Mami+Walid=Naufal

Thursday, October 23, 2014

Sharifah Nauha Zulaikha

Salam...

Sekian lama -- barulah mami nak membebel pasal adik Nauha kat sini...anak perempuan sulung mami, anak kedua dalam keluarga kecik mami...dijangka lahir pada 31 Disember 2013 tapi sebab syok sangat duduk dalam perut maka 3 Januari 2014 baru dia keluar...

Sh. Nauha Zulaikha -- mami punya new gff

sebelum bersalinkan adik Nauha, hati mami rasa tak tenang...sebab asyik fikir macam mana kalau mami tak mampu sayang dan jaga dia macam mami jaga abg Naufal dulu tapi sebenarnya yang patut mami risaukan ialah macam mana mami nak jaga abg Naufal macam sebelum mami ada adik Nauha...sebab bila ada adik Nauha mami lebih banyak habiskan masa dan berikan perhatian pada adik Nauha...tapi ketahuilah abg Naufal yang mami tetap sayangkan Naufal..tak pernah kurang, lebih lagi ada...

meow meow~

masa mula-mula Walid memang dah plan nak letak nama Zulaikha...dia suka sangat dengan nama tu katanya -- mungkin sama macam mami suka sangat nama Yusuf -- dan mami minta supaya ada satu lagi nama untuk adik..cadangan masa tu adalah Nuha ataupun Naurah...dua nama ni memang mami suka sangat...satu lagi mami suka nama Nawwal atau Auni...tak lebih suka yang dua tadi...(ish, berbelit-belit dah mami bebel)..dan selepas bincang tak bincang sangatlah, Walid pergi daftarkan nama adik...masa tu mami ingatkan nama adik Naurah Zulaikha, sekali masa balik mami tengok dalam surat beranak rupanya Nauha Zulaikha...sedap pulak kan...hehehehe...

walaupun susah nak senyum, tetap posing kalau ada kamera

perangai yang agak berbeza dengan abg Naufal...adik lagi susah nak senyum, nak bersembang pun jarang...lebih tahu berdikari dan mata adik lagi besar.heheheheh...sangat comel, sama macam abg Naufal masa baby dulu...syukur sangat atas anugerah paling indah ni...seorang lelaki dan seorang perempuan...baby seterusnya kena hold dulu bagi mami betul-betul boleh manage kerja, housewirk, Walid dan askar berdua ni..hehehehe...

nampak tak mata sape lagi besau..??hehehehe

abg Naufal, adik Nauha,
mami sayang sangat kamu berdua
kamu berdua adalah penyokong jiwa mami, penguat semangat mami, penawar luka mami
segala-galanya untuk mami

Walid,
terima kasih
sebab membuatkan mami rasa lengkap
dengan cinta walid, dengan kasih sayang anak-anak

Allah
hanya Engkau mengerti
hanya Engkau memahami
terima kasih ya Allah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::