Mami+Walid=Naufal

Monday, February 28, 2011

:: SeMiNaR KeNaLi poTeNsi DiRi ::

Program Transformasi Diri – Dr Azizan Osman
SEMINAR KENALI POTENSI DIRI: DIMENSI BARU 2011

Rahsia bagaimana untuk mengenali serta menguasai potensi sebenar diri anda serta keluarga anda supaya berubah menjadi lebih berjaya di dalam kerjaya, perniagaan serta merubah kehidupan kepada menjadi “magnet kejayaan”?


PERNAHKAH ANDA BERTANYA 9 SOALAN INI?
1          Siapakah anda?
2          Apakah tujuan sebenar hidup anda?
3          Apakah potensi serta bakat sebenar diri anda?
4          Apakah kekuatan atau kelemahan yang perlu ada perbaiki?
5          Bagaimana anda boleh lebih Berjaya dalam kerjaya atau perniagaan anda?
6          Kerjaya atau perniagaan bagaimanakah yang sesuai dengan perwatakan anda?
7          Bagaimana anda boleh hidup lebih baik dari sekarang?
8          Bagaimana anda boleh mengatasi masalah “kebocoran wang”?
9          Bagaimana anda boleh mencapai hampir semua impian hidup anda?

Apa itu dimensi baru??
Ia adalah kaedah kajian tingkah laku manusia yang diasaskan sejak tahun 1938. Anda akan diajar 2 kaedah mudah dan   berkesan untuk mengenalpasti potensi diri   anda.                                                                 


Kaedah yang pertama adalah kaedah DISC Behaviour Analysis- Ia banyak digunakan di syarikat-syarikat antarabangsa sebagai alat untuk mengenalpasti perwatakan seseorang untuk menganalisa kekuatan, kelemahan dan potensi dirinya.


Kaedah yang kedua adalah kaedah DNA Pin Code. Ia menggunakan struktur DNA-Pin Code yang dapat digunakan selain untuk menganalisa perwatakan serta potensi seseorang, ia juga dapat mengenalpasti potensi kerjaya, perniagaan atau kehidupan melalui karektornya.


Siapa perlu hadir??
Seminar ini pernah dihadiri oleh lebih 16,000 orang apabila pertama kali diadakan pada tahun 2009 danlebih 27,000 orang pada awal tahun 2010 di semenanjung Malaysia.                                                                                


Ia pernah dihadiri oleh semua golongan dewasa termasuk kumpulan professional, pemilik perniagaan, eksekutif, surirumah, pengarah syarikat, ahli politik, doktor perubatan, peguam, selebriti, artis dan ramai lagi.


KENAPA MEREKA TELAH HADIR & APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?
Berpuluh ribu testimonial yang diterima mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana melalui program ini, mereka telah diajar banyak perkara terutamanya:-
1          Bagaimana untuk mengenali potensi diri mereka serta ahli keluarga mereka?
2          Bagaimana untuk meningkatkan potensi diri mereka untuk lebih berjaya di dalam kerjaya atau perniagaan mereka?
3          Bagaimana mereka boleh lebih mudah mengenali perwatakan orang sekeliling  seperti suami/isteri, anak-anak, pekerja, majikan supaya lebih mudah untuk berkomunikasi dan bekerjasama?Apakah kekuatan atau kelemahan yang perlu ada perbaiki?
4          Bagaimana untuk merancang serta mencapai matlamat atau impian hidup?
5          Bagaimana untuk berhadapan dengan cabaran hidup serta memperbaikinya?
6          Bagaimana untuk mengubah kehidupan daripada “biasa-biasa” kepada “hidup luar biasa”?

AMARAN!!!!!

  • Program ini memberikan anda ilmu, panduan, prinsip kejayaan serta pengalaman jatuh bangun penceramah untuk anda gunakan di dalam kehidupan anda, ia tidak menjamin anda menjadi kaya & berjaya jika tidak disertai dengan D,U,I,T- D-Doa, U-Usaha, I-Ilmu dan T-Tindakan.

  • 93% Kegagalan seseorang itu adalah berpunca daripada kegagalan bertindak atas apa ilmuyang diberikan, peserta perlu bertanggungjawab kepada segala tindakannya. Fast action, fast result

  • Jangan percaya cakap orang atau dengan semua ilmu yang diajar sehingga anda datang serta belajar sendiri dan mencubanya dengan 100% komitmen.



