hello hello~
yang ini adalah entry untuk 30 days challenges tu ye...hehehe...jadik tugasan aku hari ni ialah menceritakan maksud di sebalik nama blog ni...
ini adalah blog aku *ye..yang korang lawat ni la* hehehe...Bila Mami Membebel...asal namanya adalah My Heart's Talking tapi aku da ubah nama dia jadik yang sekarang ni...sebenarnya maksud pada nama ni adalah serupa je bagi aku...
:: My Heart's Talking::
aku letak nama ni pada asalnya adalah sebab aku nak jadikan blog ni sebagai medium luahan perasaan aku je..aku dulu, bukanla orang yang pandai mengekspressikan perasaan aku pada sesiapa *walaupun encik Hasben* tak taula, mungkin aku ni kurang pandai dalam berkomunikasi atau orang tak boleh berkomunikasi dengan aku...masa tu, yang aku sedar aku boleh menulis lebih baik daripada bercakap...dan apa yang aku tulis biasanya betul-betul datang dari hati aku...sebab tu la aku letak nama ni...
:: JoUrNeY oF mY LiFe ::
sebab dah lama sangat tak update blog ni *maybe sebab aku da semakin terer berkomunikasi...hehehehe* dan tetiba aku terasa nak reactivate blog ni...dan aku nak jadikan dia sebagai medium aku berkongsi apa saja yang berlaku dalam kehidupan aku...lebih-lebih lagi setelah aku tau yang aku bakal jadi mummy tak lama lagi...rasanya tak sesuaila aku nak share kat blog aku yang satu lagi -- biLa PeNa BiCaRa -- sebab kat situ aku tempekkan sume nukilan aku...so, aku jadikan blog ni sebagai medium perkongsian apa saja mengenai JoUrNeY oF mY LiFe...terutamanya pasal pregnancy aku *my new chapter of life* dan mungkin selepas ni pasal babycare or what-so-ever...
:: Bila Mami Membebel ::
sekali lagi tukar nama blog..atas reason apa -- ntah la...hehehehe..yang pasti sejak jadi mami kepada dua orang askar yang super hyper ni, aku makin kuat membebel...dan encik Hasben juga turut terkena tempiasnya okeh...ahahahaha...tapi aku rasa seronok pulak bila dapat membebel...walaupun masih kurang membebel kat blog ni, tapi sekali-skala aku singgah memang sure ada yang akan kena bebel...eh, apa yang aku bebel ni...????
:: http://nadmisz.blogspot.com ::
ini adalah url blog ni...yang mana menggunakan gabungan nama aku dan ayah aku sebagai url...masa ni nama ni tetiba je pop-up dalam mind aku...dan aku terus amik, gunakan untuk buat blog...hehehe...
jadi..itulah dia..maksud di sebalik nama blog aku ni...hehehe...pecah sudah rahsia di situ...
till then~
No comments:
Post a Comment