Mami+Walid=Naufal

Tuesday, October 19, 2010

:: After A Long Awaits ::

hurm..it's still 11 in the morning but i really didn't feel like working anymore..badan rasa penat sangat..rasa tak sedap..pening pale..??ada la jugak rasanya...

sebenarnya tengah berkecamuk kot...nervous pun ada rasanya ni..hhuhuh...sebenarnya lepas missed period aritu da mula rasa berdebar dah..yela, time semayang maghrib sure terasa benar yang jantung ni berdegup kuat, laju lak tu...then after 2weeks with tender breast and cramping, terus xde rasa apape..pelik la pulak kan...

kira-kira memang da jauh missed tu...laju-laju je bukak website cari pasal pregnancy ni..pastu compare ngan body experience..rasa-rasa macam ada sikit-sikit..tapi keraskan hati jugak...tak nak wat pregnancy test sampai betul-betul da lewat sebulan...setiap kali lalu depan farmasi rasa macam berperang dalam pale ni...yela, nak sangat test tapi dalam masa yang sama takut sangat...mau tak takut..dekat 2 tahun kitorang kawen, bayangkan bape banyak pergnancy test yang aku beli...sume end up negative...so, aku buat-buat jela macam tak kisah..padahla dalam hati melompat-lompat nak tau...

masuk minggu ke 3 missed, aku mula x senang duduk...last-last semalam aku pegi watson kat alamanda tu..konon nak beli mekap..aah...mekapla sangat...sampai 3keping aku beli pregnancy test tu..pikir konon lau kali ni negatif lehla test lain kali lak..hahahaha...hampeh jugak pemikiran time tu rasanya...

balik umah tu buat-buat macam tak kisah lagi..kononnya pikir nak buat test tu esok pagi la..yela orang  kata first urine after sleeping tu lebih accurate...so, layanla tengok tv sume..then azan maghrib..hubby pun bangunla pegi mandi sebab nak semayang japgi ni...then macam spontan je aku pun bangun amik pregnancy test tu and masuk bilik air...masa tu, doa banyak-banyak dalam hati...mintak kalaula negatif jugak aku harap aku dikuatkan hati sekuat-kuatnya...dalam 5 minit tunggu tu, aku paksa-paksa mata aku jangan tengok dulu result dia...

but then cecah je 5 minit, cepat je tangan aku amik tester tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
n masa tu jugak jantung aku rasa macam nak gugur..hahahaha...kelakar kan..??maunye tak..lepas berdozen-dozen pregnancy test aku buat, inila first time aku nampak ada dua garisan kat situ..siap carik balik pembungkus dia tadi, baca balik instruction sume...3,4 kali aku baca nak make sure kalau dapat 2 garisan tu positif...hehehehehe

then aku pun cepat-cepat lari naik atas...tak sempat nk ketuk pintu bilik tu, aku main redah je masuk...rupanya hubby tengah dok cukur misai janggut dia...masa tu aku jadik speechless la pulak...hahahah..dia pulak buat muka bengang sebab terkejut aku masuk redah je...nasib baik tak luka dagu dia tu...dalam kalut-kalut tu aku hulurla kat dia tester aku tadi..

hubby: amenda ni?
aku: erm......
*pass kat dia pembungkus tester..and dia pun baca sambil kerut2 kening*
hubby: eh..bile beli menda ni? xtau pun
aku: tadi..kat watson
*dia anggukkan pale..pastu dia pandang aku*
hubby: cepatla..nak semayang maghrib da ni

hadoih...kecewa pulak aku ngan reaksi dia tu..aku pun pegi amik air semayang and tunggu dia kat bilik semayang..tak lama dia pun datang...pas semayang tu, dia cium dahi aku...

hubby: jangan excited sangat ye..kita check kat doktor dulu nanti
aku: (bergenang air mata)

hahahahah..nape bergenang air mata aku pun tak tau...so..aku tengah menunggu hari ini habis untuk kitorang pergi check kat klinik...memang takmo teruja sangat sebab awal sangat lagi kan...tapi nak wat camne..??dekat 2 tahun tau...sape yang x excited...??? you tell me...

aku doa semoga semuanya selamat dan seperti yang dijangka...can't wait to tell my family and tengok reaksi dorang pulak...huhuhuhuhuhu

Monday, September 27, 2010

TeMaN RaPaT yaNg MeNyeNaNgKaN

tajuk entri macam bagus je kan..heheheh...tapi rasanya ini entri yang paling panjang dalam tempoh tiga bulan ini ^_^

-- teman rapat yang menyenangkan --

nak ada teman rapat bukan perkara sukar..tapi nak ada teman rapat yang menyenangkan tu yang sebenarnya agak sukar..bukan untuk aku je..tapi mungkin jugak untuk kebanyakan orang...aku snediri ada ramai teman rapat, tapi teman rapat yang menyenangkan..ada, tapi tak ramai...

