Mami+Walid=Naufal

Friday, December 21, 2012

Penanti Setia - Siapa dia??

semalam petang, mami rasa bosan sangat tengok nombor yang makin lama makin beranak pinak dalam komputer mami ni..so, mami buat buat la menda yang dah lama sangat mami x buat -- blogwalking...dan mami terjumpa (ataupun dijumpakan) dengan blog ni...blog kepunyaan Mohd Ashrafi (yang sumpah memang mami xkenal pun)...tapi membaca tulisan2 ashrafi betul-betul menyentuh hati mami...

ini salah satu kisah yang mami copy dari blog dia..boleh baca terus dari blog dia jugak  - Satu Permulaan -

-----------------------------------------------------------------------------------------------

PENANTI SETIA

Setiap petang dia berada di kawasan ini.

Setiap hari juga dia akan berada di sini, berlegar-legar di sepanjang terminal. Dengan tipikal identiti dirinya, berbaju T berkolar yang dimasukkan ke dalam seluar, seluarnya pula jenis fesyen lama yang sebenarnya saya sendiri tidak tahu harus menamakan apa. Yang pasti, potongannya berkiblatkan fesyen orang-orang lama. aksesori wajibnya pula, beg sandang yang agak berat isinya, payung besar dan juga beg plastik yang saya kurang pasti apakah isi sebenar di dalamnya. Yang selalu kelihatan, hanyalah beberapa lapis kertas dan duit. 

Dan itulah dia, seorang tua penghuni Terminal Bas Wawasan, Kota Kinabalu...

Saya sudah beberapa kali melihatnya di stesen itu. Mundar-mandir, menunggu dan mengisi masanya di tempat itu dengan mengutip bekas tin-tin aluminium yang dipenyekkan, dikumpul dan dijual.

"Boleh juga dapat duit sikit-sikit." Katanya.

Mengapa dia selalu berada di sini? Mulanya saya juga tertanya-tanya. Walaubagaimanapun, keberadaannya di stesen bas ini tidaklah menjadi gangguan malahan disenangi ramai. Dia peramah, sesiapa pun boleh ditegurnya. Yang menarik apabila, orang yang disapa pasti akan melayannya. Dia mampu membawa cerita yang sesiapa pun dapat melayan apa yang dikata. Saya sendiri pernah dan biasa berbual-bual dengan pakcik tua ini yang senang saya panggil 'uncle'. Kadang-kadang ayatnya agak 'menggugat' juga. Tapi saya tidak begitu memikirkan seberat-beratnya kerana saya faham, dia hanya mahu bercerita.

suatu hari, saya beranikan diri untuk bertanya apa sebenarnya tujuan dia berada di terminal bas setiap hari. Dan perbualan kami pun terus bermula.

"Saya mahu jumpa dia saja."

"Siapa uncle? Kenapa setiap hari pun mau jumpa?" 

"Sebab saya tak senang hati kalau belum jumpa dia sebelum saya balik. Oh itu ada bas baru sampai, mungkin di ada di sana. Saya pergi tengok sekejap ya."

Dan dia akan menghampiri bas bandaraya yang akan mengambil penumpang yang mahu ke terminal bas. Sebentar kemudian dia kembali mendekati saya. Wajahnya bernada cemas dan agak kasihan

"Belum sampai lagi. Saya tidak senang hati macam ni." Muram.

"Tenanglah uncle, duduk dulu, mungkin sekejap lagi sampailah tu." Balas saya kemudian.

Selepas itu dia hilang lagi, menghampiri bas bandaraya yang baru tiba. Tidak lama kemudian, dia datang dengan seorang wanita yang lebih kurang usianya, mereka berbual mesra seperti sudah lama tidak bersua. Ada masanya perbualan mereka diselangi gelak tawa. Sebentar kemudian, wanita itu meninggalkannya dan menaiki bas yang lain. Uncle pula menghampiri saya semula. 

"Itulah adik saya. Saya selalu rindukan dia sebab dia adik saya. Sebab itulah saya mesti mahu jumpa dia setiap masa."

Dia mengatakan sebegitu kepada saya dan berlalu dengan riak wajahnya menandakan suatu kepuasan. Saya menyoroti langkahnya yang makin jauh meninggalkan saya. Terfikir di minda tentang orang tua itu, ternyata sekali dia sebenarnya kesunyian. Dan kesunyian itulah yang membuatkan dia suka berbual dengan orang di sekelilingnya, semakin mahir membuka cerita dan juga selalu merindui adiknya. Yang pasti, dia seorang warga tua yang sebenarnya keseorangan.

Saya langsung terkenangkan ibu bapa... apa khabar mereka? 



Wallaahu a'lam

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

habis membaca, mami spontan menyapu air mata...(adeh, kantoi pulak dengan member sebelah)..mami teringatkan adik-adik mami, teringatkan mak, ayah dan mak mertua mami...mami teringatkan kawan-kawan mami (yang masa belajar dulu janji untuk jadi kawan sampai mati)...tapi 2,3 hari ni, cuma ada sekali 2 kali je mami telefon/SMS mereka...

mami jugak nak diorang semua tahu -- mami sayang, mami rindukan diorang...walaupun mami jarang sekali bertanya khabar...kalaula mami secekal 'Uncle' tu....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::