Mami+Walid=Naufal

Showing posts with label 30 days challenges. Show all posts
Showing posts with label 30 days challenges. Show all posts

Monday, April 25, 2011

1 eNTrY PeR DaY cHaLLeNge :: DaY 6 ::

DaY 06: Favourite superhero and why?

hello hello~

cabaran hari ini adalah tentang superhero...erm, superhero..?? apa yang superhero yang aku suka ye...???aku jarang tengok cite pasal superhero ni...kalau tengok kartun pun selalunya aku suka tengok kartun yang binatang-binatang tu -- macam kancil, arnab, burung, kura-kura....seingat aku, kartun superhero yang aku penah tengok sumenye yang stendet jela -- atromen, betmen, supermen, sepaideman...tapi aku paling suka trio superhero ni...

PoWeRPuFF GiRL~!!!!

hahahahaha...boleh ke jadik superhero ni...??bolehla kan...melawan orang jahat tu kira superhero la jugak ye tak...walaupun aku jarang tengok kartun dia -- sebab kat umah aku dulu takde astro segala -- tapi aku suka sangat ngan dorang ni...walaupun kadang-kadang sebenarnya dorang ni la yang jadik troublemaker, tapi ok apa..??sebab superhero pun sebenarnya orang biasa jugak...akan buat kesalahan...takdela perfect je sepanjang masa...

BuTTeRCuP

ini adalah watak yang paling aku suka antara dorang bertiga ni...BuTTeRCuP~!!! kenapa aku suka dia...??sebab dia ni comel..plus ganas je kadang-kadang...tapi dia ni baik...selalu nak jaga sangat adik-badik dia lagi dua orang tu...tapi dia ni jugak sensitip, cepat nak marah...cepat nak majuk...agaknya ada sket-sket macam aku kot...sebab tu aku suka...hehehehe....

My ReaL SuPErHeRo
Mak & aYaH

inila superhero terhebat aku sepanjang masa...mak ngan ayah aku...aku rasa, sape-sape pun akan jadikan mak ngan yah dorang sebagai superhero...betul kan..???ayah aku cuma pekerja biasa kat kilang tayar di Shah Alam..mak pulak, tak bekerja...jadik surirumah, dan kadang-kadang jadi tukang jahit -- amik upah orang jahit baju --...tapi dengan keja macam tu je, kitorang 6 orang *skang tambah lagi si kembar tu 2 orang* tak penah tak cukup makan...tak penah tak cukup pakai...dan tak penah kena berenti sekolah...kan ke superhero tu...???

ayah memang hebat...memang superhero...dia penah keja dengan overtime 24 jam sehari semata-mata nak make sure kitorang cukup keperluan untuk sekolah...tapi dalam dia keja gila-gila macam tu, dia masih mampu luangkan masa bawak kitorang pegi berkelah, pegi pantai...semata-mata nak luangkan masa dengan keluarga...hebat kan..??mak pun sama hebat...dahla keja 24 jam buat keja kat umah, boleh pulak amik upah jahit baju sampai tengah malam tak tido-tido...kadang-kadang baju sendiri pagi raya baru nak jahit...

dan mak memang pengurus kewangan yang sangat luar biasa hebat...bayangkanla gaji pekerja kilang kan...ayah akan bagi separuh kat mak..dan separuh tu la yang mak guna untuk bagi kitorang duit blanje sekolah, beli barang dapur, beli barang rumah, macam-macam lagi...sedangkan aku skang ni ada gaji sendiri, tambah ngan gaji encik Hasben pun kadang-kadang rasa macam kurang je sana-sini...belum ada anak lagi...jauh sangat beza dengan mak ngan ayah...kan...???dan sebab itula, mak ngan ayah akan terus jadik superhero feberet aku...sampai bila-bila...

till then~

Sunday, April 24, 2011

1 eNTrY PeR DaY cHaLLeNge :: DaY 5 ::

DaY 05: A picture of somewhere you've been to


hello hello~

mengupdate kerana cabaran 30 hari ku itu..huhuhu...kena letak gamba tempat yang penah aku pegi ek..ikutkan banyak sangat tapi kena pilih-pilih la ye...hehehehe..disebabkan sume  stok gamba ada dalam hard disk *yang mana ada kat umah hard disk tu skang* maka gambar adalah ihsan incik Google sahaja ye~

1. Aquaria KLCC

banyak kenangan tempat ni...hehehe...sebenarnya inilah tempat aku dan encik Hasben keluar bersama-sama buat kali yang pertama...hehehe...*dan itu jela kali pun pegi ke sini* masa ni lepas raya, tahun 2005...encik Hasben telah memberanikan dirinya mengajak aku keluar...dan aku tak sangka lak dia nak bawak aku datang sini...hehehe...masa ni, Aquaria ni baru lagi wujud...tapi aku really enjoy the moments...hehehehe...