kenapa nak teman rapat yang menyenangkan...??sape yang suka pada orang yang menyusahkan, betul tak...erm, cuma teman rapat yang menyenangkan ni sebenarnya ada banyak macam...menyenangkan dari segi kewangan..menyenangkan dari segi perasaan..menyenangkan dari segi perbuatan...menyenangkan dari segi berurusan...menyenangkan dari segi pergaulan..dan banyak lagi la...

dalam ramai-ramai teman rapat ni, ada sorang yang betul-betul di hati aku..padahal aku mula kenal dia (betul-betul kenal dan rapat) masa tahun pertama masuk UKM..masa tu kami sama-sama di Kolej A...tapi nak dijadikan cerita, urusetia kolej A ni dah salah anggarkan kemasukan pelajar baru dan menyebabkan kitorang terpaksa dipindahkan ke kolej B..and kami ambil keputusan untuk duduk satu bilik...dan bermula lah episod-episod yang merapatkan kami berdua..alhamdulillah sehingga ke hari ini...

teman rapat yang sangat menyenangkan ini telah bersahabat dengan aku lebih kurang selama 7 tahun..singkat kan tempoh persahabatan kami..??malah dalam tempoh 7 tahun tu, masa kami belajar dulu je kami ni rapat..means, sama-sama pergi sana...sama-sama pergi sini..lepas abis blaja, kami jarang jumpa..sampai aku rasa bersalah..yela, kata kawan baik, teman rapat yang menyenangkan, tapi jarang sangat jumpa..jarang sangat keluar sama-sama...satu hari, aku suarakan kat dia.."kita ni kawan baik, teman rapat yang menyenangkan tapi jarang sangat kita luang masa bersama-sama.." dan jawapan dia yang sampai sekarang boleh mengundang sebak di hati aku ialah "memang kita jarang luangkan masa bersama...tapi selagi aku sentiasa ada dalam hati dan ingatan kau, macam mana kau selalu ada dalam hati dan ingatan aku, kita masih kekal sebagai sahabat, teman rapat yang menyenangkan.." (air mata bergenang bila kata-kata ni terngiang di telinga aku)


so..aku admit tu..sahabat, teman rapat yang menyenangkan bukan yang semestinya perlu bersama-sama..tapi selalunya sentiasa ingat dan mendoakan kesejahteraan satu sama lain...alhamdulillah, sampai sekarang kami masih bersahabat...malah persahabatan kami menyatukan 2 buah keluarga, di mana mak aku dan mak dia juga kini menjadi sahabat (bukan maksudnya kami ni berbesan atau apa ye..)


dan semalam...tanggal 26 Sepetember 2010, teman rapat yang menyenangkan aku telah selamat menjadi ibu kepada seorang bayi lelaki yang sangat comey...sempat dia berseloroh, birthday hero nya sama dengan birthday atuk angkat (di mana atuk angkat itu merujuk kepada ayah aku)..malah selepas aku pulang melawat dia, suami dan baby di hospital sempat dia hantarkan MMS yang mengandungi gambar baby kepada aku dengan tag "khas untuk mummy net."...dan kalaula masa tu aku bukan di kedai makan (yang ironinya ramai orang) tentu masa-masa tu jugak air mata ni berlinang...betapa dia tulus berkongsi kasih anak lelaki sulungnya itu dengan aku..(ini sebab aku masih belum punya cahayamata)


Sushella Edayu Mat Kamal --> adalah seorang sahabat, seorang teman rapat yang menyenangkan untuk aku...bertuahnya Ahmad Sayuti mempunyai seorang isteri sebaik, setulus dia..dan bahagialah Muhammad Alif Rayhan mempunyai ibu-bapa semulia mereka...dan aku..teramat bersyukur dengan hadirnya insan-insan istimewa dalam hidup aku...malah selain suami aku, keluarga aku, sesungguhnya teman rapat yang menyenangkan ini sekeluarga adalah yang paling dekat di hati aku... 

Muhammad Alif Rayhan yang pada makna islamnya bermaksud teman rapat yang menyenangkan...

