Mami+Walid=Naufal

Showing posts with label motherhood expo. Show all posts
Showing posts with label motherhood expo. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

uPdaTeD BaBy's StuFF -- MuMMy PuNya PaRt.1~

hello hello~

hari ni nak bersembang sket pasal persiapan barang-barang si kecik ni...hehehe...daripada list baby's stuff tu, setakat ni da ada 4menda yang alhamdulillah, lengkap & hampir lengkap sudah semuanya...jadi..aku ingat nak citer pasal yang barang-barang untuk mummy dulula ye..sebab barang-barang untuk si kecik tu cadangnya nak amik gambar dulu baru citer kat sini...hehehehe



For Mummy *nakla jugak kan~*
1. Mama bag 
My Dear Mama Bag --- beg ni aku beli masa warehouse kat My Dear before ni..harga asal dia dalam RM55.90 tapi aku beli kat sale tu dalam RM39.90 je...nak kata besar sangat tu, takde la jugak...tapi bolehla setakat nak sumbat barang-barang mummy + baby dalam tu...aku suka dia punya material dan yang penting, banyak poket...hehehe...then dapat skali multipurpose pouch (yang transparent tu) ngan diaper change punya lapik..quite convenience untuk travel...*encik Hasben nak jugak beli beg transformers tu..senang dia nak bawak sebab dia takmo bawak beg ladies macam ni*

2. Set bersalin 

3. Breastpump 
Medela Swing Breastpump

Medela Swing Package -- Breastpump +Citystyle Bag + Storage Bottles

Medela Swing Package --- pakej ni aku beli masa pegi MotherHood Expo kat Mid Valley aritu...harga semasa expo termasuk percuma 8botol EBM storage adalah RM849.00...sebelum-sebelum ni pun memang ada jugak aku survey pasal Swing ni...and of course pasal Freestyle tu..tapi disebabkan harga Freestyle tu masih di luar kemampuan aku *buat masa ni* maka aku stick dengan keputusan aku untuk pakai Swing sahaja...sebelum tu, aku ada jugak survey pasal Spectra-3 tapi lepas ada beberapa negatif review, encik Hasben telah mengarahkan supaya aku melupakan sahaja Spectra-3 itu...huhuhuh...sebenarnya ikut orang jugak...ada yang ok dengan Spectra, ada yang tak..maybe ada jugak yang ok dengan Medela, dan ada yang tak...apepun...Swing ni betul-betul menyemarakkan semangat aku untuk breasfeed si kecik ni...insya Allah sampai umur dia 2tahun...

4. Nipple cream 

Medela PureLan 100 Nipple Cream --- nipple cream ni aku beli kay MyBBStore *macam yang korang nampak kat label harga tula* hehehe....aku beli yang tiub 37gram terus...sebab aku baca kat website Medela, nipple cream ni bukan sahaja untuk nipple kita tapi jugak boleh guna untuk si kecik...kalau bibir or kulit dia macam kering or pecah-pecah, boleh apply krim ni jugak ye...aku beli dengan harga RM49.00...sebenarnya ni memang harga standard untuk krim ni...kalau nak yang tiub kecik 7gram pun ada..harga dia RM29.00...kalau nak dapat less, kenala rajin survey website yang ada buat sale...heheheh...

5. Breast pads 
Fiffy Deluxe Disposable Breast Pads (30 pcs) --- yang ni pulak aku beli kat Manjaku Bangi...masa ni sebenarnya saja-saja je nak tengok-tengok barang yang ada kat Manjaku...tapi entahla, agaknya ter;over' eksaited kot..encik Hasben pun terus je amik bakul, dan kitorang pun berubah niat daripada men'survey' kepada membeli...hehehehe...tapi takpela, sebab memang berbaloi-baloi *masa tu Manjaku tengah buat sale* ...memula aku cari brand lain untuk breast pads ni, tapi pekedai tu recommend gunakan brand ni...so, aku pun okay sajala...lagipun disposable je kan...kalau yang washable tu kenala jugak membelek betul-betul...jadinya, untuk menda ni aku beli dengan harga RM18.90 sahaja...