2. Eye On Malaysia, Tasik Titiwangsa, KL

punyala nak sangat aku naik EOM ni...padahal aku ni gayat tahap gaban...masa naik tu, bukan main lagi seronok...bila da sampai kat atas, dengan angin yang masa-masa tu jugak la nak bertiup baru kau tau...kecut perut mak...hehehehe...nasib baik la pegi bersama encik Hasben ..masa ni tahun 2008 kalau tak silap..tak lama lepas tu EOM ni dipindahkan ke Melaka pulak...

3. Pulau Langkawi, Kedah

aku ngan encik Hasben ke Langkawi pada Mac 2009...masa ni encik Hasben telah selamat bergelar hasben *eceh...hanimun la konon*....amik pakej memang pakej hanimun tapi kitorang pegi berjalan je banyaknye...hehehe...maklumla, encik Hasben adalah pertama kali menjejak kaki ke Langkawi...berbanding aku yang masuk kali ketiga ke keempat..ke lebih...hehehehe....maka, keja kami adalah berjalan-jalan dari pagi sampai tengah malam ke seluruh pelusuk Langkawi ni...best gile...memang ada plan nak pegi lagi, tapi tunggu si kecik ni keluar dulu...dah besar sket baru pegi lagi...

4. Cameron Highland, Pahang

ini memang tempat feveret aku ni...hehehe...nak kata aku ni penggila strawberry -- takde la sangat...nak kata aku penggila buah & sayur -- pun takde la jugak...nak kata aku ni penggila teh -- pun takde jugak...jadik, apa sebenarnya yang aku suka sangat pegi cameron ni...???hahahahaha....aku pun tak tau...maybe aku penggila berjalan-jalan je la kot...tapi kalau datang sini wajib la -- beli stoberi, minum teh, tengok bunga, beli buah, survey sayur...walaupun jalan dia kecik je *stendet r gunung kan..ko nak jalan besar highway ke???* tapi aku suka environment kat sini...nyaman je..kalau ada duit, ada rezeki, aku pun nak jugak bukak ladang kat sini...nanti aku bagi diskaun kat korang ek...hehehehe

dan itula sahaja tajuk kita pada kali ini...

till then~




Saturday, April 23, 2011

1 eNTrY PeR DaY cHaLLeNge :: DaY 4 ::

DaY 04: A habit that you wish you dind't have

hello hello~

pelengkap cabaran 30 hari tu...lambat sket update...*tak taula nape...tapi masa cuti aku cukup malas nak menaip...* tak kisahla menaip apa pun...huhuhuh...cabaran ni suh letak satu...tapi aku nak letak 2...sebab dua-dua ni berkait rapat dengan satu sama lain...so, here we go~

1. Suka Bertangguh

aku ni memang daripada kecik *yang aku pasan la* memang suka buat kerja bertangguh...bila nak wat je, mula la terpikir -- jap lagi la --- dan habit ni terbawa-bawa sampai sekarang...dan buat masa ni memang aku tengah berusaha sehabis mungkin untuk membuang habit ni dari idup aku...sebabnya...???sikap aku yang suka bertangguh ni boleh mengundang lebih banyak situasi-situasi negatif untuk aku mencapai apa yang aku nak...

2. Buat Kerja Last Minute

macam aku cakap tadi...bile suka bertangguh, banyak la rentetan situasi negatif yang mengikut kan...??dan ini adalah salah satu daripadanya...kerja akan jadik last menet...walaupun sesetengah menda tu, aku memang sengaja buat last menet -- sebab kalau plan terlalu awal, susah nak menjadi -- tapi sebenarnya keja last menet ni tak bagus ye...dan ini jugak adalah satu habit yang sedang aku kikis...tapi untuk sesetengah perkara memang sengaja aku simpan...yela, bukan semua habit tu akan membawa kepada kesan yang negatif kan..???

so, itula sahaja pelengkap cabaran kali ini....

till then~

Friday, April 22, 2011

1 eNTrY PeR DaY cHaLLeNge :: DaY 3 ::

DaY 03: A picture of you and your friends

hello hello~

cabaran untuk hari yang ke-3...gambar aku bersama kengkawan aku...erm, lama da tak hang out dengan kengkawan ni sebenarnya..jadik, kalau gunakan gambar-gambar lama bolehla ye...