   

Saturday, June 12, 2010

:: MeNaBuNg aMaLaN MuLia 1 ::

hello hello~

berapa ramai daripada korang masih ada tabung..??ye..tabung...dulu, masa kecik-kecik setahun sekali mesti kitorang beli tabung...macam-macam bentuk dan kaler ada...seingat aku, aku penah ada tabung buah epal, tembikai, ayam and pejabat pos...selain tu, aku jugak penah ada tabung yang dibuat daripada buluh...*ada tak yang tak penah tau tabung buluh tu camne rupanya..???*..tabung yang aku buat daripada botol bedak yang da kosong pun ada..bila da penuh, bertabur bedak yang tinggal sikit-sikit tu time pecahkan dia...hehehehe...

sebelum ni, aku dan encik Hasben menabung dalam balang gula-gula yang plastik tu...dan atas inisiatif selepas berkahwin, aku pun beli la tabung pejabat pos..sangat nostalgia okay tabung ni...hehehe...dan bermula lah episod menabung aku...kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit..kadang-kadang takde langsung...*ini bukan sebab takmo menabung..tapi sebab terlupa dah ada tabung*...hehehe...

dan tanggal 31 Mei 2010, tabung yang sudah penuh itu kami putuskan untuk dipecah...sangat berdebar okey masa ni...simpanan setahun ni...hahahaha...nampak sangat sikit je simpan nya...*nasib baikla ada kwsp..huhuhuhu*

inilah dua badik tabung pejabat pos ku...huhuhu..yang sudah penuh adalah si adik..manakala si abang baru sahaja dijadikan ahli keluarga rasmi sejak beberapa minggu yang lepas..hehehe...amik gamba sama-sama dulu sebelum memulakan acara pemecahan...
si adik yang sudah dipecahkan ruyungnya...hehehe...maka berakhirla sudah sumbangan si adik untuk aku menabungkan duit-duit yang aku ada...time ni sket punya berhati-hati sebab takut bersepah kaca tembikar tu...slow-slow je ketuk..itupun balut dengan kain tebal-tebal dulu...
dan inilah hasilnya daripada perut si adik...sikit sangat kan...kalau nak dibandingkan dengan tabungan masa kanak-kanak ribena dulu, memang terasa sangat perbezaannya...almaklumla, dulu masa kecik-kecik sket punya bersemangat nak menyimpan...bila da besar kenapa semangat tu makin kurang ye..??padahal perasaannya sama je time nak mengira hasil tabungan tu..eksaited~!!!
yang ni pulak hasil tabungan bersama setelah si adik tu penuh...sebabkan masa ni belum sampai lagi si abang tu, bekas tembikar cantik-hadiah-kawen telah menjadi tabung sementara...dan hasilnya adalah tidak kurang hebat berbanding si adik...siapa kata menabung ni tak untung..kan kan kan...????
dan akhirnya setelah dikira-kira...disusun-susun...dihitung-hitung...kitorang packing kan dalam plastik mengikut nilai matawang...heheheh...siap catat lagi berapa keping dan berapa jumlah...bukannya apa, senang nak bawak ke kaunter bank untuk disimpan nanti..kalau tak kang, mau bertabur jugak kat kaunter tu...habis pulak orang-orang yang menunggu giliran tu tolong kutip...hehehe...

walaupun idakle beribu-ribu lemon..tapi keseluruhannya aku dan encik Hasben adalah sangat berpuashati dengan tabungan kitorang...dan kami berazam untuk meneruskan amalan mulia ini di masa-masa akan datang...sebab walaupun sikit tapi kadang-kadang nak keluarkan jumlah yang sama macam ni secara lump-sum bagi simpanan pun terasa berat tau...

untuk yang belum mula menabung tu, menabung la ye..sebab memang banyak kelebihan menabung ni...dan bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang comel tu...didiklah anak-anak anda menabung..secara tak langsung dia akan lebih menghargai...

Tuesday, March 23, 2010

:: MiaSara QisTina - another PermaTa HaTi ::

minggu lepas another one of my friend selamat bersalin...baby girl juga..huhuu...ramai da anak buah ma long (instead of auntie I nak dorg panggil I ma long)...hehehe...nampaknya raya tahun ni kena bajet lebih sket untuk duit raya..yang tu boleh mintak dekat pa long ek... ^_^

my another anak buah is miasara qistina...baby paling tembam setakat ni...tapi tak taula kalau2 anak buah yang bakal lahir nanti ada yang boleh lawan dengan mia...comel kan mia ni..??


itu gambar masa kat hospital pakar an-nur, bangi...geram betul tgk pipi mia..rasa macam nak makan je..heheheh...


ini gambar mia da selamat sampai umah nenek...pandai da dia buka mata besar2 ek...bila da besar nanti mesti bijak mia ni kan...

baby sendiri belum ada lagi..tengok baby kengkawan pun dah buat I rasa sangat happy...sangat bahagia..lagi2 kalau cium dorang ni..betulla ada orang kata..bau baby tu bau syurga...tak faham kenapa ada manusia2 yang sampai ati buang, bunuh anak dorang...kenapa tak diberi pada I yang sangat2 nak ada anak ni..huhuhuh....rezeki...Tuhan lebih tau...

apa pun...congrates to all friends yang selamat jadi parents..untuk yang bakal jadi parents tu I wish you all good luck..semoga semuanya selamat...