SIAPAKAH DR AZIZAN OSMAN YANG MUNGKIN TELAH ANDA KETAHUI?
Ø Anda mungkin pernah mendengar namanya sebagai pakar perunding motivasi dan potensi diri dalam kajian sains tingkah laku manusia berdasarkan kajian tarikh lahir .
Ø Anda mungkin pernah tahu yang seminar-seminar anjurannya telah dihadiri hampir 100,000 orangdalam tempoh yang singkat 2 tahun sahaja.
Ø Anda mungkin tahu yang beliau selalu di wawancara di TV, Akhbar dan Majalah tempatan.



SIAPAKAH DR AZIZAN OSMAN YANG MUNGKIN ANDA BELUM KETAHUI?
  • Terlibat sebagai pengurus projek pemasaran dan pengiklanan bermula pada tahun 2001 dibawah prinsipalnya, syarikat pemasaran & pengiklanan antarabangsa beribu-pejabat di London, United Kingdom (www.cobragroup.com).

  • Pernah diberi tanggungjawab oleh prinsipalnya untuk menjalankan projek “outsourced” pemasaran dan jualan untuk portfolio syarikat besar di dalam industri perbankan, telekomunikasi dan program kutipan dana untuk kebajikan.

  • Beliau mencipta fenomena dan gimik pemasaran dengan kontroversi “Workshop Rahsia Tarikh Lahir” yang menjadi perhatian banyak pihak yang “melatah” kononnya ia meramal nasib sedangkan ia sebenarnya disahkan tidak ada kena mengena dengan meramal nasib atau menilik nasib sebagaimana yang disimpulkan di dalam majlis mesyuarat panel JAKIM (Jabatan Akidah). Ia diterima sebagai satu kajian untuk menganalisa karektor atau perwatakan seseorang semata-mata untuk diperbaiki dan diimprovasi.

  • Beliau menjadi ikon, inspirasi dan pemimpin untuk program berbentuk seminar atau bengkel di Malaysia kerana keupayaannya menarik puluhan ribu peserta dalam masa yang singkat.


  • Beliau merupakan ahli kepada Institute of Marketing Malaysia (IMM) dan mempunyai syarikat agensi pengiklanan yang di akreditasi dibawah NSTP, Media Prima, AMP Radio, Utusan Media dan banyak lagi. Beliau merupakan pakar perunding pemasaran dan pengiklanan serta penasihat AMP (Advertising, Marketing & Promotions) untuk beberapa buah syarikat terkemuka di Malaysia.
Yuran Kursus : RM497.00/orang  


RM10.00 + Yuran Pendaftaran : RM50 


(Kos Pengurusan)

Jadi. anda hanya perlu membayar sebanyak RM60.00 untuk menikmati transformasi ini~!!!
JADUAL PROGRAM (SEHINGGA 13 MAC 2011)
TARIKH
LOKASI
MASA
2011-02-27 (Ahad)
Hotel Abadi, Melaka
9pg~ 5ptg
2011-03-12 (Sabtu)
Kuala Lumpur
9pg~ 5ptg
2011-03-13 (Ahad)
Landmark Hotel, Batu Pahat
9pg~ 5ptg

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR??
1          Daftar dengan kami melalui SMS
     Taip: SKPD (jarak) Nama Penuh (jarak) No. KP (jarak) Lokasi Pilihan (jarak) Alamat emel (jarak) Alamat Penuh dan hantar ke 019-3477758.

2          Cara pembayaran boleh dibuat melalui CimbClicks atau Maybank2u.

cepat~!!! tempat adalah terhad!!!

Sunday, February 27, 2011

ReVieW :: SeMiNaR KeNaLi poTeNsi DiRi ::

dijadikan cerita..hari Sabtu hari tu, aku dan encik Hasben pagi-pagi sudah bangun...*macam biasa saja*...hehehe...dan bersiap-siap untuk ke Shah Alam...sebabnya encik Hasben telah mendaftarkan kami untuk menyertai Seminar Kenali Potensi Diri yang disampaikan oleh Dr. Azizan Osman...*maklumat lanjut pasal seminar ni nanti aku letak dalam entry khas ye*


kitorang sampai dalam pukul 9 pagi..seminar tu dijangkakan bermula pada 9.30 pagi..mujur lah sempat minum pagi tu, sebab bila da daftar tu kitorang terus je masuk..rupanya dah ramai yang datang sebab dewan tu dan lebih dari separuh yang penuh...kitorang duduk kat barisan tepi skali tapi baris kedua dari depan...aku ni, sebenarnya cuma cari pintu keluar je...yela, manala tau kan...tengah-tengah berseminar kang datang pulak panggilan alam...huhuhu....

