Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Thursday, December 20, 2012

Prihatin ke Tidak..???



satu hari, lepas hantar Naufal kat umah MakLong, dalam lif...

Budak Comel: Mama...bau busuk la...

Mama: Ish, kamu ni..duduk diam-diam di situ..

mami tengok, budak comel tadi terdiam...takut agaknya kena marah..lama dia diam, sambil tangan kejap-kejap tutup hidung...lagi 2tingkat nak sampai ke G floor...budak comel ni macam nak termuntah...disebabkan lif tu kecik je, maka semua orang perasan la kelakuan budak comel ni.

Mama: Adik, kenapa buat macam tu..kan ramai orang dalam ni..tak elok la..

Budak Comel: Tapi...busuk...adik tak tahan...

sempat mami nampak tangan mama dia mencubit halus lengan si kecik tu..erm, kesian dia..

sampai je kat G floor, budak comel tadi terus lari keluar...kesian mami tengok...sebenarnya mami pun dah dekat biru muka menahan nafas sejak masuk lif dari tingkat 8 tadi...orang lain pun nampaknya lebih kurang macam mami jugak...last sekali, keluarlah sorang akak ni dengan bakul yang boleh tarik tu (ala, yang orang bawak pegi pasar tu)...penuh bakul tu dengan sampah..mami tengok macam-macam jenis sampah ada..dengan bungkusan makanan, plastik, kotak, botol, pampers, memacam lagi la...

mami rasa semua orang dalam lif tadi rasa apa yang Budak Comel tu rasa, tapi takde sape pun yang nak menegur..(termasuklah mami jugak)...budak-budak kan, manala pandai berbohong..cuma yang mami kesal, sebab kita terlalu nak jaga air muka orang, budak sekecik tu pulak yang kena marah...erm~

itula fenomena hidup kat flat/apartment kan..?? tapi pada pendapat mamila, kalau nak buang sampah tu pilihla waktu yang sesuai...maksudnya jangan la masa orang nak pegi keja/sekolah pagi-pagi tu, kau bawak masuk seplastik sampah kau stok seminggu punya...bau dia, da konfem2la harum sundal malam kan...or petang2 time orang balik keja/sekolah..penat-penat, alih-alih masuk lif semerbak bau sampah...atau kalau memang itu je masa yang ada untuk buang sampah, eloklah kalau sampah tu dibuang secara harian..kurang-kurang baunya takdela menyengat sangat...

kadang-kadang, nak kata orang sekarang ni tak prihatin macam tak kena..tapi bila kena macam ni, prihatin ke...???

3 comments:

Anis said...

yucks. some ppl mmg jenis x hygenic la nad... and x considerate. patut tegur je org mcm tu. suruh dia buang khazanah dia time bukan peak hours. sbb dia ingat org x kisah, sure dia akan buat lg. org2 mcm ni sengal sikit. kena ckp terang2 depan muka dia baru paham kot. slow!

Mami Naufal said...

anis::

kan..??saya pun penah duduk flat jugak tp agak2 la nak buang sampah kan..kalau rasa2 sampah tu mcm da berbau sket mmg tengah malam br turun buang..some ppl are just ignorant..

nhhas said...

betul... cam hampeh jer...
sakit ati ngan spesis manusia camne...
satu lagi spesis kutip kucing kat bawah bawak naik kat aras, bagi makan. pastu kucing tu berak depan rumah orang... kat rak kasut orang... tak rasa nak bagi "khutbah" ke...
Being me... alwizzz me lah kan...
selamba jer aku sound spesis bawak sampah dan spesis anggkut kucing naik blok ne... tak der nak pendam sendiri2... at least bagi diaorang sedar ... SALAH weih perbuatan hang... menyusahkan orang....
kucing tu kalau nak bawak naik, make sure dok dalam pintu umah hang... huhuhuhuhu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::