Mami+Walid=Naufal

Sunday, October 26, 2014

Antique Bakery No. 19 -- 03::Perubahan

9 Februari 2005@10.48 pagi
Sky violet College

Hai Adelia. Kenapa muram je ni?

Rachel mencuit bahu Adelia. Walaupun Adelia sekelas dengan abangnya, namun Rachel tidak kekok berkawan dengannya.

Pasal Kevin ke?

Tepat Rachel menduga. Sebuah keluhan dilepaskan Adelia. Dia memandang adik kembar kepada kawan baiknya ini.

You perasan tak, Kevin dah berubah lately?

Rachel mengangkat bahu. Baginya, tiada perubahan pada sikap abangnya. Pulang sahaja dari kolej pastilah dia akan berkurung di bilik. Temannya cuma komputer, selain dia dan Adelia.

Dia selalu menghilang. Bila I tanya, dia mengamuk.

Adelia, bukan you tak kenal Kevin. Dia akan hilang bila-bila masa dia suka, dan dia akan kembali pada masa yang kita tak jangka. You tak ingat masa dia hilang 3 minggu dulu tu?

Adelia mengeluh, mengakui kebenaran kata-kata Rachel. Masa itu setelah 3 minggu menghilangkan diri, Kevin kembali ke villa seperti biasa. Alasannya dia keluar negara untuk menenangkan diri setelah cintanya ditolak oleh Adelia.

Masakan tidak, mereka berkenalan sejak kecil. Malah Adelia sendiri telah menganggapkan Kevin seperti saudara sendiri. Namun tiada siapa yang menimbulkan kembali perkara tersebut, membuatkan ia semakin dilupai antara mereka.


9 Februari 2005@10.48 malam
Villa Adams

Abang dah tidur ke?

Ketukan di pintu bilik tidak dihiraukan oleh Kevin. Dia asyik meleyari laman web kegemarannya. Laman web yang menemukan dia dengan Aryanna.

Abang?

Pintu bilik sudah dibuka. Terjengul wajah Rachel di situ. Kevin menutup komputer apabila Rachel datang untuk duduk di sebelahnya.

Amboi, chatting dengan awek ye? Rachel panggil pun abang tak dengar.

Kevin tersenyum mendengar perkataan awek yang sengaja ditekankan oleh Rachel. Dia melingkarkan tangan di bahu Rachel. Selain Rachel, dia tiada saudara lain.

Mana ada, ginger. Abang tengah cari bahan untuk assignment abang je.

Ginger  nama timangan Rachel yang diberi oleh mummy dan daddy semasa mereka masih ada. Sekarang hanya Kevin sahaja yang memanggil Rachel dengan nama itu.

Abang selalu balik lewat sekarang ni. Selalunya pukul 6.00 abang dah ada kat rumah.

Ye ke? Abang ada hal sikit, sebab tu kadang-kadang abang lambat. Ginger. Lagipun takkan asyik Rachel saja yang boleh balik lambat, sesekali giliran abangla pulak kan?

Laju sahaja tangan Rachel mencubit lengan abangnya.

Adelia kata, abang dah jarang keluar dengan dia.

Terluah juga hasrat sebenar yang ingin disampaikan Rachel. Dia juga ingin tahu sebab hubungan Adelia dan abangnya renggang. Sedangkan sebelum ini, kemana-mana pasti sahaja mereka berdua.

Adelia?

Pelukan di bahu adiknya, dirungkaikan perlahan. Kevin melepaskan sedikit keluhan mendengarkan nama itu.

Kenapa bang?

Sejak bila jadi penyiasat tak bergaji ni, Ginger?

Rachel mengerutkan dahi dengan kata-kata abangnya itu.

Kenapa Adelia tu suka sangat nak jaga tepi kain abang?

Dia cuma pelik, bang. Rachel pun pelik. Sebelum ni abang dengan dia kan rapat. Jarang Rachel Nampak abang keluar tanpa Adelia.

Memang dulu kami rapat. Tapi itu pun sebelum dia beria-ia nak kongkong abang.

Rachel melihat perubahan riak wajah abangnya apabila menyebut perkataan kongkong itu. Dia tahu, abangnya paling tidak suka disekat setiap pergerakannya. Namun dia sendiri tidak pasti, benarkah Adelia itu mengongkong?

Abang..

Kalau nak cakap pasal Adelia lagi, abang tak nak dengar. Enough with thisGinger!

Keras suara Kevin. Membuatkan Rachel terdiam. Dia tahu, tiada guna bertngkar dengan abangnya. Lambat-lambat dia bangun, sebelum memeluk abangnya dari belakang.

Sorry, brother. Rachel tak ada niat nak buat abang marah. Rachel cuma nak abang tau, Rachel sayang sangat kat abang. Rachel cuma ada abang sorang je.

Kevin memejamkan mata, kesal dengan kekasarannya. Rachel sudah bergerak untuk menutup kembali pintu biliknya.

Ginger.

Pergerakan Rachel terhenti apabila Kevin memanggilnya.

I love you, baby.



Me too. Good night bang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::