Mami+Walid=Naufal

Showing posts with label my dear. Show all posts
Showing posts with label my dear. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

mY DeaR WareHoUse SaLe -- Lagi~

hello hello~

ari sabtu lepas, kitorang telah bertolak ke My Dear Warehouse Sale lagi sekali...sebelum bersalin dulu dah penah soping da --> kat entri ini -- so, bile tau ada sale lagi, laju-laju la kami pegi ke sana...kali ni pegi bertiga la pulak...hehehe...

misi utama adalah untuk mencari walker untuk si kecik Naufal...ini disebabkan sebabnya Naufal skang ni da takmo duduk lelama...baring lelama apatah lagi...dia lagi suka kalau dapat berdiri dan melonjak-lonjak...dan dalah sangat mengada-ngada sebab kalau kitorang tak layan dia, maka dia akan melontarkan vokal yang sangat padu sampai bingit satu umah...huh~

disebabkan dah namanya pun sale kan, maka mata mummy pun mula la melilau sana-sini mencarik apa lagi yang nak beli untuk merabakkan poket walid menambahkan koleksi encik Naufal ni...dan macam biasala memang mummy takkan lepas peluang membeli baju untuk Naufal..hehehe...apa je yang Naufal dapat sempena misi kali ini...???

beli overall ni satu lagi untuk Naufal - RM20 selai
beli jugak rompers yang kiut ni, lgpun Naufal xde lagi baju kaler ijau - RM10 selai


niat di ati memang nak sangat2 beli kasut ni, tp tunggula Naufal pandai menapak dulu - RM20 sepasang

dan walker untuk my cayang ni - RM95 je..normal price RM155

itulah sahaja yang mampu sempat disambar oleh mummy untuk Naufal kali ni...balik tu cakap kat encik Hasben -- bile ek last kita soping untuk kite?? encik Hasben bantai gelak je...kecik ati ai tau..takpela, sekarang ni memang apape Naufal je datang dulu...nak beli pape pun slalu beli untuk Naufal je..hehehe...nanti2 Naufal da besar, da ada keja bagus2, lehla blanje mummy ngan walid pulak kan...heheheh

walker tu pun jap je Naufal naik...dalam 5 minit camtu je, sebab dia ni tak nak da duduk or baring sensorang dah skang..asik la nak suh orang pegang sambil berdiri kan dia...itulah tujuan sebenar membeli walker ni...punya banyak mainan kat walker dia tu, nampaknya jari-jemari dia jugak yang paling best nak buat main...haih~

okeyla...len kali cite lagi...

till then~



Thursday, October 27, 2011

My Dear WaRehoUse SaLe

boleh tengok kat website dia ---> KLIK SINI

cadang nak pegi cari walker untuk Naufal

kalau korang rasa nak soping leh la pegi..lau x soping barang, soping tingkap pun boleh...hehehehe

okey bai~

p/s: saje nak hapdet blog je pun...

Thursday, April 21, 2011

uPdaTeD BaBy's StuFF -- MuMMy PuNya PaRt.2~

hello hello~

seperti yang dikatakan tempoh hari..ini adalah sambungan kepada entry update uPdaTeD BaBy's StuFF -- MuMMy PuNya PaRt.1~..hehehehe...kali ni sket je nak cite..nak update pasai item Feeding kat senarai Baby's Stuff tu...

 Feeding
1. Newborn Feeding Bottle 
The First Year: Breastflow BPA-Free Bottles 5 oz. -- beli ni masa babyfair kat Jusco...kalau ikutkan, harga asal untuk 1 pek (ada 3 botol) ni Rm59.90, tapi aku beli masa tu harga dia cuma RM37.90..berbaloi-baloi kan..??hehehehe...before tu aku de jugak survey yang Avent punya, tapi mahal berkali ganda...jadik, guna la yang ni dulu...cukupla kot 3 botol kan...

2. EBM storages/containers
Medela Breastmilk Storage --- yang ni dapat sekali dengan pakej masa beli Breastpump kat MotherHood Expo dulu tu...masa beli tu, dapat cooling beg *siap ngan ice pack* termasukla 4 botol Medela BM storage ni..and complimentary jugak 2botol extra sekali ngan breastpump..so, aku ada 6 botol kesemuanya Medela BM Storage ni...harga percuma la..dah kata sekali ngan pakej kan...??

