemas umah selepas tu...maunye tak, tetamu paling last pun balik pukul 2 pagi lebih...hehehehe...penat, tapi enjoy...alhamdulillah...thanks a lot jugak untuk opah ngan atok Naufal yang sudi mensponsor sekor kamben untuk akikah Naufal...murah rezeki Naufal, bertambah murah jugak rezeki atok ngan opah..insya Allah~

gambar Naufal dengan mummy dan walid -- eh, rupanya ini Hari Biru kami bertiga la --

semalam masa amek Naufal dari umah MakLong dia dok bergelak-gelak saja..tapi terasa jugakla badan dia macam panas sikit...then balik umah terus la masak untuk dinner...encik Hasben yang layan Naufal -- dan dia jugak habiskan 2 botol stok EBM Naufal sebab kononnya takmo kacau mummy memasak -- tapi lepas maghrib tu Naufal dok menangis-nangis...bagi susu, dia tertido jap..tp bile nak letak je menangis-nangis balik...sampaila lepas isyak masih camtu..rasa badan dia dah makin panas..terus keluarkan ubat demam yang KK bagi masa inject hari tu and bagi dia minum...then sulam ngan air masak 3,4 sudu...barula dia senyum and bergelak-gelak bila letak kat tilam...

sampaila dalam pukul 10 camtu, dia start menangis balik...dah ngantuk la tu...bagi minum susu and terus tido sampai pagi -- of coz la bangun untuk minum susu -- *sigh* lega rasanya bila pagi tadi badan dia dah tak panas macam semalam...risau jugak kan, sebab Naufal ni kalau badan dia tak sedap, menangis je kejanya..kesian kat dia...tadi pagi masa anta kat MakLong, dia dok main sorang-sorang kat tilam dia...senyum-senyum kat mummy dia yang rasa malas nak keja sebab nak tengok dia saja...skang ni da rindu kat dia pulak...harap Allah pelihara Naufal sepanjang mummy ngan walid pegi keja ni...

till then~

p/s: oh ye...tumpang rasa berdebar sekali dengan tuan tanah Life Orang Muda yang sedang mengira hari bertemu dengan puteri sulung yang dikandung sembilan bulan...insya Allah dipermudahkan...

Wednesday, September 14, 2011

Naufal and Baby Sitter

hello hello~

setelah bercuti 3 bulan, akhirnya kembali bekerja..huhuh..takde da bangun pagi bersembang dengan Naufal..takde dah lari cepat-cepat dari dapur bila dengar Naufal menangis...sebab Naufal sekarang da duduk ngan Mak Long -- panggilan untuk babysitter Naufal -- dia time mummy pegi keja..huhuhu~

:: First Day ::

masa nak tinggalkan dia aritu, rasa berat sangat...yela, macam-macam risau kan...risau kalau dia meragam...risau kalau dia takmo minum susu dalam botol...risau kalau dia nangis2 carik mummy -- pasan -- dia...risau kalau bs takleh sabar nak layan kerenah dia yang manja tu...macam-macam risau la..tapi macam slalu aku cakap -- everytime aku tengok muka dia, risau itu ini, dia akan senyum...dan hilang sume rasa risau tu...hehehe...dia dok senyum-senyum sepanjang jalan dalam keta nak anta ke bs tu..sampai umah bs pun dia still senyum2, still main2...reda la rasa risau and berat ati aku tu...bs adalah sms aku 2,3 kali just to confirm jadual and attitude Naufal...and alhamdulillah, semuanya okey saja...except dia masih nak manja, nak kena sentiasa ada orang around him...cuma dia takmo sangat minum botol...bs kata dia cuma gigit2 puting botol tu tapi refuse to minum..

balik keja amik dia rasa macam ringan sket...xtau la kot aku je yang emo...tp terus je dia nak nyusu..dalam keta jugak bagi minum..hehehe...layan main2, sembang2 jap..then dia tido..tapi agak tak bape lena la malam tu..encik Hasben kata -- takpe, dia baru lagi rasa siang dok umah lain, malam dok umah lain -- so, takpela..cuma macam sedey sebab tak banyak masa layan dia main, sembang macam selalu...


:: Day Two ::

masa nak keluar umah tu, Naufal tido lagi...tapi skang ni dia da paham bunyi keta..so, masuk je keta dia bukak mata...aku pegang tangan dia, and pujuk2 dia tido balik..sepanjang jalan dia tido sambil pegang jari aku..sampai je bawah apt umah bs dia pun bangun..sembang2, senyum2...pandai Naufal ni, takmo mummy rasa susah ati nak tinggal dia kan...so, masa anta kt bs tu Naufal masih lagi senyum2...pas peluk cium dia, terus p opis..arini bs takde lak sms...agaknya da okla kot si Naufal tu...

balik keja petang tu, barula bs bagitau...upenye Naufal kembung perut pagi tadi..tapi masa salin CD dia dalam kul 5 lebih tu ok lagi..siap sapu minyak telon lagi..agaknya lepas tu la kot..tapi nasib bek la bs ni pandai jaga baby, dia sapu minyak, urut2 bagi angin keluar..pas kentut n sendawa tu barula Naufal sambung sembang2 n gelak2 kata bs nye..alhamdulillah...arini dia nak da minum pakai botol tapi tak banyak pun minum..xsampai pun 9oz dia minum...??? tapi dia banyak tido n main saja..malam tu, sementara masak utk encik Hasben berbuka minta dia bagikan Naufal minum botol..cepat je habis 3 oz..alhamdulillah...da makin pandai anak mummy ni..lepas isyak, df kejap then dia pun tido...terjaga jap, tepuk2 then tido balik..sampaila ke pagi, just sulam susu jela...