6. Maternity pads 

Pureen Madame Maternity Pads --- yang ni memang aku sengaja beli brand Pureen...sebab setiap kali aku tanya encik Google pasal maternity pads, yang ni jela yang dia bagitau...silapnya, aku cuma beli sepeket sahaja...itupun yang 10 keping...berdasarkan nasihat daripada kengkawan sekeliling, dorang kata better beli yang peket 20 keping tu...huhuhuh....lepas ni kena la beli lagi nampaknya...kang takde stok pulak masa nak guna, kan ke jadi masalah....masa ni aku beli kat Jusco BabyFair...untuk pek yang 10 keping tu aku beli dengan harga RM6.55...

7. Maternity panties 

Fabulous Mom Disposable Maternity Panties --- ini pulak aku beli kat Manjaku Bangi...masa yang sama la aku syoping barang-barang si kecik kat sana...setakat ni, sume kedai aku ngan encik Hasben cuma pegi sekali je...takde lagi mana-mana kedai yang kitorang berulang pegi...hehehehe...masa ni, cuma brand ini sahaja yang ada...dan aku rasa, cukup la tu kan...kang banyak-banyak brand aku pulak yang pening nak pilih yang mana *padahal panties je kot*....heheheh...satu pek ni ada 5keping...saiz pulak paling kecik L dan paling besar....erm, aku tak pastila pulak...untuk satu pek ni harga dia RM5.90...

8. Nursing bra

--- baru je order secara online --- maybe minggu depan baru sampai kot

9. Beg hospital 

Beg Hospital --- kemungkinan besar aku just gunakan mama bag tadi tu saja...dan kalau tak cukup mungkin akan ditampung dengan beg transformers kepunyaan encik Hasben...dan ada jugak kengkawan aku yang bagitau suh bawak breastpump sekali ke hospital..sebabnya hospital memang ada provide breastpump kalau nak guna, cumanya kena bergilir-gilir dengan ibu-ibu lain la pulak...takpela...nanti aku packing siap-siap dalam citystyle beg tu sekali...kalau perlu, baru bawak masuk...kalau tak, just prepare jela kat dalam keta...heheheh

ini sahaja buat kali ini....nantikan sambungan entry ni ye...

till then~

Saturday, March 19, 2011

:: MoThErHooD eXPo ::

hello hello~

*entry yang rupanya aku cuma save as draft sahaja sebelum ini...camne leh tak pasan, ntahla*

hari Sabtu yang aku tungu-tunggu akhirnya tiba jugak...sangat ditunggu-tunggu sebab hari Sabtu adalah officially cuti ye anda semua...dan ditunggu-tunggu jugak sebab encik Hasben sudah berjanji mau membawa saya berjalan-jalan mencuci mata dan poket di Mid Valley...hehehehe...maka, selepas breakfast kami pun bertiga-tiga menuju ke Mid Valley...jalan adalah sangat lengang ye tuan-puan sebab masih di awal pagi lagi...elok je pukul 10 pagi, kitorang da terpacak kat depan pintu masuk Motherhood Expo tu...tapi disebabkan expo hanya akan bermula pada jam 10.30 pagi, makanya kitorang pun pegi melepakkan diri di MPH...

inilah dia..Motherhood Expo yang aku dan encik Hasben nanti-nantikan...

elok je pukul 10.30 pagi kitorang pun naikla ke tingkat 3...rupanya ramai da orang yang berkunjung...kat other side MVEC ada pameran hartanah, jadinya bertambah ramai la orang...masuk-masuk je ada kaunter yang suh daftar untuk pre-natal, ante-natal & baby massage...tapi disebabkan kitorang mempunyai tujuan lain maka kitorang cuma amik flyers sahaja..hehehe...