BumbleBee PP Breastmilk Bottle --- yang ni pun aku dapat sekali masa beli pakej breastpump hari tu...sebenanrnya dapat 11 botol...dalam kotak tu dah ada 8 botol, then dapat free gift 3 botol lagi...harga sekali ngan pakej adalah RM28.90...jugak berbaloi-baloi..betul kan...hehehehe

Mom's Little Ones: Mom's Precious BM Storage Containers --- tengok nama pun dah tau...sah-sah la beli kat Mom's Little Ones kan...entry pasal pembelian secara online aku untuk MLO BM Storages ni leh baca kat sini...untuk ni aku beli dengan harga RM65.00 untuk 12 botol, dan PWP dengan harga RM30.00 untuk tambahan 6 botol lagi...so semua sekali aku ada 18 botol MLO BM Storage ni....

You Have A Baby: BM Storage Bags --- selepas berbotol-botol, aku jugak ada beli yang dalam bentuk beg jugak...BM Storage Bags ni aku beli *secara online jugak* dari Manjaku....setiap kotak ada 100 keping beg, dan aku beli 2 kotak...harga stendet dia adalah RM29.90 sekotak, tapi kalau join member dan beli online dengan Manjaku, sekotak cuma RM22.90 sahaja...setakat ni, yang aku jumpa paling murah adalah RM26.90...sebab tu, rasanya berbaloi-baloi jugak beli dari Manjaku ni...

3. Nursing Pillow
My Dear Nursing Pillow --- yang ni beli masa My Dear Warehouse Sale dulu tu...lepas buat 3D/4D Scan terus laju-laju carik My Dear ni...hehehe...sebenarnya tak plan pun nak beli kat sini, sebab before dok survey yang BumbleBee punya...harga anggaran sebelum tu adalah dalam RM79.90...masa kat warehouse sale tu, ternampakla pulak kan...harga asal dia adalah Rm99.90 tapi masa tu dijual dengan harga RM55.00 je..so, aku pun beli jela...sebenarnya pilih warna hijau, tapi sebab dalam kotak...just nampak ada kaler ijau, kitorang pun angkut la..sampai umah, rupanya corak butterfly...kaler ijau tu rupanya kaler butterfly yang ijau tu..takpela...comel jugak...hehehe...sekarang ni, setiap kali baring depan tivi, bantal ni la jadi peneman...nak bagi selesa badan...

4. Home & Car Bottle Warmer 
Snowbear: Home & Car Bottle Warmer --- ini pun beli masa kat My Dear Warehouse Sale tu...memula jenuh jugak la aku ngan encik Hasben memusing carik mendalah ni...yang aku survey yang jenama kacang kecik tu..tapi takde stok la pulak...masa nak balik tu, terpandangla Beruang Salji ni kat tepi pintu keluar..daripada harga RM99.90, jadik RM78.00 je...okla tu kan...bukan apa, senang kalau nak travel ke, atau nak kena outstation ke nanti..heheheh

nampaknya itulah sahaja update untuk Part. 2 ni...semuanya pasal barang-barang mummy je..barang-barang baby nanti la kita update ye...sebabnya gamba pun tak beramik lagi ha...huhuhuhu...

till then~

Wednesday, April 20, 2011

uPdaTeD BaBy's StuFF -- MuMMy PuNya PaRt.1~

hello hello~

hari ni nak bersembang sket pasal persiapan barang-barang si kecik ni...hehehe...daripada list baby's stuff tu, setakat ni da ada 4menda yang alhamdulillah, lengkap & hampir lengkap sudah semuanya...jadi..aku ingat nak citer pasal yang barang-barang untuk mummy dulula ye..sebab barang-barang untuk si kecik tu cadangnya nak amik gambar dulu baru citer kat sini...hehehehe



For Mummy *nakla jugak kan~*
1. Mama bag 
My Dear Mama Bag --- beg ni aku beli masa warehouse kat My Dear before ni..harga asal dia dalam RM55.90 tapi aku beli kat sale tu dalam RM39.90 je...nak kata besar sangat tu, takde la jugak...tapi bolehla setakat nak sumbat barang-barang mummy + baby dalam tu...aku suka dia punya material dan yang penting, banyak poket...hehehe...then dapat skali multipurpose pouch (yang transparent tu) ngan diaper change punya lapik..quite convenience untuk travel...*encik Hasben nak jugak beli beg transformers tu..senang dia nak bawak sebab dia takmo bawak beg ladies macam ni*

