hello hello~
wah..ini juga entry yang sudah lama tertangguh...lagipun sebelum save dalam phone saja, jadinya tak dapat nak meng'edit' draf tu..gamba2 pulak sumenye dalam phone..ni baru berkesempatan nak tampal kat sini...sebenarnya, perjalanan penyusuan --- breastfeeding journey -- aku untuk Naufal takdela semeriah orang lain...cuma yang paling best masa 1st time boleh bfkan Naufal tu, dia dah pandai nak latch on..aku ingatkan memang sume baby memang camtu..rupa-rupanya ada jugak baby yang tak pandai nak latch on and kita kena ajar dia menyusu...alhamdulillah, dipermudahkan aku akan urusan yang satu itu..lagi pulak, aku kan bersalin czer..mungkin sebab tu dipermudahkan sedikit urusan yang lainnya untuk aku kan...alhamdulillah~
masa tu aku tak penah pikir -- susu cukup ke x?? -- yang aku tau, bila Naufal menangis je, aku bagi dia menyusu...tak kisahla bape kali and bape lama sekalipun dia nak melekap kat aku..lagipun sonok weh..pas 2 tahun, baru aku dapat rasa pegang baby sendiri...hehehehe...and masa tu aku memang cetek ilmu pasal bf ni...
Naufal on his 1st day -- windunye masa ni~
balik umah, aku terus bf kan Naufal..dan aku takde pikir pun lagi pasal nak buat stok EBM untuk aku da mula keja nanti...terlalu seronok agaknya bf kan dia terus, takdela aku pandang pun breastpump yang ada elok simpan dalam beg tu..hehehe...sampaila satu hari, breast membengkak dan keras macam batu...aduyai~ memang sakit betul...kena siram air pun sakit -- apatah lagi nak sua ke Naufal suh dia minum...so, aku try la pump -- hampeh, bertambah sakit adala...tula aku cakap, aku kurang tau pasal bf ni kan...so, aku just tuam je la ngan tuala panas..takde pump pun...then bila aku try-try pump tak penahnya dapat banyak..kekadang tu buat tutup dasar botol je...and masa tu aku give up -- malas la nak pump...bukan dapat apa pun..biar je Naufal minum terus, lagi senang...
pastu, Naufal kena masuk wad pulak sebab kena jaundice..lagila tensen aku masa tu...setiap kali Naufal minum, baju memang basah sebab susu mengalir macam tu je..memang dah tak pikir nak pump -- sebab da pikir bukan dapat banyak pun lau pump -- so, aku just biarkan je...and malam 1st kat hospital tu, aku bancuh FM untuk Naufal -- sebab nurse kata kalau bagi FM, baby cepat poo poo..so kuning dia cepat turun -- aku buatla..semuanya untuk Naufal cepat-cepat keluar dari hospital...tapi Naufal tak nak minum FM..aku bancuk 3 botol, 1 botol je dia minum...itupun tak sampai 2 oz...tapi aku bf dia jugak bila tak tahan dia menangis sampai ilang-ilang suara..alhamdulillah, esoknya dia dah boleh balik...
sian anak mummy -- lepas semalaman menangis + menjerit barulah dia tido
balik umah, mula la sume makcik-makcik termasukla mak aku membebel...katanya mungkin Naufal ni tak cukup susu -- so, tambahla susu formula...aku pulak sebab tak ada ilmu sangat -- pump pun keluar angin je yang banyak -- setuju la dengan cadangan dorang...jadi Naufal mula aku bagi FM...tapi dalam masa yang sama aku masih jugak cuba mengepam walaupun aku tau akan kecewa bila tengok hasilnya...lepas sebulan, aku cuba pump dan kali ni dah nampak sket hasil...walaupun tak banyak, tapi aku seronok sangat sebab sebelum ni kalau pump dapa tutup dasar botol je...terus je aku MMS kat encik Hasben..encik Hasben kata -- okla tu..nanti lelama bertambah la...