ruangnya agak sempit...sebab banyak jugak booth yang dibuka, dan ofcos la ramai orang kan...tapi mungkin sebab masih awal pagi..maka kitorang masih boleh berjalan dengan selesa...takdela bersesak-sesak sangat....kitorang pun mulala menjelajah dari 1 booth ke 1 booth yang lain...tujuan utama datang ke sini adalah untuk mencari BreastPump untuk mummy...heheheh...kebanyakan booth menawarkan produk baby and kids...macam learning products, toys, feeding, travel system dan banyak lagi...avent ada jugak bukak booth kat sini..tapi sebab aku takde review apa-apa pasal avent maka aku abaikan saja...

akhirnya sampaila kitorang jumpa pulak booth Moms Little Ones kat sini...ada diskaun *macam yang pekedai MLO bagitau dulu* tapi takde jugak jual Medela Swing Packages...instead of that, dorang offer aku untuk beli Medela Freestyle...owh~ memang sangat menarik fungsi-fungsi Fresstyle ni tapi harganya adalah dua kali ganda lebih mahal daripada Swing Package...harga asalnya dalam RM2299 tapi dorang offer dalam RM1950...bukan nak berkira sangat tapi aku pikir, kalau ada bajet lebih bolehla amik...tapi buat masa sekarang ni aku kena fokus pada bajet sedia ada dulu...encik Hasben sudah memberi isyarat supaya stay focus..huhuhuhu~

pakej freestyle yang sangat menarik..tunggu ada bajet lebih sikit memang aku beli..hehehehe

dan kitorang pun bergerak la ke booth lain...dan ternampakla satu booth ni memang jual produk medela sahaja...laju je kitorang pegi ke situ..sampai-sampai terus tanya Swing Package ada tak..dia pun bagitau ada..hehehe...tersenyum lebar la kami hasben-wifey...then gatal mulut nak tanya pasal Freestyle tu..rupanya dorang ni offer jauh lagi murah daripada MLO..hehehe...daripada harga RM2299 tu dorang jual RM1799 je..full package lak tu...dan stok pun da habes, kena order dulu kalau nak...tapi, aku saje-saje je tanya..aku still jugak nak amik Swing Package tu..ok la jugak...daripada harga asal RM1127 tapi mostly promo harga RM888...booth ni bagi aku harga RM850..okla kan..walaupun tak kurang banyak tapi adalah jugak kurang...lebih tu aku wat beli BumbleBee storage bottles...

so, inila pakej yang aku beli tu..1 Medela Swing BreasPump + 1 citystyle bag + 2 Medela storage bottles + 2 BumbleBee storage bottles...harga RM 850...dan tambahan 8 + 3 BumbleBee storage bottles dengan harga RM38.90...

tak sabarnya rasa tunggu si kecik ni keluar..lagi tak sabar rasa nak breastfeed dia..hehehe...mesti ada orang terpikir --- nape la aku ni eksaited sangat...beli breastpump mahal-mahal segala...ntah ada susu ntah tak...--- betul tak..??tapi aku tak kisah apa oranglain fikir...insya Allah, keluar je si kecik tu aku MESTI boleh breastfeed dia..dan aku harap sangat, aku mampu breastfeed dia sampai umur dia 2 tahun...aku yakin dengan matlamat aku tu...dan alhamdulillah, encik Hasben juga adalah sangat menyokong...*thanks cayang~*

itula dia rupa Swing bila dikeluarkan dari kotak..siyes aku tak reti camne nak pasang, apa lagi nak guna..takpe, nanti aku join preparation class for breastfeeding ye...

dan berakhirlah sudah penjelajahan kami pada hari ini...sangat ekspress sebenarnya...sebab kitorang datang dengan tujuan yang jelas, maka tercapai sahaja tujuan tu terus kitorang balik ke umah...takdela kata nak window shopping kat MV yang besar gedabak tu segala..hehehe...untuk yang tak berkesempatan pegi Motherhood Expo ni janganla risau...sebab lepas ni dorang akan adakan Parenthood Expo pulak...hehehe...insya Allah masa tu kitorang pun dah jadi parent..so kalau berkelapangan mungkin kitorang akan menjelajah juga...
nampaknya akan diadakan hampir-hampir masa nak posa..baby dalam gamba itu adalah sangat comey~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::