Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Friday, November 25, 2011

NauFaL iS cuRRenTLy 5 MonThs~

hello hello~

hehehehe *gelak dulu* rasa macam kelakar ada, macam tebiat pun ada...ah, tapi ada aku kesah..??? sebabnya tak penah-penah aku menaip entry pasal milestone si Naufal ni, tapi tetibe arini rasa macam nak menaip la pulak...sebab hari ni Naufal da masuk 5 bulan..yeay~!!!

sekejap je kan da 5 bulan...rasanya macam baru lagi pegang dia yang kecik halus bebenor masa baru lahir dulu...macam baru lagi dok berpantang tapi macam tak pantang sangat kat kampung...rasa macam baru lagi nangis-nangis sedey-sedey masuk keja and anta dia ke umah MakLong...rupanya da 5 bulan da anak bujang ai   *ceh..baru 5 bulan da panggil anak bujang...over tau mummy~*

so..nak la jugak share sket milestone Naufal sempena dia 5 bulan ni...kira borong abesla ye daripada 1 bulan sampai skang...hehehehe

  • setat pandai meniarap masa umo dia 3bulan setengah...dalam 2 minggu lepas anta ke umah babysitter nye..agaknya sebab keliling dia sume nye baby yang da pandai merangkak, memanjat dan berdiri maka wujud ketakpuashatian di situ...
  • pantang shaja diagah, akan ditayanglah gusi yang takde gigi itu...sangat suka ketawa walaupun kekadang takde keluar suara pun...dan sangatlah peramah ngan orang...pantang ada orang agah, senyum kemain lagi

  • sudah pandai pegang botol susu sendiri walaupun selalunya lagi suka melekat dengan mummy berbanding minum guna botol sambil baring kat bawah...tapi setakat ni Naufal takde masalah untuk minum guna botol -- of coz la susu mummy walaupun guna botol --

     
  • telah selamat dibotakkan pada hari raya aidilfitri yang lepas..yang sedey nye rambut dia masih lagi halus-halus manja gitu...takde lebat pun padahal masa lahir dulu lagi la jarang rambutnya..tapi suka sangat muka dia masa botak camni

  • keinginan untuk makan adalah sangat terlampau membuak-buak ye...dan disebabkan ini da banyak kali mummy dipaksa mendengar diberi ceramah percuma oleh opah Naufal yang suruh mummy bagi dia makan...in fact, mummy dah test pun bagi Naufal makan puree kentang ngan carrot..tapi seminggu je bertahan pastu dia takmo sudah...akan disambung bila dia dah 6 bulan nanti
  • tapi lau kat kedai makan, selagi mulut dia tak disuap mula la dia keluarkan suara dia yang sangat lunak merdu itu...huhuhu...encik Hasben la yang suka bagi Naufal cuba rasa macam-macam..lau ikut mummy memang idak le~

  • hobi adalah suka bermain dengan stereng kereta...pantang masuk kereta, itu la yang sibuk nak dicapainya dulu...encik Hasben memang suka bagi dia pegang-pegang stereng tu tapi lepas tu bergaduhla nak suruh dia lepas...padan muka, sape suh bagi...

     
  • dan ini adalah aktiviti kegemaran si kecik Naufal ni ye...memula dia akan bergelak-gelak ketawa sambil masukkan jari-jemarinya dalam mulut..lepas tu mulala sesi angkat-angkat kaki...then --- zupp!!! terus je masukkan kaki dalam mulut..kalau pakai stokin, dia tarik dulu stokin sampai tercabut, then baru masukkan dalam mulut...haih~
  • ops...ini bukan bermakna Naufal mau adik lagi ye...sebab dia pun masih dalam tahap adik...hehehe...ini mungkin disebabkan beliau baru menyedari yang beliau mempunyai sepasang kaki...hehehehe

  • bermula bulan ini jugak dia dah mula simptom-simptom stranger anxiety...huhuhu...teramatla manja mahu melekat dengan mummy sahaja...kalau dia da mula menangis, encik Hasben pujuk pun dia dah tak mo...nasib baikla encik Hasbenku itu kretip, ada je menda dia wat untuk tarik perhatian budak tecik ni sementara mummy menunaikan panggilan alam apa-apa yang patut...
  • anta kat BS pun sama jugak..bila mummy letak je atas tilam n mau bangun, terus je dia nangis-nangis..bila mummy dok balik barula dia diam, senyum-senyum...pandai da si tecik ni...belum pandai nak jalan lagi, lau tak mau ada yang berkejar-kejar kat umah BS kang...


dan itula sahaja setakat ini...dia dah tau siapa nama dia..lau orang panggil nama dia, laju je dia menoleh..hehe..belum pernah demam dengan teruk setakat ni, just panas sket-sket je..bila tuam ngan tuala basah cepat je kebah...

mummy jugak masih rajin dan perlu untuk mengepam setiap masa terluang untuk bekalkan si tecik ni makanan yang berkhasiat -- susu mummy la tu..alhamdulillah...lama da tak campur FM, last masa Naufal 2 bulan dulu...insya Allah diberi kemampuan sampai Naufal umo 2 tahun nanti...

*gamba ihsan incik gugel*

dan skang da upgrade ke Medele FreeStyle...aci tak update skali ngan Naufal punya milestone?? hehehe...alhamdulillah...nak kata susu meriah melampau-lampau tu idakle..tapi masih ada rezeki Naufal sehingga ke hari ini...reason nak upgrade sebab nak cepat dan mudah je...hehehe...dan sebab FS ni mahal maka motivasi untuk mengepam adalah lebih tinggi...

till then~

my LoVeLy...

