Mami+Walid=Naufal

Monday, September 27, 2010

TeMaN RaPaT yaNg MeNyeNaNgKaN

tajuk entri macam bagus je kan..heheheh...tapi rasanya ini entri yang paling panjang dalam tempoh tiga bulan ini ^_^

-- teman rapat yang menyenangkan --

nak ada teman rapat bukan perkara sukar..tapi nak ada teman rapat yang menyenangkan tu yang sebenarnya agak sukar..bukan untuk aku je..tapi mungkin jugak untuk kebanyakan orang...aku snediri ada ramai teman rapat, tapi teman rapat yang menyenangkan..ada, tapi tak ramai...

kenapa nak teman rapat yang menyenangkan...??sape yang suka pada orang yang menyusahkan, betul tak...erm, cuma teman rapat yang menyenangkan ni sebenarnya ada banyak macam...menyenangkan dari segi kewangan..menyenangkan dari segi perasaan..menyenangkan dari segi perbuatan...menyenangkan dari segi berurusan...menyenangkan dari segi pergaulan..dan banyak lagi la...

dalam ramai-ramai teman rapat ni, ada sorang yang betul-betul di hati aku..padahal aku mula kenal dia (betul-betul kenal dan rapat) masa tahun pertama masuk UKM..masa tu kami sama-sama di Kolej A...tapi nak dijadikan cerita, urusetia kolej A ni dah salah anggarkan kemasukan pelajar baru dan menyebabkan kitorang terpaksa dipindahkan ke kolej B..and kami ambil keputusan untuk duduk satu bilik...dan bermula lah episod-episod yang merapatkan kami berdua..alhamdulillah sehingga ke hari ini...

teman rapat yang sangat menyenangkan ini telah bersahabat dengan aku lebih kurang selama 7 tahun..singkat kan tempoh persahabatan kami..??malah dalam tempoh 7 tahun tu, masa kami belajar dulu je kami ni rapat..means, sama-sama pergi sana...sama-sama pergi sini..lepas abis blaja, kami jarang jumpa..sampai aku rasa bersalah..yela, kata kawan baik, teman rapat yang menyenangkan, tapi jarang sangat jumpa..jarang sangat keluar sama-sama...satu hari, aku suarakan kat dia.."kita ni kawan baik, teman rapat yang menyenangkan tapi jarang sangat kita luang masa bersama-sama.." dan jawapan dia yang sampai sekarang boleh mengundang sebak di hati aku ialah "memang kita jarang luangkan masa bersama...tapi selagi aku sentiasa ada dalam hati dan ingatan kau, macam mana kau selalu ada dalam hati dan ingatan aku, kita masih kekal sebagai sahabat, teman rapat yang menyenangkan.." (air mata bergenang bila kata-kata ni terngiang di telinga aku)


so..aku admit tu..sahabat, teman rapat yang menyenangkan bukan yang semestinya perlu bersama-sama..tapi selalunya sentiasa ingat dan mendoakan kesejahteraan satu sama lain...alhamdulillah, sampai sekarang kami masih bersahabat...malah persahabatan kami menyatukan 2 buah keluarga, di mana mak aku dan mak dia juga kini menjadi sahabat (bukan maksudnya kami ni berbesan atau apa ye..)


dan semalam...tanggal 26 Sepetember 2010, teman rapat yang menyenangkan aku telah selamat menjadi ibu kepada seorang bayi lelaki yang sangat comey...sempat dia berseloroh, birthday hero nya sama dengan birthday atuk angkat (di mana atuk angkat itu merujuk kepada ayah aku)..malah selepas aku pulang melawat dia, suami dan baby di hospital sempat dia hantarkan MMS yang mengandungi gambar baby kepada aku dengan tag "khas untuk mummy net."...dan kalaula masa tu aku bukan di kedai makan (yang ironinya ramai orang) tentu masa-masa tu jugak air mata ni berlinang...betapa dia tulus berkongsi kasih anak lelaki sulungnya itu dengan aku..(ini sebab aku masih belum punya cahayamata)


Sushella Edayu Mat Kamal --> adalah seorang sahabat, seorang teman rapat yang menyenangkan untuk aku...bertuahnya Ahmad Sayuti mempunyai seorang isteri sebaik, setulus dia..dan bahagialah Muhammad Alif Rayhan mempunyai ibu-bapa semulia mereka...dan aku..teramat bersyukur dengan hadirnya insan-insan istimewa dalam hidup aku...malah selain suami aku, keluarga aku, sesungguhnya teman rapat yang menyenangkan ini sekeluarga adalah yang paling dekat di hati aku... 

Muhammad Alif Rayhan yang pada makna islamnya bermaksud teman rapat yang menyenangkan...

   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::