:: Day Three ::

which is today...kul 6.30 baru dia bangun...senyum2, sembang2 ngan walid nye..mummy dok ke hulu ke hilir siapkan bekal susu dia, bekal pam mummy sume...sepanjang jalan ke umah bs, dok menyusu dalam keta..tapi kejap2 dia berenti, senyum2..geram betul..rasa nak cubit2 je si comey tu..hehehe...sampai umah bs, letak dia atas comforter dia..terus main2, golek2 badan...hehehe..so far, bs takde call lak..and harap2 semuanya okey...setiap ari rasa tak saba nak buat 2 menda -- 1. nak pam susu 2. nak balik amik Naufal --

2 hero yang membuatkan aku mengira setiap minit yang berlalu -- oh ye, muka Naufal sangat precious macam tu -- geram sangat tengok...

till then~

Tuesday, September 13, 2011

My 2nd BreastPump~

hello hello~

sudah 3 bulan kan...?? maksudnya sudah 3 bulan aku bergelar mummy...sudah 3 bulan aku berusaha menyusukan Naufal..dan sudah sampai waktu untuk masuk opis balik dan hantar Naufal ke BS..huhuhuhu~

my breastfeeding journey adalah sangat biasa-biasa je..sebabnya aku terlalu syok susukan Naufal -- df -- sampai aku takde wat stock untuk bawak ke pengasuh...huhuhu...hampeh je kan...tapi alhamdulillah aku manage to susukan dia sampai hari ni...walaupun ada turun naiknya -- which is aku pernah bagi Naufal minum formula milk jugak -- tapi, at least aku sudah dan masih mencuba yang terbaik kan..??kekadang aku terasa jugak bila ada orang macam pelekehkan ibu-ibu yang bagi FM kat anak-anak dorang...sebab semua orang ada reason masing-masing...cuma sejak Naufal check up 2 bulan dia da berhenti minum FM..tapi sikit-sikit la kan...dan alhamdulillah, sampai sekarang dia dah tak amik FM..cuma memang encik Hasben beli jugak susu anmum tu..tapi aku letak je kat dapur..ada jugak bagi kat bs sket tapi bs kata Naufal cuma minum EBM je, dan takyah topup FM pun...alhamdulillah~

for the time being, aku pakai Medela Swing...sangat teruja hokey masa memula nak pakai pam tu..tapi masa dalam pantang dulu, aku tak reti sangat nak pakai...lagi pulak, internet pun takde kat kampung...leceh sket pakai phone nak google semua tu...jadinya aku cuma start pakai lepas pantang je..itupun production susu adalah sangat sikit..kadang2 pam x sampai 1 oz je...memula memang rasa macam nak give up..tapi keep thinking, kena positif barula susu banyak...so, cuba lagi..dan lagi..dan lagi...daripada tak sampai 1 oz dapatla 2 oz setiap kali pam..sket je, takdela meriah macam oranglain...tapi alhamdulillah, ada jugak untuk si Naufal yang comey...sikit2 pun simpan je dalam freezer..


my Medela Swing yang sangat membantu dalam perjalanan ini

bila masuk keja, sekali pam boleh dapat 3oz..alhamdulillah, lagi sekali..tapi disebabkan pakai Swing, kena amik masa sketla sebab dia single pump...then terpikir nak invest for another pump yang leh wat double pumping...memang takde pikir lainla, cuma aim Spectra 3 saja...sebab da ramai yang pakai n feedback ok..ada sutvey gak yang unimom tu tapi ntahla, agaknya da memang terpikat ngan S3 kot..terusla order..2hari je da sampai..hehehehe...1st time pakai macam terkial2 la sket...maklumla pam baru..hahahaha...2nd time pakai, terus dapat 3oz...alhamdulillah...so, sekarang ni kat opis pakai S3 saja..jimat masa sebab terus double pumping...and senyap je, takde bunyi pun -- sama jugak ngan Swing, senyap je -- 


S3 with extra breastshield for double pumping -- my new assistant for this journey --

Ya Allah, semoga dipermudahkan urusan penyusuan aku...dan semoga aku dianugerahkan susu yang cukup untuk Naufal sampai dia umo 2 tahun...dan kalau ditakdirkan hajat aku tak kesampaian pun, sekurang-kurangnya aku tak menyesal sebab aku tau aku dah usaha sebaik-baiknya untuk dia..insya Allah...amin~

till then~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::