Wordless Friday...


Bole?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 9, 2011

SpecTra 3 uNTuK diJuaL~!!!! -- SOLD!

 hello hello~

wah...setelah sekian lama menyepi sebab takde mood nak menaip akhirnya aku menaip jugak...hehehe...ada ke yang dok tertunggu entry daripada aku ni...ceh..perasan...huahuahuahua~

sebenarnya entry kali ni just nak pomot kan breastpump ni....nak letgo sebab da upgrade ke breastpump yang baru...di samping mengekalkan penggunaan medela swing ku yang sangat-sangat berjasa...muahxxx....

okeh...aku nak let go breastpump Spectra 3 ni...beli masa bulan 9 yang lalu sebab desperate nak pakai yang double pumping, then bila ada duit lebih terus je aku sambar pump yang menjadi idaman kalbu...then rasa sayang la pulak sebab baru sebulan je pakai pump ni...tu yang aku ingat nak letgo je...aku beli masa tu full set skali ngan extra breastshield adalah dalam RM388 macam tu la...so, ditolak dengan susut nilainya, aku nak let go s3 ni dalam RM330 sahaja (termasuk postage)...ada tak sesape yang berminat?? meh aku letak gambar sket...

Spectra 3 dengan 2 breastshield -- bolehla nak buat double pumping

motor pump -- kotak pun cantik lagi tau

aku bagi breastshield baru sbb takkan nak jual yang aku da pakai kan

tengok...warranty pun ada banyak bulan lagi -- rasanya s3 ni warranty setahun lau xsalah

so..lau korang berminat, or ada kengkawan yang berminat sila-sila la email aku ye di nadmisz210@gmail.com...lau yang ada no phone aku tu leh je sms aku...ataupun yang ada kenal aku kat FB leh PM aku jugak k...

oh ye, kalau ada orang yang nak tau samada hasil menggunakan medela swing, s3 ataupun pump terbaru ku tu ada beza atau tidak --- jawapan aku, SAMA je meyh~ cuma bila guna double pumping ni menjimatkan masa la kalau pump time keja kan berbanding single...sila ingat ye, jenama pump bukan penentu-ukur penghasilan susu untuk si manja...yang penting adalah konsep demand & supply tu sendiri...

okey...itu saja entry buat kali ini...

till then~

Friday, November 4, 2011

mY HaPpiesT MoMenT~

hello hello~

just wanna share about my happiest moments...being honest, the most happy moments was the time i gave birth to my lovely son -- Naufal...but then, the happiest moment was when we spent time together as a little family...we have so much fun together, and i can't wait to go for a holiday, together...


see how much my son enjoy our moment together..??

and this is my fav picture along the day

great huh, sharing all the good time we had together..?? for top of that, i really love to get some new gadget to capture more of our  happy moments...

i wish to share a lot more of our happy moments soon~

till then~

Tuesday, November 1, 2011

mY DeaR WareHoUse SaLe -- Lagi~

hello hello~

ari sabtu lepas, kitorang telah bertolak ke My Dear Warehouse Sale lagi sekali...sebelum bersalin dulu dah penah soping da --> kat entri ini -- so, bile tau ada sale lagi, laju-laju la kami pegi ke sana...kali ni pegi bertiga la pulak...hehehe...

misi utama adalah untuk mencari walker untuk si kecik Naufal...ini disebabkan sebabnya Naufal skang ni da takmo duduk lelama...baring lelama apatah lagi...dia lagi suka kalau dapat berdiri dan melonjak-lonjak...dan dalah sangat mengada-ngada sebab kalau kitorang tak layan dia, maka dia akan melontarkan vokal yang sangat padu sampai bingit satu umah...huh~

disebabkan dah namanya pun sale kan, maka mata mummy pun mula la melilau sana-sini mencarik apa lagi yang nak beli untuk merabakkan poket walid menambahkan koleksi encik Naufal ni...dan macam biasala memang mummy takkan lepas peluang membeli baju untuk Naufal..hehehe...apa je yang Naufal dapat sempena misi kali ini...???

beli overall ni satu lagi untuk Naufal - RM20 selai
beli jugak rompers yang kiut ni, lgpun Naufal xde lagi baju kaler ijau - RM10 selai


niat di ati memang nak sangat2 beli kasut ni, tp tunggula Naufal pandai menapak dulu - RM20 sepasang

dan walker untuk my cayang ni - RM95 je..normal price RM155

itulah sahaja yang mampu sempat disambar oleh mummy untuk Naufal kali ni...balik tu cakap kat encik Hasben -- bile ek last kita soping untuk kite?? encik Hasben bantai gelak je...kecik ati ai tau..takpela, sekarang ni memang apape Naufal je datang dulu...nak beli pape pun slalu beli untuk Naufal je..hehehe...nanti2 Naufal da besar, da ada keja bagus2, lehla blanje mummy ngan walid pulak kan...heheheh

walker tu pun jap je Naufal naik...dalam 5 minit camtu je, sebab dia ni tak nak da duduk or baring sensorang dah skang..asik la nak suh orang pegang sambil berdiri kan dia...itulah tujuan sebenar membeli walker ni...punya banyak mainan kat walker dia tu, nampaknya jari-jemari dia jugak yang paling best nak buat main...haih~

okeyla...len kali cite lagi...

till then~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::