inilah kali pertama aku dapat 1oz sekali pump...eksaited walaupun tak banyak sangat
habis pantang tu, aku balik Putrajaya..kononnya sebab kesian encik Hasben tinggal sensorang padahal ntah-ntah dia lagi seronok sebab takde orang nak membebel itu ini...so, aku try pump lagi dan lagi...tapi memang tak banyak la..paling banyak pun 1 oz je..sangat sikit kan...??tapi aku pikir mungkin sebab Naufal sangat kuat menyusu, sebab tula bila pump dah tak banyak yang dapat...masa tu jugak aku mula join group Kump. Ibu Menyusukan (KIM) kat FB..memang banyak sangat yang aku tak tau rupanya...dan melalui situ la aku mula belajar macam-macam...masa ni masih lagi bagi FM kat Naufal...tapi dah tukar pulak dari Anmum ke Enfalac A+...dan Naufal hanya minum 2.5 oz x 2 kali sehari...yang lain-lain masih bf lagi...bila Naufal masuk 2 bulan, aku cuba kurangkan bagi dia minum FM...daripada 2 kali, jadi sekali je..dan seminggu lepas tu aku stop terus bagi dia FM...dan takde la pulak aku tengok dia bermasalah -- tak cukup kenyang, tak cukup tido -- semuanya okey saja...alhamdulillah~
masa ni aku pump da bertambah sikit -- tapi masih tak dapat cecah 2oz
sepanjang bulan puasa tu aku cuba buat stok EBM sebab lepas raya nak mula kerja dah...memang mencabar betulla, sebab Naufal memang azalinya kuat minum...ditambah pulak rasa lapar terlampau everytime lepas bf kan dia...bila lepas pump, bergandalah rasa penat + lapar tu...tapi aku tahankan jugak, sebab aku takut sangat aku takde EBM nak bekalkan dia untuk tinggal ngan pengasuh nanti...kekadang 2,3 kali pump barulah aku dapat kumpulakn 1 botol untuk sekali minum...masa ni dia minum sekali 2 oz lebih kurang...
1st time pump and dapat 2oz lebih sket -- hepi terlampau hokey masa ni~
dan daripada sikit-sikit tula aku kumpulkan stok EBM...memang ada masa yang aku pump hari ni, cukup-cukup untuk esok..tapi alhamdulillah, setakat ni aku masih berjaya menyusukan Naufal sepenuhnya...sebenarnya, memang aku ada stenbai kan FM kat umah pengasuh Naufal, tapi sampai tarikh entry ni ditaip FM tu masih tak berusik sebab stok EBM yang aku bekalkan setiap hari cukup untuk Naufal minum...alhamdulillah...expired je FM ni, mungkin takyah nak beli lagi kot...hehehe...jimat duit kan...bolehla encik Hasben belanja aku gelang 2,3 urat kat Habib nanti...
masuk 3 bulan, Naufal masih lagi minum dalam 2.5 - 3 oz susu...sebab penah test bagi lebih tapi sayang je dia tak abiskan...so, setakat ni dia minum 4 botol je waktu siang...aku bekalkan 2 botol 3 oz + 2 botol 2.5 oz...sebelum pegi, bf kan dia dulu...and balik keja amik dia, bf kan jugak...malam macam biasala dia akan bangun menyusu...time mood dia okey, dia cuma bangun 3 kali je..time mood dia tak hokey, dia nak kena dipeluk saja dan mesti pastikan bila dia buka mulut saja boleh suakan terus bagi dia bf..hehehe...kesian encik Hasben ai..asik Naufal je kena peluk kan...
inila stock EBM yang ada setakat ke hari ni...alhamdulillah~
sikit je kan stok EBM aku...?? tak dan nak masuk kat freezer, letak kat fridge atas je -- peti ais aku, yang bahagian beku kat bawah -- sebabnya tahan paling lama 2 hari je, pastu kena bawak keluar dah..hehehe...tapi bersyukur la jugak...sekurang-kurangnya adalah rezeki Naufal kan...jadi, untuk setiap botol tu aku isi dalam 2.5 - 3 oz setiap satu..lau tak cukup, tambahla hasil daripada sesi mengepam seterusnya...kekadang jeles tengok oranglain punya stok EBM..ada pulak yang sekali pump sampai >10 oz...tapi bak kata encik Hasben -- bersyukurlah daripada tak ada langsung --
sonok tengok oranglain punya stok EBM-- boleh bukak kedai...hehehe
aku harap, biarla susah macam ni pun -- sekali pump tak cukup pun untuk sekali minum -- tapi diberkatkan dan terus dikurniakan aku rezeki untuk Naufal ni...nak dapatlan stok kat atas tu, tetiap hari + tetiap malam aku pump lepas Naufal tido -- nak bangun pump kul 3 pagi masih belum berjaya lagi -- tapi setiap kali lepas pump tu, aku bersyukur dengan apa yang diberikan...doakan lah dipermudahkan urusan penyusuan aku ni...dan doakanlah aku diberi kesempatan dan kemampuan itu untuk terus menyusukan Naufal..insya Allah sampai umur dia 2 tahun...
kalau korang nak share ilmu bf ni ngan aku, amat-amatlah aku galakkan...thanks in advance k..
till then~
Published with Blogger-droid v1.7.4