Mami+Walid=Naufal

Mami + Walid

Daisypath Anniversary tickers

Lovely Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nak Berjimat Macam Mami...???

Wednesday, November 17, 2010

:: mY FirsT cHeCk uP ::

Masa yang dinanti-nanti telah tiba...semalam, semangat sangat pegi ke KK Putrajaya *sebab ni yang paling dekat ngan umah*...encik Hasben pun separuh rela-hati meneman skali...punyala ramai orang...disebabkan terlalu jarang sekali pegi ke KK, maka agak terpinga-pinga la aku kat situ...

pas amik nombor, nurse pun bagi sebuah buku berwarna pink...*owh..kaler pink rupanya...tp awat org dok panggil buku merah...??*..bagi skali ngan botol kecik berpenutup kuning untuk buat urine test...siap pesan lagi, "botol ni kami bagi sekali je..kena bawak setiap kali check up, dan jangan hilangkan"...aku pun sekadar menganggukkan kepala...sepintas lalu, nurse tu pun bagitau...memula kena pegi sini, pastu pegi situ, then scan kad kat sana, pastu kena tunggu...aku pun dengan konfiden jawab "okey"...

sekali hambik ko...melilau-lilau aku kat situ...nak pegi mana dulu ni..??eh, nurse ni tak nak tanya ke aku datang nak watpe ke..maybe sebab kaunter tu mmg untuk preggy mummy, jadinya dia assume sume yang datang tu dah biasa..hey, hello~!!! aku first time ni tau...last-last aku pun main hantam sajalah labu...jarum jam tadi kat nombor 8 sekarang da nak sampai kat nombor 11...tapi nombor aku tak naik-naik jugak...muka encik Hasben yang tadi macam eksaited pun da mula berubah-ubah...huhuhu

akhirnya, dalam kul 12 macam tu selesaila sudah lawatan pertama aku ke KK...takde banyak sangat..maybe sebab masih baru lagi kan -- 10 weeks...jadi dia cuma bekalkan aku dengan vitamin-vitamin yang sepatutnya dan diarahkan untuk rajin minum susu...huhuhu...dan aku jugak diberi tarikh seterusnya untuk check up and tarikh untuk datang scan baby...owh~ sangat lama lagi hokey~

kadang-kadang...aku masih lagi macam tak pecaye...betulke ada baby dalam perut aku ni...yela, sebabkan baru lagi...mana nak rasa sangat heartbeat ke, movements apatah lagi...dan dalam masa yang sama...aku kadang-kadang takut...yela, adala jugak 2,3 orang kawan-kawan, sedara-mara aku yang miscarriage...jadinye for sure la aku risau...dahla aku tunggu lama untuk ada si kecik ni...tapi encik Hasben cakap kat aku "jangan tensen-tensen...insya Allah ada rezeki kita..."

p/s: sedang gigih meng'explore' internet..cari info dan macam-macam tips untuk pregnancy ni...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::