:: GaMbaR 2004 - UKM ::

klasik tak gambar ni..??hhehehe...ini adalah gambar kesukaan aku masa ni...kitorang berempat ni berkawan sejak minggu orientasi lagi..dan alhamdulillah, terus berkawan sehingga konvokesyen...dan masih lagi berkawan sehingga sekarang...masa ni, kitorang akan adakan hari-hari mengikut warna yang kitorang suka..macam dalam gambar ni adalah Hari Oren Sedunia...*nama je sedunia, tapi kitorang 4orang je yang pakai*...hehehehe...

Dari kiri: cKiN *slalu nak cakap dia chomell*, sHaZiaH, Me, KaSmaWaTi

:: GaMbaR 2007 - GReeN ProGRaM ::

gambar yang sangat aku sayang bersama kawan yang sangat aku sayang...Misz Rohaya Halid...aku kenal dia masa sama-sama join Green Program under Khazanah Nasional ni...dia duduk kat katil sebelah aku je..masa mula-mula jumpa dia, first impression aku ialah -- anak patung mana pulak dok kat katil sebelah ni??? --- hehehe..siyes weh..dia ni comey sangat...dengan rambut pendek ala babydoll, memang sebijik macam anak patung...walaupun kitorang da lost contact, tapi aku tetap sayang dia....

:: Gambar 2009 - mY LoVeLy RooMaTes ::
Dari kiri: Me, NoR, aLaH, KaK sYa, cKiN

gambar bersama roomates kesayangan aku...masa ni kitorang ramai-ramai keluar makan kat Taman Warisan Pertanian, Putrajaya..gaya sempoi-sempoi saja sebab memang niat nak keluar kejap je...tapi sebenarnya aktiviti diteruskan lagi dengan berjalan-jalan sambil makan eskem McD di Alamanda pulak...hehehehe...sangat rindu waktu-waktu ini...masa ni masing-masing berstatus 'Bujang' lagi ye...*sayang sangat korang sume~!!!*

dan itula sahaja sebagai pelengkap cabaran hari ini...

till then~

Thursday, April 21, 2011

1 eNTrY PeR DaY cHaLLeNge :: DaY 2 ::

DaY 02: The meaning behind your blog name

hello hello~

yang ini adalah entry untuk 30 days challenges tu ye...hehehe...jadik tugasan aku hari ni ialah menceritakan maksud di sebalik nama blog ni...


ini adalah blog aku *ye..yang korang lawat ni la* hehehe...JoUrNeY oF mY LiFe...asal namanya adalah My Heart's Talking tapi aku da ubah nama dia jadik yang sekarang ni...sebenarnya maksud pada kedua-dua nama ni adalah serupa je bagi aku...

:: My Heart's Talking::
aku letak nama ni pada asalnya adalah sebab aku nak jadikan blog ni sebagai medium luahan perasaan aku je..aku dulu, bukanla orang yang pandai mengekspressikan perasaan aku pada sesiapa *walaupun encik Hasben* tak taula, mungkin aku ni kurang pandai dalam berkomunikasi atau orang tak boleh berkomunikasi dengan aku...masa tu, yang aku sedar aku boleh menulis lebih baik daripada bercakap...dan apa yang aku tulis biasanya betul-betul datang dari hati aku...sebab tu la aku letak nama ni...

:: JoUrNeY oF mY LiFe ::
sebab dah lama sangat tak update blog ni *maybe sebab aku da semakin terer berkomunikasi...hehehehe* dan tetiba aku terasa nak reactivate blog ni...dan aku nak jadikan dia sebagai medium aku berkongsi apa saja yang berlaku dalam kehidupan aku...lebih-lebih lagi setelah aku tau yang aku bakal jadi mummy tak lama lagi...rasanya tak sesuaila aku nak share kat blog aku yang satu lagi -- biLa PeNa BiCaRa -- sebab kat situ aku tempekkan sume nukilan aku...so, aku jadikan blog ni sebagai medium perkongsian apa saja mengenai JoUrNeY oF mY LiFe...terutamanya pasal pregnancy aku *my new chapter of life* dan mungkin selepas ni pasal babycare or what-so-ever...

:: http://nadmisz.blogspot.com ::
ini adalah url blog ni...yang mana menggunakan gabungan nama aku dan ayah aku sebagai url...masa ni nama ni tetiba je pop-up dalam mind aku...dan aku terus amik, gunakan untuk buat blog...hehehe...

jadi..itulah dia..maksud di sebalik nama blog aku ni...hehehe...pecah sudah rahsia di situ...

till then~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::