Mami+Walid=Naufal

Showing posts with label MimiLolo Big Apple. Show all posts
Showing posts with label MimiLolo Big Apple. Show all posts

Friday, April 8, 2011

:: MeNaBuNg aMaLaN MuLia 3 ::

hello hello~

selamat bertemu lagi di pagi jumaat yang penuh barokah ini...hehehe...agak seronok sebab memulakan hari dengan cara yang betul...*macam la hari-hari lain tu tak betul..ye tak??* petang-petang macam ni dok kelam-kabut prepare slide untuk jadik penceramah hari Isnin nanti..sangat tak bagus ye, sebab wat keja last menet...*sila jangan tiru macam saya ok~*

bila mata da mula berpinar-pinar, stop la kejap membelek slide-slide yang ada..lagipun hati ngan pikiran ni da dok teringat nak balik kampung sok...tak dirancang pun..tadi mak call, kata esok anak makngah nak kawen...so sudden tapi sonok la jugak...ada la alasan nak ajak encik Hasben balik kampung...walaupun sebenarnya plan nak ajak encik Hasben pegi bercuti..yela, berdua-duaan sebelum si kecik ni keluar kan...??hehehehe...tengah-tengah mengemas meja ni terpandangla tabung duit syiling yang da lama dok bertapa kat tepi pc ni...hehehe...memang aku sengaja je letak kat situ...ada orang kata, tak takut ilang ke..??pada aku, kalau ilang tu maknanya bukan la rezeki aku...kan..??

so, laju jela tangan pegi menuang sume isi tabung tu ke atas meja..and start counting...banyak jugak rupanya ye hasil tabungan aku kat opis ni...macam tak sangka pulak...yela, setiap kali naik dari kafe lau ada syiling aku masuk la dalam tabung tu...heheheh...

barisan syiling seposen dan lima ploh sen yang takdela tinggi menggunung sangat...

serta barisan syiling doplohsen yang macam askar tengah berkawad...

bungkus siap-siap dalam tabung nak dipindahkan ke pejabat pos di umah nanti...

alhamdulillah~ mungkin tak banyak tapi elokla daripada takde langsung ye tak..??lagipun, lepas kira-kira ni lepas jugakla nak makan McD takat untuk dua orang...eh, tiga termasuk si kecik....hehehehe...tapi takde pulak niat nak tabungkan ke McD...memang niat nak transferkan masuk ke pejabat pos yang sedia ada kat umah tu...

tak susah sebenarnya nak menabung ni...korang just kumpulkan syiling or duit singgit or lima inggit or bape-bape inggit la kat satu tempat..memula memang korang tend to amik and pakai duit tu...tapi korang takkan amik sume kan..yang baki tu la yang akan bertambah dan bertambah...dan akhirnya korang sendiri akan kagum dengan simpanan secara tak sengaja korang...untuk yang simpan dalam akaun sebagai simpanan bulanan -- yang tetap setiap bulan -- tu korang teruskan la..yang ni macam simpanan pasif...*ingat pendapatan je ada yang pasif???*hehehehe....terai la..insya Allah, ada hasilnya...

ini gamba delivery yang encik Hasben buat...bukan ari ni ye..ari Senin ari tu...

hamek ko~ dua ketul MimiLolo dia tapaukan untuk wifey dia ni...heheheh

gamba MimiLolo ni sebenarnya saje je nak letak...buat syarat je..hehehe...da makan kali ni, kena tunggu next month la kalau nak makan lagi..huhuhu...takpela, untuk kesihatan diri sendiri dan si kecik...terpaksa aku korbankan keinginan ni...ala, sebenarnya saje je mengada..hehehe...skang ni kena makin rajin minum susu...encik Hasben jugak da semakin rajin memantau carta pengambilan susu...huhuhu...da takleh nak ngelat da...

