Mami+Walid=Naufal

Saturday, May 7, 2011

iCe RooM BaNgi~

hello hello~

aktiviti di hari cuti adalah --- jalan-jalan cari makan...hehehe...pemalas betul aku nak masak kan...??tapi disebabkan encik Hasben adalah kurang gemar menunggu aku memasak maka dia mengajak aku ke Ice Room Bangi sahaja *ayat nak cover kemalasan sendiri* sebenarnya Ice Room ni boleh dikatakan tempat wajib pegi untuk aku ngan encik Hasben...sejak bukak kat Bangi ni, aku rasa da berkali-kali kitorang datang sini...tak jemu-jemu...hehehe....

untuk encik Hasben tercayang~

untuk mummy dan baby~

encik Hasben yang buat-buat chomey setiap kali aku nak amik gamba dia...

us :: 1 + 1 = 3 ::

macam biasala..menu wajib untuk aku setiap kali berkunjung ke Ice Room ni adalah eskem mangga -- Mango Pamelo Snow Ice --- kalau takde ni, sanggup aku tak makan apa-apa bila datang sini....hehehe...aku rasa itula eskem paling sedap aku penah makan...hahahaha...dan untuk encik Hasben kali ni dia order Organic Carrot Milk...dia memang suka menda-menda yang menjaga kesihatan ni *wife dia je suka makan merapu-rapu* cuma pilihan menu untuk makan kat Ice Room ni adalah terhad ye...jadik setiap kali datang, secara otomatik aku akan jadik blur untuk order makan apa..last-last encik Hasben order Famous Fried Rice, dan aku lak order Fish Fillet sahaja...tapi Fish Fillet dia boleh tahan la sedapnya...sebab lembut je, and takdela berminyak sangat...

citer pasal Ice Room ni buat aku terkenang-kenang je kat eskem mangga tu...nampaknya dalam masa terdekat ni, aku kena ajak encik Hasben pegi sana lagi la nampaknya...hehehe...ada orang cakap kat aku, takleh makan eskem la, takleh makan itula, takleh makan ini la...aku ada jugak cakap ngan encik Hasben pasal tu...tapi yang bestnya, dia kata --- makan jela selagi boleh...nanti pas bersalin confirm takleh nak makan dah --- sebab tu aku sayang extra extra kat dia...hehehe...tapi takdela dia hentam bagi aku makan sesuka hati...ada jugak yang dia memang tak bagi aku makan...insya Allah, Tuhan pelihara kami bertiga...

till then~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::