DaY 01: A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
:: A ReCeNt Picture of Me ::
for the time being, inilah gambar aku yang terkini...gambar diambil masa bawak naufal pegi tengok movie cite Ribbit *agak kurang best tapi lenkali la cite* hehehehe...rasa kecik sket berbanding lepas bersalin Naufal dulu..berat currently masih bermula dengan angka 6..target nak angka 5 je tapi macam sayup-sayup je lagi...huhuhuhu...
:: 15 InTeResTiNg FacTs aBouT Me ::
- aku suka makan -- interesting kan...??sebab ada orang yang sibuk berdiet -- aku boleh makan sepanjang masa asalkan bukan makan nasik...
- aku boleh tulis novel berdasarkan pengalaman sendiri ataupun orang lain -- cuma kelemahannya di sini adalah kadang-kadang aku ketandusan idea untuk menyambung atau mereka kesudahannya ---
- aku takkan puas minum kalau air tu tak sejuk atau tak berais -- well, mungkin agak kurang baik tapi itulah hakikatnya ---
- aku suka sangat main games -- tak kesahla games apa...biasanya aku main games yahoo..dan aku boleh tak makan tak minum bila da main games ---
- cuma tau main Harvest Moon: Boy & Girl sahaja di PSP -- banyak games dalam PSP tu tapi yang aku reti main cumalah HM dan jugak poker sahaja ---
- sangat berbakat untuk membuat kad ucapan DIY --- hobi ni sejak sekolah lagi sebenarnya..dulu aku penah buat kad, buat album, buat bookmark gunakan pelbagai jenis kertas dan hiasan --- tapi dah lama sangat tak buat
- aku adalah a good listener --- aku selalu dengar masalah orang walaupun aku tak mampu bagi pandangan banyak-banyak...sebab aku tau kebanyakan orang yang memerlukan aku mendengar masalah dorang bukannya nak sangat pun pendapat aku ---
- aku ada instinct yang sangat kuat --- ini aku tak tau dapat daripada siapa...tapi biasanya sixth sense aku berkenaan sesuatu perkara adalah menghampiri tepat ---
- aku cepat kesian kat orang --- tak kesahla sape pun orang tu...tapi biasanya aku takkan sampai hati tengok orang tua yang meniaga..aku penah menangis sebab beratur kat belakang sorang pakcik ni masa kat ATM...maybe dia nak check gaji dia atau pe, tapi aku tau apa yang tertera kat skrin ATM tu tak menyenangkan hati dia daripada riak wajah dia..and masa tu jugak dia mengeluh bila jawab panggilan daripada anak dia *agaknya* sebab apa yang dia mampu kata masa tu cuma "takpe..nanti abah belikan ye" *damn...aku da menangis lagi sekarang*
- aku suka buat encik Hasben marah kat aku --- kenapa agaknya ye? kurang perhatian ke aku ni? hehehe...entahla...aku memang suka menduga dia..malah kadang-kadang aku sengaja cari pasal dengan dia...tapi dia tu cool je ---
- ibu jari tangan kiri aku tak macam ibu jari tangan kanan aku --- hahahaha...macam hampeh kan...tapi betul tau...ibu jari tangan kiri aku takleh nak buat sign 'bagus' macam biasa..sebab masa kecik dulu, aku penah 'ter'potong urat kat bawah ibu jari tu guna pisau cukur...pastu agaknya ligamen dia da putus..tu yang tak sama macam ibu jari tangan kanan tu ---
- aku suka duduk katak --- sape-sape yang tak tau macamane rupa duduk katak tu, balik nanti tanya mak ye...tak kisahla bila, kat mana or buat apa..aku selesa duduk katak tu sebab aku rasa itula yang paling rileks dan paling stabil ---
- aku penah kantoikan cikgu sekolah dengan surat cinta --- ni hanya orang tertentu sahaja yang tau ye..hakikatnya aku buat macam tu sebab cikgu tu adalah cikgu lelaki yang muda dan sangat perasan macamla semua budak pompuan kat sekolah tu suka kat dia..tapi lepas SPM aku da mintak maaf dah kat dia ---
- aku pernah bercinta dengan kawan baik sendiri --- kelakar kan? tapi perasaannya adalah amat janggal sekali...aku hilang sorang kawan baik, aku hilang tempat mengadu segala menda bila dia jadi bf aku...tapi sayangnya, lepas tak jadi bf pun kitorang tak dapat jadik macam asal ---
- aku adalah aku --- setiap orang adalah menarik sebagai dirinya sendiri...macam tu jugak yang aku rasa tentang diri aku...kalaula aku tak macam aku, apa bezanya aku dengan oranglain? dan apa menariknya aku berbanding oranglain...kan?? ---
tu dia~ lengkaplah sudah cabaran untuk hari ini...hehehehe...
till then~
p/s: cubaan menyambung semula 30 days challenge -- 1 entry per day...
p/s: cubaan menyambung semula 30 days challenge -- 1 entry per day...
No comments:
Post a Comment