sepanjang seminar dari pagi sampai petang ni..alhamdulillah banyak betul yang aku belajar...banyak juga yang aku lebih tau pasal diri aku, encik Hasben, dan cara macam mana nak kenal orang-orang di sekeliling aku...orang kata tak kenal maka tak cinta...*eceh..orang kata ye~*...daripada mula, niat aku datang cuma lah untuk menemankan encik Hasben yang beriya-iya benar nak datang seminar ni...tapi akhirnya, aku rasa seminar ni memang patut disertai oleh semua orang...tak kisahla siapa pun orang tu...pelajar ke, pekerja ke, majikan ke, surirumah ke....semua orang...

kenapa aku cakap macam tu..???sebab semua orang ada persekitaran masing-masing...dan kadang-kadang apa yang menjadi masalah tu adalah dipuncakan daripada diri sendiri atau orang lain ada dalam persekitaran yang sama...mungkin kita rasa kita lebih kenal siapa kita, siapa pasangan kita atau siapa ahli keluarga kita...tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tau pasal mereka...dan Dr. Azizan telah memberikan idea untuk bagaimana mengenal dengan lebih baik lagi tentang diri sendiri, pasangan, keluarga dan individu lain...

masa sesi meluahkan rasa tak puas hati dengan pelbagai aspek kehidupan tu..kami diminta untuk meluahkan kepada partner masing-masing --- in this case, encik Hasben adalah partner aku ---...terlalu banyak sebenarnya rasa tak puas hati yang bersarang dalam diri aku...tapi rupa-rupanya apa yang paling aku tak puas hati ialah macam mana aku tak boleh nak bagitau apa yang aku tak puas hati...aku tak punya kekuatan atau keberanian untuk meluahkan dengan kata-kata...nasib baik encik Hasben adalah sangat memahami...

sama jugak macam masa sesi menilai keseimbangan dalam kehidupan tu...aku terlalu memikirkan orang lain sampaikan aku lupa, cuma aku yang berupaya mengemudi hidup aku...dan aku sangat respek dengan encik Hasben sebab dia berani untuk berterus-terang tanpa takut melukakan pihak lain..sebab menda tu sume sebenarnya adalah kenyataan kan..???

dan petang tu...aku keluar dari seminar tu dengan macam-macam rasa...bercampur-baur...seminar ni betul-betul membuka mata dan minda aku...dari pelbagai aspek...jadi untuk sesiapa yang tak penah dengar atau tak penah pergi, pergilah...insya Allah ada sesuatu yang sangat berharga mampu korang dapat...macam mana sesi-sesi itu dijalankan, taklehla nak cite kat sini kan...kena pegi sendiri, baru tau...orang kata --- seeing is believing ---....macamana bagus pun sesuatu menda tu, kita takkan tau kalau kita tak merasainya sendiri...betul tak...??? ^_^

Thursday, February 24, 2011

:: aLReaDy 24 wEeKs ::