okayla...esok kalau free bole sambung meng'update'...till then~

Tuesday, March 29, 2011

:: dReaMs aRe aLwaYs sWeeT ::

hello hello~

semalam lidah & tekak ni betul-betul rasa teringin nak makan MimiLolo -- donut dari Big Apple Donut & Cafe -- jadinya sejak pagi lagi aku da ingatkan encik Hasben supaya membeli donut ini sebelum balik rumah...sebenarnya, sebelum ni aku bukanla peminat donut pun...kadang-kadang bila mak aku masak donut pun aku cuma makan ala rasa-rasa je...tapi sejak pregnant ni memang aku suka sangat ngan donut...tapi cuma donut MimiLolo ni saje ye..yang lain-lain tu ada jugak test, tapi setakat ni yang mampu membuatkan aku menelan liur setiap kali ingat cuma MimiLolo saja...heheheheh

tengah dalam keinginan menikmati si MimiLolo tu aku dikhabarkan dengan berita yang sangat menggembirakan...seorang lagi kawan baik aku jugak bakal bergelar ibu hujung tahun ni...alhamdulillah, besar sungguh kurniaanMu Tuhan...dia ni sama macam aku jugak...dah setahun lebih bergelar isteri, kini dikurniakan anugerah yang amat berharga dalam hidup...dan aku, terlalu gembira dengan berita itu...

dari kiri: as (sudah selamat bergelar ibu kepada Zaqwan, aku, dan ckin (bakal menjadi ibu hujung tahun ni)

alhamdulillah...masing-masing bakal punya cerita sendiri..gambar ni diambil masa 2nd year kitorang kat UKM...aku ngan ckin adalah roomate (bersama dengan sorang lagi kawan baik aku -- sushella edayu--)...lepas abes blaja aku keja kontrak kat putrajaya...dan ditakdirkan, ckin pun dapat keja kontrak -- yang lebih baik daripada aku -- kat putrajaya jugak...so, kitorang menyewa umah sama-sama..dan jadik roomate lagi skali...sampaila masa kitorang masing-masing pindah keluar dari umah tu sebab masing-masing da dapat roomate a.k.a housemate a.k.a soulmate masing-masing...hehehe....aku doakan semuanya selamat untuk dia...

dan berbalik kepada cerita keinginan membuak-buak aku terhadap MimiLolo semalam....balik kerja tu temankan encik Hasben makan nasik dulu...pastu dia pun bawak aku ke Big Apple Donut & Cafe kat Alamanda tu..hehehe...rasa macam nak menari-nari, macam sepanjang jalan ada pelangi...hehehe...melampau tak respon aku terhadap keinginan yang hampir tercapai itu...sampai je cepat-cepat intai -- ada lagi tak MimiLolo tu --- sebab sebelum ni aku datang tapi MimiLolo da abes..

dan di situ dia..ada 3 ketul je lagi...aku pun laju-laju je order kat adik tu -- dik, bagi MimiLolo dua --...dan tersenyum....lepas je bayar, bungkus maka senyuman pun tak lekang-lekang...ehehehe...lepak MPH jap -- perkara yang wajib buat kalau pegi ke mana-mana shopping kompleks -- dan sambar la 2,3 buku...takpe, encik Hasben yang jadik tukang bayar...dan bergerak pulang ke umah...lepas isyak je, terus je aku hidangkan si MimiLolo idaman aku tu...
gambar dari website Big Apple..sangat yummy yummy the yummy kan..???

si MimiLolo yang aku beli daripada big Apple outlet kat Alamanda...tak bulat-bulat macam donut pun kan...??tak kisahla, asalkan dia MimiLolo~

si kecik yang turut bersuka-ria menikmati MimiLolo yang dihajati...bukan main lagi perut aku bergelombang-gelombang malam tadi...

bantal sedap yang dilupakan sejenak dek kerana ada si MimiLolo..kejap je...abes je makan, laju je aku sambar dia balik....

dan alhamdulillah...terlepas sudah keinginan terhadap MimiLolo itu...terima kasih yang tidak terhingga kepada encik Hasben yang sudi melayan kerenah aku ni...

till then~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MoRe saViNg For mY BaBy ::

:: do yOu LoVe To save? ::