2. Set bersalin 

3. Breastpump 
Medela Swing Breastpump

Medela Swing Package -- Breastpump +Citystyle Bag + Storage Bottles

Medela Swing Package --- pakej ni aku beli masa pegi MotherHood Expo kat Mid Valley aritu...harga semasa expo termasuk percuma 8botol EBM storage adalah RM849.00...sebelum-sebelum ni pun memang ada jugak aku survey pasal Swing ni...and of course pasal Freestyle tu..tapi disebabkan harga Freestyle tu masih di luar kemampuan aku *buat masa ni* maka aku stick dengan keputusan aku untuk pakai Swing sahaja...sebelum tu, aku ada jugak survey pasal Spectra-3 tapi lepas ada beberapa negatif review, encik Hasben telah mengarahkan supaya aku melupakan sahaja Spectra-3 itu...huhuhuh...sebenarnya ikut orang jugak...ada yang ok dengan Spectra, ada yang tak..maybe ada jugak yang ok dengan Medela, dan ada yang tak...apepun...Swing ni betul-betul menyemarakkan semangat aku untuk breasfeed si kecik ni...insya Allah sampai umur dia 2tahun...

4. Nipple cream 

Medela PureLan 100 Nipple Cream --- nipple cream ni aku beli kay MyBBStore *macam yang korang nampak kat label harga tula* hehehe....aku beli yang tiub 37gram terus...sebab aku baca kat website Medela, nipple cream ni bukan sahaja untuk nipple kita tapi jugak boleh guna untuk si kecik...kalau bibir or kulit dia macam kering or pecah-pecah, boleh apply krim ni jugak ye...aku beli dengan harga RM49.00...sebenarnya ni memang harga standard untuk krim ni...kalau nak yang tiub kecik 7gram pun ada..harga dia RM29.00...kalau nak dapat less, kenala rajin survey website yang ada buat sale...heheheh...

5. Breast pads 
Fiffy Deluxe Disposable Breast Pads (30 pcs) --- yang ni pulak aku beli kat Manjaku Bangi...masa ni sebenarnya saja-saja je nak tengok-tengok barang yang ada kat Manjaku...tapi entahla, agaknya ter;over' eksaited kot..encik Hasben pun terus je amik bakul, dan kitorang pun berubah niat daripada men'survey' kepada membeli...hehehehe...tapi takpela, sebab memang berbaloi-baloi *masa tu Manjaku tengah buat sale* ...memula aku cari brand lain untuk breast pads ni, tapi pekedai tu recommend gunakan brand ni...so, aku pun okay sajala...lagipun disposable je kan...kalau yang washable tu kenala jugak membelek betul-betul...jadinya, untuk menda ni aku beli dengan harga RM18.90 sahaja...

6. Maternity pads 

Pureen Madame Maternity Pads --- yang ni memang aku sengaja beli brand Pureen...sebab setiap kali aku tanya encik Google pasal maternity pads, yang ni jela yang dia bagitau...silapnya, aku cuma beli sepeket sahaja...itupun yang 10 keping...berdasarkan nasihat daripada kengkawan sekeliling, dorang kata better beli yang peket 20 keping tu...huhuhuh....lepas ni kena la beli lagi nampaknya...kang takde stok pulak masa nak guna, kan ke jadi masalah....masa ni aku beli kat Jusco BabyFair...untuk pek yang 10 keping tu aku beli dengan harga RM6.55...

7. Maternity panties 

Fabulous Mom Disposable Maternity Panties --- ini pulak aku beli kat Manjaku Bangi...masa yang sama la aku syoping barang-barang si kecik kat sana...setakat ni, sume kedai aku ngan encik Hasben cuma pegi sekali je...takde lagi mana-mana kedai yang kitorang berulang pegi...hehehehe...masa ni, cuma brand ini sahaja yang ada...dan aku rasa, cukup la tu kan...kang banyak-banyak brand aku pulak yang pening nak pilih yang mana *padahal panties je kot*....heheheh...satu pek ni ada 5keping...saiz pulak paling kecik L dan paling besar....erm, aku tak pastila pulak...untuk satu pek ni harga dia RM5.90...

8. Nursing bra

--- baru je order secara online --- maybe minggu depan baru sampai kot

9. Beg hospital 

Beg Hospital --- kemungkinan besar aku just gunakan mama bag tadi tu saja...dan kalau tak cukup mungkin akan ditampung dengan beg transformers kepunyaan encik Hasben...dan ada jugak kengkawan aku yang bagitau suh bawak breastpump sekali ke hospital..sebabnya hospital memang ada provide breastpump kalau nak guna, cumanya kena bergilir-gilir dengan ibu-ibu lain la pulak...takpela...nanti aku packing siap-siap dalam citystyle beg tu sekali...kalau perlu, baru bawak masuk...kalau tak, just prepare jela kat dalam keta...heheheh

ini sahaja buat kali ini....nantikan sambungan entry ni ye...

till then~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::