wow~!!! xsangka kan..nak masuk 24 minggu dah rupanya…rasanya macam teringat-ingat lagi masa memula dapat tau dulu..hehehe…sket punye x percaya…
sekarang ni baby da pandai main-main..tak tau bila masanya dia ni tido..sebab setiap kali aku terjaga, for sure rasa dia bergerak-gerak…*baby jangan tak suka tido sudahla..nanti badan susah mau naik*…pemilihan baju selalu menganggu ketenangan aku..maunye tak, aku bukannya ada banyak sangat baju…selalunya pegi keja pakai baju kurung je..itupun kalau yang buat sendiri, memangla besar..yang beli tu muat-muat je saiznye…*walaupun aku takdela termasuk dalam kategori yang kurus-langsing-stok model punya*…jadinye bile perut dah mula jalan ke depan ni, teramatlah dilemanya aku nak memilih baju…baju tu ada tapi aku sendiri yang rasa macam tak seswai je baju ni…kang orang mengumpat lak — taula preggy..takyahla pakai baju yang wat awak nampak mcm susah sangat nak bernafas—…*sigh*
aku ni nasibla bukan jenis yang memilih + sensitif sangat + blablabla dengan jenis or kualiti baju..setakat ni, jenama yang pada aku sangat sedap dipakai adalah Scarlet…kat kedai lain takde jual brand ni…hanya boleh didapati di Jusco sahaja ye…*sempat lagi pomot Jusco nih..Jusco, jangan malu2 amik saya jadi duta Scarlet*…pada aku, scarlet ni sangat selesa dan sangat affordable…sejak pregnant ni, boleh dikatakan mostly baju aku adalah dari jenama Scarlet…huhuhu…blaus, maternity t-shirt, skirt, seluar…semuanya adalah berjenamakan scarlet…*opss..ini termasuklah baju+seluar kecikku*….dah itu je yang paling selesa aku pakai…
minggu ni sehingga check-up seterusnya iaitu pada 16/3/2011 adalah minggu mengawal berat badan…termasuklah pengambilan segala jenis nutrien..manakan tidak..berat aku naik banyak masa last check up..aku pun tak pasti samada berat aku mmg naik ataupun scale kat klinik tu yang ada problem…sebab lau ikutkan aku bukan makan manyak pun..selalu jugak skip sana sini..takpela, aku amik apa yang perlu untuk si kecik ni je dulu…then, tengokla result masa next check-up macamana…takut gak ni…huhuhuhu
p/s: sabtu ni ada seminar *which is my hubby yang nak sangat pegi..tp diheretnya aku skali* ahad lak patutnya ada gathering kat umah membe satu u dulu…tapi aku ingat nk hubby pegi sogo, sebab dengar2 ada waresale barang2 baby..erm…misi memujuk perlu dimulakan hari ini…^_^

Wednesday, February 16, 2011

:: mY 4Th cHeCk uP ::

check up kali ni encik Hasben ikut skali...aku pun taktau ngape tetibe dia nk ikut..slalunya dia drop by je..then bile da abes baru call dia suh amik...tapi, alhamdulillah...takdela aku rasa alone je kat KK tu..yela, orang lain masing-masing datang ngan hasben...lagi-lagi yang 1st pregnant...aku je dtg sorang...tapi kali ni aku hepi, sebab encik Hasben ada skali...heheheh

My Pregnancy: 23 weeks

besar mangga da baby ye..??alahai...agak-agak walid kamu lalu tak nk makan mangga pasni...hehehe...bertambah besar da si kecik ni..yela..dia dok bergolek-golek dalam perut ni pun da boleh rasa..macam tak pecaye...stiap kali teringat time wat scan tu, terbayang-bayang jari-jemari dia bergerak....subhanallah...ada dia dalam perut ni...^_^

macam biasa jugak...pemeriksaan rutin je...alhamdulillah jugak...HB or iron aku dah naik balik..walaupun sket je -- dari 10.9 jadi 11.0 -- tapi aku da bersyukur dah tu..nurse tu pun puji..sebab biasanya lau HB jatuh, susah nak naik balik..jadinya aku ni kira special case le...*eceh~ pasan lebih-lebih*..tapi yang tak bestnye...berat naik mendadak la pulak..pelikla pulak aku...tapi memang tak dinafikan la...aku memang main hentam keromo je bab-bab makan ni...takdela nk berpantang sangat...dan setiap kali rasa lapa je, aku makan...takdela makan nasi..tapi adalah makan biskut ke, coklat ke, cereal ke...apa-apa je la...skali hambik ko...naik sampai dekat 4kg ni...terus nurse tu sound aku..."ni kalau next check up naik banyak jugak, kena buat test diabetis ye..sebab takut ada diabetis pulak..."

selain tu sumenye okay saje...jantung baby dah dapat didengar dengan jelas *tapi guna apa-nama-alat tu ntah*..pergerakan baby pun da dapat dirasai *nampaknya tak lama kena amik tetanus shot la aku ni*...heartbeat dia pun ok 154bpm...agak laju, kata nurse...tapi masih consider normal lagi...hehehehe...

keluar je bilik pemeriksaan tu...terus wat muka kat encik Hasben...bagitaula dia sume pasal situasi-situasi positif dan negatif yang disenaraikan...hampeh..dia gelak tak ingat dunia...okey...mulai hari ini, saya akan mula berdiet...bukan berdiet tak makan, tapi berdiet jaga makan...adeh~ boleh ke...?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::