Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Friday, October 24, 2014

Antique Bakery No.19 -- 01::Pertemuan

5 Februari 2005@4.48 petang
Antique Bakery No. 19

Ting tong!

Aroma coklat berbaur mentega itu menyerbu masuk ke rongga hidungnya. Kevin memilih untuk duduk berdekatan tingkap sementara menunggu Aryanna tiba. Dia menyebak rambutnya yang agak basah ditimpa hujan.

Your menu, sir.

Pelayan lelaki bercermin mata, lengkap dengan apron berwarna putih melapisi kemeja kotak-kotak yang dipakainya tersenyum.

Saya tunggu kawan. Nanti baru saya order?

Okay, take your time, sir.

Pelayan itu berlalu. Mata Kevin berlari meneliti setiap inci dekorasi restoran ini. Antique Bakery No. 19 itu tidak pernah dikunjunginya sebelum ini. Dia ke sini untuk bertemu dengan Aryanna, gadis manis yang dikenalinya secara maya.

Kita jumpa di Antique Bakery, jam 5 petang.

Masih teringat lagi pertama kali gadis itu manyatakan hasrat untuk bertemu.

Antique Bakery? Kat mana tu?

Di hujung jalan Rosewood.

Tidak ramai pelanggan ketika itu. Hanya kelihatan tiga pasangan selain dirinya. Salah satu pasangan itu duduk di meja yang berhadapan dengannya. Seorang lelaki dalam usia pertengahan abad bersama seorang wanita cantik, juga dalam lingkungan usia yang sama. Sepotong Macademia Chocolate Cake dikongsi bersama. Nampak sungguh romantik walaupun pada usia begitu.

Kevin asyik memerhati mereka apabila pandangan mereka bertemu. Ternyata ada kesedihan dalam pandangan wanita itu, namun tidak diketahui mengapa. Kesedihan di mata wanita itu bagai menjalar di hati Kevin, lekas-lekas dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

Kev, you sedar tak kita dah jarang keluar bersama.

Kata-kata Adelia bermain di mindanya. Gadis cantik kacukan Melayu-Inggeris itu memang menarik. Malah mereka telah berkawan rapat hampir 13 tahun. Namun setelah berkenalan dengan Aryanna, Kevin merasakan kurang senang bersama Adelia. Baginya Adelia terlalu mengongkong, terlalu sukar memahami hatinya.

*Sigh*

Sebuah keluhan dilepaskan. Walaupun Aryanna baru dikenali, namun gadis itu paling memahami hatinya kini. Sebab itu, dia bertekad untuk bertemu Aryanna di sini.

Ting tong!

Seorang gadis manis melangkah masuk. Bergaun panjang berwarna putih, lengkap dengan sepatu kulit yang menutup penuh kakinya. Cantik, dengan taburan bunga-bunga kecil berwarna merah jambu. Dia membuka topi dan disangkutkan di tepi pintu kedai. Matanya meliar sebelum berhenti tepat di wajah Kevin.

Kevin?

Aryanna? Nice meeting you.

Kevin terlebih dahulu menghulurkan tangan sebelum disambut oleh Aryanna. Aryanna duduk berhadapan dengan Kevin. Mengeluarkan sapu tangan sutera berukir huruf AR, dan mengesat semula rambut yang panjang keperangan.

Senang cari kedai ni? Kata tak pernah tau?

Aryanna memandang tepat anak mata Kevin. Cantik, warna hazel.

Memang tak pernah tau pun kedai ni wujud. Tapi ikut kata awak, di hujung jalan Rosewood. Terus je nampak.

Mereka berdua tersenyum.

Pelayan lelaki tadi kembali menghampiri mereka. Bersedia dengan pen dan buku di tangannya.

Bagi saya Vienna Hot Coffee and Antique Hors d\oeuvres.

Kevin terpinga-pinga mendengar Aryanna meminta pesanan. Mungkin gadis ini sudah biasa ke sini.

And you, sir?

Pelayan itu bertanya apabila Kevin masih lagi terselak-selak menu di hadapannya.

Huh? Er..same with her.

Awak kata awak tak minum kopi?

Huh? Ye, saya tak minum kopi. Jap ek, bagi saya Lime Frost saja lah.

Pelayan itu tersenyum, sebelum memungut menu dari atas meja pasangan itu. Dia membetulkan bingkai cermin matanya, sebelum berkata sesuatu kepada Aryanna.

Welcome back, Princess.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::