Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Monday, October 27, 2014

Antique Bakery No. 19 -- 04::Valentine's

14 Februari 2005@5.18 petang
Antique Bakery No. 19

Jam di tangan ditelek lagi. Sebuah keluhan dilepaskan.

Bagi saya Chocolate Ice Blended dan Walnut Brownies.

Perut yang berkeroncong minta diisi menyebabkan Kevin memesan makanan terlebih dahulu, walaupun Aryanna masih belum tiba.

Kali ini pesanannya diambil oleh pelayan lain, bukannya George seperti selalu. Pelayan bertubuh kecil, dengan stail rambut Asian itu tersenyum membawa menu yang dipesan.

Tak pernah nampak awak kat sini?

Nama saya Ryo. Ryo Yamaguchi.

George mana?

George bercuti hari ni. Enjoy your meal, sir.

Laju-laju Ryo melangkah meninggalkan Kevin. Namun bukan Ryo atau George yang menjadi persoalannya kini. Bayangan Aryanna masih tidak kelihatan di mana-mana.

The number that you called is currently not available.

Sia-sia. Kevin masih tidak dapat menghubungi telefon bimbit Aryanna. Walnut Brownies yang selama ini memenuhi seleranya, terasa tawar dan berpasir. Sudahnya, tidak sampai separuh yang masuk ke mulutnya.

Mana Aryanna ni?

Hujan mulai turun di luar. Tidak ramai orang yang berada di Jalan Rosewood, seperti kebiasaannya. Kadang-kadang, timbul keraguan di hati Kevin. Sepanjang 21 tahun dia tinggal di MapleSide, memang tidak pernah disedari kewujudan tempat ini. Namun ketenangan yang diperoleh sepanjang berada di sini, membuatkan dia senang.

Ah, mungkin saja aku yang tidak punya masa menjelajah seluruh pelusuk MapleSide ini.

Pelanggan di Antique Bakery No. 19 juga tidak ramai. Hanya dia dan beberapa yang lain. Pasangan berusia lingkungan separuh abad yang biasa dilihatnya, tidak pula kelihatan hari ini.

Mungkin bukan rezeki aku untuk bertemu dengan dia hari ni.

Kevin bangun, meninggalkan not 50 di atas meja seperti kebiasaannya. Sempat dilemparkan senyuman kepada Ryo yang berdiri berhampiran kaunter. Kevin berdiri di hadapan pintu Antique Bakery No. 19, merasai titik-titik hujan dengan hujung jarinya.

Selamat Hari Valentines, Aryanna.


20 Februari 2005@10.48 pagi
Sky Violet College

Morning, Kev!

Adelia duduk di sebelah Kevin di tepi padang. Kevin masih kaku, pandangannya jauh ke hujung padang. Seakan tidak menyedari kehadiran Adelia di sebelahnya.

Kev?

Adelia mengawang-gawangkan tangan di hadapan muka Kevin.

Hish, you ni. Buat I terkejut je.

Kevin mengurut dadanya. Adelia di sebelah sudah tergelak.

I dah lama kat sebelah you tau. Sempat habiskan nasi goreng lagi.

Dahi Kevin berkerut.

Betulke?

Pertanyaan itu mengundang tawa Adelia.

Sudah tentulah tak betul. I tengok you asyik sangat tengok padang ni, I pun join la. Manala tau boleh timbul soalan ramalan untuk exam nanti.

Hish, you ni main-main pulak.

I laparla, jom pergi makan.

Kevin terdiam sejenak, sebelum bersetuju. Adelia tersenyum, sudah lama rasanya mereka tidak makan bersama. Tidak sangka cubaannya untuk mengajak Kevin makan bersama kali ini tidak ditolak.

Kita makan kat Paradise Café nak?

Kat mana tu?

Kat Maple Square. Kedai baru, tapi kawan-kawan I kata makanan kat situ sedap tau.

Rupanya banyak lagi tempat yang aku tak tau wujud kat MapleSide ni.

Perlahan kata-kata itu keluar dari mulut Kevin. Tidak jelas ditangkap butirannya oleh Adelia.

Apa dia, Kev?

Huh? Takde pe. Jomlah kita pergi.

Paradise Café terletak betul-betul di tepi tasik Maple Square. Berhampiran pula dengan kompleks membeli-belah Autumn Fall. Pelanggan agak ramai ketika itu, membuatkan Kevin dan Adelia terpaksa menunggu sebentar sebelum mendapat tempat duduk.

Di seberang jalan, seorang perempuan kelihatannya sedang memerhatikan mereka.

Kevin, me ne quitte pas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::