Monday, March 15, 2010

:: LoVe aNd HoPe ::

It's Our 1st Anniversary~!!!


Dearest hubby~
i would like to thank you
for all the days we've been together
and for all the time we spent together
thanks for always being there
and thanks for letting me in your life

thanks for always stand beside me
when i'm good, when i'm bad
and when i'm being in between

it's our first, dearest
and hoping the other will come
and we'll be celebrating together
forever and ever

i didn't ask for more
as long as i have you
i already have the world

~ I LOVE YOU DEAREST!!! ~

Saturday, February 27, 2010

:: MaRioN Si PerMaTa HaTi ::

cuti lama-lama ni bosan juga kan..??lagi-lagi kalau xde aktiviti nak dibuat..betul-betul menghabiskan masa melepak di rumah saja...

tengah-tengah bosan tadi..dapat satu mms masuk..disebabkan kekurangan handphone maka mms hanya boleh dilihat daripada website maxis sahaja..disebabkan mms tu dari seorang member yang dekat tp dah lama tak jumpa..berkobar-kobar rasa..terus connect broadband...heheheh

memula agak kecewa sebab page cannot be displayed..terus call dia, tanya gambar apa yang dia mms tu...tepat pulak tekaan tadi..dia mms gambar baby dia...owh..lagilah ralat rasa di hati ni...sebab memang ternanti-nanti jugak kelahiran tu...

try lagi skali lah..and suprisingly..boleh pulak bukak..tengok gambar baby girl dia yang tengah tido tu hilang semua rasa bosan tadi..sayang sangat rasa nak tutup window tu...nak tengok lama-lama je gambar baby comel tu...anugerah Tuhan..sangat indah kan..


auntie and uncle semua..meet marion..nama penuhnya marion lorelai miseh bt luther alision miseh...daddy saya orang sabah, mummy saya org sarawak..tapi saya orang malaysia...hehehehe

Thursday, June 4, 2009

PoMpuaN "iTu" seKaLi LaGi MeMbuaT aKu beNgaNg!!!

Dah lama tak menconteng..slalu meng “cut-and-paste” je..hehehehe..yes..sekarang ni waktu kerja..badan, minta, kakitangan & perasaan telah terlalu penat untuk menjadi pekerja yang produktif ^aiyak..padahal baru jam 9.30^ jadi..mencuri sedikit masa untuk mentaip di sini…

3 hari boss takde, mula2 rasa macam da keluar anak bulan untuk beraya..tapi kenyataannya TiDaK..sebab terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan..Cuma satu kelebihan yang amat dirasai sepanjang 3 hari itu ialah KeTeNaNgaN dalam melakukan kerja2 tersebut..alangkah indahnya…^hehehehe^

Dalam menikmati ketenangan itu..rupanya aku telah melakukan satu kesilapan besar ^adoyai..sowi boss..memang tak pasan^ jadi untuk menebus kesilapan itu, aku ngan sorang officemate aku telah menggandakan usaha kami dalam bekerja..semalam yang patutnya kami nikmati sebagai hari ketenangan terakhir minggu ini telah menjadi hari yang paling sibuk minggu ini..gara2 miscommunications yang terjadi antara kami dgn boss…

So hari ini kami masing2 bersetuju untuk tidak membangkitkan isu itu di hadapan boss kami..^nak senyap2 jela kononnya^ dan akan cepat2 bertukar topic sekiranya isu itu timbul..sebab kalau kena marah memang sampai mati takleh lupa..huhuhuhu…

Erm..sebenarnya aku Cuma nak cakap pasal tu..tapi tetibe aku jadik panas pulak pagi ni..??nape..??tentulah dengan pompuan **** yang pernah aku mention dalam blog dulu..sesape yang tataw lehla refer kat sini
semalam kami ada meeting ~ yang nama aku takde pun dalam JK tu..dahla banyak gile keja utk JK tu AKU yang buat..padahal yang betul2 ada nama dalam JK tu smalam sume pegi meeting tu..nie tetibe dia datang jumpa aku dan ARAHKAN aku buat minit meeting smalam..nape ko tak mintak AJK lain je buat..yang betul2 ada nama dalam tu..kalau aku ni takde keja bolehla ko nak ARAH2 (walaupun aku tak penah anggap ko macam Boss – Boss ngan pompuan ni adalah org yg berbeza)…bengang gua beb!!!!

So..daripada aku terus emo dan mungkin mentaip kata2 yang bakal membuat org menyampah, biarla aku stop dulu..ingat nak cite banyak tadi tapi pompuan nie betol2 membuat aku bengang..lagi2 skang ni dia tengah baik punye bersembang…WTH!!!

p/s: sorry kalau terlebih emo..but rily feel hot inside..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::