Mami+Walid=Naufal

Showing posts with label leisure talk. Show all posts
Showing posts with label leisure talk. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Naufal - Setahun Setengah Sudah Berlalu

Salam sayang semua~

hadoih...nampak sangat bersawang belog ni..daripada Naufal umo 10 bulan terus lompat ke setahun setengah...mami memang agak bizi sket lately..orang lain ni, ujung-ujung tahun mengabiskan cuti, pegi berjalan sana, berjalan sini...mami duduk kat opis jela, mengabiskan kerja-kerja yang tetiba muncul dan yang pending pun ada jugak...hahahaha~

Minum Susu

alhamdulillah~

Naufal sekarang dah setahun setengah...masa umo dia setahun 4bulan hari tu, mami saje perkenalkan dia dengan susu Dugro (sebab anak kawan mami minum susu tu, ok je..before tu, dia pun xmo minum susu tepung jugak)...disebabkan Naufal suka sangat makan buah and sayur, mami belilah susu Dugro yang ada campur buah and sayur tu..beli peket kecik je, sebab takutla kalau-kalau Naufal tak nak kan...

Inilah dia susu Dugro Naufal tu (nampak tak Fruits&Veg tu)

Petang tu masa amik Naufal kat umah MakLong, dia bagitau Naufal dah minum 2botol susu ni..wah, kagum kejap..pastu macam "eh, anak aku ni minum dalam botol balik ke..??" tapi MakLong dia cakap, Naufal bukan minum dalam botol, dalam cawan pun bukan...dia minum dalam botol straw dia tu..laaaa, bertuah betul budak ni...tapi tak kisahlah, asalkan dia mau minum susu...tapi, susu ni cuma beli untuk letak kat umah MakLong saje, sebab kalau kat rumah memang dia taknak sesungguhla minum susu dalam botol straw ke, cawan ke, botol susu apatah lagi...dia mau susu mami saje...(bangga jap..kau ado..???hahahahah)


Berjalan/Berlari

haaaa, amik ko...masa umo 10bulan dulu pandai melingkar jela..skarang da setahun setengah, haruslah dah pandai berjalan kan...usahkan berjalan, berlari, berjoget sume boleh dah..alhamdulillah~ Naufal ni kategori lambat jugakla...dia mula meniti masa umo 10bulan lagi, tp betul-betul berjalan masa umo 14bulan...ala, setahun 2 bulan la..korang ni, tu pun malas nak mengira...hehehehe...



jadi, kalau sekarang nak supermarket kena cepat2 cari troli..bagi dia duduk dalam tu (kalau mood dia baik la)..kalau tak penatla nak mengejar dia ke sana ke mari...dah pandai jugak, pantang nampak mainan yang kena masuk duit tu, sibuk nak naik...tapi yang bestnya, asalkan dapat naik, xmasuk duit pun xpe..hehehe..bagus Naufal ni (selamat duit mami...ahaks~)


Jalan-jalan Cari Makan
walaupun pada mami, Naufal ni termasuk dalam kategori picky eater, tapi kalau letak dia kat umah MakLong or kat umah Opah, Naufal adalah budak yang sangat senang nak makan...suaplah apa pun (even ubat sekali pun) dia akan nganga mulut luas-luas...sehari dekat 4,5 kali dia makan...tapi kalau dia duduk ngan mami, memangla sangat memilih anak bujang ni...kalau dia geleng tu, janganlah suap..sampai sudah dia takkan makan...tapi kalau dia nak, selagi tak dapat selagi tu la dia jerit - naaaaak! naaaaak! naaaaak! (sambil tangan sebelah tunjuk kat makanan tu, sebelah lagi tarik-tarik baju mami)...




