Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Saturday, October 25, 2014

Antique Bakery No. 19 -- 02::Teman Lama..???

7 Februari 2005@3.48 petang
Sky violet College

Kev, mana you pergi dua hari lepas. I tanya Rachel tapi dia kata dia pun tak tau.

Kevin tidak menghiraukan pertanyaan Adelia. Fikirannya masih teringatkan pertemuan bersama Aryanna. Selepas makan dan berbual-bual, Kevin terpaksa meminta diri memandangkan hari sudah menginjak malam. Pelawaannya untuk menghantar Aryanna pulang ditolak lembut oleh gadis itu.

Kevin Adams, are you listening?

What?

Kevin memandang muka Adelia yang merah menahan marah.

I tanya, mana you pergi semalam. Kelas tak masuk, kat rumah pun takde.

Not your business, Miss Adelia Hudson.

Kevin mengangkat punggung, mahu beredar. Namun langkahnya terhenti apabila Adelia memegang tangannya.

Kev, I minta maaf okey? I tak patut tinggikan suara kat you.

Kevin diam.

Im justworried.

Kevin berpaling menghadap Adelia. Ada air jernih yang bertakung di tubir mata gadis itu.

Adelia, takde apa yang perlu you risaukan. Im a big guy; I can take care of myself.

Salah ke Kev, kalau I cuma nak tau mana you pergi semalam?

Jumpa kawan di Antique Bakery No. 19.

Bunyi telefon mematikan perbualan mereka. Kevin segera beredar setelah meneliti mesej yang diterimanya. Pastilah daripada Aryanna.

Antique Bakery?

Tingallah Adelia termangu di situ.


7 Februari 2005@5.08 petang
Antique Bakery No. 19

Hai, Aryanna. Sorry lambat.

Aryanna hanya senyum, menyerlahkan keayuan miliknya. Kevin menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengannya.

Pelayan yang sama seperti semalam, menghampiri mereka.

Lemonade frost and white chocolate macadamia for you.

Kevin hanya tersenyum. Tidak pernah dia gusar dengan pilihan Aryanna. Baginya setiap pilihan Aryanna pasti akan menepati seleranya.

Sedapnya~!!”

Hanya itu yang terdaya diungkapkan apabila kek itu mencair di mulutnya, menzahirkan kemanisan dan keempukan coklat yang diadun sebati.

Aryanna, can I ask you something?

Aryanna hanya menganggukkan kepala dengan pertanyaan itu.

Hari tu, saya ada terdengar pelayan tu panggil awak Princess?

Huh? Pelayan yang mana satu?

Yang pakai spec tu la. Yang ambil order kita.

Aryanna melarikan mata, cuba mengecam pelayan yang dimaksudkan oleh Kevin. Pandangannya terhenti pada seraut wajah yang menarik, berkaca mata dan berambut perang gelap.

George ke? Dia memang selalu gelarkan saya, Princess.

Pelayan bernama George itu segera berlalu, masuk ke dapur. Gayanya seperti tidak senang dijadikan topik bicara.

Nampaknya macam awak dengan dia dah lama kenal.

Maybe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::