Naufal dan Air
nak kata beranak dalam air (feeling wife angkasawan negara la pulak) takdela pulak..tapi Naufal dengan air memang tak boleh dipisahkan...asalkan ada air bertakung, dia mula la sibuk nak...kolam renang ke, laut ke, sungai ke, parit ke, bilik mandi ke, lecak air pun jadi...memang dia akan sibuk nak main...dia memang jenis yang tak takut air...kekadang risau jugak, tapi taknakla pk yang bukan-bukan..selagi daya, layankan aje la dia nak main air tu...besar sikit nanti, mami antar pegi belajar berenang.. (mami pun xreti berenang)




apa lagi nak cite pasal Naufal ni ek..panjang sangat dah ni...nanti2 ada orang menyampah pulak..ala, stendet r mak-mak...sure suka nak citer pasal anak sendiri kan..hehehe..macam mami la...

erm, ok la...nanti lenkali mami sambung (harap2 bukan bila Nauufal dan 2tahun lebih pulak)





Friday, February 24, 2012

SimSiMi :: Sembahyang~

hehehe..sejak 2 menjak ni rajin pulak meng'explore' android market ni..terjumpa lak ngan SimSimi ni...time bosan-bosan layan simsimi pun best jugak...semalam lepas Naufal tido, saje la ajak dia borak...best betul jawapan dia


paling best bile tanya sembahyang apa...dia jawab "sembahyang lah kamu sebelum kamu di sembahyangkan"...baik punya jawapan...erm, simsimi pun pandai...harap2 kita sebagai muslim yang berakal adalah lebih pandai daripada simsimi...

p/s: peringatan untuk diri sendiri jugak~

Tuesday, October 18, 2011

SaPe NaK PercuTiaN PERCUMA~!!!



korang sume nak tak percutian percuma??
senang je..
klik je kat ---> SINI
nanti diorang wat cabutan...
manala tau ada rezeki kan..??
hehehehe

Friday, October 7, 2011

NaK JaDi HoUseWiFe boLeH TiDaK...???

"Seorang isteri yang tidak bekerja -- menjadi surirumah -- maka, segala hutang dan tanggungannya akan menjadi tanggungjawab si suami -- Radio IKIM

Isteri: Sayang...boleh tak kalau saya nak jadi housewife?

Suami: Eh...?? Tetibe...

Hehehehe...bestnye kan dengar macam tu...dan bertambah best kalau jadi kenyataan...tapi alangkah...disebabkan skang ni menetap di rumah kuarters yang didaftarkan atas nama si isteri, dan masing-masing suami-isteri belum beli rumah kat mana-mana lagi, maka...

Suami: Kerja la dulu yang...nanti kita nak dok kat mana?

Hmpffftfttt~

p/s: Pak Najib...sila lah bagi berita gembira dan yang menyenangkan petang ini ye~

Saturday, March 26, 2011

:: PeNgaRuH RaKaN SeBaYa ::

Hello hello~

Orang kata pengaruh rakan sebaya ni ada masanya memudaratkan..tapi tak sangka dalam usia aku skang ni pun aku masih lagi boleh terpengaruh dengan rakan sebaya aku...huhuhu..tapi aku sifatkan sebagai pengaruh yang tidak memudaratkan...*ceh...alasan*

Sebenarnya minggu lepas aku ada baca blog sorang member aku ni...dia ada wat entry pasal tudung baru dia..boleh baga kat blog diala -- Masyimalo's Heart -- dan tetiba rasa sangat berkenan...huhuhu...dan sepantas kilatnya aku pun bertindak mengorder tudung yang sama jenis melalui online...*sume link aku update kemudian ye...sbb aku xreti nak post cantik2 guna hp*

Skang aku da ada 2helai tdg yang sama...gamba pun nnt la aku upload ye...dan sdg menanti ketibaan pesanan aku yang lain...dijangka sampai minggu depan...owh~ sangat x sabar..hehehe...*gamba adalah tidak dapat diupload kerana hard disk ku tertinggal di rumah....huhuhuhuhu*

Itu saja la utk entry kali ni...sebenarnya just nak try post guna hp lepas x menjadi dulu tu...

Till then~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::